You are on page 1of 1

sikap Malas Pelajar

Kurang membaca kerana sikap pelajar itu sendiri. Ramai pelajar


menganggap membaca sebagai satu aktiviti yang tidak menyeronokkan dan
membosankan. Sikap ini harus dihindar oleh pelajar kerana sikap ini akan
merugikan diri sendiri

Sikap Keluarga
Tiada teguran ibu bapa terhadap sikap anak yang kurang membaca
menyebabkan budaya membaca tidak wujud dalam keluarga. juga boleh
menjadi penyebab pelajar kurang membaca. Bahan-bahan bacaan untuk
anak juga jarang dibeli oleh ibu bapa. Apa yang lebih mendukacitakan lalah
ibu bapa sendiri tidak mengamalkan budaya membaca ketika berada di
rumah.

Lebih Minat Menonton Televisyen


Ramai pelajar lebih cenderung untuk menonton rancangan televisyen
daripada membaca apabila ada masa lapang. Pelajar suka menonton
rancangan hiburan yang kurang berfaedah kepada pelajar. Pelajar hanya
membaca apabila menjelang hari peperiksaan sahaja.

Pengaruh Rakan Sebaya


Pelajar pasti kurang membaca apabila berkawan dengan rakan yang kurang
membaca. Lazimnya, pelajar yang kurang membaca lebih suka
menghabiskan masa lapang dengan melepak atau melakukan perkara-
perkara yang tidak berfaedah. Pelajar yang kurang membaca juga cenderung
menghabiskan masa lapang mereka dengan bermain.

Sikap Pihak Sekolah


Pihak sekolah kurang memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan
membaca. Tiada atau langsung tiada kempen membaca dijalankan di
sekolah. Selain itu, pengetua dan guru-guru sendiri kurang menunjukkan
sikap rajin membaca, justeru pelajar tidak mendapat contoh yang baik untuk
diteladani.

You might also like