You are on page 1of 1

ULASAN ARTIKEL: MEMPERSIAGA MODAL INSAN

Sistem Pendidikan negara menjadi perhatian dan perbahasan. Banyak pihak mempunyai
harapan yang tinggi terhadap sistem Pendidikan.Ibu bapa menyuarakan kebimbangan terhadap
keupayaan sistem Pendidikan untuk menyediakan generasi muda yang secukupnya bagi
menghadapi cabaran abad ke -21. Bidang Pendidikan penting untuk melahirkan modal insan.
Selain itu, Pendidikan juga menjadi asas pembinaan negara bangsa dalam pengukuhan
perpaduan . Pendidikan membantu meningkatkan taraf hidup. Melalui perkongsian pengalaman
dan aspirasi inilah, identity nasional dan perpaduan negara dapat dipupuk.

Pendidikan memainkan peranan yang utama bagi perkembanganekonomi dan pembangunan


sesbuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah
merupakan petunjuk utama yang dapat mengukur dengan tepat kemajuan masa hadapan
sesbuah negara. Dalam usaha melaksanakan transformasi sebesar ini , kerajaan memainkan
peranan utama dalam memimpin, menerajui dan menjalinkan kerjasama dengan semua sector
yang menyediakan perkhidmatan Pendidikan dan pihak berkepentingan untuk melonjakkan
pencapaian serta prestasi pelajar.Sektor Pendidikan diagihkan mengikut keperluan dan
keutamaan langkah tertentu, dilihat dapat meningkatkan kualiti system Pendidikan negara demi
kesejahteraan anak bangsa Malaysia.

You might also like