You are on page 1of 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 SMKBBD


10 April 2019 (RABU)
1. PN. SITI SALWA BT AHMAD SUHAIMI
2. CIK. NUR LIYANA BT MAT ZAKIR
3. PN. SHARIPAH HANOM BT MOHAMED

BIL AGENDA TEKS


1. Ketibaan tetamu jemputan Mengumumkan ketibaan En Anuar Bin Zainon/ Pegawai Khas kepada/
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah/ dengan diiringi
Puan__________________________
WAWA ____________________________Pegawai Pendidikan Daerah Kubang
Pasu/ Tuan Pengetua SMK Bandar Baru Darulaman/ Yang Dipertua
PIBG / dan Ahli JawatanKuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru/ ke Dewan
Maftuhah.

Hadirin dipersilakan duduk.

Kata Alu-aluan Pengacara Kompang Bergema/ Pusaka Bangsa


2. Majlis Dipalu oleh/ Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan/ meriahkan suasana
Kami menyambut/ penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

 Yang Berbahagia /En Anuar Bin Zainon/ Pegawai Khas kepada/


Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah.
 Yang Berusaha/ Pn Mazni binti ____________ mewakili Pegawai
Pendidikan Daerah /Kubang Pasu.
WAWA  Yang  Berusaha/ En Abu Bakar Bin Said/ Pengetua SMK Bandar
Baru Darulaman.
 Yang Dihormati / Tn Haji Yusuff Bin Ariffin/ Yang Dipertua
PIBG/ SMK Bandar Baru Darulaman
 Yang Berusaha/ En Mohamad Zaidi bin Ismail/ Penolong Kanan
Pentadbiran
 Yang Berusaha/ Tn Hj Ab Wahab bin Yahaya/ Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid
 Yang Berusaha/ En Ainol Anwar bin Ahmad/ Penolong Kanan
Kokurikulum.
 Yang Berusaha/ En Fauzi bin Zakaria/ Penolong Kanan Petang
 Guru guru Kanan Mata Pelajaran
 Yang  Dihormati/ Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG
 Guru-guru seterusnya/ tuan-tuan dan puan-puan/ hadirin
sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh/ dan selamat petang.

1
Alhamdulillah/ bersyukur kita pada petang ini/ dengan izin serta limpah
rahmat-Nya/ dapat kita berkumpul/ dalam Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-17/bagi tahun 2019 ini.

Pihak majlis/serta seluruh warga SMK Bandar Baru Darulaman/ , turut


sama merakamkan/ ucapan terima kasih/ yang tidak terhingga kepada
seluruh hadirin/ kerana sudi meluangkan masa/ bagi sama-sama
menjayakan/ Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17/ yang kita rencanakan
pada hari ini.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis/ marilah sama-sama kita menadah tangan/
3. dengan penuh ketakwaan/ untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan
oleh Ustaz Mohamad Ashrof bin Ismail.
YANA
Dengan segala hormatnya/ dipersilakan.

4. Bacaan doa Tamat Majlis mengucapkan/ terima kasih kepada Ustaz Ashrof bin Ismail/ atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.
YANA
5. Ucapan Yang Dipertua PIBG Majlis pada petang ini diteruskan/ dengan mempersilakan/ Yang
YANA Berbahagia Tn Hj Yusuf bin Ariffin/ Yang Dipertua PIBG untuk
menyampaikan ucapan alu-aluan.

Dipersilakan.

YANA Majlis mengucapkan terima kasih/ kepada Yang Dipertua PIBG/ atas
ucapan itu tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan En. Abu Bakar Bin Said/ Pengetua


6. Ucapan Pengetua SMK Bandar Baru Darulaman/ untuk menyampaikan ucapan.
YANA
Dengan segala hormatnya, dipersilakan

YANA Majlis merakamkan ucapan terima kasih/ kepada Tuan Pengetua/ atas
ucapan sebentar tadi.

7. Ucapan Perasmian Kini tibalah masanya/ , untuk kita mendengar amanat dan ucapan/ yang
akan disampaikan oleh/ En Anuar Bin Zainon/ Pegawai Khas kepada/
YANA Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah/ seterusnya merasmikan
Mesyuarat Agung PIBG kali ke 17/ SMK Bandar Baru Darulaman.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

YANA Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan/ dan ucapan terima


kasih/ kepada En Anuar Bin Zainon/ Pegawai Khas kepada/ Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Kedah/ Semoga segala amanat dan ucapan itu

2
tadi/ dapat kita hayati dan menjadi pedoman untuk kita semua.
Majlis Penyampaian Majlis diteruskan lagi/ dengan penyampaian sijil penghargaan kepada
8. Cenderahati AJK PIBG sesi Ahli Jawatan Kuasa PIBG/ sesi 2018/2019/ Untuk itu/ majlis
2018/2019 mempersilakan sekali lagi/ En Anuar Bin Zainon/ Pegawai Khas kepada/
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah/ diiringi oleh En Abu Bakar
WAWA Bin Said/ untuk menyampaikan sijil penghargaan tersebut.

Dipersilakan....

-RUJUK LAMPIRAN-
.

Majlis mengucapkan terima kasih/ kepada En Anuar Bin Zainon/


Pegawai Khas kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah/ atas
kesudian menyempurnakan majlis penyampaian sijil penghargaan itu
tadi.

9. Majlis Penutup Dengan berakhirnya penyampaian sijil penghargaan itu tadi/, maka
selesailah sudah/ Majlis Perasmian Mesyuarat Agung/ SMK Bandar Baru
WAWA Darulaman kali ke 17/ bagi tahun 2019.

Dari mana asalnya/ usah diusul


Molek budinya/ menambat hati
Dua tiga bicara/ salah tersasul
Jangan dibawa/ ke dalam hati.

Kami mewakili Ahli Jawatan Kuasa Mesyuarat Agung PIBG SMK


Bandar Baru Darulaman/ merakamkan penghargaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada/ En Anuar Bin Zainon/ Pegawai Khas kepada
Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kedah/ atas kesudian meluangkan
masa pada petang ini/ untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
17/. Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa/, guru-guru/ dan Tuan-tuan
/dan Puan-puan sekalian.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh…..

10.
Jamuan Dijemput En Anuar Bin Zainon Pegawai Khas kepada Yang Amat
Berhormat Menteri Besar Kedah , Tuan Pengetua, barisan penolong
YANA kanan dan AJK-AJK PIBG untuk ke menikmati jamuan petang yang telah
disediakan.
Dipersilakan.

11 Mesyuarat Agung PIBG Seterusnya, kami serahkan Majlis ini kepada Ahli Jawatan Kuasa PIBG
YANA untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SMK Bandar Baru
Darulaman Kali, kali ke-17 bagi tahun 2019.
Dipersilakan

12 Cabutan Bertuah Majlis diteruskan lagi dengan cabutan bertuah kepada ahli-ahli yang hadir

3
pada hari ini.

a) Dengan itu, majlis menjemput En. Abu Bakar bin Said Pengetua
WAWA SMK Bandar Baru Darulaman untuk membuat 12 cabutan.
YANA
WAWA b) Dengan itu, majlis menjemput
______________________________ Naib Yang Dipertua PIBG
SMK Bandar Baru Darulaman untuk membuat 12 cabutan.

c) Dengan itu, majlis menjemput Tn Haji Yusuff Bin Ariffin Yang


Dipertua PIBG SMK Bandar Baru Darulaman untuk membuat 12
cabutan.

YANA Dengan ini maka berakhirlah sudah Mesyuarat PIBG kali ke-17 bagi
tahun 2019. Saya akhiri majlis ini dengan

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh

You might also like