You are on page 1of 2

TUGASAN PEMBELAJARAN

BERASASKAN PROJEK
PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
SK LOTONG, KUDAT.

BIDANG : Ibadah
TAJUK : Ibadah Puasa Pada Bulan Ramadan

STANDARD KANDUNGAN :
4.1 Memahami, melaksanakan dan menghayati Puasa dibulan Ramadan.

STANDARD PEMBELAJARAN :
4.1.1 Menyatakan maksud puasa.
4.1.2 Menerangkan dalil naqli tentang kewajipan berpuasa dibulan Ramadan.
4.1.3 Menjelaskan syarat-syarat wajib dan syarat sah puasa.

STANDARD PRESTASI : Tahap Penguasaan 5 dan 6

TEMPOH : 1 minggu
TARIKH MULA : 23 April 2020 (Khamis)
TARIKH HANTAR : Sebelum 30 April 2020 (Ahad)

STRATEGI PdPC : Pembelajaran Berasaskan Projek (Secara Individu) /


Project Based Learning (PBL)

ARAHAN TUGASAN
1) Hasilkan bahan pembelajaran IBADAH PUASA PADA BULAN RAMADAN dengan
menggunakan kertas putih / kertas warna bersaiz A4, yang mengandungi maklumat seperti
berikut:
- Pengertian dan Hukum Puasa Ramadan
- Dalil Naqli Puasa Ramadan
- Syarat Wajib dan Syarat Sah Puasa Ramadan
2) Tuliskan nota di atas dalam bentuk peta minda / peta pemikiran i-THINK (peta bulatan / peta
buih) mengikut kesesuaian dan kreativiti anda sendiri.
3) Anda boleh merujuk Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 6 pada muka surat 115 – 118 atau dari
internet atau buku-buku rujukan ilmiah untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan.
4) Hantar tugasan dengan cara menghantar gambar melalui WhatsApp berserta NAMA PENUH
murid dan REFLEKSI PENGALAMAN yang ditaip secara ringkas kepada guru matapelajaran.

KAEDAH PELAKSANAAN
Murid boleh menghasilkan projek ini melalui salah SATU pilihan berikut :
1) Buku Skrap Mini (ditaip / ditulis tangan / tampalan tulisan serta gambar)
2) Gallery Walk (ditaip / ditulis tangan / tampalan tulisan serta gambar, kemudian ditampal pada
dinding ruang belajar)
3) Pamphlet (ditaip / ditulis tangan / tampalan tulisan serta gambar)

PEMARKAHAN (30%)
Projek anda akan dinilai berdasarkan :
 Isi kandungan yang tepat, jelas dan mencukupi tanpa kesalahan. (15%)
 Hasilan projek yang kemas dan kreatif. (10%)
 Refleksi Pengalaman. (5%)
CONTOH PETA PEMIKIRAN i-THINK :

CONTOH PROJEK YANG DIHASILKAN :

BUKU SKRAP PAMPHLET

Gallery Walk

DISEDIAKAN OLEH :

...............................................
(Norhidaya binti Hazali)
Guru Pendidikan Islam
SK Lotong, Kudat.

You might also like