You are on page 1of 17

PKU3033 Intervensi Awal Dan Khidmat Sokongan Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

INTERVENSI AWAL MENGIKUT KATEGORI


TAJUK 2
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS, JENIS
MASALAH, KOMPONEN-KOMPONEN PENTING
DAN PIHAK-PIHAK YANG TERLIBAT

2.0 SINOPSIS

Tajuk ini akan membincangkan tentang intervensi awal mengikut kategori


kanak-kanak berkeperluan khas, peranan NGO yang mewakili kerencatan
berkenaan, jenis masalah, komponen-komponen penting dan pihak-pihak
yang terlibat.

2.1 HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir tajuk ini, anda akan dapat

i. Menjelaskan intervensi awal mengikut kategori kanak-kanak


berkeperluan khas dari segi konsep, matlamat dan
kepentingannya.

ii. Menghubungkaitkan peranan pihak-pihak yang terlibat dengan


intervensi awal mengikut kategori kanak-kanak berkeperluan khas
yang diberikan

iii. Menganalisis jenis-jenis masalah intervensi awal mengikut


kategori kanak-kanak mengikut keperluan khas individu.

2.2 PENGENALAN

Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan


perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat
(Fatimah Bivi, 2002). Dunst (1996) menyifatkan intervensi awal sebagai “to a
range of services provided to children, parents, and families during
pregnancy, infancy and / or early childhood”. Menurut IDEA, kanak-kanak
sebaik sahaja disahkan mempunyai keperluan khas, adalah diwajibkan
mengikuti program Intervensi Awal supaya kerencatan mereka dapat
dielakkan dari menjadi bertambah teruk dan mendatangkan secondary effect
kepada individu tersebut. Intervensi awal bermula dari 0 hingga 5 tahun atau
selepas sahaja sesaorang itu disahkan sebagai berkeperluan khas. Intervensi
awal ini dijalankan oleh NGO yang berkaitan dengan masalah atau
kerencatan yang dihidapi. Misalnya NASOM untuk kanak-kanak Autistik,
KIWANIS atau PSDM untuk kanak-kanak Down Sindrom, Pusat Sepastik
untuk kanak-kanak Cerebral Palsy atau kecacatan fizikal. MAB untuk masalah
penglihatan MFD untuk mereka yang bermasalah pendengaran. Di Malaysia
sangat banyak NGO yang ditubuhkan untuk membantu mereka yang
berkeperluan khas. Terdapat sebuah buku yang diusahakan oleh
MALAYSIAN CARE bertajuk ‘DIRECTORY FOR PEOPLE WITH
DISABILITIES’ yang ditaja oleh CIMB. Melalui buku ini semua orang boleh
merujuk nama dan alamat pertubuhan-pertubuhan yang memberi
perkhidmatan kepada OKU di Malaysia. Di pihak kerajaan pula kita ada Unit
Komprehensif di bawah Jabatan Paedeatrik di hospital-hospital kerajaan dan
swasta yang mana mereka juga memberi perkhidmatan intervensi awal.
kerajaan juga menubuhkan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di setiap
daerah bagi memberi perkhidmatan kepada OKU di seluruh Malaysia.
Perkhidmatan yang diberi ada yang khusus pada kecacatan tertentu dan ada
juga yang pelbagai kecacatan.

2.2.1 Disleksia

Kanak-kanak Disleksia merupakan mereka yang mengalami kesukaran untuk


emmbaca kerana tidak dapat menterjemahkan lambang-lambang bertulis
dengan betul sama ada dalam bentuk huruf itu sendiri, dalam bentuk suku
kata ataupun dalam bentuk perkataan.

Antara ciri-ciri murid disleksia:


a) Masalah dalam ejaan
b) Masalah dalam ingatan
c) Masalah dalam membaca
d) Masalah dalam menyalin nota
e) Masalah visual motor

2
Antara teknik yang boleh dijalankan kepada kanak-kanak Disleksia adalah:
i) Bimbingan harian
Lakukan secara konsisten bimbingan harian se jam sehari secara individu
kepada kanak-kanak disleksia dengan latihan membaca.

2.2.2 Diskalkulia

Diskalkulia didefinisikan sebagai masalah pembelajaran spesifik yang


mempengaruhi pemerolehan atau pembelajaran kemahiran aritmetik.
Punca-punca berlakunya diskalkulia:
a) Faktor genetic
b) Pendedahan awal matematik yang terdesak
c) Faktor pengajaran di sekolah

2.2.3 Kanak-Kanak Kerencatan Mental

Kategori kecacatan mental adalah pelbagai tetapi secara keseluruhannya


memberi kesan kepada kognitif. Misalnya Lembam bermaksud lembap, tidak
cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran atau
menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan intelek
sederhana atau rendah berbanding dengan intelek murid normal. Mereka
mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima,
mengurus, menyusun, menyimpan, dan mengingati dengan berkesan.

Ciri-ciri kanak-kanak lembam


a) Meninggalkan huruf, suku kata atau perkataan membaca dan menulis
b) Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa
c) Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat
d) Tahap intelek rendah
e) Pencapaian pelajaran atau akademik berbeza
f) Lambat sewaktu menulis, huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah
dan tidak seragam

3
g) Pendiam, tidak aktif dan tidak banyak cakap
h) Sukar menerima arahan
Punca-punca kanak-kanak lembam
a) Baka
b) Intelek yang rendah
c) Masalah emosi
d) Kekecewaan
e) Rasa rendah diri
f) Kematangan yang lambat
g) Lemah daya ingatan
h) Mudah terganggu tumpuan
i) Kurang rangsangan
j) Faktor-faktor kesihatan
k) Persekitaran
l) Amalan makanan
m) Kesan semasa mengandung
n) Penyakit semasa pembesaran selepas lahir
o) Ubat semasa mengandung
p) Kemalangan
q) Sosioekonomi

Usaha-usaha yang boleh diambil:


a) Merujuk kepada pegawai atau pakar perubatan
b) Mewujudkan suasana pembelajaran yang sesuai dan menyeronokkan
di sekolah
c) Guru merangka pengajaran dan pembelajaran berbentuk dari senang
ke susah dan konkrit ke abstrak
d) Menjalankan aktiviti kelas yang melibatkan seberapa banyak
pancaindera
e) Guru perlu memperbanyakkan pengukuhan dan latih tubi dalam
pengajaran dan pembelajaran
f) Guru juga perlu menjauhi daripada mengenakan denda yang negatif
g) Sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak tersebut

4
Contoh NGO yang mengendalikan Kanak-Kanak Kerencatan Mental-
KIWANIS DOWN SINDROME

Apakah Sindrom Down?

Sindrom ini mengambil nama seorang doktor Inggeris bernama Dr. Langdon
Down, orang pertama yang menjelaskan penyakit ini pada tahun
1866.Sindrom Down ialah penyakit keturunan disebabkan oleh kromosom
tambahan pada kromosom nombor 21 yang terdapat pada seseorang kanak-
kanak.Kerencatan ini juga dikenali sebagai Trisomy 21. Kanak-kanak yang
terlibat lahir dengan ciri-ciri fizikal dan boleh juga mempunyai masalah-
masalah kesihatan yang berkaitan dengannya.

Apakah kekerapan terjadinya Sindrom Down?

Kadar kejadian keseluruhannya ialah satu pada setiap 800 kelahiran. Risiko
menjadi tinggi dengan bertambahnya umur ibu semasa hamil. Bagaimanakah
Sindrom ini disahkan? Pengesahan penyakit ini dilakukan dengan ujian darah
kanak-kanak itu
bagi mengesan kehadiran kromosom tambahan kromosom nombor 21. Ujian
juga boleh dilakukan semasa kehamilan melalui ujian darah, pemeriksaan
ultrasound atau analisis cecair mentuban.

Ciri fizikal kanak-kanak SD.


• Hidung kemek
• Lidah tebal dan kerap terjelir
• Tapak tangan lebar
• Tapak tangan ada hanya satu lipatan
• Jari kelengkeng tangan melengkung
• Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar
• Leher pendek dan besar
• Kelopak mata berlipat-lipat

5
• Otot lembik
• Sendi longgar

Masalah-Masalah Kesihatan yang Berkaitan Sindrom Down dan Rawatan

• Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur


• Penyakit jantung kongenital
• Kecacatan pertumbuhan perut
• Mudah mendapat jangkitan
• Masalah pendengaran dan penglihatan
• Gangguan fungsi Tiroid
• Barah (kanser)

2.2.4 Kanak-Kanak Autistik

Autisme merupakan kecelaruan neurologi yang berlaku kepada kanak-kanak.


Bilangan kanak-kanak yang mengalami autisme dilihat semakin meningkat
dari tahun ke tahun. Autisme adalah sejenis kecelaruan neurologikal dimana
otak memproses maklumat dari persekitaran secara berbeza, menyebabkan
tingkah laku yang aneh. Masyarakat sering salah faham mengenai autisme
kerana kanak-kanak yang mengalaminya tidak mempunyai tanda fizikal maka
mereka sering dilabel sebagai nakal atau salah asuhan.

 AUTISME berasal daripada perkataan autos yang bererti diri sendiri


dan isme yang bermakna aliran. Jadi autisme bermaksud kanak-kanak
yang berada dalam dunianya sendiri.
 Gangguan perkembangan yang kompleks disebabkan oleh adanya
kerosakkan pada otak sehingga mengakibatkan gangguan pada
perkembangan komunikasi, tingkah laku, kemampuan sosialisasi dan
belajar.
 Menghadapi kesukaran untuk melihat sesuatu dari perspektif individu
lain yang membuatkan kanak-kanak ini sukar untuk bersosial dengan
kanak-kanak lain.

6
 Leo Kanner (1943) menggunakan istilah autistic yang bermakna ‘lari
dari reality’. Beliau membezakan autisme dalam tiga perkara iaitu :
 Mengasingkan diri secara melampau sejak dari kecil.
 Terlalu sayang pada sesuatu objek yang tertentu.
 Keinginan yang kuat untuk bersendirian.
 Terdapat kelainan pada Susulan Saraf Pusat (pertumbuhan sel otak
yang tidak sempurna) pada beberapa bahagian otak akibat virus
jangkitan Toksoplasma ,CVM, Rubela, Harpes semasa Hamil.
 Autisme adalah satu ketidakupayaan yang kompleks dan para
penyelidik sendiri masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar
berlakunya autisme. Namun terdapat kajian yang dilakukan untuk
mencari punca sebenar autism

Interaksi Sosial
 Tidak menghiraukan orang lain (tidak sensitif) seperti
menjauhakan diri.
 Tidak mahu bertentang mata apabila bercakap.
 Tidak suka pada sentuhan atau pelukan
 Susah berkerjasama
 Tidak suka bermain dengan rakan sebaya

Masalah Komunikasi
 Lambat bercakap atau gagap.
 Susah memahami percakapan orang lain.
 Bercakap dalam nada pelik.
 Suka bercakap sendirian dan sukar untuk diajak berbual.
 Mengulang perkataan yang sama tetapi tidak faham
maksudnya.
 Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak
mengendahkan perkara yang dikatakan oleh orang lain.

Pola Bermain
 Tingkah laku mereka agak aneh, dan berlainan daripada murid-

7
murid biasa.
 Akan leka bermain dengan sesuatu barang yang disukainya.
 Menunjukkan pelbagai reaksi apabila diganggu ketika bermain
objek yang disukainya.
 Suka objek yangg berputar.

Masalah Emosi
 Sangat sukar diramal dan berubah-ubah (menangis dan ketawa
tanpa sebab)
 Menyerang atau meroasakkan apa sahaja yang berhampiran
dengannya jika emosi mereka terganggu.
 Ada kalanya mencederakan diri sendiri.
 Tiada rasa simpati dan tidak memahami orang lain.
 Mengamuk tanpa terkawal jika tidak menuruti kemahuannya
atau melarang keinginnya.
Gangguan Deria
 Sensitif pada sentuhan
 Tidak suka dipegang / dipeluk
 Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
 Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain
 Kurang sensitif pada rasa sakit / takut

Tingkah laku
 Hiperaktif atau Hipoaktif
 Melakukan perbuatan / pergerakan yang sama berulang-ulang
kali
 Tidak suka pada perubahan
 Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan reaksi

Contoh NGO yang mengendalikan Kanak-Kanak Kerencatan Autistik-


NATIONAL AUTISM SOCIETY OF MALAYSIA.

2.2.5 Kanak-Kanak Bermasalah Fizikal (CP)

8
Jenis kanak-kanak bermasalah fizikal:
a) Cerebral palsi
Pergerakan anggota badan yang tidak dapat dikawal sepenuhnya
kerana terdapat gangguan, kecederaan atau lumpuh di dalam otak.
b) Spastik
Bahagian pergerakan atau motor kehilangan kawalan terhadap otot-
otot yang boleh dikawal. Sejenis kecacatan atau ketidaksempurnaan
anggota tubuh badn, tidak mencapai objek yang ditunjukkan, tidak
berupaya mengangkat badan, tidak berupaya memegang objek
dengan betul.
c) Atetosis
Bahagian yang tidak dapat dikawal seperti bahu, muka, kaki, tangan
dan lengan.
d) Ataksia
Kerosakan pada bahagian cerebelum otak
Ciri-ciri kecacatan fizikal:
a) Intelektual
b) Kesihatan
c) Tingkah laku
d) Perkembangan sosial
e) Pendidikan

2.2.6 Kanak-Kanak Bermasalah Kesihatan

Masalah kesihatan yang dialami oleh kanak-kanak boleh mengganggu


pelaksanaan aktiviti harian mereka dan sudah tentu termasuk pengajaran dan
pembelajaran di sekolah.
Kanak-kanak yang menghidap penyakit tertentu seperti sawan, kencing
manis, cerebral palsi dan sebagainya mempunyai keperluan perubatan untuk
membantu mereka menjalani aktiviti harian.
Punca masalah kesihatan:
a) Faktor perwarisan
b) Faktor persekitaran

9
Jenis-jenis masalah kesihatan dalam kalangan kanak-kanak
- Asma
- Alahan
- Muscular Dystrophy
- Kencing manis
- Down Syndrome
- Haemophilia

2.2.7 Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran

Masalah pendengaran atau cacat pendengaran terjadi apabila deria dengar


seseorang terganggu atau terhalang daripada menerima atau mengamati
sesuatu bunyi, perbualan atau bisikan orang lain (Asiah, 2012). Dengan kata
lain, deria dengar tidak boleh berfungsi untuk kegunaan pendengaran biasa
dalam kehidupan harian.
Masalah pendengaran menjadi penghalang besar dalam mewujudkan
perhubungan yang sempurna dengan orang lain, selain mengakibatkan
mereka yang mengalami masalah ini mempunyai kekurangan dalam
kemahiran bahasa dan komunikasi secara lisan atau tulisan. Mereka ini
kurang upaya untuk menyampaikan apa yang difikirkan atau yang ingin
diperkatakan serta sukar memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.

CIRI-CIRI PELAJAR CACAT PENDENGARAN

• Perkembangan bahasa
- belajar bahasa dengan melihat
- lemah dalam percakapan, bacaan, kefahaman dan penulisan walaupun
menguasai bahasa isyarat dengan baik
- Biasanya faham konsep tunggal
• Perkembangan Intelek
- tanpa kecacatan lain, intelek adalah normal
- proses berfikir sama dengan individu biasa
• Perkembangan sosial

10
- sangat bergantung kepada orang
- sangat rapat sesama rakan sendiri
- kurang matang: malu, kurang pendedahan kepada peranan seks bagi
yang kehilangan pendengaran yang serius, lebih masalah emosi
semasa remaja
• Pencapaian akademik
- pelajar yang mempunyai ibu bapa yang juga hilang pendengaran
mempunyai
pencapaian akademik yang lebih baik
- lemah dalam banyak mata pelajaran kecuali Matematik, seni lukis,
PJK. Amat
lemah dalam bahasa.

CONTOH NGO YANG MEMBERI PERKHIDMATAN KEPADA INDIVIDU


BERMASALAH PENDENGARAN- PDK KIU KG PANDAN.

11
12
2.2.8 Kanak-Kanak Bermasalah Penglihatan

DEFINISI MASALAH PENGLIHATAN


Definisi masalah penglihatan boleh dilihat dalam dua perspektif dari segi
perundangan dan pendidikan. Kedua-dua definisi di bawah telah dipetik
daripada laman web dpulih hasil keluaran Kementerian Pelajaran Malaysia

Dari Segi Perundangan


Definisi masalah penglihatan melibatkan penilaian ketajaman penglihatan dan
medan penglihatan seseorang. Bacaan ketajaman penglihatan akan
membezakan seseorang, sama ada dia buta atau kabur penglihatan

Dari Segi Pendidikan


Dari segi pendidikan masalah penglihatan bermaksud sekumpulan kanak-
kanak yang memerlukan pendidikan khas kerana masalah penglihatan.

Klasifikasi masalah penglihatan boleh dibahagikan kepada dua iaitu:


(a) Kategori low vision (penglihatan terhad)

Kategori low vision juga dikenali sebagai penglihatan terhad. Penglihatan


kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata yang terbaik
ataupun medan penglihatan kurang daripada 10 darjah sesudah rawatan
ataupun pembetulan biasa. Individu dengan penglihatan terhad dapat
melakukan tugas seharian menggunakan deria penglihatan.

(b) Kategori blind (buta)

Biasanya penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang terbaik, ataupun
medan penglihatan kurang daripada 10 darjah setelah menerima rawatan
ataupun pembetulan biasa.

Terdapat beberapa tahap masalah penglihatan yang membezakan antara


buta dengan penglihatan terhad ataupun low vision berdasarkan ujian visual

13
akuiti dan juga adaptasi pendidikan khas. Masalah penglihatan dapat dilihat
dalam tahap berikut:

(a) Sederhana

Masalah pada tahap sederhana masih membolehkan kanak-kanak melihat


cahaya dan menjalankan aktiviti melibatkan deria penglihatan dengan
menggunakan alat bantu khas seperti kanta.

(b) Teruk

Masalah pada tahap teruk menyebabkan kanak-kanak mungkin memerlukan


lebih banyak masa dan tenaga dalam menjalankan aktiviti malah mengalami
kesukaran melakukan aktiviti berkaitan penglihatan termasuk mobiliti,
walaupun dengan bantuan alat khas.

(c) Sangat Teruk

Masalah pada tahap sangat teruk mengakibatkan kanak-kanak menghadapi


kesukaran melakukan aktiviti visual seperti membaca dan mobiliti serta perlu
bergantung pada deria-deria lain

2.2.9 Kanak-Kanak Bermasalah Emosi / Tingkah Laku

Tingkah Laku Normal

Tingkah laku normal adalah perangai, kelakuan, perbuatan dan gerakgeri yag
kebiasaanya dilakukan oleh setiap kanak-kanak mengikut peringkat-peringkat
perkembangan dan pencapaiannya yang berdasarkan kepada umur masing-
masing Melalui pemerhatian tingkah laku yang telah dibuat terhadap
seseorang kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran, maka dapat dilihat
bahawa tingkahlaku-tingkahlaku yang dipamerkan oleh mereka telah

14
dianggap terpesong dari tingkah laku yang di anggap normal .

Tingkah Laku Terpesong

Keseluruhan semua tingkah laku yng dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah


pembelajaran ini juga dilakukan oleh kanak-kanak normal yang lain . Nmaun
tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini
dianggap terpesong kerana perkara-perkara berikut :

1. Jangka Masa Tingkah Laku Berlaku

Tingkah laku yang dilakuakn oleh kanak-kanak beramsalh pembelajaran pada


kebiasaanya memakan tempoh masa yang agak lama dari kanak-kanak
normal . Contohnya , Saiful kalau ia menangis memakan masa untuk berhenti
, malah kadang-kadang denagn aktiviti-aktiviti yang lain kerana ia akan
menjadi lebih marah . Berbeza dengan kanak-kanak normal ia berlaku
sekejap sahaja dan akan pulih bila ia dipujuk atau bila telah tertarik dengan
perkara-perkara lain .

2. Kekerapan Tingkah Laku Berlaku

Bagi kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran tingkahlaku-tingkahlaku


yang bersifat negatif telah kerap berlaku dari tingkahlau yang bersifat positif.
Umpamanya kanak-kanak bermasalah pembelajaran lebih kerap mengalami
‘tantrum’ dari kanak-kanak normal . Ini disebabkan mereka tidak dapat
mmbuat altenatif lain untuk mengatasi sesuatu perkara yang berlaku ke atas
dirinya . Terutama jika ia merupakan sesuatu masalah kepada mereka . Bagi
mereka ini merupakan jalan atau cara yang berkesan dan mudah untuk
berkomunikasi dengan orang lain .

3. Kesesuaian Dan Ketidaksesuaian Waktu Berlaku

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran seringkali melakuakn tingkahlaku-

15
tingkahlaku ini bersesuaian dengan waktu, masa, ketika dan suasana .
Contohnya dalam situasi pembelajran yang berlaku sepatutnya saiful bolrh
duduka beri tumpuan keapda apa yang gurunya sampaikan . Tetapi adalah
sebaliknya yang berlaku . Ataupun dalam suasana yang gembira, riang dan
seronok contoh ketika ada parti hari lahir, tiba-tiba saja ia boleh menjerit dan
menangis dan sebagainya . Kanak-kanak ini tidak dapat mengadaptasikan
tingkahlaku yang akan dilakukannya deangna keadaan persekitarannya .
Mereka akan melakukan tanpa menghiraukan apa yang sedang terjadi di
persekitarannya .

4. Tingkahlaku Tidak Selaras Dengan Umurnya

Didapati tingkahlaku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak bermasalh


pembelajaran ini tidak selaras dengan umur mereka. Kebiasaanya walaupaun
umur mereka telah mencapai 7, 8 ,dan 9 tahun , tetapi mereka masih lagi
menunjukkan sikap atua sifat seperti kanak-kanak yang berusia dalam 4
tahun . Mereka masih lagi manja tidak suka berdikari tiada perasaan marah
ataiu bercakap sendiri dan sebagainya yang sepatutnya tidak lagi dilakukan
oleh mereka dalam usia sebegitu . Mereka juga sering mengamuk bila
kehendaknya tidak dituruti . Sepatutnya mereka telah dapat membezakan
antara yang baik dan yang buruk .

5. Lambat Memberikan Respon

Kanak-kanak bermasalah pembelajaran lambat memberikan respon kepada


rangsangan-rangsangan yang diberikan . Mereka tidak menunjukkan
perasaan minat atua tertarik keapda sesuatu pada pandangan kali pertama.
Walaupun ia anggap menarik oleh mereka yang normal . Contohnya Saiful, ia
tidak akan memberikan perhatiannya kepada gurunya jika sekiranya gurunya
tidak merangsang dengan benda-benda yang diminatinya terlebih dahulu .
Keadaan ini berlaku kerana sistem saraf pusat iaitu tidak dapat berfungsi
secara optimum kerana telah mengalami masalah seperti kerencatan di
bahagian yang tertentu,berlainan dengan otak kanak-kanak yang normal.

16
Oleh yang demikian ia tidak dapat memberikan maklumat yang tepat kepada
emosi dan tigkahlaku kanak-kanak berkenaan

2.2.10 Kanak-Kanak Pelbagai Kecacatan

Menurut Nibedita (2003) kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai


adalah mereka yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan
mental disertai masalah penglihatan, masalah pendengaran serta keadaan
yang melumpuhkan.

Berehat seketika

Anda masih mengikuti modul ini dengan penuh minat. Sekarang masa
untuk berehat dan minum secawan kopi. Kita sambung topik 3

17

You might also like