You are on page 1of 18

MPU 3031

Perancangan Projek
Lawatan Sambil Belajar
Nama: Khu Jia Hui
Unit: T9
Pensyarah: Tuan Haji
Noor Azmi Bin Osman.
SJKC GUNUNG RAPAT,
JALAN GUNUNG RAPAT,
KAMPUNG BAHARU GUNUNG RAPAT,
31350 IPOH, PERAK.

Kertas Kerja
Lawatan Sambil Belajar Ke
Pulau Pinang 2019
“Membuka Mata, Menimba Pengalaman, Menjana Pengetahuan”
Lawatan Sambil Belajar ke Pulau Pinang

1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan terbahagi kepada dua iailtu pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan
formal diperolehi daripada sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pendidikan
formal pula diperolehi daripada pemerhatian dan pengajaran di luar bilik darjah.
Pendidikan murid haruslah seimbang mengikut segi pendidikan formal dan tidak formal
agar dapat melahirkan murid yang holistik dan berkemampuan dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial selaras dengan aspirasi pendidikan negara. Oleh hal yang
demikian, kelab rekreasi SJKC GUNUNG RAPAT akan menganjurkan sebuah aktiviti
berteraskan pendidikan tidak formal iaitu lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang sebagai
salah satu aktiviti selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) murid darjah enam.
Aktiviti ini boleh memberi banyak faedah kepada para muid seperti mengeratkankan
hubungan silaturahim, menimba pengalaman baru, mempelajari nilai-nilai murni dan
belajar cara-cara berdikari.
2.0 TUJUAN KERTAS KERJA

2.1 Memohon kebenaran pihak sekolah untuk mengadakan lawatan sambil belajar.
2.2 Kertas kerja lawatan sambil belajar ini bertujuan untuk memaklumkan dan
meminta kebenaran daripada pihak sekolah untuk menjalankan program ini.
2.3 Memohon jasa baik pihak sekolah dan PIBG untuk memperuntukkan kewangan
bagi tujuan membantu pembiayaan penginapan dan pengangkutan.
3.0 OBJEKTIF
Lawatan ini dirancang khusus buat murid darjah enam yang akan tamat persekolahan rendah dan masuk
ke alam sekolah menengah. Lawatan ini juga mempunyai objektif seperti berikut:
3.1 Lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan murid kepada lokasi-lokasi dan bandar bersejarah di
Malaysia.
(Melalui pendedahan ilmu daripada lawatan ke tempat bersejarah seperti Muzium Perang.)
3.2 Lawatan sambil berlajar ini bertujuan supaya murid dapat menimba ilmu pengetahuan yang tidak dapat
dipelajari di sekolah dan menimba pengalaman baru.
(Melalui lawatan, ilmu yang diperolehi merupakan ilmu yang realistik bukan seperti yang dipelajari daripada buku.)
3.3 Memberi pendedahan awal kepada para murid yang juga akan dapat membuka minda para murid tentang
dunia luar sambil memupuk nilai-nilai murni dalam diri mereka.
(Nilai murni seperti toleransi akan dipupuk melalui lawat ini.)
4.0 MATLAMAT

4.1 Melahirkan murid sekolah yang holistik dan berkemampuan dari segi jasmani,
rohani, emosi, intelek dan sosial.
4.2 Memupuk semangat cintakan negara.
4.3 Menyediakan murid ke alam remaja dan sekolah menengah.
4.4 Melahirkan generasi muda yang mempunyai pemikiran yang terbuka dan
nilainilai murni serta kesopanan yang tinggi.

5.0 TEMA, TARIKH, TEMPAT & TEMPOH PELAKSANAAN

5.1 Tema : Membuka mata, menimba pengalaman, menjana pengetahuan


5.2 Tempat : Pulau Pinang, Malaysia
5.3 Tarikh : Jumaat 01 Mac 2019 sehingga Ahad 03 Mac 2019
5.4 Tempoh Pelaksanaan : Tiga hari, dua malam

6.0 KUMPULAN SASARAN

6.1 Murid-murid tahun enam SJKC GUNUNG RAPAT


7.0 BILANGAN PENYERTAAN

7.1 Lawatan sambil belajar ini disertai oleh 30 murid tahun 6 dan 5 orang guru pengiring.
Sila Rujuk Lampiran 1 dan 2

8.0 JADUAL PROGRAM


Sila Rujuk Lampiran 3
9.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN

9.1 Sumber Kewangan


9.1.1 Bayaran yuran oleh murid dan guru
9.1.2 Sumbangan sekolah
9.1.3 Sumbangan PIBG

Bi Sumber Jumlah
l. Kewangan
1. Yuran RM 100 x 34 RM 3 400
2. Sumbangan RM 500 x 1 RM 400
Sekolah
3. Sumbangan RM 600 x 1 RM 600
PIBG
Jumlah RM 4 400
Keseluruhan
9.2 Anggaran Perbelanjaan
Bil. Perkara Maklumat Jumlah
1. Pengangkutan Bas Pengangkutan pergi dan balik -
Disediakan Pihak Sekolah
2. Penginapan Hotel 3 hari 2 malam RM 379 x 4 = RM
1 516
3. Makanan Sarapan Disediakan Pihak Hotel -
Makan Tengahari Hari Pertama RM 6.20 x 35 =
RM 217
Hari Kedua RM 6.50 x 35 =
RM 227.50
Makan Malam Hari Pertama RM 7 x 35 = RM
245
Barbeque RM 10.50 x 35 =
RM 367.50
Hari Ketiga RM 7 x 35
Lain-lain Air mineral RM 9.25 x 4 =
RM 37
Air kotak RM 15.20 x7 =
RM 106.40
Snek RM 4.20 x 8 =
RM 33.60
4. Aktiviti Sukaneka Hamper Johan, Naib Johan RM 150 + RM
dan tempat ketiga 100 + RM 50 =
RM 200
5. Lawatan/Tiket Heritage Walk -
Rumah P. Ramlee -
Muzium Perang (RM10 x 30) +
(RM20 x 5) =
RM 400
Pantai Batu Feringgi -
Bukit Bendera (RM8 x 30) +
(RM13 x 5) =
RM 305
Penang Street Art -
Pasar Chowrasta -
6. Dana Kecemasan RM 500
Jumlah Keseluruhan RM 4 400
10.0 Pembentukan J/K Pengelola

Penaung : Puan Chan Yoke Moi AJK :


Guru Disiplin SJKC GUNUNG 1) Pendaftaran
RAPAT Ben John Barba ,Tan Zeng Yi
2) Cenderahati dan Hadiah
Pengerusi : Encik Tan Siew Yuan
Chris Lee Zy Fai, Farid Kamal Bin Kamaluddin
Guru Penasihat Kelab Rekreasi 3) Makanan
Naib Pengerusi : Puan Harisun Emily Wong , Jasmina Ng Kai Ying

Setiausaha : 1) Ang Kean Wen 4) Sukaneka


Nurul Ain Binti Firdaus , Sabrina Tan Kai See
Bendahari : 1) Alex Lau Kai Won
5) Peralatan
2) Mok Chak Fung
Semah Binti Abu Bakar, Siti Zurina Binti Kasim
11.0 Pengangkutan & Kemudahan
Bas Sekolah SJKC GUNUNG RAPAT

12.0 PENUTUP

Adalah diharapkan bahawa program yang dirancang ini akan mendapat kelulusan dan
kerjasama semua pihak agar lawatan sambil belajar ini dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Harapan juga bahawa lawatan sambil belajar ini dapat dimanfaatkan dengan
sebaik mungkin oleh murid-murid SJKC GUNUNG RAPAT serta dapat menanam sifat
patriotik dan cintakan negara dalam diri. Oleh itu diharapkan bahawa segala aktiviti yang
dirancang dalam lawatan ini dapat mencapai matlamatnya dan dapat memberi impak
positif kepada murid SJKC GUNUNG RAPAT.
Bendera Lawatan

01 Mac - 03 Mac
2019

Lawatan Sambil Belajar Ke


Pulau Pinang.
SJKC Gunung Rapat Ipoh Perak
Terima Kasih!

You might also like