You are on page 1of 19

Topik 2-

Proses Pembelajaran:
2.1:Kesediaan Belajar

Pensyarah:
Marina Haji A. Majid
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Pengenalan: Proses Pembelajaran
Ceramah kesihatan
1 Rangsangan-rangsangan tubuh badan

Menerima maklumat
2 Pemilihan ransangan yang yang sesuai melalui
sesuai oleh organ deria pendengaran
Imbas balik
3 Pemikiran erti rangsangan
maklumat yang
dalam otak diterima

Membentuk pengalaman atau Maklumat kesihatan


4 diterima sebagai ilmu
ilmu pengetahuan
Mengaplikasikan ilmu
5 Mengamalkan dalam situasi kesihatan itu dalam
yang sepadan kehidupan harian

Amalan sihat
6 Perubahan tingkah laku
diamalkan
Pengertian Kesediaan Belajar
 Merujuk keadaan dalaman individu yang
bersedia dan berupaya untuk mempelajari
sesuatu supaya memperolehi pengalaman
pembelajaran yang baru.
Pengertian Kesediaan Belajar
Thorndike (1913)

Hukum Kesediaan
Bersedia Tindakan
Kepuasan
bertindak berjaya

Bersedia Tindakan
Kecewa
bertindak tidak berjaya

Belum
Dipaksa
bersedia Dukacita
bertindak
bertindak
Pengertian Kesediaan Belajar
Bruner (1966)

kesediaan belajar merujuk kepada apa jua


perkara yang dapat disampaikan secara
berkesan kepada kanak-kanak pada bila-bila
peringkat perkembangannya.
Pengertian Kesediaan Belajar
Piaget (1966)

Mengaitkan kesediaan belajar dengan peringkat


pembelajaran mengikut perkembangan kognitif
kanak-kanak, iaitu peringkat deria motor (0-2
tahun), peringkat praoperasi (2-6 tahun), peringkat
operasi konkrit (7-12 tahun) dan peringkat operasi
formal (selepas 12 tahun).
Motivasi dan Kesediaan Belajar
Diwujudkan semula jadi daripada ransangan dalaman.
Motivasi
Intrinsik Dorongan dan minat untuk melakukan sesuatu tanpa
ganjaran.
Bruner (1966) mengaitkannya dengan naluri ingin tahu dan
dorongan mencapai kecekapan.
Tetapi bukan semua diwujudkan secara semula jadi,
misalnya tabiat seseorang.

Diwujudkan daripada ransangan luaran.


Motivasi
Ekstrinsik Menggerakkan orang untuk melakukan sesuatu
aktiviti yang akan membawa faedah
kepadanya.
Contohnya, memberi peneguhan positif seperti
pujian, insentif, hadiah dan gred.
Motivasi dan Kesediaan Belajar

Tindak balas:
Motivasi
Rangsangan Kesediaan belajar
Intrinsik
(Pembelajaran bermula)

Proses Pembelajaran pembentuk Motivasi


konsep / penguasaan kemahiran Ekstrinsik
baru

Pembelajaran
berakhir
Jenis-jenis Kesediaan Belajar
Kesediaan Kognitif

 Merujuk kepada kesediaan mental atau kesanggupan untuk


belajar sesuatu.
 Berkait dengan peringkat perkembangan intelek seperti
berfikir, menaakul, menganalisis, mensintesis & menilai.
 Ia berkadar secara terus dengan pertambahan umur
seseorang.
y a
hn
o belajar
o nt Murid sekolah rendah Operasi konkrit
C

belajar
Sekolah menengah Operasi yang kompleks
Jenis-jenis Kesediaan Belajar
Kesediaan Afektif

 Merujuk kepada sikap, keinginan semangat, ketekunan,


perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan
aktiviti pembelajaran.
 Stanford (1971): pembelajaran yang berkesan
dipengaruhi oleh sikap murid dan bukan beberapa kali
dia mengulang kaji bahan pelajarannya.

Sikap positif, motivasi Memudahkan


diri tinggi, aktif, agresif, proses
keinginan mencapai Kesediaan pembelajaran &
kecemerlangan, tekun & afektif tinggi mencapai
minat terhadap kecemerlangan
pembelajaran.
Jenis-jenis Kesediaan Belajar
Kesediaan Psikomotor

 Merujuk kepada seseorang yang mempunyai potensi


atau kematangan fizikal dan bersedia untuk melakukan
sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses
pembelajaran baru.
 Seluruh tubuh badannya telah sampai kematangan
selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan.
 Kesediaan Psikomotor yang tinggi membolehkan
seseorang menjalankan aktiviti latihan dengan cekap
dan berkesan.
Faktor-Faktor Mempengaruhi kesediaan
Belajar
Kematangan Fisiologi dan Psikologi

Perkembangan Fizikal
Kesediaan
Perkembangan Kematangan belajar berubah
psikomotor fizikal mengikut
berperingkat berkembang perkembangan
fizikal

Perkembangan Kognitif
Piaget
Perkembangan Kematangan mental Prasyarat mempelajari mata
Kognitif berkembang daripada pelajaran yang memerlukan
mengikut Operasi konkrit kepada kemahiran berfikir, seperti
peningkatan operasi kompleks Maths & Sains
umur
Faktor-Faktor Mempengaruhi kesediaan
Belajar
Kematangan Fisiologi dan Psikologi

Perkembangan Emosi dan Sosial


Kematangan Kematangan
Sosial Emosi

keupayaan seseorang kadar pencapaian kestabilan


berinteraksi dan bekerjasama dalam perasaan seperti
dengan orang lain kepuasan, keinginan dan minat

Kesanggupan berkongsi
pengalaman dan belajar
bersama dengan murid
lain
Faktor-Faktor Mempengaruhi kesediaan
Belajar
Minat dan Sikap

 Pelajaryang mempunyai minat dan sikap positif


terhadap pembelajaran akan menumpukan perhatiannya
terhadap aktiviti pengajaran guru.

Motivasi Dalaman

 Diwujudkan daripada rangsangan dalaman.


 Mengikut Bruner (1966), kanak-kanak yang baru masuk
sekolah telah mempunyai dua jenis motivasi dalaman, iaitu
intrinsik ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan.
 Menggerakkan dan meningkatkan kesediaan belajar kanak-
kanak menjalankan aktiviti pembelajaran dengan lebih
aktif, mudah, seronok dan berkesan.
Faktor-Faktor Mempengaruhi kesediaan
Belajar
Kemahiran Asas dan Pengalaman

 Pelajar perlu memperoleh kemahiran asas atau


pengalaman yang berkaitan terlebih dahulu untuk
mempelajari sesuatu ilmu baru.
 Contohnya, untuk belajar operasi bahagi harus
menguasai kemahiran asas operasi darab terlebih
dahulu.
Masalah Perbezaan Kesediaan Belajar
 Diertikan sebagai ketidaksamaan dalam aspek
perkembangan fizikal, mental, emosi, tingkah laku,
sosial dan rohani di kalangan murid.
 Setiap individu adalah unik dan mempunyai ciri-ciri
yang tersendiri, oleh itu kadar kesediaan belajar akan
berlainan dalam sesuatu kelas.
 Menimbulkan masalah kepada guru dalam perancangan
isi pelajaran yang sesuai.
 Guru hendaklah menggunakan strategi pengajaran
secara kumpulan seperti mengagihkan mengikut
kebolehan, dan secara individu seperti menyediakan
bahan pengajaran yang khas kepada seseorang murid.
Implikasi Kesediaan Belajar Terhadap
Pengajaran-Pembelajaran
 Guru harus mengguna set induksi yang menarik untuk
menimbulkan minat mereka terhadap aktiviti pembelajaran.
 Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut
kebolehan dan pengetahuan sedia ada.
 Memeringkatkan isi serta aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mengikut tahap kesediaan belajar murid
daripada mudah kepada kompleks.
 Menggunakan pelbagai rangsangan untuk mengekalkan
minat murid terhadap pembelajaran.
 Membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan
menggunakan teknik menyoal dan kaedah inkuiri-
penemuan.
 Menggunakan strategi pengajaran kumpulan dan
pengajaran individu untuk melayani perbezaan individu.
Implikasi Kesediaan Belajar Terhadap
Pengajaran-Pembelajaran
 Gunakan teknik peneguhan positif terhadap murid untuk
memupuk kendiri positif dan keyakinan mereka.
 Memberikan aktiviti kemahiran asas yang cukup sebagai
aktiviti pengukuhan.
 Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dengan
membentuk iklim bilik darjah yang kondusif.
 Menyediakan alat bantu mengajar yang berkaitan untuk
menarik perhatian murid.
Terima kasih

You might also like