You are on page 1of 12

NAMA SITI NOORDIANA BINTI TALIB

NO MATRIK AIL 190060/ 17205317/1

TAJUK SOALAN BINCANGKAN PERANAN DR SUN YAT-


SEN DALAM MELAHIRKAN REPUBLIK
CHINA PADA TAHUN 1911-1912.

NAMA PENSYARAH DR TAN MIAU ING

WAKTU TUTORIAL PENSYARAH 9:00 AM- 10:00 AM

1
PENGENALAN

Kita sedia maklum bahawa penguasaan kerajaan Manchu atau dikenali

sebagai kerajaan Qing telah memberikan tamparan hebat di China selepas kerajaan tersebut

berjaya menjatuhkan kerajaan Ming.1 Kerajaan Qing juga dikenali sebagai kerajaan Manchu.

Keluasan wilayah dinasti Qing mencapai 12 juta kilometer persegi. Kerajaan Qing juga

merupakan kerajaan yang terakhir dari dinasti imperialis China. kerajaan Qing merupakan

kerajaan yang memerintah lebih lama oleh orang asing iaitu golongan Manchu dari

Manchuria. Dinasti Qing memerintah China dari tahun 1644 hingga 1911. 2 Populasi pada

ketika itu meningkat sekitar 150 juta sehingga 450 juta dan lebih kepada penduduknya lebih

banyak monoriti bukan Cina. Ketidakstabilan kerajaan Manchu dalam mentadbir negara

China menyebabkan rakyatnya memberontak dan mereka ingin mengembalikan zaman

kegemilangan Dinasti Ming.3

Selepas peristiwa Perang Candu pada 1840, negara imperialis mulai

menceroboh negara China dan menandatangani pelbagai perjanjian yang tidak adil dengan

kerajaan Qing. Pelbagai pergerakan anti imperialis dan feudalisma telah muncul di China

untuk menyelamatkan bangsa dan negara daripada kesengsaraan. Oleh sebab itu, Tokoh yang

memainkan peranan sangat penting dalam penentangan kerajaan Manchu ialah Dr. Sun Yat

Sen. Dr Sun Yat Sen merupakan seorang pemimpin politik dan gerakan utama dalam revolusi

China. Beliau juga digelar sebagai “Bapa China Moden”. Beliau dilahirkan pada 12

November 1866 di Hsiang-Shang iaitu kawasan yang berada berdekatan Canton. Seawal

beliau berusia enam tahun, beliau telah mendapat Pendidikan awal berkenaan Pendidikan

klasik dan tamadun dunia. Seawal Dr Sun Yat sen berusia 17 tahun, beliau menerima

1
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2009 hlm., 100-104.
2
Ibid.
3
Ibid.

2
Pendidikan Barat di Sekolah Mubaligh Anglican dan kolej Oahu di Honolulu, Hawaii. 4

Ringkasnya disini, walaupun beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam melanjutkan

pelajaran, tetapi beliau berjaya mendapat kelulusan Ijazah Kelas Pertama dalam bidang

kedoktoran di Chinese Medical College (HKU) di Hong Kong. Beliau jug dikatakan telah

dikristiankan disana. Setelah beliau menamatkan pelajaran, beliau memulakan bidang

perubatan di Macao dan seterusnya berpindah di Canton. Hal ini demikian kerana sijil

kedoktoran beliau tidak diiktiraf, beliau telah berpindah di Canton untuk menyumbangkan

perkhidmatan perubatan percuma kepada mereka yang memerlukan.

Dr Sun Yat sen ialah beliau amat peka dengan keadaan yang berlaku

disekelilingnya. Dengan kata lain, beliau sangat cakna dengan persekitarannya sehinggakan

dapat membezakan negara-negara yang maju dikunjunginya dengan negara kelahirannya

sendiri. Contohnya negara yang dilawatinya ialah Hongkong, London, Hanoi dan sebagainya.

Perbezaan yang beliau amati ialah dari sudut politik, eknomi dan sosial. Beliau

menyimpulkan bahawa negara China lebih banyak ketinggalan berbanding negara- negara

barat. 5

Dr Sun Yat Sen amat memainkan peranan penting dalam menggerakkan

pertubuhan revolusi di China. Hal ini demikian kerana, sebelum kemunculan beliau, terdapat

gerakan-gerakan dalam negeri yang ingin menumpaskan Manchu seperti pemberontakan

Taiping, Yunan, Tungas dan sebagainya. Tetapi usaha mereka tidak berjaya. Kebanyakan

mereka tidak bersetuju dengan pemerintahan kerajaan Manchu. Oleh sebab itu, muncul

pelopor utama dalam gerakan revolusi iaitu Dr. Sun Yat Sen. langkah pertama yang

dilakukan beliau adalah dengan menubuhkan sebuah pertubuhan revolusioner. Beliau telah

4
Yi Chu Chang,(25 May 2020). Encyclopaedia Britannica:Sun Yat Sen Chinese Leader. Retrieved from
https://www.britannica.com/biography/Wang-Ching-wei
5
W.H.CHAN. (2013 May) Narrating Dr. Sun Yat Sen: His thought, family and revolutions in Hong Kong and
Macau. Paper presented at International Conference of Macau narratives, Faculty of Social Sciences and
Humanities. New University of Lisbon, Fundacao Oriente, Lisbon, Portugal.

3
menubuhkan Persatuan Pemulihan China iaitu Hsing-Chui Hu pada 24 November 1894. Ahli

yang terdapat dalam persatuan ini adalah seramai 112 orang. Setiap ahli pertubuhan perlu

mengangkat sumpah: “untuk menyingkirkan orang Manchu, memulihkan pemerintahan orang

China, dan menubuhkan republik persekutuan”. pada 26 Mac 1895, persatuan ini telah

mengumpulkan kira-kira 3000 orang untuk menawan Canton untuk dijadikan pusat revolusi

persatuan tersebut. Mereka menggerakkan revolusi mereka melalui taktik Triad Society.

Tetapi malangnya usaha mereka sia-sia setelah kerajaan Manchu telah mengetahui gerakan

tersebut. Dr Sun Yat Sen terpaksa lari ke Hong Kong dan seterusnya ke Jepun untuk

mendapatkan perlindungan. Beliau telah menubuhkan cawangan Hsing Chung-hui di

Yokohama.6 Dapat disimpulkan disini bahawa walaupun beliau tidak dapat membuka

cawangan di Canton, tetapi beliau dapat membukanya di tempat lain dengan usahanya

sendiri.

Selepas percubaannya gagal itu, beliau melakukan penjelajahan ke negara-

negara maju untuk mendapatkan sokongan moral kewangan. Beliau juga berusaha untuk

mendapatkan sokongan dari seberang laut. Antara negara-negara yang dijelajahinya ialah

London, Amerika Syarikat, Vietnam, Jepun, Honolulu, Tanah Melayu dan sebagainya. Di

Jepun, bekliau ditemui oleh seorang pengembara iaitu Miyazaki Torazo yang sanggup

menolong beliau dalam aktiviti politik. Miyazaki telah memperkenalkan Dr. Sun Yat sen

dengan orang yang berpengaruh di Jepun seperti Okuma Shigenobu, Soejima Tanomi dan

Inukai Tsuyoshi yang memberikan bantuan kewangan dan aktiviti politik. 7 Dalam lingkungan

tahun 1909 hingga 1910 beliau menjelajah ke Eropah dan Amerika Syarikat dan Canada

6
Chu. Wang, (08 November 2019). Encyclopaedia Britannica: Sun yat Sen Chinese Leader. Retrieved from
https://www.britannica.com/biography/Sun-Yat-sen
7
BMJ. (1994) Sun Yat Sen, The British Medical Journal, 1(3351),569. Retrieved from
https://www.jstor.org/stable/25444644

4
untuk meraih dana yang lebih banyak.8 Hal ini menyebabkan Dr Sun Yat Sen mendapat

sokongan dari seluruh dunia.

Beliau sangat memerlukan sokongan dari negara luar kerana beliau tidak

mampu untuk mengubah China sendirian. Semasa berlakunya revolusi, Sun Yat Sen

menjelajah secara meluas di Asia, Eropah, dan Amerika Syarikat. 9 Beliau meningkatkan

pengumpulan dana dan seiring dengan penambahan penyokong yang menyokong gerakan

revolusi dalam menggulingkan kerajaan Manchu. Hal ini menambahkan keyakinan beliau

bahawa kemenangan berpihak kepada pihak revolusi. Keyakinan dan keazaman beliau yang

tinggi menyebabkan sokongan bertambah dan menerima bantuan perubatan dari negara lain.10

Sun Yat Sen juga telah melawat Singapura sebanyak lapan kali dari tahun

1900 sehingga 1911. Lawatan kali kedua pada bulan Junn 1905, dimana beliau menemui

saudagar Cina tempatan iaitu Teo Eng Hock, Tan Chor Nam, dan Lim Nee Soon dalam satu

perjumpaan yang bertujuan menandakan permulaan sokongan secara langsung daripada

orang Cina Nanyang. Setelah menerima khabar daripada mereka berkenaan pihak revolusi

ditubuhkan di Eropah dan Jepun,beliau ingin membuka cawangan Tung Meng Hui di

Singapura dan dirasmikan pada 6 April 1906 pada lawatan beliau yang seterusnya.11

Selain itu, di negeri Jepun, Sut yat Sen memikirkan usaha untuk menubuhkan

parti revolusi.12 Hal ini demikian kerana mendapat sambutan terutamanya pelajar China yang

menuntut di Jepun. Mereka bersetuju dengan kepimpinan Dr, Sun Yat Sen. Parti revolusi

yang dibentuk dikenali sebagai persatuan Tung Meng hui atau dikenali juga sebagai Chinese

Union League. Parti ini ditubuhkan pada 20 Ogos 1905 dan Dr Sun Yat sendiri sebagai

pengerusi parti tersebut. Parti Tung Meng Hui ini merupakan gabungan daripada beberapa
8
gregor.J and Hsia Chang, (1980). Wang Yang-Ming and the Ideology of Sun Yat Sen: The Review of Politics,
42(3) 388-404
9
Suffian Mansor, Sejarah Moden China, hlm., 105 - 107
10
Ibid.,
11
Ibid.,
12
Gregor J and Hsia Chang, Wang Yang-Min and the Ideology of Sun Yat Sen, 109

5
parti yang lain seperti Revive China Society, China Revival society, Science Study Group

dan sebagainya. Hal ini juga menggambarkan bahawa Dr Sun Yat sen bekerjasam dengan

pemimpin parti yang lain dalam misi menggulingkan kerajaan Manchu. Parti ini mendapat

sokongan ramai terutamanya dalam “arus perdana nasionalisme China”. Antaranya ialah

pelajar, pegawai tentera dan golongan sasterawan yang hilang kedudukan mereka dalam

kerajaan oleh kerana penguasaan kuasa asing di China. Ahli ahli parti ini juga perlu

mengangkat sumpah iaitu “singkirkan orang Manchu, pulihkan pemerintahan orang-orang

China, bentuk republik dan mewujudkan persamaan dalam soal tanah” pada peringkat awal

parti ini telah mengumpul ahli seramai 1000 orang. 13

Ahli Parti Revolusi Tung Meng Hui amat bergiat aktif dalam melakukan

beberapa siri kebangkitan. Walaupun kerajaan Manchu kerap mengawasi gerakan-gerakan

yang bersifat anti-Manchu, tetapi parti ini tidak mengenal erti kalah. Buktinya, dalam

lingkungan tahun 1906 hingga 1911, parti revolusi telah melakukan siri kebangkitan

sebanyak 8 kali siri kebangkita yang berjaya iaitu enam kali di Kwangtung, satu kali

masing-masing di Kwangsi dan Yunan. Pihak revolusi bercadang untuk membuat siri

kebangkitan pada hujung bulan Oktober, namun berlakunya Revolusi yang tercetus pada 9

Oktober 1911.14 Peristiwa tersebut berlaku apabila bom meletus di landasan keretapu di

Wuchang iaitu berdekatan dengan landasan ibu pejabat pihak revolusi. Kesan daripada itu,

seramai 30 anggota revolusi ditangkap, senjata dan dokumen telah dirampas.

Percubaan siri kebangkitan pada April 1911 gagal menyebabkan kerajaan

Manchu sedar bahawa Tung Meng Hui berupaya untuk memimpin revolusi untun

menjatuhkan kerajaan Manchu. Setelah gagal itu, pihak revolusi mereka memutuskan untuk

percubaan siri kebangkitan selanjutnya memfokuskan kepada kawasan bandar bertiga

13
S. Szczepanski, (17 August 2019). Biography of Sun Yat Sen, Chinese Revolutionary Leader. Retrieved from
https://www.thoughtco.com/sun-yat-sen-195616
14
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm., 105

6
Wuhan. Oleh kerana Dr Sun Yat Sen sedang giat mencari sokongan moral dan kewangan di

seluruh dunia, kumpulan revolusi di China terletak di tangan pemimpin parti lain iaitu Huang

Hsing dan Sung Chiao-Jen. Untuk melindungi tentera yang sedang dibentuk di China ketika

itu, siri kebangkitan tetap dilakukan pada 10 Oktober. Tentera baru diperintah untuk

merampas kuasa di Wuchang, maka Wuchang jatuh ke tangan revolusi. 15 Pada 12 Oktober

pula, Hanyang dan Hankow berjaya ditawan oleh pihak revolusi. Hal ini menyebabkan

Kawasan bandar betiga Wuhan itu jatuh ke tangan pihak revolusi.

Seterusnya, dalam hasil pemerhatian beliau yang telah menjelajah ke negara-

negara Barat, Dr sun Yat Sen telah mencetuskan idea Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu I)

yang agak berkesan.16 Hal ini demikian kerana, beliau telah mengetengahkan idea revolusi

yang berkesan untuk digunapakai dalam menyuntik semangat rakyat China bertujuan untuk

menggulingkan kerajaan Manchu. Terdapat tiga prinsip yang diperkenalkan oleh Dr Sun Yat

Sen iaitu Nasionalisme (Min-tsu Chui-i) iaitu rakyat harus taat setia kepada negara mereka

dan berlaku penglibatan dalam menyatukan bangsa China, Mongol, Manchu, Tibet dan orang

islam yang mendiami Kawasan Yunan. Ideologi yang kedua ialah ideologi (Min Chuan) iaitu

kerajaan yang menjamin kedaulatan rakyat akan ditubuhkan dan pentadbiran sesebuah

kerajaan yang berdaulat perlu dikendalikan oleh pegawai yang mahir. Manakala prinsip yang

ketiga ialah tentang kebajikan social (Min- Sheng Chui-i) iaitu kuasa digunakan untuk

menentukan segala keperluan rakyat dan pembahagian secara sama rata berkenaan hak milik

tanah bertujuan untuk membaiki kehidupan rakyat.17

Beliau telah menekankan prinsip ketiga sebagai prinsip yang utama selaras

dengan pendirianya untuk melindungi rakyat yang terkesan dengan pemerintahan kerajaan

15
B. Manuel, (January 2017). Researc Gate: Social Justice in Sun Yat Sen’s The Three Principle of the people.
Retrieved from https://www.researchgate.net/publication/316227334_Sun_Yat-sen_1866-1925
16
J. Simkim, (January 2020). American History: Sun Yat Sen. Retrieved from https://spartacus-
educational.com/CHINAsun.htm
17
Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 44 (2) (December 2017): 73-93 @
History, Politics & Securities Research Centre, UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper)

7
Ching terutamanya petani. Keluarga Sun Yat Sen juga asal dari petani dan aktiviti pertanian

sememangnya sebagai sumber pendapatan utama di China. Oleh sebab itu China

sememangnya bergantung kepada sektor pertanian. Ketika kerajaan Manchu menguasai

pemerintahan di China, berlaku pertambahan penduduk dalam bilangan yang banyak iaitu

dari 300 juta meningkat kepada 400 juta penduduk tetapi tidak seiiring dengan ekonomi yang

kukuh. kesannya, tanah-tanah petani semakin mengecil. Hal ini menyebabkan hak mereka

sebagai seorang petani tercabar. Oleh sebab itu, beliau amat mementingkat prinsip ketiganya

iaitu kebajikan sosial demi kesejahteraan kehidupan seluruh rakyat China

Selepas mengetahui kejayaan besar pihak revolusi, Dr Sun yat Sen meminta

kuasa-kuasa Barat untuk bersikap berkecuali. Hal ini demikian kerana untuk memberi ruang

untuk beliau dan beberapa pemimpin revolusi yang lain untuk menubuhkan kerajaan

Republik China. Pemimpin sementara bagi kerajaan republic ini adalah Dr Sun Yat Sen.

Kesannya, kerajaan Qing semakin lemah dan terdapat wilayah-wilayah yang menuntut

kemerdekaan daripada kerajaan Qing.18

Disamping itu, beliau juga berperanan dalam menyebarkan perasaan Anti

Manchu. Hal ini demikian kerana beliau bertanggungjawab untuk menanamkan perasaan

anti-Manchu dalam kalangan rakyat China. Dengan itu, Dr Sun Yat Sen menyebarkan

perasaan anti-Manchu melalui akhbar Kuo Min Pao di Tokyo.19 Beliau telah menulis rencana-

rencana dalam akhbar tersebut. Bukan itu sahaja, beliau juga menyampaikan ceramah agar

sifat anti-Manchu dalam kalangan rakyat. Beliau telah berjaya mengekploitasi perasaan anti-

Manchu di kalangan anggota kongsi gelap. Kesannya, pelajar-pelajar China yang menuntut

di Jepun dan ahli-ahli kongsi gelap dan rakyat China yang tidak berpuas hati dengan

pemerintahan kerajaan Manchu memberikan sokongan penuh kepada Dr. Sun Yat Sen.

18
Suffian Mansor, Sejarah China Modern, hlm 104
19
Endra. Kusuma, (24 May 2014). Peranan Sun Yat Sen dalam Revolusi China 1911. Retrieved from
https://ekusuma16.wordpress.com/2014/05/24/peranan-sun-yat-sen-dalam-revolusi-cina-1911/

8
Mereka juga turut menyebarkan idea revolusi menerusi akhbar Min Pao dan juga China

kurun ke-20. Bahkan, ada juga pelajar-pelajar yang kembali ke China menerbitkan akhbar Su

Pao untuk menyebarkan idea revolusi. Selain itu, rakyat yang tidak berpuas hati dengan

kezaliman Manchu, kongsi-kongsi gelap dan tentera-tentera yang mendapat latihan barat juga

menyokong penuh kepada Dr. Sun yat Sen.

Setelah kerajaan Qing semakin goyah, kerajaan melantik Yuan Shih Kai

sebagai tentera darat dan laut, sebagai langkah untuk menghapuskan revolusi 1911 dengan

bantuan Feng Kuo-Chang dan Tuan Ch’I-Jui. Feng Kuo Chang berjaya menawan semula

Wuchang. Hanyang dan Hankow juga jatuh ke tangan Yuan Shih Kai. Hal ini mendesak

untuk pihak revolusi dan Yuan Shih Kai melakukan rundingan. Yuan Shih kai dilantik

menjadi presiden kerajaan Republik dan Dr Sun Yat Sen meletakkan jawatannya sebagai

presiden sementara. untuk balasan Yuan Shih kai telah bersetuju untuk desak Kerajaan Qing

untuk menyerahkan kuasa pentadbiran kepada pihak revolusi. Kesannyan Maharaja turun

takhta pada 12 Januari 1912. Yuan Shuhkai telah bersumpah untuk menjadi presiden

Republik China.20

Kerajaan republik terbentuk pada 1 Januari 1912 dan Yuan Shih Kai sebagai

presiden sementara setelah berunding dengan pihak revolusi. Pada awalnya Sun yat Sen

merupakan presiden sementara tetapi terpaksa turun takhta sebagai balasan persetujuan Yuan

Shih Kai mendesak kerajaan Dinasti Qing untuk serahkan kuasa pemerintahan kepada

Revolusi. Selepas terbentuknya Revolusi, Tung Meng Hui disusun semula dan bertukar

kepada Parti Kuomintang. Pilihan raya dilakukan dengan menggunakan dua sistem iaitu

dewan Rendah dengan dewan Tertinggi. Parti Kuomintang mendapat 269 kerusi daripada 596

kerusi di Dewan Rendah manakala di Dewan Tertinggi mendapat 123 kerusi daripada 274

kerusi. Terdapat parti-parti lain yang telah bersatu dan membentuk Parti Progresif yang
20
DR, K.N. Lai, (2013) Sun Yat Sen, father of the Republic of China: Hektoen International, 5(4)
https://hekint.org/2017/01/28/sun-yat-sen-father-of-the-republic-of-china/

9
asasnya menyokong Yuan Shih Kai. Yuan Shih kai telah mengupah samseng untuk

membunuh Sung Chiao-Jen iaitu tokoh yang bertanggungjawab dalam kempen pilihanraya

KMT. Sung Chiao-Jen tekah dibunuh kerana mengelakkan diri disogok oleh Yuan Shih Kai.

Hal ini menganggu kedudukan Yuan Shih Kai dalam pemerintahan oleh sebab itu

pembunuhan berlaku.

Parti Kuomintang dibentuk berdasarkan tiga prinsip iaitu Nasionalisme,

Demokrasi dan Kemasyarakatan. Ideologi ini diperkenalkan oleh pengasasnya sendiri iaitu

Dr Sun Yat Sen. Beliau meupakan ketua utama dalam parti Kuomintang Nasionalisme

merujuk kepada wujud kesatuan China dari pelbaga etnik dan menganjurkan Nasionalisme

China. Demokrasi pula merujuk mewujudkan pemerintahan demokratik yang sangat penting

untuk mewujudkan China yang Bersatu dan makmur.21 Kemasyarakatan pula merujuk kepada

kebajikan sosial dengan mewujudkan pelaksanaan sistem cukai tanah yang akan mewujudkan

persamaan ekonomi yang lebih besar. Oleh itu, jelas tiga prinsip ini digunapakai dalam parti

Kuomintang.

21
Suffian Mansor, Aisha Bibi, Azhar Dali, (2017) Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies.
Permasalahan Kuomintang Dalam Politik China, 1911- 1949: Satu Tinjauan Umum, 44(2)73-93.
http://journalarticle.ukm.my/13360/1/21782-62685-1-SM.pdf

10
PENUTUP

Jelaslah bahawa Dr. San Yat Sen merupakan tokoh yang berilmu, berpandangan jauh

dan optimis. Sememangnya wajar beliau digelar bapa China Moden kerana pemikirannya

yang lebih maju dan untuk melakukan pembaharuan di China. Beliau juga peka suara rakyat

terutamanya golongan petani yang tertindas haknya. Pelajar-pelajar yang telah kembali ke

China turut terkesan kerana pentadbiran dikuasai oleh orang asing berbanding bangsa China

itu sendiri. Walaupun beliau berkali-kali menghadapi konflik dalam membantu hak rakyat

yang ditindas oleh kerajaan Qing, beliau tetap berazam tinggi dan terus mencari jalan keluar

untuk menggulingkan kerajaan Manchu.

Ideologi beliau telah menyebabkan beliau dikenali ramai di seluruh dunia

sehinggakan ahli- ahli kongsi gelap pun menyokong ideologinya yang berbentuk tiga prinsip.

Walaupun Dr Sun Yat Sen sedang giat mengutip dana dan mengunjung ke negara-negara lain

dan seberang laut untuk mendapatkan sokongan moral serta kewangan, tetapi kejayaan pihak

revolusi dalam melakukan siri kebangkitan merupakan satu bukti keberkesanan ideologi

beliau. Beliau inginkan keadilan hak yang sepatutnya dimiliki oleh rakyat China sendiri dan

bukannya kuasa asing yang semakin bermaharajalela dalam pentadbiran. Oleh itu, jelaslah

bahawa Dr. Sun Yat Sen memberikan sumbangan dalam melahirkan kerajaan berbentuk

republic China anggaran tahun 1911-1912.

11
RUJUKAN

Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2009.

W.H. Chan. (2013 May 2008) Narrating Dr. Sun Yat Sen: His thought, family and revolutions in Hong Kong

and Macau. Paper presented at International Conference of Macau narratives, Faculty of Social Sciences and

Humanities. New University of Lisbon, Fundacao Oriente, Lisbon, Portugal.

Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, Vol. 44 (2) (December 2017): 73-93 @

History, Politics & Securities Research Centre, UKM; ISSN 2180-0251 (electronic), 0126-5644 (paper)

Chu. Wang, (08 November 2019). Encyclopaedia Britannica: Sun yat Sen Chinese Leader. Retrieved from
https://www.britannica.com/biography/Sun-Yat-sen

BMJ. (1994) Sun Yat Sen, The British Medical Journal, 1(3351),569. Retrieved from

https://www.jstor.org/stable/25444644

Yi Chu Chang, (25 May 2020). Encyclopaedia Britannica:Sun Yat Sen Chinese Leader. Retrieved from
https://www.britannica.com/biography/Wang-Ching-wei

Gregor.J and Hsia Chang, (1980). Wang Yang-Ming and the Ideology of Sun Yat Sen: The Review of Politics,
42(3).

Gregor J and Hsia Chang, Wang Yang-Min and the Ideology of Sun Yat Sen, 109

S. Szczepanski, (17 August 2019). Biography of Sun Yat Sen, Chinese Revolutionary Leader. Retrieved from
https://www.thoughtco.com/sun-yat-sen-195616

Suffian Mansor, Aisha Bibi, Azhar Dali, (2017) Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies.

Permasalahan Kuomintang Dalam Politik China, 1911- 1949: Satu Tinjauan Umum, 44(2).

http://journalarticle.ukm.my/13360/1/21782-62685-1-SM.pdf

Endra. Kusuma, (24 May 2014). Peranan Sun Yat Sen dalam revolusi China 1911. Retrieved from
https://ekusuma16.wordpress.com/2014/05/24/peranan-sun-yat-sen-dalam-revolusi-cina-1911/

DR, K.N. Lai, (2013) Sun Yat Sen, Father of the Republic of China: Hektoen International, 5(4)

https://hekint.org/2017/01/28/sun-yat-sen-father-of-the-republic-of-china/

12

You might also like