You are on page 1of 17

TUGASAN(ESEI)

Jadual berkala unsur kimia adalah himpunan paparan berkaitan unsur kimia yang diketahui
dalam bentuk jadual. Unsur ini disusun mengikut susunan struktur elektron agar kebanyakan
sifat kimia berubah secara tetap dan teratur sepanjang jadual. Setiap unsur disenaraikan
menurut nombor atom dan simbol kimia. Jadual ini mula-mulanya diperkenalkan oleh Dmitri
Mendeleev, seorang ahli kimia dari Negara Rusia yang menghimpunkan unsur-unsur untuk
menunjukkan ciri-ciri unsur itu yang berkala mengikut jadual. Jadual ini telah diperbaiki dan
ditambah oleh ahli-ahli cendekiawan kimia yang lain mengikut peredaran masa, selaras
dengan penemuan unsur baru serta penghasilan teori baru mengenai unsur-unsur tersebut.
Jadual piawaian membekalkan asas yang diperlukan. Terdapat juga kaedah lain yang
memaparkan unsur kimia secara lebih terperinci atau daripada sudut pandangan lain.
Terdapat 117 unsur kimia yang diketahui pada masa kini. Jadual Berkala Unsur
membolehkan kita mempelajari serta mengingati sifat kimia dan sifat fizik bagi semua unsur
dengan lebih sisematik dan lebih mudah.

Antara kepentingan Jadual Berkala dan kegunaannya dalam bidang kimia termasuklah kita
dapat mengetahui mengenai sesuatu unsur di dalam jadual berkala yang menyatakan
simbol , struktur hablur , sifat-sifat asid atau bes , keelektronegatifan unsur , haba
pengewapan , haba pelakuran , kekonduksian terma , muatan haba tertentu ,isipadu atom ,
jejari atom , jejari ion dan jejari kovalen bagi sesuatu unsur yang terdapat di dalam jadual
berkala.Selain itu, kita juga dapat mengetahui tentang cara susunan sesuatu atom di dalam
jadual berkala. Dalam jadual berkala, unsur-unsur disusun mengikut tertib nombor atom
menaik secara mengufuk. Setiap turus menegak dalam jadual berkala dipanggil kumpulan
manakala setiap turus mengufuk pula dipanggil kala. Unsur-unsur yang mempunyai bilangan
elektron di petala akhir yang sama mempunyai sifat-sifat kimia yang sama, disusun dalam
kumpulan yang sama. Walaupun sifat-sifat kimia adalah sama, tetapi sifat-sifat unsur
berubah secara beransur-ansur apabila menuruni sesuatu kumpulan di dalam jadual
berkala. Seterusnya, kita dapat mengetahui bilangan kumpulan dan kala yang terdapat di
dalam jadual berkala. Jadual Berkala mengandungi lapan kumpulan iaitu kumpulan l yang
dikenali sebagai Logam alkali, kumpulan ll dikenali sebagai Logam bumi beralkali ,
kumpulan Vll dikenali sebagai kumpulan Halogen , Kumpulan Vlll pula dikenali sebagai
kumpulan gas adi, manakala antara kumpulan lll dan Kumpulan Vl iaitu terletak di tengah-
tengah Jadual Berkala terletak satu blok unsur-unsur berasingan yang dipanggil unsur-unsur
peralihan. Jadual Berkala mempunyai 7 kala iaitu dari Kala 1 hingga Kala 7. Kala
menunjukkan jumlah petala yang terisi elektron dalam atom sesebuah unsur. Kala 1 (1
petala elektron) mengandungi 2 unsur iaitu Hidrogen (H) dan Helium (He). Kala 2 dan 3
masing-masing mempunyai 8 unsur. Kala 4 dan Kala 5 mempunyai 18 unsur manakala Kala
6 mempunyai 32 unsur. Kala 7 mempunyai 23 unsur.

Seterusnya, kita juga dapat mengetahui tentang sejarah perkembangan Jadual Berkala.
Sejak abad ke – 18 lagi, beberapa orang ahli sains kimia telah bertungkus lumus untuk cuba
mengelaskan unsur-unsur sehingga terhasilnya Jadual Berkala Unsur yang digunakan
sekarang. Banyak unsur-unsur yang dikenali hari ini telah ditemui antara tahun 1800 hingga
1900. Ahli kimia mengetahui bahawa beberapa unsur mempunyai sifat kimia yang sama.
Antaranya termasuklah klorin, bromin dan iodin, kalium, natrium dan litium dan magnesium
dan kalsium yang mempunyai sifat kimia yang sama. Ahli kimia kemudian mengelaskan
unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama dalam satu kumpulan yang sama. Hal ini
menyebabkan bermulanya perkembangan Jadual Berkala Unsur. Pengelasan secara
sistematik unsur-unsur dengan sifat kimia yang sama dalam satu kumpulan membantu kita
supaya dapat memahami dan meramal sifat-sifat kimia dan fizikal sesuatu unsur dalam
kumpulan yang sama, meramal kedudukan sesuatu unsur dalam Jadual Berkala jika sifat
kimianya diketahui, mengenal dan membandingkan unsur-unsur daripada kumpulan yang
berlaina serta dapat meramal sifat kimia dan fizikal suatu unsur yang baru daripada suatu
kumpulan.

Di samping itu, kita juga dapat mengetahui tentang ahli-ahli kimia yang telah
menyumbangkan tenaga dan akal fikiran kepada perkembangan Jadual Berkala, Antaranya:

Antoine Lavoisier (1743-1794)

Antoine Lavoisier adalah seorang ahli kimia berbangsa Perancis. Beliau adalah orang yang
pertama yang mengelaskan unsur-unsur mengikut kumpulan tertentu. Beliau juga
merupakan orang yang memberikan nama kepaada oksigen pada tahun 1774. Perkataan
“oksigen” terdiri daripada dua perkataan Greek, oxus (asid) dan gennan (menghasilkan).
Pada tahun 1789, Antoine Lavoisier mengelaskan unsur-unsur, cahaya, haba, dan beberapa
sebatian, ke dalam empat kumpulan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.1. Empat
kumpulannya adalah terdiri daripada gas, logam, bukan logam dan oksida logam. Namun,
klasifikasi beliau kurang tepat kerana haba dan cahaya dan beberapa sebatian yang belum
dapat diuraikan pada ketika itu seperti kapur, silika, alumina, barita dan magnesia turut
dikelaskan dalam kumpulan. Lebih-lebih lagi, terdapat unsur-unsur dalam kumpulan yang
sama yang tidak menunjukkan sifat kimia yang sama.

Kumpulan I Kumpulan II Kumpulan III Kumpulan IV


Oksigen Sulfur Arsenik Kalsium oksida
Nitrogen Fosforus Bismut Barium oksida
Hidrogen Karbon Kobalt Silikon (IV) oksida
Cahaya Klorin Plumbum Magnesium oksida
Haba Fluorin Zink, Nikel, Aluminium
Stanum,
Argentum
Jadual Berkala Lavoisier

John Dalton (1766 – 1844)

John Dalton berusaha menentukan jisim atom relatif pelbagai jenis unsur. Dengan adanya
jisim atom relatif unsur-unsur, ahli-ahli sains telah dapat mencari hubungan antara jisim
atom relatif sesuatu unsur dengan sifat-sifatnya dan juga hubungannya antara unsur yang
baru ditemui dengan unsur lama. Usaha Dalton ini memainkan peranan yang penting dalam
perkembangan Jadual Berkala Unsur. Pada tahun 1808, John Dalton telah memperkenalkan
teori Dalton yang mengatakan atom-atom yang mempunyai unsur sama adalah sama.

Johann W. Dobereiner (1780-1849)

Dobereiner adalah seorang ahli kimia Jerman yang mendapati pada tahun 1829 bahawa
unsur boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Beliau telah mengelaskan unsur-
unsur yang mempunyai sifat kimia yang sama kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
terdiri daripada tiga unsur yang beliau namakan triad. Beliau mendapati jisim atom relative
unsur di tengah triad adalah hamper sama dengan purata jisim atom relatif dua unsur yang
lain (Jadual 1.2). Hukum triad Dobereiner telah menunjukkan perhubungan di antara jisim
atom relatif unsur-unsur dengan sifat kimianya. Walau bagaimanapun, hukum ini tidak boleh
digunakan untuk kesemua unsur yang diketahui. Hukum triad yang dikemukakan oleh beliau
telah mencadangkan satu perhubungan antara sifat kimia dan jisim atom unsur untuk
perkembangan Jadual Berkala Unsur pada masa kini.

Unsur dalam Litium (Li) Natrium (Na) Kalium (K) Purata jisim
triad atom relatif Li
dan K ialah
(7+39)/2 = 23
Jisim atom 7 23 39
relatif
Unsur dalam Klorin (CI) Bromin (Br) Iodin (I) Purata jisim
triad atom relatif CI
dan I ialah
Jisim atom 35 80 127
(25+127)/2 =81
relative

Triad

John Newlands (1837-1898)

Pada tahun 1864, seorang ahli kimia British bernama John Newlands telah menyusun
semula unsur-unsur dalam baris mendatar menurut pertambahan nombor nukleon. Setiap
barisan terdiri daripada tujuh unsur. Beliau mendapati sifat kimia dan fizikal unsur berulang
pada setiap unsur kelapan dalam susunan selanjutnya. Pola ini menyerupai not oktaf muzik.
Oleh itu, susunan unsur ini dikenali sebagai Hukum Oktaf (makna oktaf ialah 8).Klasifikasi
unsur oleh Newlands kurang Berjaya kerana Hukum Oktaf hanya dipatuhi oleh 16 unsur
yang pertama (dari Li hingga Ca) serta Jadual beliau tidak meninggalkan tempat kosong
bagi unsur-unsur yang masih belum ditemui. Namun begitu, Newlands merupakan ahli kimia
yang pertama yang menunjukkan kehadiran satu corak berkala bagi unsur-unsur iaitu
ulangan sifat kimia yang serupa pada unsur kelapan. Ulangan sifat unsur secara berkala ini
telah digunakan sebagai salah satu asas perkembangan Jadual Berkala Unsur seterusnya.

Li Be B C N O F
Na Mg Al Si P S Cl
K Ca
Klasifikasi unsur-unsur oleh Newlands (Hukum Oktaf)

Lothar Meyer (1830-1895)

Pada tahun 1870, Lothar Meyer seorang ahli kimia Jerman telah menentukan isi padu atom sesuatu
unsur dengan menggunakan formula berikut:

Isipadu satu atom= Jisim bagi 1 mol atom/ketumpatan unsur

Kemudian beliau memplot graf isi padu atom melawan jisim atom relatif unsur itu:
Dmitri Mendeleev (1834-1907)

Dmitri Mendeleev adalah seorang profesor kimia dari Rusia. Mendeleev telah menyusun
unsur-unsur menurut tertib pertambahan nombor jisim unsur (nombor nukleon). Beliau
mengesyorkan Hukum Berkala yang menyatakan sifat kimia berulang secara berkala
menurut jisim atom. Perbezaan Jadual Berkala Mendeleev berbanding Jadual Berkala
Newlands adalah:
a) Beliau meninggalkan ruang kosong dalam Jadual Berkala bagi unsur-unsur yang belum
ditemui. Apabila unsur baru ditemui, beliau mengisinya dalam „ruang kosong‟ Jadual
Berkalanya.
b) Sesungguhpun unsur-unsur disusun menurut pertambahan jisim atom beliau menyusun
semula kedudukan unsur sekiranya sifat kimianya berbeza. Hanya unsur yang
mempunyai sifat kimia yang sama disusun dalam baris menegak yang sama iaitu
I II III IV V VI VII VIII

I II III IV V VI VII VIII


1 H H
2 Li Be B C N O F
3 Na Mg Al Si P A Cl
4 K Ca () Ti V Cr Mn Fe,Co,Ni
5 Cu Zn () () As Se Br
6 Rb Sr Y Zr Nb Mo () Ru,Rh,Pd
Jadual Berkala Mandeleev
( ) ialah ruang kosong yang ditinggalkan untuk unsur yang masih belum ditemui

Henry G. J. Moseley (1887-1915)

Moseley adalah seorang ahli fizik berbangsa British yang mengkaji frekuensi, f sinar-x yang
dibebaskan oleh pelbagai logam. Kemudian beliau memplot √f yang dihasilkan oleh logam
melawan nombor proton logam itu dan graf berbentuk garis lurus diperolehi beliau.

Maka daripada nilai √f sinar-x yang dibebaskan oleh sesuatu logam yang tidak diketahui,
nilai nombor proton logam itu boleh diperoleh daripada graf. Selepas memperoleh nombor
proton bagi logam-logam, beliau menyusun logam-logam itu dalam Jadual Berkala menurut
pertambahan nombor proton. Seperti Mendeleev, Moseley juga meninggalkan ruang
kosong () bagi unsur yang belum ditemui Beliau mencadangkan setiap unsur harus
mempunyai nombor proton tersendiri. Moseley Berjaya meramal empat unsur yang belum
ditemui. Unsur-unsur itu yang ditemuinya ialah teknetium, promethium, hafnium dan renium.

Perkembangan Jadual Berkala Moden

Terdapat 118 unsur yang telah dikenali pada masa kini. Kebanyakkan unsur-unsur
ini ditemui dalam keadaan secara semulajadi. Sebilangan kecil unsur dibuat dalam reaktor
nuklear. Dalam Jadual Berkala Moden unsur-unsur disusun menurut tertib pertambahan
nombor proton unsur secara mengufuk. Susunan unsur ini juga ada kaitan dengan susunan
elektron sesuatu unsur. Dalam jadual berkala, unsur-unsur yang mempunyai sifat kimia yang
sama digolongkan dalam kumpulan yang sama. Dengan cara begini kajian ke atas unsur-
unsur menjadi lebih sistematik. Setiap baris menegak dalam Jadual Berkala dipanggil
kumpulan. Terdapat 18 kumpulan dalam Jadual Berkala. Unsur-unsur dalam satu kumpulan
mempunyai sifat kimia yang sama sungguhpun sifat fizikalnya seperti ketumpatan, takat
lebur dan warna berubah secara beransur-ansur apabila menuruni kumpulan itu

Unsur Kumpulan 1 dinamakan sebagai logam alkali (Li, Na, K, Rb, Cs, Fr). Unsur
Kumpulan 2 dinamakan logam alkali bumi (Be, Mg, Ca, Sr, Ba, Ra). Unsur Kumpulan 17
dinamakan halogen (F, CI, Br, I, At). Unsur Kumpulan 18 dinamakan gas adi (He, Ne, Ar, Kr,
Xe, Rn). Di antara unsur kumpulan 2 dan kumpulan 13, terdapat satu blok unsur-unsur yang
dinamakan unsur-unsur peralihan. Unsur-unsur kumpulan 1, 2, 13 dan unsur peralihan
adalah logam, manakala unsur-unsur kumpulan 15, 16, 17 adalah unsur bukan logam.
Unsur-unsur kumpulan 14 terdiri daripada unsur logam dan bukan logam, iaitu dua unsur di
atas (karbon dan silikon) adalah unsur bukan logam,germanium adalah unsur separa logam
(metalloid) manakala dua unsur yang bawah (stanum dan plumbum) adalah unsur logam.

Setiap baris mengufuk dalam Jadual Berkala dipanggil sebagai kala. Terdapat tujuh
kala di dalam Jadual Unsur Berkala moden. Kala 1 terdiri daripada dua unsur sahaja iaitu
hidrogen dan helium. Kala 1 terdiri daripada dua unsur sahaja iaitu hidrogen dan helium.
Kala 2 dan 3 masing-masing mempunyai lapan unsur. Tiga kala pertama ini dikenali sebagai
kala pendek. Kala 4 dan 5 masing-masing mempunyai 18 unsur dan dikenali sebagai kala
panjang. Kala 6 terdiri daripada 32 unsur. Oleh kerana tidak kesemua unsur boleh
disenaraikan dalam baris mengufuk yang sama, unsur dngan nombor proton 58 hingga 71
telah diasingkan di bawah Jadual Berkala Unsur. Unsur-unsur dipanggil Siri Lantanida. Kala
7 terdiri daripada 32 unsur dan tidak kesemua unsur boleh disenaraikan dalam baris
mengufuk yang sama. Oleh itu unsur dengan nombor 90 hingga 103 disenaraikan secara
berasingan di bawah Jadual Berkala dan dipanggil Siri Aktinida.

Kedudukan Unsur dalam Jadual Berkala Unsur berdasarkan Susunan Elektron

Dalam suatu atom, bilangan electron adalah sama dengan bilangan protonnya. Elektron di
susun dalam petala yang mengelilingi nukleus. Bilangan elektron maksimum yang boleh
dimasukkan ke dalam setiap petala adalah menurut formula 2n 2 di mana n ialah nombor
petala.

Nombor petala, n Bilangan elektron maksimum yang boleh


dimasukkan
1 2x1x1=2
2 2x2x2=8
3 2 x 3 x 3 = 18
Bilangan elektron maksimum yang boleh diisi dalam petala.

Elektron diisi dalam petala yang paling dekat kepada nukleus dahulu sebelum dimasukkan
ke dalam petala seterusnya. Petala ketiga boleh menerima maksimum 18 elektron. Akan
tetapi bagi unsur dengan nombor proton yang kurang daripada 20 (iaitu mengandungi 20
elektron), atom mencapai kestabilan apabila 8 elektron dimasukkan ke dalam petala ketiga

Kumpulan 1 2 13 14 15 16 17 18
Kala
1 H He
1 2
2 Li Be B C N O F Ne
2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8
3 Na Mg Al Si P S Cl Ar
2.8.1 2.8.2 2.8.3 2.8.4 2.8.5 2.8.6 2.8.7 2.8.8
4 K Ca
2.8.8.1 2.8.8.2
Susunan jadual elektron 20 unsur pertama dalam Jadual Berkala Unsur

Semua unsur dalam kumpulan yang sama mengandungi bilangan elektron valens yang
sama. Elektron valens adalah elektron di petala yang terluar. Unsur Kumpulan 1 (Li, Na, K)
masing-masing mempunyai 1 elektron valens. Unsur Kumpulan 2 (Be, Mg, Ca) masing-
masing mempunyai 2 elektron valens. Unsur Kumpulan 17 (F, CL, Br) masing-masing
mempunyai 7 elektron valens. Bilangan elektron valens dalam kumpulan 1 dan 2 adalah
sama dengan nombor kumpulannya. Kecuali unsur helium, bagi unsur-unsur yang
mempunyai lebih daripada dua elektron valens (unsur kumpulan 13 hingga 18),
Nombor kumpulan unsur = 10 + (bilangan elektron valens)

Nombor kala unsur adalah sama dengan bilangan petala yang terisi electron. Unsur-unsur
dalam Kala 1 (H dan He) masing-masing mempunyai satu petala yang terisi dengan
elektron. Unsur-unsur dalam Kala 2 (Li, Be, B, C, N, O, F, dan Ne) masing-masing
mempunyai dua petala yang terisi dengan electron. Unsur-unsur dalam Kala 3 (Na, Mg, Al,
Si, P, S, Cl, dan Ar) masing-masing mempunyai tiga petala yang terisi dengan elektron.
Unsur-unsur dalam Kala 4 (K, dan Ca) masing-masing mempunyai empat petala yang terisi
dengan elektron. Unsur-unsur dalam kala yang sama mempunyai bilangan petala elektron
yang sama yang terisi elektron.

Unsur Kumpulan 18

Unsur Kumpulan 18 dikenali sebagai gas adi atau gas lengai. Kumpulan 18 terdiri darpada
8 unsur iaitu helium (He), neon (Ne), argon (Ar), kripton (Kr), xeon (Xe) dan radon (Rn).
Jejari atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan kerana apabila bilangan
elektron bertambah, bilangan petala elektron yang diperlukan untuk mengisi elektron-
elektron turut bertambah.
Sifat fizikal

Semua gas adi tidak boleh larut dalam air dan tidak boleh mengkonduksi elektrik. Semua
gas adi mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah kerana unsur-unsurnya wujud
sebagai monatom yang ditarik oleh daya van der waals yang lemah. Akan tetapi takat lebur
dan takat didih semakin bertambah apabila menuruni kumpulan dari He ke Rn. Apabila
menuruni kumpulan, saiz atom semakin besar yakni daya van der Waal menjadi semakin
kuat. Lebih haba diperlukan untuk mengatasi daya van der waals.
Semua gas adi mempunyai ketumpatan yang rendah kerana atom-atomnya berjauhan di
antara satu sama lain. Akan tetapi ketumpatannya bertambah apabila menuruni kumpulan
kerana jisim atom relatif unsur semakin bertambah dari He ke Rn.

Sifat kimia

Gas adi adalah lengai iaitu ia tidak reaktif secara kimia. Gas adi tidak bertindak balas
dengan unsur-unsur yang lain. Gas adi wujud sebagai monatom. Gas adi adalah lengai
kerana petala elektron terluarnya telah diisi penuh dengan elektron. Maka ianya telah
mencapai susunan elektron yang stabil. Helium mempunyai genap dua elekron dalam petala
elektron yang pertama. Ia telah mencapai susunan elektron duplet yang stabil. Maka gas adi
tidak perlu menerima, menderma atau berkongsi elektron dengan unsur-unsur yang lain dan
wujud sebagai monatom. (semua tindakbalas kimia melibatkan sama ada penerimaan,
pendermaan atau perkongsian elektron di antara unsur-unsur).

Unsur Kumpulan 1

Unsur kumpulan 1 dikenali sebagai logam alkali. Logam alkali terdiri daripada litium (Li),
natrium (Na), kalium (K), rubidium (Rb), sesium (Cs) an Fransium (Fr). Semua unsur
Kumpulan 1 adalah logam yang lembut. Logamnya berwarna kelabu dan berkilauan apabila
logam itu baru dipotong, sebelum ia teroksida dalam udara menjadi kelabu semula.

Sifat fizikal

Semua unsur Kumpulan 1 adalah logam. Maka ianya boleh mengkonduksi elektrik dan
haba. Jejari atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Apabila menuruni
kumpulan bilangan petala elektron yang terisi elektron bertambah, maka jarak di antara
nukleus dan petala elektron yang terluar bertambah jauh. Ketumpatan semakin bertambah
apabila menuruni kumpulan. Ketumpatan Li, Na dam K adalah lebih rendah daripada air,
maka logam-logam ini terapung di atas permukaan air. Takat lebur berkurang apabila
menuruni kumpulan kerana ikatan logam antara atom-atom menjadi semakin lemah apabila
jejari atomnya berambah besar. Keelektropositifan logam semakin bertambah apabila
menuruni kumpulan. Keelektropositifan logam semakin bertambah apabila menuruni
kumpulan. Keelektropositifan adalah suatu ukuran kecenderungan sesuatu atom logam
kehilangan (membebas) elektron dan membentuk ion bercas positif.

Apabila menuruni kumpulan jejari atom bertambah besar. Maka daya tarikan di antara
proton dalam nukleus dan satu elektron valens menjadi semakin lemah. Maka unsur di
bawah kumpulan lebih cenderung kehilangan satu eletron valesnya dan membentuk ion
unipositif.

Kereaktifan

Semua unsur Kumpulan 1 adalah sangat reaktif. Akan tetapi kereaktifan semakin bertambah
apabila menuruni kumpulan. Unsur kumpulan 1 masing-masing mempunyai satu elektron
valens. Semasa tindak balas kimia, atom Kumpulan 1 akan menderma satu elektron
valesnya supaya mencapai susunan elektron duplet atau oktet yang stabil. Seterusnya ia
membentuk ion bercas +1. Kereaktifan unsur Kumpulan 1 bergantung kepada
kecenderungan kehilangan (membebas) eletron valens. Apabila menuruni Kumpulan 1 dari
Li ke Fr, jejari atom bertambah besar. Jarak di antara nukleus dan elektron valens menjadi
semakin jauh. Maka daya tarikan elektrostatik di antara proton dalam nukleus dan eletron
valens menjadi semakin lemah dan membolehkan melepaskan eletron valesnya. Oleh itu
kereaktifan bertambah apabila menuruni Kumpulan 1.

Sifat kimia
Semua logam alkali mempunyai sifat kimia yang sama kerana masing-masing mempunyai
satu eletron valens. Unsur Kumpulan 1 bertindak balas dengan air sejuk menghasilkan
larutan alkali dan gas hidrogen. Bertindak balas dengan oksigen membentuk oksida logam.
Bertindak balas dengan halogen menghasilkan garam logam halida.

Unsur Kumpulan 17

Unsur Kumpulan 17 juga dikenali sebagai Halogen. Unsur kumpulan ini terdiri daripada
Fluorin (F), Klorin (Cl), bromin (Br), iodin (I) dan astatin (At). Halogen adalah unsur-unsur
yang sangat reaktif dan kebanyakan daripada mereka wujud semula jadi sebagai garam
halida. Halogen wujud sebagai molekul dwiatom

Sifat fizikal

Semua halogen adalah unsur logam. Maka ia tidak boleh mengkonduksi elektrik dan haba.
Jejari atom semakin bertambah apabila menuruni kumpulan. Apabila menuruni kumpulan
bilangan petala eletron yang terisi elektron bertambah, maka jarak di antara nukleus dan
petala elektron yang terluar bertambah jauh.

Ketumpatan semakin bertambah apabila menuruni kumpulan kerana jisim molekul relatif
bertambah dari fluorin ke astatin. Takat didih halogen adalah rendah kerana daya tarikan
antara molekul-molekulnya adalah lemah.

Takat lebur dan takat didih halogen semakin bertambah apabila menuruni kumpulan dari
flurorin ke astatin. Apabila menuruni kumpulan , saiz molekul bertambah besar. Apabila saiz
molekul semakin besar, daya tarikan di antara molekul menjadi semakin kuat. Lebih haba
diperlukan untuk mengatasi daya tarikan antara molekul. Dua unsur yang pertama iaitu
fluorin dan klorin wujud sebagai gas, bromin wujud sebagai cecair manakala iodin dan
astatin wujud sebagai pepejal pada suhu bilik.

Warna halogen menjadi semakin gelap apabila meneruni kumpulan. Fluorin adalah gas tak
berwarna, klorin adalah gas berwarna hijau kekuningan, bromin adalah cecair berwarna
perang manakala iodin adalah pepejal berwarna hitam Keelektronegatifan halogen adalah
tinggi.

Keelektronegatifan adalah suatu ukuran kecenderungan sesuatu unsur menarik elektron.


Keelektronegatifan halogen semakin berkurang apabila menuruni kumpulan dari fluorin ke
iodin. Apabila menuruni kumpulan, jejari atom bertambah besar. Maka daya tarikan di antara
proton dalam nukleus dan elektron valens menjadi semakin lemah. Keelektronegatifan turut
berkurang.

Sifat kimia

Sifat kimia semua halogen adalah sama kerana masing-masing mempunyai tujuh elektron
valens. Unsur Kumpulan 17 (halogen) bertindak balas dengan air menghasilkan dua jenis
asid dan air. Bertindak balas dengan logam menghasilkan logam halide. Bertindak balas
dengan Natrium hidroksida menghasilkan dua jenis garam dan air.
Kereaktifan
Semua halogen adalah reaktif, akan tetapi kereaktifan berkurang apabila menuruni
kumpulan. Halogen mempunyai tujuh elektron velens. Semasa tindak balas kimia, ia perlu
menerima satu eletron supaya mencapai susunan eletron oktet yang stabil. Selepas
menerima satu elektron ia membentuk ion negatif dengan cas -1. Kereaktifan halogen
bergantung kepada kecenderungan unsur itu menerima elektron. Apabila meneruni
kumpulan dari klorin ke bromin, jejari atom bertambah besar. Maka daya tarikan elektrostatik
di antara proton dalam nukleus dengan elektron menjadi semakin lemah. Oleh itu,
kecenderungan halogen untuk menerima satu elektron untuk mencapai susunan elektron
oktet turut berkurang daripada klorin ke iodin. Maka kereaktifan berkurang apabila menuruni
kumpulan darpada klorin ke iodin.

Unsur Dalam Kala 3

Kala 3 terdiri daripada unsur-unsur natrium (Na), magnesium (Mg), aluminium (Al), silikon
(Si), fosforus (P), sulfur (S), klorin (Cl) dan argon (Ar). Sifat fizikal dan kimia berubah secara
beransur-ansur apabila merentasi Kala 3.

Ciri unsur merentasi kala 3


Perubahan jejari atom unsur

Jejari atom menjadi kecil apabila merentasi kala. Unsur-unsur Kala 3 masing-masing
mempunyai tiga petala yang terisi elektron. Akan tetapi nombor proton bertambah sebanyak
satu unit daripada satu unsur ke unsur yang lain apabila merentasi kala dari kiri ke kanan.
Apabila bilangan proton bertambah, daya tarikan elektrostatik di antara proton dan elektron
menjadi semakin kuat. Elektron-elektron akan ditarik lebih dekat kepada nukleus. Maka
jejari atom nerkurang / menjadi semakin kecil apabila merentasi kala dari kiri ke kanan.

Elektron valens

Apabila merentasi kala, nombor proton unsur bertambah sebanyak 1. Maka bilangan
elektron valens bertambah dengan 1 juga apabila merentasi kala.

Keelektronegatifan
Keelektronegatifan bertambah apabila merentasi kala. Keelektronegaifan adalah satu
ukuran keupayaan suatu unsur menarik elektron. Jejari atom menjadi semakin kecil apabila
merentasi kala. Bilangan proton dalam nukleus bertambah merentasi kala. Penambahan
bilangan proton dan mengecilan jejari atom menyebabkan daya tarikan di antara proton
dalam nukleus dan eletron menjadi semakin kuat. Maka keelektronegatifan bertambah
apabila merentasi kala.

Takat lebur dan takat didih

Takat lebur dan takat didih Kala 3 semakin bertambah apabila merentasi kala daripada
natrium ke silikon, kemudian berkurang semula. Natrium, magnesium dan aluminium adalah
logam dan atom-atomnya ditarik oleh ikatan logam yang kuat. Maka takat lebur dan takat
didihnya tinggi. Kekuatan ikatan logam semakin bertambah kuat apabila bilangan elektron
valens bertambah menurut tertib: Na < Mg < Al.

Takat lebur dan takat didih silikon adalah sangat tinggi kerana atom-atom silikon diikat oleh
ikatan kovalen dan membentuk satu struktur raksasa 3-dimensi. Banyak haba diperlukan
untuk memecahkan ikatan-ikatan yang begitu banyak dalam struktur ini.

Fosforus (Po) slfur (S) dan klorin (CI2) wujud sebagai molekul kecil. Manakala argon wujud
sebagai monatuom. Molekul-molekul fosforus, sulfur, klorin dan atom-atom argon ditarik oleh
daya vander Waals yang lemah. Molekul-molekul ini mudah dipisahkan apabila sedikit haba
dibekalkan

Sifat kelogaman

Apabila merentasi kala, unsur berubah daripada logam kepada logam atau metaloid dan
seterusya kepada sifat bukan logam. Tiga unsur di kiri kala (Na, Mg, K) adalah logam .
Silikon mempunyai sifat logam dan bukan logam. Ia adalah konduktor elektrik yang lemah
tetapi ia mempunyai ciri unsur bukan logam iaitu ia rapuh. Silikon dikenali sebagai melatoid
atau separa logam. Empat unsur di kanan kala iaitu fosforus sulfur, klorin dan argon adalah
unsur bukan logam.

Ciri oksida unsur


Oksida unsur berubah daripada bersifat bes kepada amfoterik and seterusnya kepada
bersifat asid. Oksida unsur logam bersifat bes. Ia bertinda balas degan larutan asid
menghasilkan garam dan air.

Oksida unsur bukan logam bersifat asid. Oksida unsur bukan logam yang bersifat asd boleh
bertindak balas dengan larutan alkali menghasilkan garam dan air. Misalan gas sulfur
trioksida bertindak balas dengan larutan natrium hidroksida menghasilkan garam natrium
sulfar dan air.

Oksida amfoterik adalah oksida unsur yang boleh bertindak balas dengan kedua-dua larutan
asid dan alkali. Aluminium oksida, stalum(II) oksida dan plumbum (II) oksida adalah salah
satu contoh oksida amfoterik. Argon telah mencapai susunan elekftron oktet yang stabil dan
tidak membentuk oksida.

Unsur Peralihan (Kump 3 – Kump 12)

Unsur peralihan adalah satu blok unsur yang berada di antara Kumpulan 2 dan Kumpulan
13 Jadual Berkala. Terdapat 10 unsur dalam setiap siri. Unsur peralihan dalam Kala 4
adalah skandium, titanium, vanadium, kromium, mangan, ferum, kobalt,nikel,kuprum dan
zink. Jadual 1.13 menunjukkan beberapa sifat fizikal unsur peralihan kala 4. Semua unsur
peralihan adalah logam dengan ciri-ciri ketumpatan tinggi, kekerasan yang mapan,
kekonduksian tenaga elektrik dan haba yang baik, mempunyai kekuatan regangan yang
baik, permukaan yang berkilau, mudah ditempa kepada pelbagai bentuk, mulur serta
mempunyai takat lebur dan takat didih yang tinggi.

Unsur peralihan menunjukkan lebih daripada satu nombor pengoksidaan dalam


sebatiannya

Unsur kumpulan utama Jadual Berkala hanya mempunyai satu nombor pengoksidaan.
Nombor pengoksidaan suatu ion adalah cas yang dibawa oleh ion itu. Contohnya, unsur
Kumpulan 2 Jadual Berkala seperti magnesium hanya membentuk satu jenis ion (Mg2+)
dengan nombor pengoksidaan +2. Unsur Kumpulan 1 jadual Berkala seperti natrium hanya
membentuk satu jenis ion (Na+) dengan nombor pengoksidaan +1. Unsur peralihan seperti
ferum boleh membentuk ion Fe2+(nombor pengoksidaan +2) dan ion Fe3+ (nombor
pengoksidaan +3)

Unsur peralihan membentuk ion sebatian yang berwarna


Sebatian kumpulan utama Jadual Berkala membentuk sebatian berwarna putih. Manakala
sebatian unsur peralihan adalah berwarna. Misalan sebatian NaCl dan MgSO4 berwarna
putih manakala sebatian ferum (II) sulfat berwarna hijau. Larutan akueus unsur utama
adalah jernih kerana ionnya tidak berwarna. Manakala larutan akuens unsur peralihan
adalah berwarna.

Unsur-unsur dan sebatiannya mempunyai ciri-ciri mangkin

Mangkin adalah suatu bahan kimia yang boleh mempercepatkan suatu tindak balas kimia.
Selepas tindak balas berakhir sifat kimia mangkin itu tidak berubah. Mangkin tidak
menambahkan peratusan hasil tindak balas, ia hanya meninggikan kadar tindak balas itu
supaya hasil cepat dihasilkan

Unsur-unsur peralihan boleh membentuk ion kompleks

Ion kompleks terdiri daripada satu ion logam di pusat dengan logam-logam yang lain terikat
kepadanya

Tindak balas Larutan Akueus Unsur Peralihan dengan Larutan Natrium Hidroksida
dan larutan Ammonia
Larutan akueus natrium hidroksida dan ammonia (ammoniun hidroksida) diguna untuk
mengesahkan kehadiran ion unsur peralihan. Ion unsur peralihan bertindak balas dengan
ion hidroksida (OH-) daripada larutan alkali menghasilkan mendakan/pepejal logam
hiroksida yang berwarna.

Jadual Berkala Moden


Unsur-unsur dikelaskan mengikut blok:

Konfigurasi elektron di dalam Jadual Berkala


RUJUKAN

Chang, R (2007). Chemistry, New York: McGraw-Hill.

Ibrahim, R (2001). Asas kimia. Malaysia: Uni-Ed Publications Sdn.Bhd.

Low Swee Neo, Lim Yean Ching, Eng Nguan Hong.Chemistry Form 4.Tan Lee Ling.

Tan On Tin, Loh Wai Leng. Eksplorasi Kimia Tingkatan 4. Oxford Fajar Sdn.Bhd

Tan Pek Soo. SPM Bilingual Chemistry From 4. Arah Pendidikan.

Wan Noor Afifah Wan Yusoff. Modul Bilingual Chemistry From 4. Nilam Publication

You might also like