You are on page 1of 1

Kesediaan belajar berkait rapat dengan diri murid yang bersedia dan

berkebolehan untuk memperoleh sesuatu pengalaman pembelajaran yang


baharu. Pada pendapat anda, mengapakah pengetahuan kesediaan belajar perlu
ada kepada bakal guru? (tulisan pandangan anda dengan tidak lebih 200 pp)

Pada pendapat saya, pengetahuan kesediaan belajar perlu ada kepada bakal
guru untuk melahirkan modal insan yang berguna untuk negara. Bakal guru menjadi
aset utama demi melahirkan pelajar yang berkemahiran serta berpengetahuan.Merujuk
keadaan dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu
supaya memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Contohya, Kesediaan
Kognitif yang Merujuk kepada kesediaan mental atau kesanggupan untuk belajar
sesuatu. Ha ini berkait dengan peringkat perkembangan intelek seperti berfikir,
menaakul, menganalisis, mensintesis & menilai. Seterusya, kesediaan afektif iaitu
merujuk kepada sikap, keinginan semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang
untuk melaksanakan aktiviti pembelajaran. Selanjutnya, kesediaan psikomotor merujuk
kepada seseorang yang mempunyai potensi atau kematangan fizikal dan bersedia
untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam sesuatu proses pembelajaran
baru. Dengan ini, kit adapt melahirkan golongan pelajar yang mahir dalam aktiviti fizikal
serta mempunyai pemikiran yang matang.

You might also like