You are on page 1of 21

BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL

VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 5 & 6, BLOK E14, KOMPLEKS E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA, MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN
( INFORMATION SHEET )
KOD DAN NAMA
PROGRAM /
MP-060-2:2013 AESTHETIC SERVICE
PROGRAM’S CODE &
NAME
TAHAP / LEVEL L2

NO. DAN TAJUK UNIT


KOMPETENSI /
MP-060-2:2013 - C06 MANICURE SERVICE
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

1. CHECK CLIENT CONSULTATION INFORMATION


NO. DAN PENYATAAN 2. CARRY OUT MANICURE SERVICE PREPARATION
AKTIVITI KERJA / 3. CARRY OUT CLIENT PREPARATION
WORK ACTIVITIES NO. 4. PERFORM MANICURE SERVICE
AND STATEMENT 5. PROVIDE AFTER CARE ADVICE
6. UPKEEP SERVICE AREA

Muka Surat/ Page : 1


NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

TAJUK / TITLE:
PELAKSANAAN PERKHIDMATAN SELEPAS RAWATAN MANIKUR

TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini menerangkan tentang cara penjagaan kuku dan tangan di rumah
serta produk penjagaan kuku dan tangan di rumah.
Muka Surat / Page : 2
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

PENERANGAN / INFORMATION:

1.0 MAKLUMBALAS PELANGGAN

 Maklumbalas merupakan salah satu cara kepada pelanggan untuk mem-


berikan cadangan atau aduan yang berkaitan dengan perkhidmatan yang
diberikan.
 Maklumbalas tersebut akan dijadikan panduan dalam memenuhi kehendak
dan kepuasan hati pelanggan.
 Maklumbalas yang diterima daripada pelanggan boleh dijadikan sebagai
salah satu penambahbaikkan dimasa akan datang.
 Oleh sebab itu, maklumbalas tersebut perlu disimpan rapi oleh pengurus
spa kecantikan.

1.1 Tujuan Maklumbalas Daripada Pelanggan


 Bertujuan untuk mendapat maklumbalas mengenai kualiti perkhidmatan
yang diberikan.
 Bagi mengikut tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang
diberikan.
 Maklum balas yang diberikan oleh pelanggan dapat meningkatkan mutu
perkhidmatan yang diberikan.
 Dapat menambahbaikkan segala kekurangan yang ada.

1.2 Persediaan Untuk Perundingan Pelanggan


 Untuk memudahkan proses perundingan pastikan semua bahan yang
diperlukan telah tersedia seperti pamphlet, brosur, gambar foto, artikel
dan kertas kajian berkaitan.
 Gambar foto sebelum dan selepas rawatan merupakan langkah terbaik
untuk menunjukkan hasil keputusan rawatan kepada pelanggan.
 Pastikan tempat melakukan khidmat perundingan bersih, kemas dan
tersusun pelanggan serta pelanggan berasa selesa.
Muka Surat / Page : 3
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

1.3 Menerima Maklumbalas Pelanggan


 Selepas perkhidmatan selesai, pelanggan perlu memaklumkan samada
beliau berpuas hati dengan rawatan
 Pastikan pelanggan merekod keputusan akhir dalam borang
perundingan
 Catat setiap maklum balas pelanggan dan hasil keputusan rawatan.

2.0 KHIDMAT NASIHAT SELEPAS RAWATAN

Khidmat nasihat adalah panduan ataupun maklumat daripada jurumanikur kepada


pelanggan. Khidmat nasihat diberikan kepada pelanggan selepas pelanggan menerima
perkhidmatan.

2.1 Tujuan Memberi Khidmat Nasihat

i. Supaya pelanggan mengetahui perkara yang perlu dilakukan bagi


mengekalkan kesan yang baik kepada kuku.

ii. Untuk mengelakkan kesan sampingan iaitu kesan negatif jika tidak
mengamalkan penjagaan selepas rawatan.

iii. Khidmat nasihat diperlukan supaya kesan baik daripada perkhidmatan manikur
dapat bertahan dengan lebih lama.

2.2 Khidmat Nasihat Kepada Pelanggan


 Menasihati pelanggan tentang penjagaan kuku yang betul.
 Menerangkan kepada pelanggan tentang manfaat daripada rawatan susulan.
 Minta pelanggan datang semula ke salon untuk mendapatkan rawatan susulan
untuk penjagaan kuku yang sihat.
 Hadkan gaya hidup yang menjejaskan kesihatan seperti pemakanan dan gaya
hidup tidak sihat.
 Penjagaan dirumah perlu dilakukan untuk mendapatkan kuku yang sihat dan
cantik.
Muka Surat / Page : 4
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21
2.3 Cara Penjagaan Kuku Dan Tangan Di Rumah

●Jangan gigit kuku. ●Lindungi kuku.


(pakai sarung tangan)

●Gunakan pengetip ●Makan banyak buah-


kuku yang tajam. buahan dan protein.

●Gunakan ●Rendam dalam air ●Minum banyak air dapat


pelembap suam dapat membantu mendapatkan
tangan dan kuku melembutkan dan kuku yang sihat, kuat
mengandungi memudahkan kuku dan cantik.
vitamin C. dirawat.

3.0 PRODUK PENJAGAAN KUKU DAN TANGAN DI RUMAH


Muka Surat / Page : 5
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

3.1 Krim Tangan 3.2 Losyen Kuku dan Tangan

3.3 Minyak Tangan 3.4 Pupur Tangan

3.1 Krim tangan


Muka Surat / Page : 6
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21
 Mengamalkan pemakaian krim tangan dapat membantu melembutkan
tangan yang kasar, melembapkan kulit, mewangikan dan mengatasi
masalah kulit tangan yang teruk dan mengelupas dan alahan
 Krim tangan dari bahan shea butter, madu dan ekstrak badam membantu
melembapkan kulit tangan dan melindungi kulit tangan dari kering dan
kasar. Bahan seperti B-glucan membantu melembutkan telapak tangan,
meningkatkan imuniti sel kulit dan melindungi kulit dari kedutan.

3.2 Losyen kuku dan tangan


 Mengamalkan penggunaan losyen tangan mampu mencerahkan kulit
tangan, melembabkan dan melembutkan tangan. Ia turut memberi kilatan
kepada kuku. Ia turut mengelakan kedutan pada tangan. Bahan seperti
vitamin E mampu melindungi kulit daripada mudah berkedut. Ia turut
menyuburkan kulit, kuku jari, kutikel menjadi licin dan kuku menjadi kuat.

3.3 Minyak tangan


 Menggunaan minyak tangan adalah untuk melembapkan dan
melembutkan kulit tangan.
 Mengamalkan pemakaian minyak tangan boleh melancarkan peredaran
darah pada tangan dan bagus untuk pertumbuhan kuku.

3.4 Pupur tangan


 Menyerap lebihan minyak pada tangan serta lembapkan kulit pada
bahagian tangan.
 Memudarkan bekas-bekas parut pada bahagian tangan serta
mengurangkan kedutan
Muka Surat / Page : 7
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21
4.0 KEMASKINI REKOD KONSULTASI PELANGGAN
 Catat segala maklumbalas daripada pelanggan untuk memudahkan urusan
semasa pelanggan datang membuat rawatan susulan atau boleh menjadi
rujukan sekiranya berlaku sebarang masalah
 Pastikan semua maklumat pelanggan dicatat pada borang konsultasi atau
borang rawatan pelanggan.

4.1 Contoh Kad Konsultasi Manikur


Matlamat kami adalah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti mengikut
standard yang paling tinggi. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan
perkhidmatan manikur. Sebagai pelanggan, maklumbalas, cadangan dan komen adalah
satu perkara penting dalam mencapai matlamat ini. Kami sangat berterima kasih
sekiranya anda boleh melengkapkan borang maklum balas ini.

BORANG MAKLUM BALAS PELANGGAN


BUTIRAN PERIBADI JANTINA
NAMA

TELEFON (HP)
PEKERJAAN
UMUR

TARIKH

JENIS PERKHIDMATAN YANG DITERIMA

…………………………………………………………………………………………………………………………………………….

MAKLUM BALAS PELANGGAN

Sila tandakan (/) dalam ruang yang disediakan:

a) Jenis perkhidmatan yang ditawarkan dapar memenuhi kehendak pelanggan.


( ) Sangat baik ( ) Baik ( ) Memuaskan ( ) Tidak memuaskan
b) Bagaimanakah tahap layanan juruterapi kami?
( ) Sangat baik ( ) Baik ( ) Memuaskan ( ) Tidak memuaskan
c) Juruterapi berkomunikasi dengan bahasa yang sopan dan berhemah tinggi.
( ) Sangat baik ( ) Baik ( ) Memuaskan ( ) TIdak memuaskan
d) Bagaimanakah anda menilai hasil perkhidmatan ini?
( ) Sangat baik ( ) Baik ( ) Memuaskan ( ) Tidak memuaskan
e) Bagaimana anda menilai masa perkhidmatan pedikur ini?
( ) Sangat baik ( ) Baik ( ) Memuaskan ( ) Tidak memuaskan
Muka Surat / Page : 8
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21
f) Bagaimanakah anda menilai penampilan juruterapi kami dan suasana persekitaran kerja?
( ) Sangat baik ( ) Baik ( ) Memuaskan ( ) Tidak memuaskan
g) Adakah anda berpuas hati dengan rawatan pedikur ini.
( ) Ya ( ) Tidak
jika tidak, nyatakan sebab: ____________________________________________
h) Adakah anda akan menggunakan khidmat juruterapi yang sama pada masa akan datang?
( ) Ya ( ) Tidak

Komen / cadangan lain untuk mempertimbangkan pengurusan dan perkhidmatan pelanggan?

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Tandatangan Pelanggan: Tandatangan Juruterapi:

…………………………………… ……………………………………..

Jadual 1 : Borang Maklumbalas Pelanggan


Muka Surat / Page : 9
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21
5.0 MERANCANG RAWATAN SUSULAN UNTUK PELANGGAN
 Untuk memastikan rawatan atau perkhidmatan yang dilakukan oleh pelanggan
menampakkan hasil yang baik, juruestetik perlu merancang atau mencadangkan
kepada pelanggan tentang rawatan susulan.
 Sekiranya pelanggan setuju untuk melakukan rawatan susulan, juruestetik perlu
menetapkan tarikh dan masa untuk temujanji seterusnya.

BIL NAMA PELANGGAN NO TEL TARIKH RAWATAN JENIS RAWATAN TARIKH RAWATAN
SUSULAN
1 Dahlia bt Mamat 012-6946474 7 /2/2019 Thermal body therapy 15/2/2019

2
3
4

Jadual 2 : Borang Rawatan Susulan

5.1 RAWATAN SUSULAN


 Minta pelanggan membuat rawatan susulan untuk mendapat hasil yang
lebih baik.
 Melaksanakan temujanji seperti tarikh, masa dan juruterapi yang
bertugas semasa membuat rawatan susulan.
CONTOH KAD TEMUJANJI RAWATAN SUSULAN DAN MAKLUMBALAS
KAD TEMUJANJI RAWATAN SUSULAN DAN MAKLUMBALAS
1) BUTIRAN PELANGGAN 2) JANTINA
Nama Amirah Najiha Perempuan (P) / Lelaki (L) Perempuan
Alamat No 1055 jalan ibrahim 3) PEKERJAAN Pegawai Pemasaran
Kampung telok datok
Batang kali selangor 4) UMUR 26 Tahun

Telefon 0123456789 2 Feb 2019

(HP) 5) TARIKH DAFTA


6) RAWATAN:
Rawatan manikur

7) MAKLUMBALAS PELANGGAN:

Kuku kelihatan bersih dan berkilat selepas mendapat perkhidmatan di salun.

8) TARIKH TEMUJANJI RAWATAN SUSULAN


Tandatangan Tandatangan
Tarikh Jenis Perkhidmatan / Rawatan Pelanggan Juruestetik Catatan
20/ 2/2019 Rawatan manikur
Muka Surat / Page : 10
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21
6.0 PENSTERILAN ALATAN MANIKUR
Alatan yang digunakan semasa perkhidmatan manikur mestilah disteril setiap kali
sebelum dan selepas digunakan. Juru estetik mesti menggunakan alatan yang bersih
dan disteril untuk setiap pelanggan.

6.1 Penyelenggaraan Ruang Kerja

Bakteria terdapat di merata-rata tempat, terutamanya di tempat yang kotor dan


berhabuk. Ia membiak dengan cepat di tempat yang gelap, lembap, panas dan kotor.
Salun kecantikan merupakan tempat yang mudah bagi bakteria atau kuman untuk
membiak seterusnya mudah menyebabkan penyakit kerana salun ini didatangi oleh
berbagai-bagai pelanggan yang menggunakan alat-alat yang sama di dalam salun.

Oleh itu, untuk menjamin keselamatan dan kesihatan pelanggan, alat-alat tersebut
mestilah disterilkan dari semasa ke semasa.

Pensterilan ialah suatu proses membasmi kuman alat-alat yang digunakan di dalam
salun kecantikan. Pensterilan penting bagi juru estetik kerana amalan ini bukan sahaja
dapat mencegah pembiakan bakteria tetapi juga dapat membunuhnya sama sekali
terutamanya bakteria yng membawa penyakit berjangkit.

7.0 KAEDAH-KAEDAH PENSTERILAN


Muka Surat / Page : 11
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21
Terbahagi kepada dua iaitu :
1. Pensterilan secara fizikal.
2. Pensterilan secara kimia.

7.1 PROSEDUR MENSTERIL ALATAN


Alatan dan kelengkapan yang perlu disteril adalah alatan kecil yang tidak tajam dan
juga linen. Hal ini untuk menjamin sanitasi kebersihan dan untuk menyahkuman.

Alat yang tidak tajam yang digunakan semasa perkhidmatan adalah seperti berus dan
mangkuk.

i. Cuci alatan dengan air suam bersabun


ii. Bilas sehingga bersih
iii. Lap dengan kain kering yang bersih
iv. Rendam berus pupur dan mangkuk pupur dalam larutan disinfektan dalam 5
minit kemudian bilas dan keringkan.
v. Letak alatan kecil dalam kabinet ultralembayung sehingga diperlukan
vi. Jika peralatan terlalu besar, lap dengan spirit surgikal atau cecair disinfektan.

Linen yang digunakan semasa perkhidmatan juga perlu dinyahkuman dengan


menggunakan larutan antiseptik atau disinfektan untuk mengelakkan bakteria merebak
apabila digunakan kepada pelanggan lain.

i. Cuci linen dengan air suam bersabun.


ii. Bilas sehingga bersih
iii. Rendam dengan larutan antiseptik atau disinfektan selamat 5-10 minit.
iv. Kemudian keringkan di bawah sinaran matahari.
Muka Surat / Page : 12
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21
7.2 Contoh Kaedah Mensteril Alatan Manikur Dengan Bahan Kimia

1. Cuci alatan seperti pengetip 2. Bilas alatan dengan air sehingga


kutikel, playar kuku, cuticle knife bersih.
dengan air.

3. Keringkan dengan kain bersih. 4. Sediakan cecair disinfektan.

5. Rendam alatan dalam 6. Tentukan tempoh masa untuk


disinfektan. merendam alatan.

7. Keluarkan alatan apabila tempoh 8. Letakkan alatan di dalam kabinet


masa merendam mencukupi. Bilas ultra lembayung sehingga
dan keringkan. diperlukan.
Muka Surat / Page : 13
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21
8.0 JENIS KAEDAH PENSTERILAN / SANITASI
1. Pensterilan secara fizikal.
Pensterilan secara fizikal terbahagi kepada tiga iaitu:
 Haba lembap.
Kaedah ini dilakukan dengan cara merebus atau menstim alatan.
Wap digunakan dalam bidang perubatan untuk membunuh bakteria
dan spora.
 Haba kering.
Digunakan untuk membasmi kuman pada tuala , kain pembalut dan
lain-lain. Kaedah ini dilakukan dengan cara menjemur.
 Sinar ultra lembayung
Sinar ini diperolehi daripada cahaya matahari atau daripada alat-alat
elektrik.

2. Pensterilan secara kimia.


Pensterilan secara kimia terbahagi kepada dua iaitu:
 Antiseptik dan Disenfektan.
Antiseptik menghalang pembiakan bakteria tanpa membunuhnya.
Ia boleh digunakan pada kulit dengan selamat. Disenfektan juga
perlu digunakan dengan berhati-hati kerana ia lebih kuat
berbanding antiseptik.
 Wap Fumigan.
Wap atau asap didalam kabinet digunakan supaya alat-alat
sentiasa dalam keadaan basmi kuman.
Muka Surat / Page : 14
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21
9.0 PENYIMPANAN ALATAN, BAHAN DAN KELENGKAPAN RAWATAN
Kawasan kerja hendaklah sentiasa kemas dan bersih sebelum dan selepas
digunakan.
i. Katil mesti dikemaskan seperti keadaan asal
ii. Troli perlu dilap
iii. Lantai kawasan kerja hendaklah bebas dari sebarang bentuk halangan dan
tumpahan
iv. Peralatan
 yang telah digunakan perlu dibersihkan dan diletakkan semula di tempat
asalnya
 semua peralatan perlu disteril sebelum dan selepas digunakan
 peralatan perlu disimpan di tempat yang dikhaskan
 sekiranya ada menggunakan peralatan elektrik, pastikan plak dicabut dan
disimpan dengan betul di tempat yang dikhaskan
 sebarang peralatan rosak hendaklah dilabelkan dengan terang dan
dilaporkan segera kepada penyelia untuk tindakan lanjut.
v. Bahan
 Bersihkan sisa bahan yang terdapat dalam mangkuk dengan mengelap
mangkuk terlebih dahulu menggunakan tisu dan buang terus tisu ke
dalam tong sampah sebelum mangkuk dibasuh
 Sisa tidak boleh dibuang terus ke dalam sinki kerana dikhuatiri akan
menyebabkan sinki tersumbat.
vi. Keselamatan
 Pastikan punca air dan eletrik ditutup selepas digunakan
vii. Penyelenggaraan bilik terapi dan kawasan kerja
 Bahan kimia perlu diletakkan di tempat asal selepas digunakan. Jika ada
tumpahan di luar botol, ia hendaklah dibersihkan terlebih dahulu
 Label pada bahan kimia hendakalah sentiasa berada dalama keadaan
baik dan jelas, label yang rosak hendaklah digantikan semula
 Pastikan bahan kimia yang disediakan mempunyai label dan tarikh
penyediaannya
Muka Surat / Page : 15
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

9.1 Pengemasan Ruang Kerja Bahan Dan Peralatan Rawatan Manikur

9.1.1 Pengemasan ruang kerja

Untuk mengekalkan kebersihan salun dan bilik rawatan perkara-perkara berikut


perlu dititik beratkan:
a) Mensteril alatan manikur
 Alatan perlu disteril selepas rawatan bagi memastikan kebersihan
dan mengelak daripada jangkitan bakteria.
b) Membuang sampah
 Pastikan sampah dibuang setiap hari.
c) Lantai
 Lantai perlu di mop dan disapu setiap hari untuk mengelak daripada
habuk dan kekotoran lain.
d) Cahaya
 Pencahayaan amat penting dalam bilik rawatan supaya dapat
memudahkan proses / perjalanan kerja.
e) Tempat rawatan
 Tempat rawatan sentiasa kemas dan bersih.
f) Tuala
 Memastikan tuala sentiasa bersih dari kekotoran. Perlu dicuci setiap
hari.
g) Peralatan
Peralatan rawatan contohnya seperti tanda, troli, sterilizer dan sebagainya
hendaklah sentiasa dilap supaya tidak berhabuk.
Semua bahan dan alatan rawatan yang telah siap disteril hendaklah
disimpan dengan baik di dalam tempat yang disediakan. Susun atur
semua peralatan dan perkakasan selepas digunakan dengan teratur
supaya tidak menghalang laluan dan tidak mendatangkan kecederaan.
Muka Surat / Page : 16
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

9.2 Kaedah Menyimpan Bahan Dan Alatan Manikur

Rajah 1 : Kaedah Menyimpan Bahan

Rajah 2 : Kaedah Menyimpan Peralatan


Muka Surat / Page : 17
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

9.3 Penyimpanan Alatan Dan Bahan


a. Mengelakkan bahan terdedah kepada udara, cahaya atau haba atau
tamat tempoh kegunaannnya.
b. Simpan bahan di tempat yang dingin dan kering.
c. Tutup dan labelkan semua bekas penyimpanan bahan rawatan dengan
jelas.
d. Pakai sarung tangan getah apabila menyediakan bahan.
e. Teliti mengikut bacaan kandungan yang ada dalam bahan.
f. Gunakan berus atau span untuk mengambil bahan dari bekasnya.
g. Bersihkan dan steril bahan atau alatan selepas digunakan.
h. Simpan bahan dan alatan dengan rapi dan teratur.

10.0 PROSEDUR PENGGANTIAN /PENGISIAN SEMULA BAHAN


i. Selepas rawatan selesai, juru estetik perlu memastikan bahan yang
digunakan diisi semula untuk memastikan rawatan seterusnya berjalan
lancar.
ii. Sekiranya bahan tersebut telah habis, juru estetik perlu melaporkan kepada
penyelia untuk urusan pesanan bahan.

11.0 PROSEDUR PENGURUSAN SISA PEPEJAL SALUN


Sisa pepejal salun perlu diuruskan dengan baik untuk menjaga persekitaran
supaya tidak tercemar. Sisa pepejal boleh dimaksudkan dengan apa-apa bahan
sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau keluaran yang
ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses atau apa-apa benda
yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh, tercemar atau selainnya
rosak.

Sisa pepejal salun terdiri daripada beberapa kategori, iaitu:

i. Sisa Buangan Umum


ii. Sisa Bio Waste
Muka Surat / Page : 18
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

11.1 Pengasingan Sisa Pepejal

Secara umumnya, pengasingan sisa pepejal ini adalah mengikut jenis


komposisi sisa pepejal seperti berikut :

i. Kertas – surat khabar , majalah, buku panduan, komik, katalog, kertas computer,
kertas A4, kertas berwarna, resit, bil , kotak kertas, kadbod, kalender, sampul
surat, poskad, risalah, dan bungkusan pos.

ii. Plastik – botol minuman ringan, botol jus, botol minuman air mineral, bekas
makanan, bekas sabun cecair mandian, botl syampu, botol makanan
kesihatan/vitamin, bekas pencuci pakaian/lantai, botol kicap, baldi, ,beg plastik,
bekas ais krim dan lain – lain jenis plastik,

Lain – lain bahan yang boleh dikitar semula iaitu :-


i. Kaca/Seramik - botol kicap, botol sos, botol jem, botol minuman ringan, botol
vitamin, bekas kosmetik, pinggan kaca  dan sebagainya.

ii. Tin aluminium/besi/logam lain -  tin minuman ringan, tin makanan dan sos, tin
biskut, tin makanan cecair, alatan dapur seperti sudu, periuk senduk dan
sebagainya

iii. Sisa elektrik/barang elektrik kecil – bateri, kalkulator, telefon bimbit, peralatan
elektrik, lampu kalimantang, lampu LED,cerek elektrik, dapur elektrik dan
sebagainya

iv. Bahan fabrik/kasut/getah/kulit – kasut, beg tangan, pakaian, sarung tangan dan
sebagainya

v. Sisa berbahaya – bekas penyembur ubat nyamuk,tin cat, bekas racun, bekas
bahan pelarut, bekas ubat anai – anai dan sebagainya

vi. Sisa Kebun/Taman – sisa halaman rumah seperti daun kering, ranting,pelepah
pokok, batang pokok, rumput dan sebagainya

vii. Sisa Pukal – sisa peralatan rumah yang besar seperti peti sejuk, almari, katil,
mesin basuh, sofa, perabot dan sebagainya
Muka Surat / Page : 19
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

11.2 Langkah Pengurusan Sisa Pepejal

Penggunaan Teknologi Moden Dalam Pelupusan Sisa Pepejal

Penggunaan teknologi pelupusan sisa pepejal juga merupakan satu usaha untuk
mengatasi masalah pelupusan sisa pepejal. Untuk itu, penggunaan teknologi
insinerator untuk mengatasi masalah sisa pepejal serta teknologi gasifikasi dan
peleburan abu dianggap sebagai teknologi terkini dan paling selamat menguruskan
sisa pepejal

11.3 Mengitar Semula Bahan Buangan

Pengumpulan barang-barang untuk dikitar semula memerlukan satu peruntukan


kewangan tetapi pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah sampah yang
harus dilupuskan. Penjualan barang-barang yang dikitar semula dapat memberi
pulangan hasil yang dapat menampung kos kitar semula.Program Pendidikan Kitar
Semula juga adalah sangat penting untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada
penduduk bagaimana menguruskan sendiri bahan buangan atau sisa pepejal di rumah
dan pejabat.

Pengurusan Sisa kimia

Bahan kimia yang boleh dianggap sisa:


• Sisa amali penyelidikan
• Kimia tertumpah
• Bahan kimia lama

Sisa kimia terdiri daripada:


• Bahan kimia beracun/radioaktif
• Sisa pelarut organic/berhalogen dan tak berhalogen
• Sisa bahan kimia pepejal

Jenis sisa kimia makmal

• Sisa kimia
• Sisa biologi
• Sisa radioaktif
• Sisa pecahan kaca/tajam
Muka Surat / Page : 20
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

11.4 Konsep 3R Untuk Pengurusan Bahan Kimia

1. Reduce(Pengurangan)

 Pengurangan penggunaan bahan kimia boleh dilakukan dengan merancang


kerja yang akan dilakukan sebelum melaksanakannya.
 Menggunakan kuantiti yang berpatutan dan minimum, cukup untuk kerja yang
dilakukan tanpa lebih.

2. Reuse (Penggunaan balik)

 Menggunakan bahan kimia yang boleh digunakan semula. Terdapat beberapa


bahan kimia yang boleh digunakan semula lebih dari sekali penggunaan.

3. Recycle (Kitar semula)

 Untuk mengurangkan kos pelupusan bahan kimia, konsep kitar semula boleh
dilakukan dengan menghantar kepada syarikat-syarikat yang menjalankan
perkhidmatan tersebut.

11.5 Langkah pengurusan sisa kimia sebelum pelupusan dilakukan

i. Buang sisa pada bekas yang sesuai.

ii. Semua sisa pelarut hendaklah disimpan dalam botol yang berlabel dan
bersesuaian.

iii. Asingkan sisa kimia mengikut kelas yang sudah ditetapkan oleh pihak yang
bertanggungjawab untuk pelupusan.

iv. Bahan kimia tidak boleh dibuang dalam sinki kerana boleh mengakibatkan
pencemaran alam sekitar. Ada bahan kimia yang perlu ditanam sekiranya
hendak dilupuskan. Ada juga bahan kimia perlu dilupuskan secara klinikal untuk
mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
Muka Surat / Page : 21
NO. KOD / CODE NO. MP-060-2:2013-C06/P(4/4)
Drpd / Of : 21

SOALAN / QUESTION:

1. Berikan definisi pensterilan.


2. Nyatakan dua kaedah mensteril secara fizikal yang biasa digunakan di salun.
3. Nyatakan dua keadah mensteril secara kimia yang biasa digunakan di salun.

RUJUKAN / REFERENCES:

1. http://www.google.com.my/search

2. Wong Joon Lian, Chin Wee Kin,Nawawi bin Mohd Jan,2005.Persolekan Tingkatan
4 dan 5, Modul Pembelajaran Aliran Vokasional, Dewan Bahasa dan
Pustaka.ISBN NO 983-62-8664-0. Mukasurat: 190 hingga 194.

3. Rohani Marude,1989.Seni Kecantikan, Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like