You are on page 1of 9

SULIT

Nama Pelajar : ………………………………………………. Tahun : …………………

SAINS
TAHUN 6
PENTAKSIRAN SUMATIF AKHIR 2022/2023
TAHUN 6
SAINS
(SN)

NOV
1 jam
Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian


B, dan Bahagian C. Jawab semua soalan.

2. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian, hitamkan jawapan yang baru.

3. Rajah yang mengiringi soalan tidak dilukis mengikut skala kecuali dinyatakan.

4. Tulis jawapan dengan jelas dan jangan tinggalkan kosong pada ruangan
jawapan.

BAHAGIAN SOALAN MARKAH

A Soalan 1-10 /10

B Soalan 1 /4

Soalan 2 /4

Soalan 1 /8

Soalan 2 /8
C
Soalan 3 /8

Soalan 4 /8

JUMLAH /50

Kertas soalan ini mengandungi 9 halaman bercetak

Halaman 1 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian A
Soalan Objektif
[ 10 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 10 soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh


empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat
bagi setiap soalan.

1. Rajah 1 menunjukkan seekor kucing yang kurus dan lemah.

Rajah 1

Apakah inferens yang boleh dibuat berdasarkan keadaan kucing


tersebut?
A. Kucing tersebut tidak makan
B. Kucing tersebut tiada tempat tinggal
C. Kucing tersebut tidak mendapat udara
D. Kucing tersebut tidak mendapat cahaya

2. Antara berikut, yang manakah ialah bahagian utama yang


membentuk sistem saraf pusat?
A. Otak dan jantung
B. Otak dan saraf tunjang
C. Otak dan salur darah
D. Salur darah dan saraf tunjang

3. Di manakah persenyawaan antara ovum dan sperma berlaku?


A. Uterus
B. Ovari
C. Faraj
D. Tiub fallopio

Halaman 2 [ lihat halaman sebelah…]


4. Antara berikut, yang manakah merupakan cara pemuliharaan
haiwan dan tumbuhan?
A. Mewartakan hutan
B. Menanam semula pokok
C. Menguatkuasa undang-undang
D. Menebang pokok yang terpilih

5. Rajah 2 menunjukkan beberapa ekor ayam.

Rajah 2

Apakah yang menyebabkan ayam-ayam itu bersaing?


A. Air
B. Pasangan
C. Makanan
D. Kawasan

6. Sebuah kereta bergerak sejauh 60 kilometer dalam masa 45 minit.


Apakah unit kelajuan pergerakan kereta yang tepat?
A. cm/s
B. m/s
C. km/j
D. mm/j

7. Suraya membeli seekor ikan dan terlupa memasukkannya ke dalam


peti sejuk selama sehari. Apabila disedari Suraya, ikan tersebut telah
pun rosak.
Apakah punca kerosakan ikan tersebut?
A. Jenis ikan
B. Bilangan ikan
C. Waktu ikan terdedah
D. Tindakan mikroorganisma

Halaman 3 [ lihat halaman sebelah…]


8. Rajah 3 menunjukkan susu yang telah rosak.

Rajah 3
Apakah ciri yang terdapat pada susu yang telah rosak?
A. Berkulat
B. Berbuih
C. Menjadi lembik
D. Bertukar warna kehijau-jijauan

9. Apakah maksud bahan buangan terbiodegradasi?


A. Bahan yang boleh dikitar semula
B. Bahan yang boleh membebaskan racun
C. Bahan yang boleh direputkan oleh mikroorganisma
D. Bahan yang boleh kekal di dalam tanah tanpa mereput

10. Suatu bahan bersifat kenyal bermaksud bahan yang


A. Menghasilkan daya geseran yang besar
B. Melantun apabila terkena sesuatu permukaan
C. Mengembang dengan cepat apabila dipanaskan
D. Boleh kembali ke bentuk asal selepas diregangkan atau
dimampatkan

Halaman 4 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian B
Item Objektif : Pelbagai Bentuk
[ 8 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 2 soalan. Jawab semua soalan.

1. Tulis P pada haiwan yang telah pupus dan A bagi haiwan yang terancam.

[ 4 markah ]

2. Labelkan organ pembiakan perempuan dalam rajah di bawah.

faraj ovari serviks uterus

tiub fallopio

[ 4 markah ]

Halaman 5 [ lihat halaman sebelah…]


Bahagian C
Soalan Subjektif
[ 32 markah ]

Arahan : Bahagian ini mempunyai 4 soalan. Jawab semua soalan.

1. Rajah berikut menunjukkan perkembangan teknologi dalam bidang X.


jawab soalan di bawah.

Gua Pondok Rumah kayu

a) Berdasarkan rajah di atas, apakah bidang X?


_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

b) Adakah perkembangan di atas penting kepada manusia?


_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

c) Jelaskan jawapan kamu di 1 (a).


_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

d) Ramalkan apa yang akan berlaku jika manusia masih tinggal di gua
sehingga sekarang.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

e) Berdasarkan perkembangan teknologi di atas, nyatakan dua


bangunan yang seterusnya dibina selepas rumah kayu.
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
[ 2 markah ]

Halaman 6 [ lihat halaman sebelah…]


2. Iman menanam dua jenis bahan buangan, K dan L. Jadual berikut
menunjukkan pemerhatiannya selepas tiga minggu.

Bahan buangan Pemerhatian


K Bahan buangan tiada
L Tidak berlaku perubahan

a) Nyatakan sama ada jenis bahan buangan K dan L terbiodegradasi atau


tidak terbiodegradasi.
i. K : ____________________________________________________________
ii. L : ____________________________________________________________
[ 2 markah ]

b) Iman ingin membuat baja kompos. Apakah bahan buangan yang


boleh digunakannya?
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

c) Berikan alasan kamu bagi jawapan di 2 (a).


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

d) Jika bahan buangan L ialah tayar buruk, apakah yang Iman boleh
lakukan ke atas bahan itu?
_____________________________________________________________________
** Jawapan lain yang logik boleh diterima
[ 1 markah ]

e) Negara Y mengumpul sisa minyak masak penduduknya. Nyatakan dua


faedah amalan ini kepada penduduknya.
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
** Jawapan lain yang logik boleh diterima
[ 2 markah ]

Halaman 7 [ lihat halaman sebelah…]


3. Rajah berikut menunjukkan dua buah kereta mainan menuruni landasan
sepanjang satu meter yang berbeza kecondongan landasan.

a) Nyatakan tujuan penyiasatan ini dijalankan.


_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

b) Nyatakan pemboleh ubah


i. Dimalarkan : __________________________________________________
ii. Dimanipulasi : _________________________________________________
iii. Bergerak balas : _______________________________________________
_______________________________________________________________
[ 3 markah ]

c) Ramalkan kereta yang akan mengambil masa yang lebih singkat untuk
menuruni landasan tersebut. Jelaskan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

d) Nyatakan kesimpulan tentang hubungan antara kelajuan kereta


mainan dan masa yang diambil oleh kereta mainan untuk menuruni
landasan.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

Halaman 8 [ lihat halaman sebelah…]


4. Rajah berikut menunjukkan proses-proses pembuatan ikan masin,

X Y Z

a) Namakan proses
i. X : ____________________________________________________________
ii. Y : ____________________________________________________________
iii. Z : ____________________________________________________________
[ 3 markah ]

b) Jelaskan tentang proses Y.


_____________________________________________________________________
[ 1 markah ]

c) Nyatakan dua contoh makanan lain yang boleh diawet menggunakan


lebih daripada satu kaedah.
i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
[ 2 markah ]

d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat?

_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

------------------------------------ KERTAS SOALAN TAMAT -----------------------------------

~ SELAMAT MENJAWAB ~

Halaman 9 [ lihat halaman sebelah…]

You might also like