You are on page 1of 19

UNIVERSITI MALAYA

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL


UNIVERSITI MALAYA
SEMESTER 4
SESI 2020/2021

AIL2006

SEJARAH POLITIK PERDAGANGAN DAN DIPLOMASI DI NEGERI-

NEGERI MELAYU, 1700-1800

SOALAN 8: NILAIKAN HUBUNGAN DIANTARA KEDAH DENGAN SYARIKAT


HINDIA TIMUR INGGERIS PADA TAHUN 1786-1791?

NAMA:NURUL HAFIZATUL NAJIHAH BINTI YUSOH

NO.MATRIK: AIL190047 ATAU 17203690/1

MASA TUTORIAL: ISNIN (12-1)

NAMA PENSYARAH: DR. MARDIANA BINTI NORDIN


PENGENALAN

Kedah merupakan antara negeri yang tertua di Malaysia. Menurut Khoo Kay Kim

(1991), Kedah memiliki peristiwa sejarah jauh lebih awal daripada Kerajaan Melaka. Kedah

juga terkenal dengan perkembangan perdagangannya dengan Arab, Parsi, India dan China

disebabkan kedudukannya yang terletak di pertengahan pertukaran angin monsun barat daya.

Dikatakan bahawa penempatan awal di Kedah mulai dikesan di Bukit Choras, Sungai Merbok,

Sungai Bujang, Kuala Muda, Bukit Meriam dan Cheruk Tok Kun. Selain itu, berbalik kepada

hubungan antara Kedah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris, dimana dipercayai bahawa

telah berlaku sejak tahun 1609 lagi yang pada awalnya bercorak perdagangan, contohnya

seperti berlaku pertukaran barang iaitu besi dan pakaian ke Kedah, manakala Kedah akan

bertukar hasil seperti bijih timah, tembaga, gajah dan hasil hutan. Hal ini diperkukuhkan

dengan bukti bahawa terdapat lelaki berbangsa Inggeris yang terawal datang menjalankan

aktiviti perniagaan di Kedah iaitu John Lock dan Alexander Hamilton. Namun demikian,

bermula pada abad ke-18, hubungan orang Inggeris dan Kedah telah bertukar ke arah hubungan

yang bersifat politik. Walaupun sehingga tahun 1775, pihak British mempunyai satu

petempatan di Pulau Balambangan, namun usaha untuk mencari pusat perdagangan yang lebih

sesuai tetap diteruskan. Francis Light yang berkhidmat dengan Syarikat Jourdain, Sullivan dan

De Souza ditiba di Kedah pada tahun 1771.1 Pada masa itu Sultan Kedah iaitu Sultan

Muhammad Jiwa sedang menghadapi masalah rumit dimana Orang Bugis telah menyerang

Kedah pada tahun 1770. Malah berlaku perselisihan dalam negeri pula dalam kalangan anak-

anak raja yang melemahkan kerajaan Kedah. Kedah sering menghadapi ancaman menyebabkan

Kedah terpaksa mencari kuasa ketiga bagi mendapatkan bantuan. Pada masa tersebut juga,

ancaman luar yang sering dihadapi oleh Kedah sering mengganggu kestabilan Kedah iaitu

1
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka, 1996, Hlm.105.
Bugis, Siam, dan Burma. Hubungan Kedah dengan Siam dipercayai telah lama dijalin sebelum

kurun ke-17 lagi. Hubungan ini masih terjalin semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa

II (1710-1778). Walaubagaimanapun, berlaku pertelingkahan di antara Siam dengan Burma

yang telah mengheret Kedah ke dalam kancah pertikaian tersebut. Bagi menghadapi ancaman

kuasa berkenaan, Kedah terpaksa mengamalkan dasar "suai-faedah'" bagi menjaga hubungan

baik dengan kedua-dua kuasa tersebut.2 Kedah menjadi orang tengah antara kuasa Siam dan

Burma, yang menjadikan kedah sebagai sumber bantuan kebendaan dan tenaga manusia oleh

kedua-dua kuasa tersebut. Kedudukan yang tersempit ini menyebabkan Sultan Abdullah

mengambil kesempatan menghadirkan Syarikat Hindia Timur Inggeris di Pulau Pinang dengan

menawarkan Pulau Pinang yang diwakili oleh Francis Light sekiranya pihak Syarikat Hindia

Timur Hindia Timur Inggeris sanggup membantu baginda, terutamanya bagi mengatasi

serangan daripada Siam dan Burma. 3 Oleh itu, demi menghadapi ancaman-ancaman tersebut,

Sultan Muhammad Jiwa yang pada ketika itu pemerintah Kedah telah cuba mendapatkan

bantuan ketenteraan dari Inggeris. Ekoran daripada peristiwa inilah berlaku hubungan politik

antara Kedah dan Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI). Pulau Pinang bukanlah nama yang

penting sebelum 1786 sehinggalah Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muazzam Shah II

mula menawarkan kawasan di perairan Kuala Kedah hingga ke Pulau Pinang kepada Syarikat

Hindia Timur Inggeris pada November 1771 dengan syarat diberikan bantuan ketenteraan

untuk ekpedisi menyerang Bugis di Selangor. Sejak itu nama Pulau Pinang sering terseret

dalam perbincangan antara Kedah dan Syarikat Hindia Timur Inggeris sehinggalah ia

diambilalih pada 1791.4

2
Abdullah Zakaria bin Ghazali, Sejarah Gerakan Politik Awal Di Kedah ,Jabatan Sejarah Fakulti Sastera dan
Sains Sosial Universiti Malaya http://www.sabrizain.org/malaya/library/gerakanKedah.pdf (Diakses pada 22
Mei 2021)
3
Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, Hubungan Kedah-Siam Melalui Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid
http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22946/176_189.PDF (Diakses pada 22 Mei 2021)
4
Mahani Musa, Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang Pulau Pinang Sebelum 1786
https://core.ac.uk/download/pdf/78389743.pdf (Diakses pada 22 Mei 2021)
HUBUNGAN PADA ERA PEMERINTAHAN SULTAN MUHAMMAD JIWA (1710-

1778)

KONFLIK DENGAN BUGIS

Sultan Muhammad Jiwa bukan sahaja berhadapan dengan Siam, malah kaum

kerabatnya sendiri yang belot dan mendapatkan bantuan Bugis kerana tidak berpuas hati

apabila baginda menyerahkan pemerintahan seluruh negeri Kedah kepada anaknya, Tunku

Abdullah. Sultan Muhammad Jiwa dikatakan berjaya menaiki semula takhta kerajaan negeri

Kedah setelah menghadapi konflik perebutan kuasa sebanyak dua kali. Ceritanya bermula

apabila pada tahun 1722, lima orang raja Bugis bersaudara iaitu Daing Perani, Daing

Menambun, Daing Merewah, Daing Celak dan Daing Kemasi telah mencampuri hal ehwal

pemerintahan kerajaan Johor Riau. Dalam kalangan mereka, Daing Merewah telah dilantik

menjadi Yamtuan Muda kerajaan Johor-Riau dan bersemayam di Riau.5 Pada tahun 1723,

ketika Daing Perani di negeri Selangor, utusan dari Tunku Abdullah putera Sultan Kedah

(Sultan Muhammad Jiwa) menjemput raja-raja Bugis di Riau untuk ke Kedah bagi membantu

ayahandanya Sultan Kedah, kerana adik Sultan Kedah yang bernama Nambang telah merampas

takhta kerajaan Kedah dari tangan abangnya Sultan Muhammad Jiwa. Dalam tahun 1723

setelah bermesyuarat dengan saudara-saudaranya di Riau, Daing Perani pun membawa

angkatan perangnya menuju ke negeri Kedah untuk memerangi adik Sultan Kedah yang

merampas kerajaan abangnya Sultan Muhammad Jiwa itu.6 Dalam peperangan tesebut, pihak

Bugis berhasil mengalahkan pihak adik Sultan Kedah dan Sultan Muhammad Jiwa pun Berjaya

mendapatkan semula takhta kerajaan Kedah yang dirampas itu. Pada awal tahun 1724 (tahun

1136 H), adik Sultan Kedah tersebut merampas semula kerajaan Kedah dari tangan abangnya

Sultan Muhammad Jiwa. Lalu Sultan Muhammad Jiwa pun pergi ke Riau lagi untuk berjumpa

5
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, hlm. 34.
6
Ibid.
raja-raja Bugis lima bersaudara bertujuan meminta bantuan untuk memperoleh kembali

takhtanya. Oleh itu, angkatan perang Bugis dari Riau telah datang sebanyak 62 buah perahu

perang yang diketuai oleh Daing Perani dan dibantu oleh Daing Merewah (Yamtuan Muda)

serta Raja Tua Daing Menampuk, telah belayar menuju ke Kedah. Setelah tiba, Daing Perani

mengemukakan cadangan kepada Raja Kecil agar mendamaikan pertengkaran adik beradik ini.

tetapi cadangan Daing Perani itu tidak diendahkan oleh Raja Kecil menyebabkan berlakunya

peperangan di negeri Kedah antara orang-orang Bugis yang membantu Sultan Muhammad Jiwa

dengan pihak Raja Kecil (orang-orang Siak) yang membantu adik Sultan Kedah yang telah

merampas takhta kerajaan Kedah itu. Peperangan itu dikatakan berlanjutan hingga hampir

selama dua tahun. Peperangan ini telah merosakkan keamanan dan perniagaan di negeri Kedah.

Dikatakan dalam perang ini Daing Perani mati ditembak oleh Raja Kecil. Seterusnya, Daing

Merewah mengambil alih pimpinan askar-askar Bugis meneruskan peperangan melawan pihak

Raja Kecil. Akhirnya pihak Raja Kecil berhasil ditewaskan dan Sultan Muhammad Jiwa

dinaikkan semula ke takhta kerajaan Kedah. 7

Pada tahun 1770, Sultan Muhammad Jiwa Zainal telah bertambah tua dan ramai yang

menentang pemerintahan baginda. Oleh itu, baginda telah menjalankan suatu istiadat bagi

mengagihkan dan menetapkan pangkat dan jawatan kepada anak-anaknya. Dalam pengagihan

tersebut, baginda pun menyerahkan pentadbiran negeri Kedah kepada putera baginda, Tunku

Abdullah. Didapati bahawa, puak-puak yang menentang pemerintahan Sultan Muhammad

Jiwa dan Tunku Abdullah (Sultan Muda) meminta pertolongan daripada orang-orang Bugis

yang ada di negeri Selangor dan Perak secara sulit bagi memerangi kerajaan Kedah. Pada awal

bulan Mac tahun 1771, tanpa pengetahuan Sultan Muhammad Jiwa dan Tunku Abdullah,

angkatan perang orang-orang Bugis telah tiba di Kuala Sungai Kedah. 8 Di Kuala Sungai Kedah

7
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, Hlm 35
8
Ibid
inilah para Angkatan Bugis ini mengumpulkan orang-orang di Kedah untuk menawan dan

menyerang Kota Setar dan dikatakan telah menyerang Kota Setar dengan membakar bandar

tersebut dan merampas segala harta benda penduduk tempatan. Oleh itu, pada 18 Mac 1771,

Sultan Muhammad Jiwa telah menulis dan mengirim surat kepada Gabenor di Madras untuk

meminta bantuan pertolongan untuk mengembalikan semula takhta kerajaan Kedah. Pada masa

itu juga, sultan Muahammad Jiwa menghantar utusan baginda iaitu seorang perempuan untuk

meminta bantuan saudagar Inggeris di Acheh. Setelah itu, pada 24 April 1771, Francis Light

mewakili Syarikat Hindia Timur Inggeris telah datang menghadap Sultan Muhammad Jiwa

dengan membawa senjata dan seramai 30 orang askar sepoi bersama 2 buah kapal perang.

Dengan sangkaan Sultan Muhammad Jiwa bahawa Syarikat Hindia Timur Inggeris ini akan

membantu baginda, Sultan Muhammad Jiwa bersetuju dengan permintaan Francis Light untuk

membenarkan Syarikat Perniagaan Orang Inggeris (SHTI) beroperasi di Kedah dan bersetuju

menubuhkan gudang perniagaan orang Inggeris di Kuala Kedah. Pertolongan yang diberikan

oleh pihak Inggeris telah menyebabkan Kedah telah berjaya mengalahkan Angkatan Bugis

yang berada di Kedah dan akhirnya mereka telah pergi meninggalkan negeri itu. Dalam

perjanjian ini, selain ketetapan dari segi hak ke atas keuntungan perdagangan Syarikat Hindia

Timur Inggeris, di Kedah, Francis Light berjanji akan memberikan 100 orang sepoi untuk

menghalau musuh yang mengancam Kedah.9 Kiranya, sebagai syarat, Sultan Muhammad Jiwa

meminta supaya syarikat itu menempatkan 100 orang sehari di Kedah untuk menjaga negeri

itu. Beberapa bulan kemudian, Sultan Kedah membuat tawaran baru, iaitu jika syarikat itu

dapat membantu Kedah menyerang Selangor yang diperintah oleh orang Bugis, Kuala Kedah

akan dipajak kepada Syarikat Jourdain, Sullivan dan De Souza.10 Sultan Muhammad Jiwa

sanggup memberi lesen kepada Syarikat Jourdain, Sullivan dan De Souza untuk berdagang di

9
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, hlm. 36
10
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publication dan Distributors SDN
BHD, 2002, hlm.11
Kedah dan di samping itu, memberi hak kepada syarikat itu untuk membuka rumah agensi di

Kuala Kedah.

PERJANJIAN EDWARD MONCKTON

Pada bulan April 1772, Edward Monckton yang merupakan seorang pegawai yang

menjadi wakil kepada Gabenor Jeneral Syarikat Hindia Timur Inggeris dari India telah datang

ke Kedah bertemu dengan Sultan Muhammad Jiwa. Dalam pertemuan Edward tersebut telah

menerangkan kepada baginda bahawa beliau telah datang ke Kedah dengan membawa ramai

angkatan perang bagi memenuhi permintaan Kedah yang ingin mendapatkan bantuan

perlindungan daripada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Sebagai tanda balas akan bantuan

Syarikat Hindia Timur Inggeris tersebut dikatakan Sultan Muhammad Jiwa bakal menawarkan

beberapa buah tanah di Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris termasuk memberikan

Kuala Kedah dan beberapa kawasan lain. Keterangan tersebut telah mengejutkan Sultan

Muhammad Jiwa kerana baginda tidak pernah meminta sedemikian dan juga tidak pernah

menulis surat berkenaan kepada Gabenor di Madras. Oleh itu, baginda pun membuat keputusan

akan membenarkan bangsa-bangsa Eropah untuk berada dan tinggal di Kedah dengan syarat

memberikan perlindungan kepada Kerajaan Kedah. Maka, pada 20 April 1772, Edward

Monckton wakil daripada Gabenor Jeneral di India telah mendatangani perjanjian dengan

Sultan Muhammad Jiwa. Dikatakan bahawa perjanjian tersebut telah memberikan hak kepada

Syarikat Hindia Timur Inggeris memborong segala hasil-hasil lada hitam, gading gajah serta

biji timah di Kedah, malah kota Kuala Kedah dan kawasan kecil di Kedah akan diberikan

kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris. Sebagai balasan, Syarikat Hindia Timur Inggeris

membawa beberapa buah kapal-kapal perang bagi menjaga perairan laut di Kedah dengan

dibiayai melalui cukai hasil daripada Kuala Kedah dan Kuala Perlis. 11 Keadaan ini

11
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, hlm. 39.
menunjukkan hubungan perlindungan antara Kedah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris

(SHTI) semakin erat. Pada Julai 1772, Edward Mockton telah menerima Surat perintah dari

ketua di Madras dan Sultan Muhammad Jiwa mendapat tahu bahawa sebenarnya pihak Inggeris

tidak mahu membantu Kedah. Pada masa ini, hubungan Kedah dan SHTI dilihat tegang. Pada

tahun 1778, Sultan Muhammad Jiwa telah mangkat dan diganti oleh puteranya yang

menggunakan gelaran Sultan Abdullah Mukaram Syah.12

HUBUNGAN PADA ERA PEMERINTAHAN SULTAN ABDULLAH MUKARAM

SHAH II (1778-1798)

KONFLIK DENGAN BURMA DAN SIAM

Sultan Abdullah Mukaram Syah II dilantik sebagai pengganti Sultan Muhammad Jiwa,

iaitu bapanya. Perlantikan baginda tidak menimbulkan kekacauan dalam negeri sebagaimana

zaman ayahndanya, Sultan Muhammad Jiwa yang menghadapi ancaman rakyat Kedah yang

menentang dan ancaman Bugis 13 yang belot. Meskipun demikian, perkembangan di luar negeri

pula menimbulkan masalah kepada Sultan Abdullah. Pada tahun 1782, muncul dua orang

pemerintah baru, seorang di Burma (Raja Bodawpayal) dan seorang lagi di Siam (Rama I).

Kedua-duanya mengamalkan dasar agresif. Burma dengan Siam telah pun bermusuhan sejak

tahun 1758.14 Pada 31 ogos 1785, Francis Light datang berjumpa sultan Abdullah untuk

meminta keizinan baginda agar memberikan Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia Timur

Inggeris (SHTI).15 Setelah berbincang, maka Sultan Abdullah Mukarram Shah bersetuju

memajakkan Pulau Pinang tetapi dengan meletakkan beberapa syarat seperti SHTI memberi

12
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Utusan Publication dan Distributors SDN BHD, 2002,
hlm.11
13
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, hlm. 39
14
Ibid , hlm. 40.
15
Andaya, B.W.,and Andaya, L.Y.,Sejarah Malaysia: Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd, 1983,hlm.124.
bantuan pertahanan dan bayaran tiga puluh ribu ringgit Sepanyol kepada Kedah atas alasan

kehilangan beberapa monopoli perdagangan. Syarat-syarat penuh adalah seperti berikut:

1) Syarikat Hindia Timur Inggeris hendaklah mengawal laut dan melindungì sultan daripada
musuhnya dengan perbelanjaannya sendiri.
2) Semua kapal dagang hendaklah dibenarkan berniaga dengan bebas sama ada di Kedah atau
di Pulau Pinang.
3) Sebagai sagu hati, kerana kehilangan perdagangan, syarikat hendaklah membayar $30 000
(Sepanyol) setahun kepada Sultan Kedah.
4) Sultan tidak bertanggungjawab terhadap hutang saudara-mara atau rakyatnya kepada
syarikat.
5) Sesiapa dalam negeri yang menjadi musuh sultan akan juga menjadi musuh syarikat.
6) Syarikat hendaklah membantu sultan, dengan perbelanjaan baginda, untuk menyekat
sebarang serangan dari darat.

Namun, setelah syarat ini dikemukakan, Francis Light mewakili pihak SHTI

menyatakan pembayaran wang tiga puluh ribu boleh diberikan tetapi masih tidak dapat

menerima tanggungjawab pertahanan kerana perlu mendapat kelulusan ibu pejabat, di

London.16 Sebenarnya, ketika ini Francis Light tidak mengemukakan semua syarat yang

diminta oleh Sultan Abdullah kepada ibu pejabat di London khususnya berkenaan bantuan

pertahanan kerana Francis Light meyedari pihak Inggeris di London tidak mahu mencampuri

isu peperangan. Pada tahun 1785, kemungkinan perang akan berlaku lagi antara Burma dan

Siam, Walaupun Kedah secara langsung tidak terlibat, tetapi Sultan Abdullah bimbang Kedah

akan diminta membantu Siam. Pada bulan Januari tahun 1786, angkatan kapal perang orang

Burma telah sampai ke Kuala Kedah. Ketua orang Burma itu telah meminta Sultan Kedah

memberikan kepadanya senjata dan peluru, kerana mereka hendak menakluki tempat yang

bernama Thalang di sebelah utara Pulau Langkawi yang dikuasai oleh orang Siam. Oleh sebab

Sultan Abdullah memang telah mengiktiraf kebesaran kerajaan Burma, permintaan orang

16
Andaya, B.W.,and Andaya, L.Y.,Sejarah Malaysia: Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd, 1983,hlm.124
Burma itu pun disempurnakan baginda. Dalam pada itu Sultan Abdullah telah menghantar juga

bantuan kepada orang Siam yang sedang terkepung di Thalang itu. Baginda memberikan

bantuan kepada kedua belah pihak yang bermusuhan dengan tujuan hendak menyelamatkan

negeri Kedah. Pada masa itu juga, oleh sebab khuatirkan serangan dari pihak Siam yang hendak

mengukuhkan kuasanya di negeri Kedah, Sultan Abdullah telah melengkapkan persediaan bagi

melawan serangan yang mungkin datang dari pihak Siam itu. 17 Datuk Bendahara dan Datuk

Laksamana lain-lain pegawai kerajaan Kedah dengan membawa orang-orang Melayu Kedah

seramai 10,000 orang dititahkan oleh Sultan Kedah membuat kubu-kubu pertahanan di

genting-genting gunung di sempadan antara negeri Kedah dengan Singgora-Patani. Bahkan

Sultan Abdullah telah mencuba juga supaya Kapten Gray dengan angkatan perang yang ada

pada masa itu di Pulau Pinang datang ke negeri sekutu mempertahankan negeri Kedah. Tidak

lama selepas itu, bantuan yang diberikan kepada Burma telah diketahui oleh pihak Siam. Oleh

itu, seorang Orang Besar Siam bergelar “Uparat" (pembantu Raja Siam) mengirim surat

bertanya kepada Sultan Abdullah berkenaan dengan bantuan yang telah diberi kepada orang

Burma, dan memerintahkan Sultan Abdullah menguatkan lagi pengakuan baginda mengiktiraf

kuasa Raja Siam ke atas negeri Kedah. Lalu Sultan Abdullah telah menghantar seorang ipar

baginda bernama Tunku Cena dengan membawa barang-barang hadiah pergi ke negeri Siam.

Namun, Raja Siam tidak mahu menerima kedatangan Tunku Cena itu. Raja Siam ingin Sultan

Abdullah sendiri datang ke negeri Siam. Kehendak Raja Siam itu tidak juga diturut oleh Sultan

Abdullah kerana sebagai pemerintah merdeka, Sultan Abdullah enggan menyembah Maharaja

Siam secara meniarap. 18 Justeru itu, baginda telah menghantar putera sulung baginda, Tunku

Ahmad Tajuddin (Tunku Pengeran) dengan membawa barang-barang hadiah yang lebih

banyak lagi ke negeri Siam. Apabila sampai ke Singgora (Songkhla), kehadiran Tunku Ahmad

17
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, hlm. 41
18
Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, hlm. 12.
Tajuddin diterima dan beliau pun telah mengesahkan pengiktirafan kerajaan Kedah di hadapan

Wakil Raja Siam akan kebesaran kuasa kerajaan Siam. 19 Tunku Ahmad Tajuddin juga

mengakui bahawa Kedah mahu bersekutu dengan Siam menyerang orang Burma di Mergui

dan Tavoy dan telah memberikan beberapa buah perahu kepada Siam. 20 Pada masa itu juga,

"Uparat" telah memerintahkan Sultan Abdullah menghantar seratus koyan beras, empat pucuk

meriam tembaga, dan empat pucuk meriam 12 pound kepada pihak Siam. Tahun 1786, Sultan

Abdullah membenarkan Francis Light menduduki Pulau Pinang atas nama King George III,

Raja Inggeris,21 sementara menunggu jawapan daripada Syarikat Hindia Timur lnggeris di

India berhubung tawaran tersebut. Sultan Abdullah begitu mempercayai dan berharap agar ada

satu tindakan yang betul bagi syarikat bersetuju dengan tawaran tersebut terutama yang

berkaitan dengan tekanan daripada Siam yang mendesak Kedah menghantar bantuan

memerangi Burma. Pada awal bulan Ogos tahun 1786, "Uparat" memberi amaran kepada

Sultan Abdullah jangan melindungi orang-orang pelarian dari Patani. Tetapi kedatangan orang

Patani beramai-ramai ke negeri Kedah itu tidak dapat dihalang oleh Sultan Kedah. Disebabkan

dibelenggu kekhuatiran akan serangan siam terhadap Kedah, Sultan Abdullah segera meminta

bantuan kepada wakil Inggeris di Pulau Pinang iaitu Francis Light. Pada 25 Ogos tahun 1786,

Sultan Abdullah telah menjemput Kapten Francis Light di Pulau Pinang datang ke negeri

Kedah membincangkan fasal Syarikat Hindia Timur Inggeris hendak melindungi negeri

Kedah. Tetapi Kapten Light dilihat berdalih dan telah menghantar Kapten Glass ke Kedah

berjumpa Sultan Abdullah. Walaubagaimanapun setelah berbincang, namun Sultan Abdullah

masih juga belum mendapat jawapan yang jelas dari Kapten Light atau dari Kapten Glass sama

ada Syarikat Hindia Timur Inggeris menerima atau menolak syarat-syarat yang baginda

kehendaki apabila Inggeris menduduki Pulau Pinang itu.22 Di antara bulan November 1786,

19
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah,hlm. 39
20
ibid
21
Andaya, B.W.,and Andaya, L.Y.,Sejarah Malaysia: Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd, 1983,hlm.124.
22
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, hlm. 39
beberapa kali Sultan Abdullah menjemput Kapten Light datang ke negeri Kedah untuk

membincangkan berkenaan permintaan dari pihak Siam kepada kerajaan Kedah, dan juga

mengenai orang pelarian dari Patani yang boleh dihantar menduduki Pulau Pinang. Tetapi

dilihat Francis Light masih berdalih.23 Pada bulan November tahun 1786, Siam telah menakluki

Patani. Sejak itu tekanan Siam ke atas kerajaan Kedah semakin kuat. Oleh sebab itu pada 24

November 1786, Sultan Kedah telah menitahkan Datuk Shahbandar Kedah pergi ke Pulau

Pinang bertanyakan kepada pihak Inggeris sama ada Inggeris hendak menolong Kedah atau

tidak sekiranya Kedah diserang oleh Siam. Sebaik sahaja Datuk Shahbandar meninggalkan

negeri Kedah, Raja Siam mengutus King Rama I bertemu Sultan Kedah, memberitahu bahawa

Kedah harus membantu Siam mempertahankan Thalang dari serangan orang Buma. Dengan

tidak berlengah-lengah lagi, Sultan Abdullah pun menghantar Datuk Laksamana Kedah pergi

ke Pulau Pinang, meminta Kapten Francis Light datang ke negeri Kedah membincangkan

perkara yang harus dilakukan bagi menjaga keselamatan negeri Kedah. Berkenaan hal ini,

masih tiada respon daripada Francis Light sama adaa bersetuju mahupun sebaliknya.

Dalam bulan Februari tahun 1787, surat dari pejabat Syarikat Hindia Timur Inggeris di

Calcutta sampai kepada Kapten Francis Light di Pulau Pinang. Dalam surat itu Syarikat Hindia

Timur Inggeris menyatakan tidak mahu memberi apa-apa perlindungan atau bantuan tentera

kepada kerajaan Kedah, kerana Syarikat Hindia Timur Inggeris khuatir jika bantuannya kepada

Kedah membangkitkan permusuhan di antara Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan Siam dan

mendatangkan kerosakan besar kepada perniagaan orang Inggeris di Pegu. Tetapi kandungan

surat itu tidak diberitahu oleh Kapten Light kepada Sultan Abdullah di Kedah walaupun Kapten

Light telah cuba supaya Syarikat Hindia Timur Inggeris mengubah ketetapan dalam surat itu.

Malangnya Kapten Light tidak berjaya. 24 Pada penghujung bulan Disember tahun 1787, Sultan

23
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, hlm. 43
24
Ibid
Abdullah telah menerima lagi ancaman dari Siam. Baginda telah diperintahkan oleh Siam

memberikan sebanyak 200 buah perahu kepada angkatan perang Siam yang hendak

melancarkan serangan ke negeri Burma. Gabenor-gabenor Siam di Nakhon Si Thammarat

(Ligor) dan Singgora (Songkhla) akan menggunakan negeri Kedah sebagai tempat mereka

melancarkan serangan ke Burma dan Sultan Abdullah telah diperintahkan juga memberikan

kepada Siam senjata, ubat bedil dan bekalan makanan untuk seramai 10,000 orang. 25 Oleh itu,

perkara ini mengancam Sultan Abdullah dan beliau masih menunggu jawapan daripada pihak

Inggeris berkenaan syarat dan perjajian yang telah dilakukan melalui wakil SHTI iaitu Francis

Light.

RUNDINGAN PERJANJIAN SULTAN KEDAH ANTARA FRANCIS LIGHT DAN SHTI

Sejarah membuktikan pengambilan Pulau Pinang oleh Francis Light pada 1786 adalah

tidak mengikut lunas-lunas yang sah. Pengambilan secara tipu helah ini telah didedahkan buat

pertama kali oleh R. Bonney (1971) dalam thesis beliau yang bertajuk Kedah 1771-1821: The

Search for Security and Independence. R. Bonney (1971) berpendapat bahawa Francis Light

yang muncul dalam sejarah Kedah sejak zaman Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin

Muazzam Shah 11 (1710-1778) begitu tertarik dengan kekuatan Syarikat Hindia Timur

Inggeris dimana terkenal dengan kejayaaan ketenteraan di India. Sultan Kedah itu berhasrat

untuk menjadikan Syarikat Hindia Timur Inggeris sebagai pelindung Kedah. 26 Malangnya,

setelah perjanjian dibuat, Francis Light tidak memberi penjelasan yang selaras dengan

permintaan Sultan Kedah. Beliau memperakukan bahawa bayaran $10 000 (Sepanyol) kepada

25
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, hlm.44
26
Mahani Musa, Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang Pulau Pinang Sebelum 1786
https://core.ac.uk/download/pdf/78389743.pdf (Diakses pada 22 Mei 2021)
sultan sebagai sagu hati sudah memadai. Malah, jawapan Gabenor Jeneral Macpherson tidaklah

sebagaimana yang dikehendaki oleh Sultan Abdullah. Walaupun Syarikat sanggup memenuhi

permintaan berkenaan kapal perang untuk mengawal Pulau Pinang dan pantai Kedah, namun

tidak memberi jaminan akan membantu Sultan menentang musuhnya. 27 Turut dikatakan

bahawa keputusan berkaitan pertahanan ke atas kedah tidak dapat diambil tanpa kebenaran raja

dan syarikat di England. Walaupun tiada perjanjian rasmi ditandatangani, pada 29 Jun 1786,

Francis Light dikatakan telah membuat petempatan di Pulau Pinang kerana Francis Light telah

memberi jaminan bahawa permintaan baginda sultan mendapat perhatian daripada pihak

berkuasa London dan Sultan Abdullah pun bersetuju. Walaubagaimanapun, Sultan Abdullah

yang bersetuju memajakkan Pulau Pinang dengan beberapa syarat termasuk bayaran gantirugi

di atas penyerahan hak monopoli Sultan berjumlah $30,000 dollar Sepanyol setiap tahun

sebenarnya tertipu. Apa yang tidak diketahui baginda ialah kerajaan di India sebenarnya tidak

pemah memberi persetujuan menghulurkan bantuan ketenteraan. Justeru dalam surat balas

Gabenor Jeneral di Madras kepada Sultan Abdullah Mukarram Shah, aspek perlindungan

menjadi begitu kabur. Berdasarkan perkembangan rundingan yang tidak jelas itu, pendudukan

Francis Light di Pulau Pinang sebenarnya bersifat sementara. Kiranya, tiada sebarang

perjanjian rasmi dibuat berhubung pendudukan sementara itu. 28 Pendudukan di Pulau Pinang

pada 11 Ogos 1786 atas nama Raja England, King George III disifatkan, bukan sahaja

mengkhianati undang-undang antarabangsa malah menipu Sultan Abdullah. Sultan Abdullah

masih tidak berputus asa dan sangat berharap Syarikat bersetuju dengan syarat tawaran

terutamanya berikutan tekanan daripada Siam pada 1787 dan 1788 yang mendesak Kedah

menghantar bantuan tentera untuk memerangi Burma.

27
Mahani Musa, Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang Pulau Pinang Sebelum 1786
https://core.ac.uk/download/pdf/78389743.pdf (Diakses pada 22 Mei 2021)
28
Mohd Isa Othman Universiti Sains Malaysia, Hubungan Kedah-Pulau Pinang,
http://www.penangstory.net.my/bm-content-papermohd.html (Diakses pada 22 Mei 2021)
Akhirnya, setelah sekian lama menyimpan rahsia ini, kebenaran ini diketahui sendiri

oleh Sultan Abdullah.29 Pada bulan Jun 1788 buat pertama kalinya, Sultan Abdullah menyedari

bahawa Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak pernah berhasrat untuk memberi bantuan

ketenteraan. Hal ini sangat mengecewakan Sultan Abdullah kerana janji-janji bersama Francis

Light menunjukkan bahawa orang-orang atasan dalam Syarikat Hindia Timur Inggeris tidak

bersedia untuk mengadakan persetiaan yang melibatkan mereka dalam peperangan dengan

kuasa lain, sama ada Siam atau Burma. 30 Dalam masa yang sama, Sultan Abdullah mulai sedar

bahawa pampasan yang bakal diterimanya hasil penyerahan Pulau Pinang kepada Inggeris

adalah jauh lebih kecil. Buktinya, bayaran gantirugi yang dituntut sebanyak $30,000 dollar

Sepanyol itu dengan sewenang-wenangnya diturunkan kepada $10,000 dollar Sepanyol.

Perkembangan dan sikap Syarikat Hindia Timur Inggeris yang terus mendiamkan diri akhimya

mengubah hubungan baik Kedah dengan Syarikat tersebut selama ini. Akhirnya, Sultan

Abdullah mula bertindak mengenakan sekatan ekonomi dengan memberhentikan semua

perahu daripada berurusan dengan Pulau Pinang dan kemudiannya melancarkan perang di

Sungai Perai. 31 Perkara ini sememangnya menimbulkan kemarahan Sultan Abdullah. Sultan

Kedah tersangat murka kepada Inggeris yang telah memperdayakan baginda dan baginda

hendak menghalau Inggeris keluar dari Pulau Pinang. Light juga telah menawarkan untuk

membeli Pulau Pinang, tetapi ditolak oleh Sultan. Pada tahun 1791 Sultan Abdullah cuba mahu

mendapatkan semula Pulau Pinang dengan berhasrat melancarkan serangan terhadap Francis

Light. Pada 19 Mac 1791, sebanyak 20 buah perahu Lanun yang menyebelahi Sultan Abdullah

itu telah tiba ke Perai dan esoknya pula Datuk Bendahara dan Datuk Laksamana Kedah telah

membawa 90 buah perahu lagi yang bermuat orang-orang Melayu Kedah pergi ke Perai.

Pasukan orang-orang Kedah itu telah bekerja keras menyiapkan kubu-kubu pihak Kedah di

29
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, hlm. 43
30
Mohd Isa Othman Universiti Sains Malaysia, Hubungan Kedah-Pulau Pinang,
http://www.penangstory.net.my/bm-content-papermohd.html (Diakses pada 22 Mei 2021)
31
Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, hlm. 44
Perai itu. Pada 29 Mac 1791, ketua-ketua pihak Kedah yang ada di Perai telah memberitahu

kepada pihak Kapten Light di Pulau Pinang supaya Kapten Light membayar wang kepada

pihak Kedah sebanyak $10,000 seperti yang telah dijanjikan oleh Kapten Scott, dan pihak

Kedah telah memberitahu juga kepada Kapten Light iaitu orang-orang Lanun yang telah

berhimpun di Perai tidak akan bersurai meninggalkan tempat itu selagi mereka belum diberi

wang seperti yang telah dijanjikan. Kapten Light pun menghantar wang kepada pihak Kedah,

tetapi hanya sebanyak $5,000 dan Light mengatakan bakinya akan dibayar apabila orang-orang

Lanun meninggalkan tempat itu. Setelah itu, Sultan Abdullah masih menunggu jawapan sama

ada Francis Light meninggalkan Pulau Pinang, atau bersetuju dengan syarat yang diminta.

Akan tetapi Francis Light bertindak lebih awal dan menyerang kawasan Perai Tentera Kedah

telah ditewaskan oleh pihak syarikat.32 Buktinya, didapati bahawa ketika sedang menantikan

jawapan dari Kapten Light, dengan tidak disedari oleh pihak Kedah, pada 12 April 1791

angkatan perang pihak Inggeris dari Pulau Pinang telah menyerang kubu-kubu pihak Kedah

yang ada di Perai itu. Oleh sebab serangan yang tidak disangka-sangka itu, pihak Kedah yang

ada di Perai itu telah dikalahkan oleh askar-askar pihak Inggeris yang terdiri dari askar-askar

Sepai hingga orang-orang yang ada di Perai habis lari bertempiaran balik ke negeri Kedah.

Kubu-kubu mereka di Perai dibakar dan dibinasakan oleh pihak Inggeris. Kapten Light

menyatakan bahawa sebab serangan dilancarkan oleh pihak Kedah di Perai ialah kerana sudah

menjangkakan bahawa pihak Kedah ingin melancarkan serangan terhadap Pulan Pinang.

Kekalahan pihak Kedah di Perai telah mengagalkan langsung rancangan Sultan Abdullah

hendak menyerang pihak Inggeris di Pulau Pinang. Oleh sebab itu, Sultan Abdullah menukar

fikiran lalu menghantar utusan membawa surat pada 19 April 1791 kepada Kapten Light yang

menyatakan bahawa pegawai-pegawai baginda di Perai yang berkelakuan tidak baik dan

baginda tidak berniat hendak menyerang Pulau Pinang. Sultan Abdullah hendak berbaik-baik

32
Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, Hlm 107.
dan mencadangkan supaya semua perkara yang telah berlaku itu dilupakan sahaja. Oleh itu,

perjanjian damai antara Sultan Abdullah Mukarram Shah bagi pihak kerajaan Kedah dan

Kapten Francis Light bagi pihak Syarikat Hindia Timur Inggeris Pulau Pinang telah

ditandatangani pada I Mei tahun 1791. Sejak itu selesailah pertelingkahan di antara Sultan

Abdullah dengan Kapten Francis di Pulau Pinang. Syarat-syarat penting yang terkandung

dalam perjanjian tersebut antaranya ialah Syarikat akan membayar $6000 (Sepanyol) setahun

kepada Sultan Kedah selagi orang Inggeris menduduki Pulau Pinang. Kedua, Pihak British

akan membeli barangan yang dikeluarkan oleh Kedah tanpa sebarang sekatan atau cukai.

Ketiga, bangsa-bangsa Eropah lain tidak dibenarkan menetap di Kedah. Keempat, Kedua-dua

belah pihak akan bersama-sama mengembalikan hamba abdi, orang berhutang, pembunuh dan

penipu. Keenam, Pulau Pinang tidak dibenarkan melindungi penjenayah dari Kedah. Dengan

perjanjian tahun 1791, Pulau Pinang secara rasmi diduduki oleh Syarikat Hindia Timur

Inggeris.
KESIMPULAN

Kesimpulannya, hubungan di antara Kedah dengan Syarikat Hindia Timur Inggeris

(SHTI) memperlihatkan banyak masalah yang berlaku sejak dari awal lagi dimana berlakunya

beberapa perjanjian antara Kedah dengan SHTI. Jelaslah bahawa tempoh pemerintahan Sultan

Muhammad Jiwa (1710-1778) dan Sultan Abdullah (1778-1798) memperlihatkan berbagai

peristiwa penting berlaku yang menyebabkan berlakunya hubungan politik Kedah dengan

SHTI. Peristiwa peperangan Burma dan siam menjadikan Kedah sebagai orang tengah. Ekoran

peristiwa perang inilah kedah berada pada kedudukan yang tidak selamat dan terancam. Francis

Light yang mewakili SHTI dilihat sangat licik sehingga berjaya memujuk Sultan Kedah.

Akibat terpengaruh dengan janji Light, beliau bersetuju memajakkan Pulau Pinang. Bermula

dengan Perjanjian 1786, Sultan Kedah dipaksa memajak Pulau Pinang kepada Syarikat Hindia

Timur Inggeris (SHTI) yang akhirnya menjadi milik penjajah tersebut melalui Perjanjian 1791

akibat kekalahan Pihak Kedah menyebabkan Pulau Pinang diduduki secara rasmi oleh pihak

SHTI. Kesan perjanjian 1791 ini jelas memperlihatkan berlakunya berat sebelah dimana

daripada perjanjian itu, kelebihan banyak berpihak kepada pihak SHTI.


BIBLIOGRAFI

Abdullah Zakaria bin Ghazali Sejarah Gerakan Politik Awal Di Kedah, Jabatan Sejarah
Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya,
http://www.sabrizain.org/malaya/library/gerakanKedah.pdf (Diakses pada 22 Mei
2021)

Andaya, B.W.,and Andaya, L.Y., Sejarah Malaysia : Macmillan Publishers (M) Sdn Bhd,
1983.

Haji Buyong Adil, Sejarah Kedah, Kuala Lumpur: Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka,
1980.

Haji Buyong Adil , Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19,
KualaLumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1983.

Haji Ibrahim Ismail, Sejarah Kedah Sepintas Lalu, Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia, 2008.

Mohd Kasturi Nor Abd Aziz, Hubungan Kedah-Siam Melalui Surat-Menyurat Sultan Abdul
Hamid http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/22946/176_189.PDF
(Diakses pada 22 Mei 2021)

Mahani Musa, Kolokium Kebangsaan Melayu Pulau Pinang Pulau Pinang Sebelum 1786
https://core.ac.uk/download/pdf/78389743.pdf (Diakses pada 22 Mei 2021)

Mohd Isa Othman Universiti Sains Malaysia, Hubungan Kedah-Pulau Pinang,


http://www.penangstory.net.my/bm-content-papermohd.html (Diakses pada 22 Mei
2021)

Mohd Isa Othman, Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publication dan
Distributors SDN BHD, 2002.

Muhammad Haji Salleh, Sejarah Awal Pulau Pinang, Pulau Pinang: Universiti Sains
Malaysia, 2008.

Zainal Abidin Abdul Wahid, Malaysia Warisan Dan Perkembangan, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1996.

You might also like