You are on page 1of 12

SULIT

Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : …………………

BAHASA MELAYU
TAHUN 6
PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR 2022/2023
TAHUN 6
BAHASA MELAYU
(BM)

DIS/JAN
1 jam 15 minit
Satu jam lima belas minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian

B, Bahagian C dan Bahagian D.

2. Jawab semua soalan.

3. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian, hitamkan jawapan yang baru.

4. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

5. Tulis jawapan dengan jelas dan jangan tinggalkan kosong pada ruangan
jawapan.
BAHAGIAN SOALAN MARKAH

A Soalan 1-10 /10

B Soalan 1 /5

Soalan 2 /5

C Soalan 4 /10

D Soalan 5 /20

JUMLAH /50

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak

Halaman 1 [ lihat halaman sebelah…]

Bahagian A
Tatabasaha
[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 5 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat
pilihan jawapan iaitu A, B, dan C. Pilih jawapan yang paling tepat bagi setiap
soalan.

1. Encik Izwan sering pulang ke ________ pada setiap hujung bulan untuk
membersihkan rumah pusaka keluarganya.
A pejabat
B kampung
C balai polis
D pasar malam

2. Cik Hafizah bekerja sebagai seorang __________ di sebuah hospital

swasta.
A guru
B polis
C doktor
D hartawan

3. Safiyyah makan sekeping biskut kering sahaja sebagai _________

sebelum pergi ke sekolah.
A isi perut
B alas perut
C lapik perut
D kenyang perut

Halaman 2 [ lihat halaman sebelah…]

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah.

4. Semua murid bergotong-royong _________ dinding dan membersihkan

kawasan sekolah.
A dicat
B mecat
C pengecat
D mengecat

5. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Iman sayang akan ibu bapa angkatnya kerana mereka telah
memelihara dia sejak kecil.
A Di manakah Iman dilahirkan?
B Siapakah ibu bapa angkat Iman?
C Berapakah umur ibu dan bapa angkat Iman?
D Mengapakah Iman sayang akan ibu bapa angkatnya?

6. Pilih ayat yang betul.

A Cikgu menyatakan iaitu Yaya kemalangan semalam.
B Hana tidak gemar menonton filem berunsur ganas.
C Abang menasihati tentang kawan sekolahnya yang nakal.
D Adik bukan membaca majalah ataupun menulis catatan nota.

Halaman 3 [ lihat halaman sebelah…]

Soalan 7 hingga 10
Baca syarahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, yang berusaha Tuan Guru Besar, guru-
guru, serta rakan-rakan sekalian. Pada pagi yang mulia ini, saya ingin
menyampaikan sebuah syarahan yang bertajuk “Kebaikan buah-buahan
tempatan’’.
Buah-buahan tempatan ialah buah-buahan yang ditanam dan
dikeluarkan di negara kita. Sebagai contoh, buah-buahan tempatan negara
kita ialah rambutan, manggis, durian, tembikai, betik dan sebagainya. Buah-
buahan tempatan mengandungi banyak khasiat yang setanding dengan
buah-buahan yang diimport. Contohnya, buah jambu batu mengandungi
vitamin C dan buah limau mengandungi asid yang boleh menghadamkan
makanan yang kita makan.
Buah-buahan tempatan juga mudah didapati dan banyak dijual di
gerai buah-buahan di seluruh negara. Keadaannya juga lebih segar dan
tidak mengandungi bahan pengawet yang biasa digunakan pada buah-
buahan yang diimport untuk mengekalkan kesegarannya.
Selain daripada itu, harga buah-buahan tempatan juga lebih murah
jika dibandingkan dengan buah-buahan import kerana buah-buahan
tempatan tidak memerlukan kos pengangkutan yang tinggi untuk dipasarkan.
Kesimpulannya, buah-buahan tempatan sangat banyak kelebihannya.
Selain segar, murah, berkhasiat dan bermutu, buah-buahan tempatan juga
dapat meningkatkan pendapatan para petani. Oleh itu, jadikanlah buah-
buahan tempatan sebagai makanan pilihan kita.

Sekian, terima kasih.

7. Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang ___________ .

A mudah didapati
B murah dan segar
C ditanam dalam negara
D diimport dari luar negara

Halaman 4 [ lihat halaman sebelah…]

8. Apakah perbezaan antara buah-buahan tempatan dengan buah-
buahan import?
A Makanan pilihan orang ramai.
B Mengandungi banyak khasiat.
C Mudah didapati dan banyak dijual.
D Tidak mengandungi bahan pengawet.

9. Mengapakah harga buah-buahan tempatan lebih murah jika

dibandingkan dengan buah-buahan import?
A Buah-buahan tempatan ditanam dan dikeluarkan di negara kita.
B Mudah didapati dan banyak dijual di gerai buah-buahan di
seluruh negara.
C Mengandungi banyak khasiat yang setanding dengan buah-
buahan yang diimport
D Tidak memerlukan kos pengangkutan yang tinggi untuk
dipasarkan.

10. Perkataan setanding dalam petikan bermaksud

A segagah
B sepadan
C seiring
D setaraf

Halaman 5 [ lihat halaman sebelah…]

Bahagian B
Pemahaman Petikan
[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian B terbahagi kepada 2 soalan. Jawab semua soalan di

ruangan yang disediakan.

Soalan 1
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Adakah kamu mengenali siapakah jiran kamu? Jiran ialah orang yang
tinggal di sekeliling rumah kita. Hidup berjiran memerlukan semangat
kejiranan. Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kini semakin
terpinggir dek kesibukan kerja dan mengejar kekayaan. Oleh hal yang
demikian, semangat kejiranan ini perlu disuburkan semula kerana banyak
mendatangkan kebaikan.
Antara kebaikan semangat kejiranan termasuklah kita akan mudah
mendapat bantuan apabila berlaku sesuatu musibah. Contohnya,
kebakaran, kemalangan, atau kematian. Sudah tentunya jiran ialah orang
yang paling cepat memberikan pertolongan kepada kita. Begitu juga jika
kita sakit. Jiranlah yang kita harapkan untuk menghantar kita ke klinik atau
ke hospital.
Selain itu, semangat kejiranan dapat memupuk kerjasama dalam
kalangan masyarakat. Kerjasama ini dipupuk melalui penglibatan
anggota masyarakat dalam pelbagai aktiviti. Misalnya, aktiviti gotong-
royong, majlis sambutan perayaan, atau perjumpaan bulanan komuniti.
Aktiviti kemasyarakatan ini akan memberi peluang kepada mereka untuk
lebih mengenali dan menghormati jiran tetangga. Hubungan antara jiran
juga akan menjadi lebih erat. Nyatalah semangat kejiranan banyak
memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara.
Kepentingan semangat kejiranan ini seiring dengan cogan kata “Jiran
muafakat membawa berkat”.

1. Maksud jiran ialah ______________________________________________________

[ 1 markah ]

2. Bagaimanakah cara untuk memupuk sikap kerjasama dalam kalangan

masyarakat?
________________________________________________________________________

[ 2 markah ]

Halaman 6 [ lihat halaman sebelah…]

3. Tandakan ( / ) pada pernyataan yang menunjukkan faedah memupuk
semangat kejiranan.
Pernyataan Jawapan
Mempunyai pertalian kejiranan yang dingin.
Mudah mendapatkan bantuan terutama dalam situasi
kecemasan.
Memupuk kerjasama dalam kalangan masyarakat.

[ 2 markah ]

Halaman 7 [ lihat halaman sebelah…]

Soalan 2
Baca dan fahami situasi di bawah.
Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi tersebut.
Panjangnya jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 30 patah
perkataan.

Bermula 1996, peratusan obesiti hanya 4.4 peratus dan ia meningkat lebih
tiga kali ganda dengan menjadi 14 peratus pada tahun 2006 dan terus
meningkat kepada 17.7 peratus pada 2015. Pada tahun 2019 pula
mencatatkan 19.7 peratus.
[ Kementerian Kesihatan Malaysia, 2022 ]

Pada pendapat anda, apakah punca berlakunya obesiti?

Pada pendapat saya, masalah obesiti berpunca __________________________
___________________________________________________________________

[ 5 markah ]

Halaman 8 [ lihat halaman sebelah…]

Bahagian C
Penulisan Perenggan
[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian C merupakan soalan penulisan perenggan. Jawapan

hendaklah ditulis di ruangan yang disediakan.

Grafik di bawah menunjukkan sambutan Tahun Baharu bersama-sama rakyat

berbilang kaum. Tuliskan pendapat kamu mengenai aktiviti-aktiviti memupuk
semangat perpaduan dalam murid yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah.
Jawapan hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.

Halaman 9 [ lihat halaman sebelah…]

Bahagian D
Penulisan Karangan
[ 20 markah ]

Arahan : Bahagian D merupakan soalan penulisan karangan. Jawapan

hendaklah ditulis di ruangan yang disediakan.

Teliti bahan grafik di bawah. Kemudian tulis sebuah karangan tidak berformat
mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit. Panjang
karangan kamu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

mengelakkan
kehilangan wang
tunai
Kebaikan

waktu kecemasan

Kad Kredit

boros berbelanja

Keburukan
tekanan
menanggung
hutang

Halaman 10 [ lihat halaman sebelah…]

Halaman 11 [ lihat halaman sebelah…]

------------------------------------ KERTAS SOALAN TAMAT -----------------------------------

~ SELAMAT MENJAWAB ~

Halaman 12 [ lihat halaman sebelah…]

You might also like