You are on page 1of 2

BENTUK NEGARA - Merujuk kepada pentadbiran perundangan di sesebuah negara - Antara bentuk negara: (i) Monarki (ii) Republik

(iii) Demokrasi (iv) Autokrasi dan

Sistem Presiden - Ketua negara Presiden. - Ketua kerajaan Presiden. - Dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya. - Contoh negara : Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, Mexico, Korea Selatan. Sistem Separa Presiden - Ketua negara Presiden. - Ketua kerajaan Perdana Menteri. - Kedua-duanya mempunyai tanggungjawab dalam pentadbiran, tetapi diasingkan bidang kuasanya. - Contoh negara : Perancis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia dan Peru. - Sesetengah republik yang mengamalkan Sistem Separa Presiden seperti Singapura dan India, jawatan Presiden hanya sebagai simbolik. Presiden tidak campur tangan dalam pentadbiran negara. Negara Demokrasi - Rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam menentukan pemerintahan melalui pilihan raya umum. - Sistem kerajaan ini berteraskan konsep kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. - Wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat merupakan anggota parti-parti politik yang berlainan. - Parti politik yang mendapat sokongan majoriti rakyat akan berkuasa untuk membentuk kerajaan. - Ciri-ciri demokrasi: (i) Hak asasi rakyat terjamin. (ii) Rakyat bebas untuk bersuara atau mengeluarkan idea. (iii) Pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan. (iv) Rakyat yang memenuhi syarat umur tertentu berhak untuk mengundi dan bertanding dalam pilihan raya umum.

Negara Monarki - Kuasa sepenuhnya terletak pada seseorang individu seperti Raja, Ratu atau Sultan. - Individu tersebut adalah ketua negara. - Raja/Sultan menjadi pentadbir utama dan memonopoli kuasa eksekutif. - Tiada parti politik, tiada pilihan raya. - Pentadbiran negara dijalankan oleh raja dan keluarga/kerabatnya. - Warisan takhta kerajaan berdasarkan keturunan. - Contoh negara : Arab Saudi, Kuwait, Qatar, Brunei Darussalam. Negara Republik - Kuasa pemerintahan terletak pada seseorang individu/sebuah parti politik. - Ketua negara Presiden / pengerusi parti. - Tidak mempunyai raja. - Pemilihan Presiden melalui pilihan raya yang dipilih secara langsung oleh rakyat. - Pilihan raya rakyat tidak memilih parti tetapi memilih bakal Presiden mereka. - Contoh negara : Amerika Syarikat, Filipina, Perancis, Portugal, India, Singapura, Sri Lanka, Taiwan, Pakistan dan Indonesia. - Sesebuah republik boleh mengamalkan Sistem Presiden atau Sistem Separa Presiden.

. niza mk .

(v) Pengundian dalam pilihan raya di buat secara sulit. (vi) Kemenangan dalam pilihan raya berdasarkan jumlah undi terbanyak yang diperoleh. - Negara yang mengamalkan demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa. - Negara-negara demokratik juga mengamalkan 2 bentuk pemerintahan iaitu: (i) Sistem Raja Berperlembagaan (ii) Sistem Republik Sistem Raja Berperlembagaan - Mempunyai Raja. - Ketua negara Raja. - Ketua kerajaan Perdana Menteri. - Contoh negara : Malaysia, Thai, Jepun, Britain, Belanda. Sistem Republik - Tidak mempunyai Raja. - Ketua negara Presiden. - Ketua kerajaan Presiden / Perdana Menteri. - Contoh negara : Amerika Syarikat, Filipina, Singapura, India. Persamaan - Lebih dari 1 parti yang bersaing untuk mentadbir negara. - Pilihan raya umum diadakan dan wakil Parlimen yang dipilih oleh rakyat. - Pengasingan kuasa terbahagi antara: (i) Badan Perundangan (ii) Badan Pentadbiran (iii) Badan Kehakiman

Negara Autokrasi - Diperintah oleh seorang individu yang mempunyai kuasa mutlak. - Mempunyai persaingan politik yang terhad kerana kuasa dikawal oleh golongan elit tertentu terutamanya tentera. - Pemerintahan ini biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk mengekalkan kuasanya. - Penduduk dikawal dan dipaksa mematuhi dan mentaati kerajaan. - Kebebasan awam dan kehakiman terhad. - Contoh : semasa darurat dan dalam pemerintahan komunis.

. niza mk .

You might also like