You are on page 1of 2

CONTOH DIALOG PT3 UJIAN BERTUTUR

*Assalamualaikum,nama saya _____,nama saya______..


*Pada hari ini kami akan membincangkan tentang _____ yang bertajuk ______

Naim : Tahukah saudara semua bahawa ponteng sekolah merupakan salah satu
masalah besar yang sering berlaku di negara kita? Masalah ini mencatatkan
peningkatan bagai cendawan tumbuh selepas hujan.

Irfan : Ya,saya tahu.Menurut Kamus Dewan, ponteng boleh didefinisikan sebagai


lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa kebenaran.Sebagai contoh,pelajar
tidak hadir ke sekolah tanpa mempunyai sebab atau alasan yang kukuh.Mereka
sepatutnya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pelajar dengan hadir
ke sekolah.

Amirul : Pada pendapat saya,terdapat pelbagai punca seseorang pelajar itu tidak
suka untuk hadir ke sekolah.Salah satu daripadanya ialah kerana seseorang
pelajar itu kurang atau tidak berminat terhadap beberapa mata pelajaran
tertentu yang sukar untuk dipelajari. Keadaan ini mungkin berpunca daripada isi
kandungan mata pelajaran yang memerlukan pelajar banyak menghafal.
Contohnya,mata pelajaran sejarah, matematik, sains dan geografi.

Azri : Saya setuju pada pendapat anda.Selain itu,sikap pelajar yang suka
ponteng juga mungkin berpunca daripada peranan ibu bapa yang sering
mengabaikan anak mereka.Bak kata peribahasa Melayu, Melentur buluh biarlah
daripada rebungnya,ibu bapa sering sibuk sehingga lupa memberi didikan awal
yang cukup kepada anak mereka.Segala tindak tanduk anak mereka di luar dan
di dalam sekolah tidak diambil berat. Jadi,tidak hairanlah jika anak mereka
memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah
yang dianggap lebih rapat dengan mereka.

Nazri : Oh,begitu.Pada pandangan saya pula, pengaruh rakan sebaya juga turut
memainkan peranan yang besar .Mereka akan mempengaruhi pelajar lain untuk
ponteng sekolah.Hal ini berlaku disebabkan oleh ajakan rakan sebaya yang
sering mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional.
Pelajar-pelajar ini akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan
mereka tanpa berfikir panjang. Mereka memberi tanggapan bahawa aktiviti
ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk
mereka tidak hadir ke sekolah.

Naim : Oleh hal yang demikian,sudah tentu terdapat beberapa kesan negatif
yang boleh kita perhatikan.Pertama sekali,prestasi pelajar yang ponteng pasti
terjejas.Hal ini kerana,mereka sukar mempelajari mata pelajaran yang
ditinggalkan semasa ponteng.Kemungkinan juga golongan ini akan menganggur
kerana mereka tidak dapat bersaing dengan pelajar yang tidak ponteng.

Irfan : Selain itu,aktiviti ponteng sekolah akan menyebabkan pelajar terjebak


dalam gejala sosial.Mereka akan melibatkan diri dalam gejala yang tidak sihat
seperti vandalisme, gengsterisme dan penyalahgunaan dadah.
Amirul : Saya sangat setuju pada pandangan saudara semua. Selanjutan itu,
murid yang lari daripada tanggungjawab mempunyai masa depan yang gelap.
Sebagai contoh, mereka akan menghadapi kesukaran mencari pekerjaan kerana
tidak melepasi kelayakan.

Nazri : Izinkan saya menambah isi.Selain apa yang saudara katakan sebentar
tadi,pembaziran wang jga boleh terjadi.Pengorbanan ibu bapa mencari rezeki
untuk membiayai persekolahan anak-anak menjadi sia-sia.

Azri : Ada sesiapa diantara saudara semua yang ingin menambah isi? Saya ingin
mengkonklusikan perbincangan kita.

Semua : Tidak

Azri : Jadi saudara semua, kesimpulannya di sni ialah murid2 bermasalah perlu
diberi pemerhatian lebih.blablabla..

Naim : Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana meluangkan sedikit masa
saya. Bla.. bla bla..

Semua : Sama-sama

You might also like