You are on page 1of 2

TEKNIK MENJAWAB ULASAN

Lihat gambarajah di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar di bawah, tulis ulasan yang
panjangnya 80 hingga 100 patah perkataan.

Kesan Pencemaran Sungai

Kualiti bekalan air Industri pelancongan


minuman terancam Kepupusan hidupan air terjejas

Tips menjawab soalan .

1. Teliti kehendak soalan.

2. Teliti gambar yang diberi.

3. Pembukaan ulasan. Ini ayat paling sempoi.

" ______1_______ di atas menunjukkan ___________2_________________"

Tempat kosong nombor 1 boleh diisi dengan gambar, carta, poster atau apa-apa yang sesuai bergantung kepada imej yang
diberi.

Tempat kosong nombor 2 perlu diisi dengan tajuk ulasan yang diberi.

Contoh ulasan untuk soalan ini :

" Gambarajah di atas menunjukkan kesan pencemaran sungai."

4. Isi - gambarajah ini menyediakan 3 isi yang tersurat.

Isi tersurat pertama.

"Pencemaran sungai mengancam kualiti bekalan air minuman."

Isi tersirat - untuk menulis isi tersirat, sila jawab soalan berikut :

i- mengapa bekalan air minuman terancam ?


Sungai merupakan sumber utama air bersih untuk kegunaan harian masyarakat Malaysia termasuklah air minuman.
**kegunaan harian boleh ditukarkan kepada kegunaan domestik.

ii- bagaimana bekalan air minuman terancam ?


Seandainya sungai dicemari bermakna bekalan air kita juga dicemari.

iii- apakah kesan bekalan air terancam ?


Hal ini akan menjejaskan kesihatan masyarakat kita.

Cadangan ulasan isi pertama.

"Pencemaran sungai mengancam kualiti bekalan air minuman. Sungai merupakan sumber utama bekalan air bersih untuk
kegunaan domestik. Seandainya sungai dicemari bermakna bekalan air minuman kita juga dicemari. Hal ini akan
menjejaskan kesihatan masyarakat kita."

Isi tersurat kedua.


"Pencemaran sungai mengakibatkan kepupusan hidupan air"

** hidupan air juga dikenali sebagai hidupan akuatik. Boleh guna perkataan ini.

Isi tersirat - sila tanya bagaimana dan kesan kepupusan hidup air.
- sungai merupakan habitan hidupan akuatik.
- pencemaran sungai akan membunuh hidupan akuatik
- kita akan kehilangan sumber makanan (sumber protein) seperti ikan, udang, kerang dan siput.

Isi tersurat ketiga.

"Pencemaran sungai menjejaskan industri pelancongan negara."

Isi tersirat
- sungai merupakan tempat perkelahan dan tempat rekreasi tumpuan pelancong.
- sungai kotor menyebabkan wabak penyakit.
- pelancongan merosot menjejaskan ekonomi negara.

Kesimpulan.

Nyatakan keperluan menjaga sungai. Jika boleh selitkan cogankata atau perumpamaan yang sesuai.

Peringatan penting.

- Ulasan ini mesti ditulis dalam satu perenggan sahaja.


- Jangan lupa penggunaan penanda wacana.
- Catatkan jumlah perkataan.

You might also like