You are on page 1of 2

SOCIAL WELFARE VIDEO

1. MASUKKAN GMBAR GANGGUAN BEKALAN AIR (2-3 GMBAR)


2. TUTUP CAMERA LPSTU CKP “hari ni saya akan mengupas berkenaan:’
- Apa itu social welfare ?
- Masalah terkini yang berlaku di Malaysia”
- Kesan kpd masyarakat
- Bagaimana social welfare ni dapat menyelesaikan masalah ini

Let goo …

Maksud social welfare, social welfare ini adalah bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan, pihak
swasta serta institusi sosial untuk meringankan beban semua lapisan masyarakat dalam negara dari
pelbagai aspek seperti ekonomi dan social.

Seperti yang kita ketahui negeri Selangor sering mengalami gangguan bekalan air dimana pada 13
0ct-15 oct telah berlakunya masalah gangguan bekalan air di sekitar negeri Selangor disebabkan
kerja-kerja penyelenggaraan yang dilakukan oleh Air Selangor. Hal ini akan memberi kesan kepada
masyarakat.

Antara kesannya ialah:

1. Aktiviti harian manusia terjejas

Kaitan kes 1: peniaga terpaksa menutup operasi sepanjang ketidakadaan air yang bersih. Hal ini akan
merugikan peniaga tersebut kerana tidak mendapat keuntungan.

Kaitan kes 2: kebersihan sekolah-sekolah dan asrama-asrama akan terjejas kerana institusi-institusi


ini tidak mempunyai simpanan air yang mencukupi.

2.  kesihatan manusia terancam

kaitan kes 1: manusia akan ditimpa penyakit menyebabkan manusia tidak akan berupaya untuk
melakukan sesuatu pekerjaan. Hal ini kerana manusia mengalami dehidrasi iaitu kekurangan air
dalam badan.

3. Kesulitan dan kemudaratan kepada manusia

Kaitan kes 1: air dibekalkan secara terhad kepada penduduk melalui lori-lori tangki air menyebabkan
pengguna terpaksa kumpulkan air ke dalam takungan seperti baldi atau pun tong-tong plastik. ini
menimbulkan masalah besar kepada pengguna dan merumitkan keadaan apabila pengguna-
pengguna yang tinggal di rumah-rumah pangsa dan terpaksa menaiki tangga yang tinggi.
Dengan ini kebajikan sosial perlu mengambil Langkah dalam menangani isu ni: (RELATE DGN
NEGARA MAJU)

A) KITAR SEMULA AIR SISA KUMBAHAN

Dimana kerajaan perlu mengambil insentif dalam mengitar semula air dari sisa kumbahan. air sisa
kumbahan ialah gabungan air hitam (sisa kumbahan) dan air kelabu (dari dapur dan bilik mandi), air
sisa dari institusi dan pusat komersil termasuk hospital dan insdusri.

Kaitan kes: di Singapura, mereka mempunyai teknologi mengitar semula air dari sisa kumbahan yang
dikenali sebagai NEwater dimana ia menyumbang sebanyak 30% air kepada permintaan negara itu.

Dengan adanya Pengitaran semula air dari sisa kumbahan ia secara tidak langusung akan mengatasi
risiko komuniti tidak mempunyai bekalan air, walaupun ketika musim kemarau.

B) BERI SUBSIDI DALAM SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN(SPAH)

SPAH bermaksud air hujan yang dikumpul dari bumbung rumah secara langsung tanpa dirawat
terlebih dahulu. SPAH ini sudah dilaksanakan di kebanyakan negara seperti di Jepun, China, India,
Jerman dan Australia untuk mendukung peningkatan permintaan air.

Di Malaysia, Sistem ini sudah diperkenalkan dri tahun 1999 lgi tetapi penggunaan SPAH masih
kurang di khalayak ramai kerana kos pemasangan yang mahal sehingga menjangkau RM20,000
hingga RM350,000 mengikut saiz dan jenis bangunan. Oleh itu, kerajaan perlu bertindak
memberikan subsidi kepada rakyat supaya pengunaan SPAH dapat dilaksanakan secara ber-besaran.

Kaitan kes: Di Texas, kerajaan memberikan rebat dan pengecualian cukai untuk mengalakkan
penggunaan sistem ini manakala Di Jerman, kerajaan memberikan subsidi sebanyak sepertiga
daripada jumlah kos SPAH kepada rakyatnya.

C) MENCIPTA TEKNOLOGI KESAN AWAL KEBOCORAN PAIP

Sudah tiba masanya pihak Jabatan Air untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan berkenaan


teknologi mengesan kebocoran paip.

Sebagai perbadanan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan bekalan air di negara
Malaysia, mutu perkhidmatan mereka perlu dipertingkatkan.

Kaitan kes : Di Jepun, mereka mempunyai teknologi ini yang dikenali sebagai “electronic leak
detector” dimana jika berlaku kebocoran paip, kerja pembaikan akan dilakukan pada hari yang sama
juga. Dengan ini jumlah air yang terbuang dari paip bocor dapat dikurangkan.

Dengan adanya Langkah Langkah ini, ia secara tidak langusung akan mengatasi risiko komuniti tidak
mempunyai bekalan air, walaupun ketika musim kemarau.

You might also like