You are on page 1of 3

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


Semester 1 Tahun 1

KUIZ

AMBILAN JUN 2022

KAMPUS : TAWAU

ANGKA GILIRAN : 2 0 2 2 0 5 2 3 4 0 0 0 2

KOD KURSUS : EDUP3093


FALSAFAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI
KURSUS : MALAYSIA
MASA : 1 jam
JUMLAH MARKAH : 15

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi dua bahagian:


Bahagian A : 3 soalan struktur (10 markah)
Bahagian B : 1 soalan Respon Terhad (5 markah)
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B.

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK

© KUIZ EDUP2072 PDPP KDC AMBILAN JUN 2021


SULIT KUIZ EDUP 2072

BAHAGIAN A
( 10 markah )

Jawab semua soalan.

1. Dalam Falsafah terbahagi kepada empat cabang utama. Cabang-cabang ini saling
berkaitan antara satu sama lain.
Jelaskan dua cabang utama falsafah yang mengkaji tentang kewujudan dan
keseniaan.
a Metafizik adalah salah satu cabang falsafah iaitu yang berkaitan dengan kajian
sifat dan asal usul mengenai realiti mutlak. Secara terminologinya berbeza
mengikut pandangan ahli falsafah iaitu menurut Aristotle kajian mengenai
hakikat zat sesuatu ( being as being ) dan penyebab utama ( first principle ).
Menurut takrifan kamus, yang jauh melangkau alam fizikal atau kebendaan.
Maka pengertian metafizik adalah berkaitan dengan perkara yang keluar
daripada fizikal yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan, sebagai contoh
kewujudan alam adalah satu hakikat walaupun tidak dapat dibuktikan.

b Epistemologi merupakan cabang falsafah yang mengkaji ilmu pengetahuan


iaitu merupakan satu bidang perbahasan yang membincangkan perihal ilmu.
Epistimologi mempersoalkan tentang apakah itu ilmu, bagaimana kita
memperoleh ilmu dan lain-lain. Teori epistemologi yang berlandaskan
empirisisme dan rasionalisme yang merupakan mazhab paling berpengaruh.

[ 4 markah]

2. Falsafah Pendidikan Islam menekan beberapa prinsip bagi melahirkan insan yang
mempunyai keseimbangan dari segi kebendaan dan rohani.
Nyatakan sumbangan utama dua ahli falsafah Islam dalam karya yang dihasilkan:
a Al Farabi mengkaji falsafah Greek, beliau telah menjadikan ilmu itu selari
dengan agama, praktikal dan tidak bercanggah dengan agama. Teori-teori
beliau juga dapat mengangkat martabat seorang Muslim yang kini menjadi
sumber rujukan barat di dalam bidang falsafah.

b Sumbangan utama Miskawayh ialah ketekunan beliau dalam menyusun dan


membentuk sistem etika Islam sebagai satu disiplin ilmu yang unik dalam
kepelbagaian ilmu Islam. Ia adalah suatu usaha ke arah penjenamaan falsafah
etika Islam yang bebas. Beliau telah memisahkan etika daripada sub-disiplin
dalam perbincangan teologi dan politik Islam.

[ 2 markah]

3. Ilmu boleh diperolehi melalui pelbagai sumber. Jelaskan dua sumber ilmu.

© KUIZ EDUP2072PDPP KDC AMB JUN2021


SULIT KUIZ EDUP 2072

a Intuisi adalah pengetahuan yang diperolehi tanpa melalui proses penalaran


(pemikiran). Intuisi juga boleh berlaku dalam keadaan tidak sepenuhnya sedar
iaitu datang ketika tidak difikirkan atau dikehendaki. Intuisi bersifat personal,
datang secara tiba-tiba dan tidak boleh diramalkan. Ahli sains tidak mengakui
kaedah ini untuk memperoleh pengetahuan sains. Namun intuisi tetap kaedah
pertama yang memberi cetusan dan idea.

b Wahyu dari sudut etimologi berasal dari perkataan Arab yang bermaksud
memberitahu dengan segera atau segala yang disampaikan secara rahsia
kepada pihak lain supaya dapat diketahuinya. Dari sudut terminologi,
bermaksud segala yang disampaikan Allah kepada nabi dan rasul yang berupa
ajaran atau perkhabaran dalam bentuk sejarah, hukum hakam, peristiwa akan
datang, perkara-perkara ghaibiyyat dan lain-lain. Ia juga bukan pengalaman
pancaindera yang dapat difahami oleh akal. Wahyu merupakan pengalaman
kerohanian yang tidak dapat diketahui hakikatnya.

[ 4 markah]

BAHAGIAN B
( 05 markah )

Jawab soalan ini.

1. Falsafah adalah sebagai satu bidang untuk membuat penerokaan tentang kebenaran
yang berkait dengan kajian komprehensif, holistik serta logik terhadap pemikiran
manusia dalam berbagai bidang antaranya etimologi, terminologi dan praktikal.
Huraikan definasi falsafah dari sudut praktikal.
Bermaksud berfikir bersungguh-sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri
seperti sistematik, radikal dan sejagat. Dari sudut sistematik ianya berfikir secara logik dan
berurutan. Dari sudut radikal ianya berfikir sehingga ke akarnya dan menyelesaikan dengan
penuh tanggungjawab. Dari sudut sejagat ianya berfikir tidak terhad kepada aspek tertentu
sahaja dan merangkumi keseluruhannya.

[5 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

2 SULIT

© KUIZ EDUP2072PDPP KDC AMB JUN2021

You might also like