You are on page 1of 2

Ketiga-tiga tamadun ini mempunyai perbezaan dari segi sosio-budaya, ekonomi dan

pendidikan. Dari segi sosio-budaya tamadun Melayu banyak dipengaruhi unsur Hindu-Buddha
sebelum kedatangan Islam. Setelah islam sampai ke Tanah Melayu, sosio-budaya Melayu
berubah dan telah wujud percampuran amalan Hindu-Buddha dengan amalan Islam..
Contohnya, masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu
usaha untuk membuang sial bulan Safar yang jelas bertentangan dengan Islam. Selain itu,
masih terdapat lagi adat Hindu yang masih diamalkan hingga sekarang seperti upacara
persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Namun begitu, pengaruh
Islam iaitu pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi
masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Bagi
tamadun Cina pula, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia ialah warisan
daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besar-besaran kaum
Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu
ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka. Apa yang
menarik berkenaan adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang
mereka namakan “Feng Shui”, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan
mereka pada hari ini Shui”, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka
pada hari ini. Selain itu, adat mereka banyak dipengaruhi oleh pengaruh Buddha. Antara
upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap Goh
Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang
Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini nampak seperti amalan-amalan kaum Melayu.
Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi
mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri. Seterusnya, sosio-budaya India juga
mempunyai persamaan dan perbezaan dengan Cina dan Melayu. Sosio-budaya India banyak
dipengaruhi oleh agama iaitu agama Hindu. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga
mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan saudara serta turut bersedia menerima
kunjungan dari jiran tetangga. Semasa berkunjung, mereka digalakkan membawa buah tangan
sebagai tanda terima kasih dan melangkah dengan kaki kanan semasa memasuki rumah.
Selain itu, ibu merupakan adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, ‘Ibu adalah
umpama Tuhan’ dan anak perempuan juga dipanggil ‘amma’ seperti seorang ibu didalam tradisi
India dan Seorang suami pula didalam masyarakat India adalah ‘Tuhan bagi isterinya’ dan
mesti sentiasa dihormati. Dalam aspek pemberian nama anak, nama seorang anak diperolehi
dari almanak Hindu mengikuti bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan
dirujuk untuk mencari nama bertuah mengikuti aksara bintangnya. Ketika menamakan itu, bayi
dipangku oleh orang tua satu persatu sambil dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita mereka.

Dari segi ekonomi pula, terdapat pelbagai persamaan dan perbezaan antara ekonomi
Melayu, Cina dan India. Hal ini kerana Malaysia pernah dijajah oleh British dan mengalami
dasar pecah perintah yang telah menetapkan skop ekonomi bagi setiap tiga kaum yang
dibincangkan ini. Bagi kaum Melayu, ekonomi sara diri telah menjadi sumber ekonomi pada
masa itu, bagi kaum Cina pula mereka ditempatkan dikawasan lombong bagi menjalankan
kegiatan melombong dan kaum india pula ditempatkan dikawasan ladang bagi menjalankan
kegiatan perladangan getah pada masa itu.. Dasar pecah perintah ini telah meninggalkan kesan
hingga sekarang dimana orang-orang Melayu masih ramai bercucuk tanam, bersawah
dikawasan kampung dan ada juga yang telah bertukar ke perniagaan. Kaum Cina pula masih
ramai berniaga di kawasan bandar . Kaum india juga masih ramai menguruskan ladang-ladang.
Selain itu, setiap kaum juga mempunyai pegangan masing-masing dalam kegiatan ekonomi
mereka. Bagi kaum Melayu, mereka mementingkan perkara-perkara yang telah ditetapkan di
dalam Al-Quran seperti tidak menipu, tidak mempunyai unsur riba’ semasa mencari rezeki.
Perkara ini ada dinyatakan dalam Al-Quran dalam surah Al- Imran pada ayat 130 yang
bermaksud “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat
ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan Bagi kaum
Cina pula, mereka berpegang pada ajaran Konfusianisme

You might also like