You are on page 1of 2

Huraikan langkah-langkah memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat.

CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT-19/2022)

Pendahuluan

 Malaysia terdiri daripada masyarakat


CIKGU A.GOPAL yang majmuk,
(SOALAN iaitu Melayu, Cina dan India
KBAT-1/2017)
 Perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang penting bagi mengekalkan
kesejahteraan negara.
 Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan keamanan negara terjejas.
CIKGU A.GOPAL (SOALAN KBAT-1/2017)
Isi pertama

 Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting untuk menjamin perpaduan
negara.
 Ibu bapa harus menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil
lagi, bak kata pepatah melentur buluh biarlah waktu rebung.
 Anak-anak perlu digalakkan untuk berkomunikasi dengan jiran yang berlainan
bangsa dan agama.
 Ibu bapa seharusnya menjadi suri teladan yang terbaik kepada anak-anak.
 Ibu bapa perlu melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan, misalnya gotong-
royong dan Sambutan Hari Kebangsaan.

Isi kedua

 Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi memupuk perpaduan.


 Sistem persekolahan bercorak kebangsaan dan sukatan pelajaran yang sama dapat
memupuk semangat perpaduan di samping mengurangkan perasaan perkauman.
 Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat memupuk
perpaduan dalam kalangan generasi muda.
 Aktiviti berkumpulan perlu melibatkan pelajar-pelajar yang terdiri daripada pelbagai
kaum.

DISEDIAKAN OLEH :CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU- 0172240898 Page 1


Isi ketiga

 Pihak media massa perlu memikul obligasi sosial bagi memupuk semangat
perpaduan.
 Pihak media massa harus melancarkan pelbagai kempen.
 Antara contoh kempen ialah Perpaduan Jiwa Masyarakat Malaysia.
 Kempen ini perlu mendapat liputan yang meluas dalam media massa sama ada
media cetak atau media elektronik.
 Kempen ini seharusnya dijalankan dengan bersungguh-sungguh bukan sekadar
melepaskan batuk di tangga.

Isi keempat

 Masyarakat Malaysia memainkan peranan yang penting untuk mengukuhkan


perpaduan negara.
 Masyarakat setempat perlu menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti
gotong-royong untuk mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum.
 Melalui aktiviti kemasyarakatan, dapat menjamin kesejahteraan hidup penduduk
setempat malah rakyat berpeluang berkomunikasi dan menghulurkan bantuan
kepada jiran tetangga yang berlainan bangsa.

Kesimpulan

 Semua pihak sama ada pihak kerajaan atau masyarakat perlu menggembleng
tenaga untuk menjamin perpaduan negara bak kata pepatah ke bukit sama didaki,
ke lurah sama dituruni.

DISEDIAKAN OLEH :CIKGU A.GOPAL @ PAKAR BAHASA MELAYU- 0172240898 Page 2

You might also like