You are on page 1of 11

2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

MORFOLOGI BAHASA MELAYU


Soalan 1
Pada pendapat Fairose Shamsudin (2009), bentuk kata merupakan
unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan dan pengakroniman.
Perkataan didefinisikan sebagai satu unit ujaran yang bebas dan
mengandungi maksud yang terdiri daripada satu atau gabungan beberapa
bentuk bunyi bahasa. (Nik Safiah Karim, 2015). Perkataan terbahagi kepada
empat jenis iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda.
Unsur-unsur yang membentuk kata dikenali sebagai morfem dan gabungan
morfem menjadi kata yang dikenali sebagai morfologi. Menurut Nik Safiah
Karim dan Shahidah Hashim (2019), terdapat proses pembentukan kata iaitu
pengimbuhan, pemajmukan, penggandaan dan pengakroniman. Proses
pembentukan kata ini telah membentuk empat bentuk kata yang dikenali
sebagai bentuk kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan juga kata ganda.

Bentuk kata tunggal dimaksudkan sebagai perkataan yang tidak


menerima sebarang imbuhan dan juga tidak mengalami proses penggandaan
dan perangkaian. Dalam Bahasa Melayu, kebanyakan kata tunggal yang
mempunyai potensi untuk diperluaskan dan seterusnya terjadi bentuk
terbitan. Kata tunggal boleh dibahagi kepada dua iaitu unit yang bebas dan
boleh berdiri sendiri sebagai satu ayat, misalnya Siapa? , Saya. , Apa?, Ini.
Selain itu, jenis kata tunggal yang kedua merujuk kepada kata tugas yang
merupakan unit yang tidak dapat berdiri sendiri dan memerlukan sekurung-
kurungnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya
misalnya di, ke, untuk, daripada. Dari segi persukuan kata, kata tunggal boleh
melibatkan satu suku kata atau lebih daripada satu suku kata. Sesuatu suku
kata dapat dibentuk daripada satu vokal (V) sahaja dan disertai dengan satu
konsonon (K), atau satu vokal disertai dengan beberapa konsonon. Konsonon
boleh wujud di depan atau di belakang vokal atau hadir serentak di depan dan
belakang vokal. Bukan itu sahaja, terdapat juga konsonon yang hadir secara
bergugus (KK).

1
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

Dalam Bahasa Melayu, perkataan yang terdiri daripada satu suku kata
sangat terhad. Biasanya perkataan seperti ini adalah pinjaman daripada
bahasa asing seperti bahasa Arab dan juga bahasa Inggeris. Terdapat juga
perkataan yang merupakan singkatan bagi perkataan yang terdiri daripada
dua suku kata atau lebih, contohnya engkau untuk kau dan aku untuk ku.
Namun, perkataan-perkataan ini tidak dikira sebagai perkataan satu suku
kata. (Nik Safiah Karim et al., 2015) Pola gabungan konsonon-vokal dalam
kata tunggal satu suku kata adalah:

1. KV- ya

2. VK- am

3. KVK- tin

4. KKVK- krim

5. KVKK- zink

6. KKKV- skru

7. KKKVK- skrip

Dalam contoh 4, 5, 6, 7 yang mempunyai gugus konsonon merupakan


kata pinjaman daripada bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Dalam Bahasa
Melayu, tidak mewujudkan pola-pola V dan juga KKVKK.

Kebanyakan perkataan dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua


suku kata. Pola kata tunggal yang terdiri daripada dua suku kata adalah
seperti:

1. V+KV– apa

2. V+VK- air

3. V+KVK– ubat

4. VK+KV- undi

2
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

5. VK+KVK– akrab

6. KV+V- tua

7. KV+VK- buat

8. KV+KV- saya

9. KV+KVK- cawan

10. KVK+KV- pintu

11. KVK+KVK- santai

Kata tunggal yang terdiri daripada tiga suku kata adalah lebih kecil
berbanding dengan kata tunggal dua suku kata tetapu pola susunan
konsonon-vokal adalah banyak dan biasanya terdiri daripada kata pinjaman.

1. KV+V+KV- biasa

2. KV+V+KVK- siasat

3. V+KV+V- idea

4. KV+KV+V- mulia

5. KVK+KV+V- rahsia

6. KV+KV+VK- sekian

7. KVK+KV+VK- manfaat

8. V+KV+KV- udara

9. V+KV+KVK- akibat

10. VK+KV+KV- istana

11. KV+KV+KV- budaya

12. KVK+KV+KV- bendera

13. VK+KV+VK- ilmiah

14. V+KV+VK- amuan

3
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

15. KV+KV+KVK- hikayat

16. KVK+KV+KVK- sembilan

17. KV+KVK+KV- belanja

18. KVK+KVK+KV- sempurna

Jumlah kata tunggal empat suku kata dan lebih adalah agak kecil dan
biasanya merupakan kata pinjaman. (Mohammad Bin Rentak, 2013)
Antaranya ialah:

1. KV+KV+VK+KV- keluarga

2. KV+KVK+KV+KV- peristiwa

3. KVK+KV+KV+KV- laksamana

4. KVK+KV+V+KV- sentiasa

5. KV+KV+KV+KV- serigala

6. KV+KV+KV+KVK- generator

7. KVK+KV+KV+KVK- sentimeter

8. KVK+KVK+KV+KV- singgahsana

9. KV+KV+V+KVK- nasional

10. V+KV+KVK+KV+KVK- universiti

11. KVK+KV+KV+KV+KVK- cenderawasih

12. KV+KV+KV+ KV+KV+KV+KV- maharajalela

Menurut Nik Safiah Karim dan et. al. (2015), kata akronim juga
termasuk dalam kata tunggal. Kata akronim merujuk kepada kata singkatan
yang dihasilkan melalui proses penggabungan huruf awal suku kata atau
dengan menggabungkan huruf awal dan suku kata daripada satu perkataan
kemudian ditulis dan dilafazkan sebagai perkataan yang utuh. Terdapat tiga

4
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

cara untuk menulis kata akronim berdasarkan pada cara pembentukan


akronim tersebut. Cara pertama adalah akronim yang dibentuk daripada
gabungan beberapa huruf awal perkataan yang terdiri daripada kata nama
khas dan ditulis dengan huruf besar seluruhnya. Sebagai contoh, ABIM yang
merujuk kepada Angkatan Belia Islam Malaysia. Cara yang kedua, akronim
dapat dibentuk daripada gabungan suku kata dengan huruf awal atau
gabungan suku kata dengan suku kata. Huruf pertama harus dieja dengan
huruf besar disebabkan terbentuk itu kata nama khas. Contohnya, Perkeso
merupakan akronim kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial. Yang ketiga,
akronim dibentuk dengan gabungan suku kata dengan suku kata dan
kesemuanya ditulis dalam huruf kecil misalnya cerpen merujuk kepada cerita
pendek.

Menurut Nik Safiah Karim dan etal., (2015), kata ganda merupakan
bentuk yang diwujudkan dengan menggandakan kata dasar pada bahagian-
bahagian tertentu dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Berdasarkan
pendapat Nik Safiah Karim et. al. (2015), jenis penggandaan terbahagi
kepada tiga iaitu, penggandaan penuh, penggandaan separa dan
penggandaan berentak. Penggandaan penuh merupakan kata ganda yang
mengulangi keseluruhan kata dasar. (Asmah Haji Omar, 2008) Selain itu,
penggandaan separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata
digandakan manakala penggandaan berentak didefinisikan sebagai
perkataan yang digandakan mengikut rentak bunyi dalam kata dasar. (SIti
Fatimah Mohd Ali, 2015)

Penggandaan penuh merupakan proses menggandakan keseluruhan


kata dasar sama ada kata dasar itu mempunyai imbuhan ataupun tidak.
Contohnya kanak-kanak dan murid-murid merupakan penggandaan penuh
kata tunggal. Bagi penggandaan penuh kata berimbuhan boleh terbahagi
kepada tiga iaitu dengan awalan, misalnya pembesar-pembesar, pemain-
pemain dan dengan akhiran seperti amaran-amaran, jualan-jualan serta
dengan apitan misalnya persatuan-persatuan, permainan-permainan.

5
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

Penggandaan separa dimaksudkan sebagai proses yang


menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh terdiri
daripada kata tunggal ataupun kata terbitan. Dalam penggandaan separa
kata tunggal, laki menjadi lelaki dan tikus menjadi tetikus manakala
penggandaan separa kata berimbuhan terbahagi kepada tiga jenis iaitu
dengan awalan, akhiran dan juga apitan. Penggandaan separa kata
berimbuhan dengan awalan dibahagikan lagi kepada dua iaitu kata kerja dan
juga kata adjektif. Contoh bagi kata kerja adalah berkata-kata, tersenyum-
senyum, menangis-nangis, dipukul-pukul manakala contoh bagi kata adjektif
adalah setinggi-tinggi. Bagi penggandaan separa kata berimbuhan dengan
akhiran juga terbahagi kepada tiga iaitu kata nama, kata kerja dan juga kata
adjektif. Bagi kata nama adalah menggunakan akhiran –an misalnya buah-
buahan, orang-orangan manakala kata kerja adalah menggunakan akhiran –
kan dan -i misalnya tanya-tanyakan dan amat-amati manakala kata adjektif
menggunakan akhiran –an seperti rindu-rinduan. Selain itu, pengganaan
separa kata berimbuhan dengan apitan terbahagi kepada dua iaitu kata kerja
dan kata adjektif. Contoh bagi kata kerja adalah seperti dimarah-marahi,
meninggi-ninggikan, bertegur-teguran dan contoh bagi kata adjektif adalah
ketimur-timuran.

Penggandaan berentak merupakan proses menggandakan kata dasar


berdasarkan rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Seluruh kata dasar
dalam penggandaan berentak digandakan serta bunyi tertentu diulang atau
diubah. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak, yang pertama merujuk
kepada penggandaan berentak pengulangan vokal. Penggandaan jenis inin
merupakan penggandaan yang terdapat ciri-ciri keharmonian vokal.
Contohnya, kuih-muih, gotong royong, hiruk pikuk. Jenis yang kedua dikenali
sebagai penggandaan berentak pengulangan konsonon. Jenis ini merupakan
penggandaan yang terdapat ciri persamaan pada bunyi konsonon tertentu
misalnya, batu-batan, kucar-kacir, huyung-hayang. Jenis yang terakhir adalah
penggandaan berentak bebas. Penggandaan jenis ini tidak mempunyai ciri-

6
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

ciri persamaan sama ada pada bunyi vokal atau konsonon. Sebagai contoh,
saudara-mara, lintang-pukang, anak-pinak.

Tuntasnya, terdapat empat proses pembentukan kata iaitu


pengimbuhan, pengmajmukan, penggandaan dan juga pengakroniman.
Daripada proses pembentukan kata terhasil bentuk kata. Bentuk kata juga
terbahagi kepada empat iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan
kata ganda. Malaysia sebagai sebuah negara membangun, haruslah
mempunyai satu bahasa kepunyaan sendiri. Bak kata pepatah, “bahasa jiwa
bangsa”, harapan supaya Bahasa Melayu teguh dan dapat terus bersaing
dalam arus global memerlukan usaha setiap rakyat Malaysia. Sebagai rakyat
Malaysia, kita berperanan penting untuk memartabatkan Bahasa Melayu
supaya dapat menuju ke arah pembinaan dan penggunaan bahasa yang
standard.

7
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

Soalan 2

Dalam bahasa Melayu, perkataan boleh digolongkan ke dalam sesuatu


golongan tertentu berdasarkan beberapa kriteria, iaitu kriteria struktur fonologi
atau bunyi, kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan juga kriteria
semantic. Secara umumnya, golongan kata utama dalam Bahasa Melayu
boleh dibahagikan kepada empat iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan
juga kata tugas. (Nik Saifiah Karim et al, 2015)

Kata kerja dikenali sebagai sejumlah perkataan yang boleh dijadikan


unsur inti dalam binaan frasa kerja. Frasa kerja dibentuk daripada kata kerja
yang boleh disertai dengan beberapa unsur yang lain seperti kata bantu,
objek, pelengkap, ayat komplemen dan juga keterangan. Menurut Hasbu
Sebu (2013), kata kerja merupakan perkataan yang menerangkan sesuatu
perbuatan terhadap sesuatu. Pada pandangan Ghazali (2011) pula, kata kerja
merupakan binaan utama dalam kata kerja dan menunjukkan sesuatu
kelakuan dan situasi yang dilakukan. (Nawi Ismail, 2016) Secara umumnya,
kata kerja yang tergolong dalam golongan kata terbahagi kepada dua
kumpulan utama iaitu kata kerja aktif dan juga kata kerja pasif.

Kata kerja aktif merujuk kepada kata kerja yang wujud dalam ayat aktif,
iaitu ayat yang mementingkan subjek asal sebagai judul. Berdasarkan
pandangan Alaireena Hms (2016), ayat aktif dikenali sebagai ayat yang
menekankan atau mementingkan si pelaku sebagai subjek. Dalam kata kerja

8
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

aktif pula terbahagi kepada dua jenis iaitu kata kerja aktif tak transitif dan juga
kata kerja aktif transitif.

Kata kerja aktif tak transitif merujuk kepada kata kerja yang boleh
berdiri sendiri dan tidak memerlukan objek atau penyambut untuk
menyempurnakan maknanya. (Aisah, n.d) Selain itu, kata kerja aktif tak
transitif juga boleh terbahagi kepada dua subgolongan iaitu kata kerja aktif tak
transitif tanpa pelengkap dan juga kata kerja aktif tak transitif berpelengkap.
Kata kerja aktif tanpa pelengkap merujuk kepada kata kerja yang boleh berdiri
tanpa memerlukan objek atau penyambut. Sebagai contoh, Melati suka
menari. dan Dr. Aris sedang mengajar. Dalam kedua-dua ayat tersebut,
dapat dilihat subjek dan kata kerja dapat berdiri sendiri iaitu tanpa bergantung
kepada unsur yang lain untuk melengkapkan makna ayat. Kata kerja aktif tak
transitif dalam contoh ayat yang diberi adalah menari dan mengajar. Di
samping itu, kata kerja aktif tak transitif boleh diikuti dengan unsur keterangan
yang memainkan peranan untuk memberikan maklumat tambahan. Sebagai
contoh, Melati suka menari pada masa lapang. dan Dr, Aris sedang
mengajar di kelas BM 1. Unsur keterangan dalam kedua-dua ayat ini adalah
pada masa lapang dan di kelas BM 1.

Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap merupakan kata kerja yang
perlu diikuti oleh pelengkap bagi melengkapkan maksud ayat. Unsur
pelengkap ini perlu dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek
atau penyambut hanya wujud selepas kata kerja transitif dan juga boleh
mengalami proses pasif. Pelengkap dikenali sebagai unsur yang hadir
selepas kata kerja tak transitif bagi tujuan untuk menyempurnakan maksud
ayat. Ayat yang mempunai kata kerja aktif tak transitif berpelengkap tidak
boleh dipasifkan. Contohnya, Farhan tinggal di Taman Mewah. dan Keadaan
nenek beransur baik. Contoh ayat yang diberi menunjukkan tinggal dan
beransur merupakan kata kerja aktif tak transitif sementara unsur yang
mengikutinya merupakan pelengkap. Apabila pelengkap digugurkan, maksud
ayat akan menjadi tidak sempurna, misalnya *Farhan tinggal. dan *Keadaan

9
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

nenek beransur. Bukan itu sahaja, kedua-dua ayat ini tidak boleh dipasifkan,
seperti *Baik diansurkan oleh keadaan nenek. dan *Di Taman Mewah
ditinggal oleh Farhan. Unsur-unsur yang menjadi pelengkap biasanya terdiri
daripada kata adjektif, frasa sendi nama, dan juga kata nama.

Kata kerja aktif transitif merupakan kata kerja yang mempunyai objek
atau penyambut yang terbentuk daripada frasa nama bagi menyempurnakan
maksudnya. Sebagai contoh, Suzie sedang menyapu sampah. dan Joel
mengirim surat kepada ayahnya di Kedah. Dalam kedua-dua contoh ini, kata
kerja menyapu dan mengirim merujuk kepada kata kerja transitif. Sekiranya
tidak mempunyai objek yang terdiri daripada frasa nama, makna ayat akan
menjadi tidak sempurna, misalnya Suzie sedang menyapu. dan Joel
mengirim.

Kumpulan kata kerja yang kedua adalah kata kerja pasif. Jika ditinjau
dari sudut Nik Safiah Karim et. al. (2015), kata kerja pasif merujuk kepada
kata kerja yang dibina daripada proses transformasi atau perubahan ayat aktif
menjadi ayat pasif. Sebagai contoh, Kawasan rumah telah dibersihkan oleh
adik. Kata kerja dibersihkan dalam ayat tersebut merupakan bentuk kata kerja
pasif. Bentuk ini terhasil dengan menukarkan ayat berbentuk aktif kepada
ayat pasif iaitu daripada membersihkan kepada dibersihkan. Oleh itu, terdapat
satu ukuran yang dapat digunakan untuk memastikan sama ada sesuatu kata
kerja itu transitif atau tak transitif adalah dengan melihat sama ada kata kerja
itu mampu mengalami proses pasif atau tidak. Contoh yang kedua, Surat itu
dikirim oleh Mei pagi tadi. Kata kerja dikirim merupakan bentuk kata kerja
pasif. Kata kerja dikirim akan menjadi mengirim dalam ayat aktif.

Kesimpulannya, terdapat dua kumpulan utama kata kerja yang dikenali


sebagai kata kerja aktif dan juga kata kerja pasif. Kata kerja aktif boleh
dibahagi lagi kepada dua iaitu kata kerja aktif tak transitif dan juga kata kerja
aktif transitif. Dalam kata kerja aktif tak transitif boleh terbahagi kepada dua

10
2019122310002 JEWELLE TAN JIA QI BMM 1054

subgolongan iaitu kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap dan juga kata
kerja aktif transitif berpelengkap. Tuntanya, sikap berbangga harus diamalkan
terhadap Bahasa Melayu agar Bahasa Melayu tidak dipandang rendah oleh
masyarakat sendiri. Ini merupakan tanggungjawab kita untuk memartabatkan
Bahasa Melayu supaya Bahasa Melayu dapat berkembang maju dan menjadi
bahasa antarabangsa. Masa depan Bahasa Melayu bergantung kepada sikap
penutur dan pengamal. (M. Jasni Majed, 2017) Kemantapan Bahasa Melayu
bukan sahaja disebabkan oleh kewujudan pertuturan dalam kalangan
masyarakat, malahan kualiti baahasa juga memainkan peranan yang penting.
Bak kata pepatah, “bahasa jiwa bangsa”, harapan supaya Bahasa Melayu
teguh dan dapat terus bersaing dalam arus global memerlukan usaha setiap
rakyat Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita berperanan penting untuk
memartabatkan Bahasa Melayu supaya dapat menuju ke arah pembinaan
dan penggunaan bahasa yang standard.

11

You might also like