You are on page 1of 7

1.

0 PENGENALAN

Tamadun dapat diertikan sebagai kebudayaan, kemajuan, peradaban sesuatu bangsa yang
bertamadun. Lebih jelas lagi, tamadun dapat didefinisikan sebagai bangsa yang beradab,
bersopan-santun dan berkemajuan. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat (2005),
tamadun boleh didefinisikan sebagai keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara
bertindak, cara berkelakuan, berfiki, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan
atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.

Menurut Sazelin Arif (2007), tamadun ialah kata pinjaman Arab atauIslam yang
berasal daripada perkataan ’madana’ , iaitu kata kerja yang bermaksud ’membina atau
membuka bandar atau membudi pekertikan, memurnikan, melahirkan sopan-santun’. Oleh
itu, tamadun bermakna kemurnian, keluhuran, dan perlakuan yang berbudi pekerti dalam
budaya manusia. Persamaan perkataan atau tamadun dalam bahasa Inggeris ialah
’civilization’ (bertamadun, beradab), refined (halus budi bahasa), dan cultured (berbudaya,
beradat).

Muhammad Azizan Sabjan (2009), pula menjelaskan perkataan ‘tamadun’ sering


digunakan untuk menggambarkan kemajuan kebendaan sesebuah masyarakat. Dari
perspekif semasa pula, perkataan ‘tamadun’ kebiasaannya merujuk kepada pencapaian yang
tinggi dalam sains dan teknologi selari dengan penonjolannya dalam tamadun Barat pada
zaman ini. Pentakrifan tamadun yang lengkap harus menggabungkan kedua-dua perkara
tersebut yang berkaitan dengan kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau
penempatan.

1
2.0 PERBANDINGAN PERBANDINGAN KEPELBAGAIAN TAMADUN ASIA ANTARA
TAMADUN MELAYU, CINA, INDIA YANG TERDAPAT DI MALAYSIA.

2.1 SOSIO BUDAYA

Kedatangan agama Islam telah memantapkan sosio budaya tamadun Melayu silam. Islam
dan adat Melayu secara khususnya talah menjadi salah satu struktur dan elemen penting
kemelayuan dalam tamadun Malaysia, malah ia merupakan struktur yang saling melengkapi
dan berintergrasi ke wadah kemelayuan. Islam terus menjadi faktor identiti Melayu iaitu orang
Melayu sebagai orang yang mengamal istiadat Melayu, berbahasa Melayu dan beragama
Islam. Pentakrifan Melayu ini telah diletakkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan yang
merujuk takrifan Melayu dari sudut undang-undang. Takrifan ini secara umum bukan sahaja
berlaku di negara kita, tetapi secara meluas di rantau alam Melayu.Islam menjadi indentiti
sosial dan budaya orang Melayu. Islam bukan sahaja menjadi faktor yang mentakrif Melayu,
juga dimaktubkan di dalam Pelembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah ketua agama
bagi setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam
Persekutuan Malaysia. Peruntukan ini termaktub di dalam Pekara 3 (1) Perlembagaan
Persekutuan Malaysia, dan menerusi peruntukan ini, pihak keraja pusat menerusi Jabatan
Agama Islam dalam pelbagai bidang seperti melaksankan pembagunan agama islam dalam
pelbagai bidang seperti melaksanakan pentadbiran hukum syariah Islam tetapi dengan bidang
kuasa yang terbatas dan tertentu sahaja.Dengan termaktubnya agama Islam sebagai agama
bagi Persekutuan Malaysia, tidak bermakna agama-agama lain tidak boleh dianuti atau
diamalkan oleh orang bukan Melayu atau bukan Islam (Amini Amir, 2011).

Menurut Hasnan Ika (2011),tamadun cina dan aspek sosio budaya pula mengidamkan
sebuah masyarakat bermoral dan beretika, berkebudayaan penyayang, bersifat terbuka dan
toleransi , bersifat bebas untuk mengamalkan tradisi budaya dan ajaran agama, bersifat
saintifik dan progresif dan berasaskan institusi keluarga yang kukuh. Tamadun Cina dalam
proses perkembangannya telah menerima banyak pengaruh agama dan kebudayaan asing
kesan daripada interaksi dengan tamadun lain. Tamadun Cina memang bersifat terbuka dan
bertolak ansur. Selain itu, sistem etika Cina sejak zaman purba berasaskan keluarga semata-
mata dan mengutamakan kebaikan hati serta keharmonian dalam perhubungan antara
sebarang entiti. Sikap dan amalan yang diamalkan oleh Tamadun Cina sememangnya telah
meresap masuk ke dalam rantau Asia Tenggara termasuklah Malaysia. Hal ini kerana,
masyarakat moden yang sentiasa mengejar kemajuan tidak pernah lupa akan nilai-nilai murni
seperti tolong-menolong, kerjasama, menghormati orang tua dan sebagainya. Nilai-nilai

2
seperti ini akan memantapkan lagi sesebuah Negara itu terutama dari segi
ketamadunannya.(Hasan Azman, 2010).

Abdul Aziz Hazim (2008) menyatakan tamadun India juga telah mempengaruhi
sosiobudaya Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu yang diperolehi melalui
kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Kitab tersebut merupakkan karya agung
yang menjadi asas rujukan dalam agama Hindu. Ia juga berfungsi sebagai tunjang kepada
pengurusan hidup sebelum kedatangan pengaruh Islam ke Asia tenggara khususnya di
Malaysia. Ketika adat ini diamalkan,Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada di antara
adat-adat dalam tamadun India ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah
melihat upacara perkahwinan dan persandingan di dalam majlis-majlis perkahwinan
masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat Hindu yang masih di amalkan di
Malaysia. Sebagai contohnya, dalam adat perkahwinan pasangan yang berkahwin dikatakan
raja sehari dan diadakan upacara bersanding sebagai kemuncak bagi upacara tersebut.
Pasangan ini akan diletakkan di atas pelamin tanpa bergerak-gerak. Upacara persandingan
seolah-olah menjadi satu kewajipan sedangkan persandingan itu merupakan adat Hindu
yang mengagung-agungkan Dewa Rama dan Dewi Sita dengan sebab inilah pengantin baru
di gelar sebagai Raja Sehari. Selain itu, penggunaan sirih pinang dan beras kunyit merupakan
pengaruh Hindu dan penggunaan beras kunyit ialah bertujuan memberi semangat kepada
pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi. Hal ini telah menyebabkan pengaruh
tamadun India dari segi perkahwinan dan persandingan ini wajib di ikuti oleh masyarakat
Melayu di Malaysia hingga sekarang.

2.2 EKONOMI

Menurut Ahmad Zaki Abd. Latif, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros (2012), tamadun Melayu
berjaya menggerakkan ekonomi orang Melayu ke persada serantau dan antarabangsa.
Walaupun Tamadun Melayu awal belum mengamalkan sistem perindustrian secara besar-
besaran, namun kegiatan perekonomian yang berpusat di pelabuhan-pelabuhan Alam Melayu
telah berjaya menjadi pusat import eksport yang maju di rantau Asia. Antara pelabuhan-
pelabuhan yang muncul dalam Tamadun Melayu ialah Pasai, Melaka, Aceh, Demak, Betawi,
Terengganu, Ligor dan Johor. Pelabuhan ini ditadbir urus dengan baik oleh pemerintah
Melayu. Sebagai contohnya, Sultan Muzaffar Shah dalam Kesultanan Melayu Melaka telah
menubuhkan satu jawatan khas untuk memantau kegiatan di pelabuhan menerusi jawatan
Shah bandar.Kegiatan perdagangan yang rancak di pelabuhan-pelabuhan Alam Melayu
memberi kesan kepada kemunculan bandar dan kota yang lengkap dengan prasarana.

3
Masyarakat pedalaman tidak ketinggalan memanfaatkan kemunculan pekan dan bandar.
Mereka menuju ke pekan dan bandar untuk memasarkan hasil pertanian, ternakan, hasil
tangkapan dan hasil kreatif. Tanpa disedari situasi ini membuktikan masyarakat Melayu telah
menuju ke arah masyarakat bandar yang berdaya maju dan berdaya saing.Kegiatan ekonomi
dalam Tamadun Melayu telah mencapai tahap cemerlang dengan penggunaan mata wang.
Pemerintah Melayu telah berjaya mencipta mata wang yang digunakan dalam perdagangan,
terutamanya di pelabuhan. Antara mata wang yang dapat dikesan ialah mata wang
Kesultanan Melayu Melaka dan Kesultanan Aceh Darussalam.

Dalam bidang ekonomi tamadun cina, keadilan dan sikap berpatutan merupakan dua
nilai yang penting. Kedua-dua nilai ini khasnya merujuk kepada pengagihan kekayaan secara
adil saksama dan pekerjaan tidak mengenal pasti dengan ras. Sebenarnya keadilan
pengagihan kekayaan adalah salah satu ideal dalam The Grand Unity. Selain itu, terdapat
banyak nilai dalam tamadun Cina yang patut ditekankan dalam aktiviti ekonomi. Misalnya,
kerajinan, berjimat-cermat, tanggungjawab, integriti dan ketaatan akan memanfaatkan
pertubuhan perniagaan secara langsung; nilai etika seperti keharmonian, kesetiaan,
kesopanan, kepatuhan kepada norma dan peraturan, disiplin diri, semangat bekerjasama dan
sebagainya mungkin memberi implikasi yang positif bagi teori organisasi, tingkah laku
organisasi, pengurusan perniagaan dan psikologi perindustrian (Zawiyah Mat & Mashitah
Sulaiman,2007).

Ghazali Darusalam (2001), tamadun india telah mempengaruhi ekonomi Malaysia


dimana kedatangan orang India ke Tanah Melayu sejak abad yang pertama. Mereka
dipercayai datang sebagai pedagang. Pedagang-pedagang India ini menggelarkan Tanah
Melayu sebagai Suvarnabumi atau Tanah Emas. Orang India hanya berhijrah secara
beramai-ramai pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 akibat perkembangan
perusahaan getah yang telah meningkatkan keperluan tenaga buruh yang murah dan ramai.
Pada awal abad ke-19, bilangan orang India yang berhijrah akibat pembukaan Pulau Pinang
(1786) dan Singapura (1819). Selepas penubuhan Negeri-negeri Selat (1826), pihak British
membawa masuk buruh-buruh dan banduan-banduan India untuk membina bangunan awam
dan jalan raya di Negeri-negeri Selat. Keperluan buruh India meningkat berikutan
perkembangan perusahaan getah. Hampir semua orang yang berhijrah masuk ke Tanah
Melayu berasal dari India Selatan terutamanya dari wilayah Madras (Tamil Nadu) dan India
Utara dari Punjab.

4
2.3 PENDIDIKAN

Pendidikan di kalangan masyarakat Melayu terbahagi kepada dua. Pendidikan formal dan
informal. Pendidikan formal melahirkan pelbagai institusi pendidikan yang banyak di Alam
Melayu. Pendidikan bentuk ini di awali oleh pendidikan ajaran Islam. Sistem pendidikan dan
kurikulum juga berteraskan kepada bidang pengajian Islam seperti tauhid, fiqah, akhlak, tafsir
dan sejarah Islam .Pendidikan informal pula merupakan pendidikan yang berlangsung dalam
kehidupan bermasyarakat. Masyarakat menjadi pendidik bangsa. Pendidikan ini berbentuk
kemahiran berfikir, berusaha, berbudi pekerti, bijak membuat tindakan, penghasilan teknologi,
berpolitik dan bergiat cergas dalam ekonomi. Tradisi lisan yang diwarisi turun temurun
merupakan satu kaedah pendidikan informal. Kewujudan pendidikan formal berteraskan
pendidikan Islam dan bukan berasaskan kemahiran dan teknologi melahirkan tanggapan
negatif kolonialis terhadap pendidikan masyarakat Melayu. Kolonialis tidak mengakui
pendidikan yang wujud di Alam Melayu sebagai satu sistem pendidikan, lantas mereka
mendakwa masyarakat Melayu adalah masyarakat buta huruf. Tanggapan ini mungkin
bertolak dari fahaman terhadap agama yang diterima pakai di Barat (Halimi Ahmad, 2008).

Seterusnya, dalam tamadun China, masyarakatnya menghargai pendidikan,


perniagaan, dankesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus
peperiksaan awam kerajaan.Terdapat tiga peringkat pendidikan, iaitu pendidikan rendah,
menengah dan tinggi. Pada peringkat sekolah rendah, pendidikan bertumpu pada kegiatanm
engenal dan menghafal tulisan ideogram dan sembilan buah buku suci tanpa memahami
maknanya. Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadapkarangan dan sastera, dan
pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.Pendidikan di
China lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran.Peperiksaan awam mengandungi
tiga tahap, iaitu tahap pertama Hsiu Tai, tahap kedua Chun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih.
Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua setaraf dengan sarjana dan
tahap ketiga setaraf dengan doktor falsafah seperti yang terdapat pada zaman moden
ini.Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap kedua di ibu kota daerahdan tahap
ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana, iaitu di hadapan maharaja. Mereka yang
lulus tahap atau ijazah pertama yang berpeluang menjadi pegawai kerajaan dan ijazah ketiga
pula layak menjadi pendiik. Peperiksaan awam tahap ketiga, diadakan tiga tahun
sekali.Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia (Lee Cheong Heo, 1998).
Hal yang sedemikian diadaptasi dalam sistem pendidikan di seluruh dunia bahkan di Malaysia.

5
Menurut Wan Adila (2011), tamadun India yang memiliki banyak khazanah ilmu
khususnya dalam bidang kesusasteraan sangat mengalakkan perkembangan ilmu.
Perkembangan ini membawa impak positif kepada pertembungan tamadun dan seterusnya
mewujudkan suasana yang berintelektual. Sebagai contoh, pada awalnya masyarakat India
mengira hari dan waktu subuh sehingga malam subuh berikutnya dan kekal dengan kalendar
bulan-matahari. Kaedah ini telah menjadi asas kepada perkiraan waktu.Tamadun India begitu
mementingkan penguasaan dalam bidang matematik. Matematik dijadikan pelajaran wajib
setiap pelajar di India. Kesannya dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan
persekolahan di Malaysia Sistem persekolahan di Malaysia juga menerima kesan daripada
pengaruh tamadun India. Bahasa Hindu (Tamil) dijadikan subjek yang perlu diajar kepada
pelajar yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT). Bahasa ini juga
ditawarkan di peringkat pengajian institusi pengajian tinggi sebagai satu cara untuk
memelihara kesusasteraan tamadun India. Perkembangan keilmuan tamadun India juga
membawa impak dalam penguasaan bahasa di Malaysia. Kepelbagaian bahasa yang
terdapat di Malaysia menjadikan masyarakat Malaysia begitu unik.

3.0 RUMUSAN

Interaksi antara tamadun adalah suatu pertembungan yang saling memperkayakan


antara satu tamadun dengan tamadun yang lain. Hasil daripada kreativiti yang tinggi
melahirkan banyak manfaat kepada semua orang tanpa mengira latar belakang anutan
agama, bangsa mahupun budaya. Interaksi sesebuah masyarakat bukanlah bersifat tertutup,
sebaliknya bersifat terbuka. Sifat inilah yang memberi peluang kepada berlakunya interaksi
antara tamadun. Umum mengetahui, interaksi antara tamadun menghasilkan dua kesan yang
penting iaitu kesan positif dan kesan negatif. Kesan positif memberi pengukuhan kepada
sesuatu tamadun. Pertembungan yang memberi kesan yang positif ini seharusnya digalakkan
untuk kebaikan generasi muda yang bakal menjadi pemimpin negara suatu hari nanti.

Saling faham-memahami persamaan dan perbezaan budaya tidak seharusnya


menjadi penghalang permuafakatan demi kebaikan agama, bangsa dan negara. Sesebuah
tamadun itu sebenarnya mempunyai kriteria dan faktor tersendiri dalam membina,
membangun dan memajukan tamadun tersebut. Terdapat tamadun yang mampu bertahan
untuk jangka masa yang lama namun sebaliknya terdapat juga tamadun yang tidak dapat
bertahan lama kerana faktor-faktor tertentu. Secara keseluruhannya, setiap tamadun
mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi
sesebuah tamadun.

6
7

You might also like