You are on page 1of 3

SK SRI SKUDAI

Jalan Tembaga Kuning 1


Taman Sri Skudai Telefon : 07-5562533
81300 Skudai, Johor Bahru Faks : 07-5562533
Johor Darul Takzim e-mail : jba1036@moe.edu.my

Ruj. Kami : SKSS.200-7/8/1


Tarikh : 18.03.2024

Penolong Arkitek Landskap,


Bahagian Pengurusan Taman,
Jabatan Landskap,
Majlis Perbandaran Iskandar Puteri.
Johor Bahru.
( u/p : Pn.Siti Aishah binti Ahmad )

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN POKOK BUNGA LANSKAP UNTUK PRASEKOLAH SK SRI


SKUDAI.

Dengan hormatnya perkara di atas mohon dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Prasekolah SK Sri Skudai akan menyertai program


kelestarian sekolah tahun 2024 mengikut ketetapan berikut :

Tarikh : Sepanjang April – Jun 2024


Tempat : Prasekolah SK Sri Skudai

3. Sehubungan itu,pihak prasekolah ingin memohon sumbangan pokok bunga lanskap di


dalam pasu atau polybag untuk ditanam di persekitaran ruang hadapan kelas dan juga taman
permainan prasekolah.

4. Untuk pengetahuan puan, pihak prasekolah sedang berusaha untuk mewujudkan


suasana persekitaran prasekolah dalam taman. Persekitaran prasekolah yang bersih, indah
dan ceria akan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif untuk anak
murid prasekolah khususnya, serta membantu program Kelestarian Sekolah LA21 Amnya.

5. Segala maklumat dan keterangan lanjut boleh berhubung dengan Pn Aini Rabiatul
Adawiyah Binti Nasir selaku penyelaras Program Kelestarian Prasekolah Sk Sri Skudai di talian
019-5896785. Kerjasama dan keprihatinan puan dalam memberi sumbangan tersebut, pihak
sekolah mengucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(THYAGARAJAH A/L TIRUGANASAMBATHAN)


Guru Besar,
SK Sri Skudai.
LAMPIRAN
(Senarai bunga yang diperlukan).

You might also like