You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

PENYAMPAIAN HADIAH/ SIJIL


KEJOHANAN BOLA JARING MSSD DAERAH KUBANG PASU (5-6 JULAI 2022)

BIL AGENDA TEKS

1 Kata Alu-aluan Bismilahhirahmanirahim...

Pengacara Majlis  Yang Berusaha/ Puan Sofiah bt Harun /Pengetua SMK Bandar Baru

Darulaman.

 Yang Berusaha/ En Syahar bin Osman Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid

 Yang Berusaha/ Puan Siti Azura bt Samsu

Penolong Kanan Kokurikulum.

 Barisan Guru Guru Kanan Mata Pelajaran/ Guru Kaunselor, Guru-

guru seterusnya

 Seterusnya anak2 murid yang dikasihi sekalian

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh/ dan selamat pagi.

Alhamdulillah/ bersyukur kita pada pagi ini/ dengan izin serta limpah rahmat-

Nya/ dapat kita berkumpul bersama-sama /dalam majlis ringkas Penyampaian

Sijil Kejohanan Bola Jaring MSSD Daerah Kubang Pasu yang telah

berlangsung pada minggu lalu.

Untuk makluman hadirin sekalian,

1
Pasukan Elit Bola Jaring SMKBBD / bagi Kategori Bawah 15 tahun dan 18

tahun/ telah menyertai satu Kejohanan Bola Jaring MSSD Daerah Kubang

Pasu/ yang bertempat di D Futsal Centre pada 5 hingga 6 Julai 2022.

PINGAT BOLA

JARING Sukacita dimaklumkan bahawa kedua-dua pasukan ini telah berjaya

memenangi Tempat Ketiga /Kejohanan Bola Jaring MSSD Daerah Kubang

Pasu/bagi tahun 2022.

Untuk makluman semua/, kedua-dua pasukan ini telah menjadi Johan dan

Naib Johan peringkat kumpulan/ dan layak ke peringkat suku akhir /dan mara

ke peringkat separuh akhir/ dan seterusnya/ mendapat tempat Ketiga dalam

kejohanan ini.

Dengan itu, majlis berbesar hati/menjemput Pn Siti Azura bt Samsu/ Penolong

Kanan Ko Kurikulum untuk mengalungkan pingat dan sijil penghargaan

kepada pemain-pemain ini. Dengan segala hormatnya/ dipersilakan.

Penyampaian dimulakan dengan Kategori B18 Tahun.

1. (rujuk senarai pemain)

2.

Penyampaian seterusnya dengan Kategori B15 tahun.

1.

2.

Terima kasih diucapkan kepada Pn Siti Azura bt Samsu/ Penolong Kanan Ko

Kurikulum kerana sudi megalungkan pingat kemenangan kepada para pemain

2
itu sebentar tadi.

Apa yang dibanggakan ialah/ kedua-dua pasukan ini telah berjaya membawa

pulang pingat/ dan sijil kemenangan hasil dari semangat juang dan kerjasama

berpasukan sepanjang permainan/ Tahniah juga kepada barisan jurulatih dan

pengurus pasukan/ kerana turut membantu dalam kejayaan pasukan ini.

Dengan ini / selesai sudah majlis penyampaian hadiah pada pagi ini/ saya

akhiri dengan wabillahitaufik walhidayah, wassalamualakum wbt.

You might also like