You are on page 1of 2

LATIHAN IMBANGAN DAGANGAN

Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan aliran dagangan Malaysia dengan
negara-negara terpilih pada bulan Januari hingga Ogos 2010. Terangkan langkah-langkah yang
perlu diambil oleh Malaysia untuk meningkatkan eksportnya

Negara Esport ke (USD Billion) Import Dari (USD Billion)

Amerika Syarikat 1044.2 1333.0

Kawasan EURO 2250.6 2204.3

Jepun 491.8 444.2

China 990.0 885.8

Singapura 226.0 202.5

Jumlah 5002. 5069.8

SKEMA

Jadual di atas menunjukkan aliran dagangan Malaysia dengan negara-negara terpilih pada bulan Januari
hingga Ogos 2010 . Aliran perdagangan negara mengambil kira aktiviti import dan eksport.

Jumlah keseluruhan aliran dagangan Malaysia dengan negara-negara terpilih menunjukkan deficit.
Sebagai bukti jumlah eksport Malaysia sebanyak USD5002.6 bilion. Manakala jumlah import Malaysia
ialah USD5069.8 bilion. Ini menunjukkan bahawa Malaysia mengalami defisit sebanyak USD67.2 bilion.

Aliran dagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat menunjukkan aliran deficit. Sebagai bukti, jumlah
eksport Malaysia ke Amerika Syarikat ialah USD1044.2 bilion. Manakala import Malaysia dari Amerika
Syarikat ialah USD1333.0 bilion. Ini menunjukkan bahawa Malaysia mengalami defisit sebanyak
USD288.8 bilion.

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk meningkatkan eksportnya ialah
mempelbagaikan hasil keluaran Malaysia . Kualiti barangan tinggi akan meningkatkan permintaan dari
luar negara. Kualiti barangan yang tinggi juga dapat dijual dengan harga yang tinggi. Secara tidak
langsung eksport negara dapat ditingkatkan

Langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia untuk meningkatkan eksportnya ialah meningkatkan
kualiti barangan Malaysia. Kepelbagaian produk menambah pilihan pembeli dari luar negara.
Kepelbagaian produk ini dapat menembusi pasaran atau berpeluang dipasarkan ke luar negara .

Kesimpulannya, analisa data menunjukkan aliran dagangan Malaysia dengan negara-negara terpilih
menunjukkan deficit . Manakala nilai eksport Malaysia ke negara Kawasan EURO, Jepun, China dan
Singapura lebih tinggi berbanding import kecuali Amerika Syarikat. . Ini menunjukkan Malaysia perlu
mengambil langkah lebih agresif agar aktiviti eksport barang ke luar negara terus meningkat. Trend ini
sekaligus mampu menjadikan aktiviti import dikurangkan dan eksport lebih perkembangan maju dan
seterusnya kesejahteraan rakyat berubah kepada lebih baik.

You might also like