You are on page 1of 12

PERANG KEDAH - SIAM

(1821-1842)
NAMA GURU:
PUAN AFDZAN SAFARIAH
BINTI ABDULLAH SUHAIMI

NAMA MURID:
NIA AULYYA KAMALIA
BINTI AHMAD MAHIR
1A1
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENGHARGAAN 3

2 PERANG KEDANG-SIAM (1821-1842) 4-7

3 PENUTUP 8

4 GAMBAR BERSEJARAH 9-10

5 RUJUKAN 11
PENGHARGAAN

Alhamdulillah.Syukur saya ke HadratNYA, kerana dengan izinNYA memberikan saya


kesihatan yang baik sepanjang proses untuk menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada guru sejarah saya iaitu Puan Afdzan Safariah binti
Abdullah Suhaimi atas segala bimbingan untuk menyiapkan tugasan ini

Saya juga ingin berterima kasih kepada keluarga saya terutama ibu saya iaitu
Rohaidah Binti Abu Bakar dan bapa saya Ahmad Mahir Bin Zainol Abidin yang banyak
memberi sokongan dan dorongan kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini

Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya yang telah banyak memberi idea
kepada saya untuk memperbaiki buku skrap ini.
PERANG KEDAH SIAM (1821-1842)

PENDAHULUAN

Perang antara Burma dan Siam telah mengheret Kedah untuk ikut terjebak dalam
kancah peperangan. Konflik yang berlaku antara kerajaan Siam dan Kedah berlaku
disebabkan terdapat dakwaan bahawa Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II
telah menghulurkan bantuan kepada kerajaan Burma ketika kerajaan Burma
melancarkan perang ke atas kerajaan Siam. Setelah kemangkatan Raja Siam iaitu Raja
Rama I pada 9 September 1809, kerajaan Burma yang sememangnya sudah lama
bermusuh dengan kerajaan Siam bertindak menyerang dan menawan beberapa buah
wilayah yang berada di bawah penguasaan Siam. Kerajaan Burma kemudiannya
mengugut Sultan Kedah iaitu Sultan Ahmad Tajuddin II untuk menyalurkan bantuan
bekalan makanan kepada angkatan tentera Burma. Sekiranya Sultan Kedah gagal
menghulurkan bantuan, maka kerajaan Burma akan bertindak menyerang Kedah. Sultan
Kedah yang tidak mempunyai pilihan lain terpaksa menyediakan bekalan makanan
kepada angkatan tentera Burma. Ini kerana kekuatan angkatan tentera Burma jauh
melebihi kekuatan angkatan tentera Kedah (Buyong Adil 1983)

Pada waktu yang sama, terdapat beberapa orang pembesar di Kedah yang
berkomplot untuk menjatuhkan Sultan Ahmad Tajuddin II termasuk dalam kalangan
kerabat diraja Kedah. Salah seorang pembesar Kedah yang berkuasa di Setul iaitu
Tengku Bisnu sememangnya memiliki niat untuk menggulingkan Sultan Kedah. Oleh itu
pada tahun 1810, Tengku Bisnu bersama dengan Raja Ligor telah pergi mengadap Raja
Siam bagi melaporkan perbuatan Sultan Ahmad Tajuddin II yang memberikan bantuan
kepada kerajaan Burma.

Di samping itu, adinda Sultan Ahmad Tajuddin II yang dilantik menjadi Raja
Muda iaitu Tengku Yaakob yang juga dikenali dengan nama Tengku Embun telah
dipinggirkan oleh Sultan Ahmad Tajuddin II untuk berkuasa ke atas Kayang (Perlis).
Hal ini telah menimbulkan perasaan dendam dalam dirinya terhadap sultan. Dengan itu,
Tengku Yaakob telah telah memohon bantuan daripada Raja Ligor yang berpusat di
Nakhon Si Thammarat untuk menggulingkan Sultan Ahmad Tajuddin II. Oleh itu, pada
tahun 1820, mereka berdua telah mengadap Raja Siam iaitu Raja Rama II di Bangkok
bagi memohon kebenaran dari Raja Siam untuk melancarkan serangan ke atas Kedah.
12 NOVEMBER 1821

Pada 12 November 1821 bersamaan 15 Safar 1237, serombongan angkatan tentera


Ligor yang terdiri daripada 7,000 orang angkatan tentera bersama dengan 100 buah
kapal perang telah menyerang negeri Kedah secara tiba-tiba tanpa angkatan tentera
Kedah dapat membuat persiapan perang terlebih dahulu. Ketika tentera Ligor itu hadir
di bumi Kedah, satu majlis perkahwinan antara anak Dato’ Bendahara Kedah dan anak
Dato’ Laksamana Kedah sedang berlangsung. Pada ketika itu, Sultan Ahmad Tajuddin
II sedang bersemayam di istana Pulau Tiga di hulu Sungai Merbok, Kuala Muda.
Angkatan tentera Ligor yang mendarat di Kota Kuala Kedah berpura-pura dalam
menyatakan niat mereka bahawa persinggahan mereka di Kedah adalah semata-mata
mahu mengambil beras yang sebelum ini telah diminta oleh kerajaan Siam sebagai
bantuan dalam memerangi kerajaan Burma. Pembesar-pembesar Kedah yang melihat
kedatangan angkatan tentera Siam ingin mengambil bekalan beras, tidak berasa
sebarang curiga dan bersangka baik dengan kehadiran tersebut. Namun setelah itu,
angkatan tentera Siam telah melakukan serangan mengejut ke atas negeri.

At- Tarikh Salasilah Negeri Kedah mencatatkan bahawa ketika angkatan tentera
Siam mendarat di Kota Kuala Kedah, mereka berpura-pura dengan kelihatan seperti
ingin mengambil bekalan makanan. Namun dalam masa yang sama, mereka menyiasat
keadaan dan kekuatan pertahanan negeri Kedah. Mereka juga telah memaku lubang-
lubang sebahagian meriam-meriam di Kota Kuala Kedah supaya meriam-meriam
tersebut tidak dapat berfungsi.

Maka serangan daripada angkatan tentera Siam ke atas Kedah yang bermula
pada 12 November 1821 telah menyebabkan angkatan tentera Siam berjaya menguasai
Kota Kuala Kedah. Di awal peperangan tersebut, Dato’ Laksamana, Dato’ Temenggung
dan Dato’ Syahbandar telah terkorban. Manakala Dato’ Bendahara pula telah ditawan.
Pihak Siam ingin menangkap Sultan Kedah tetapi tidak berjaya. Sultan Ahmad
Tajuddin II yang mana pada ketika itu bersemayam di Kuala Muda telah berundur ke
Seberang Perai. Disini mereka merancang merampas kembali negeri Kedah dari Siam.
TAHUN 1831

Pada tahun 1831 anak saudara sultan, Tengku Kudin (Syed Zainal Abidin) berketurunan
Palembang telah mengetuai 3000 angkatan perang orang Melayu dari Prai telah menyerang
Siam di Kedah dan menghalau mereka jauh hingga ke sempadan Siam. Kerajaan Siam dan
British telah mengisytiharkan orang-orang melayu ini sebagai perompak, lanun dan
pengganas.

Kemenangan angkatan Kedah tersebut tidak lama di mana mereka kembali diasak
Siam dan terpaksa berundur dan bertahan di kota Kuala Kedah. Kapal-kapal perang British
pula mengepung sepanjang persisiran pantai Kedah manakala tentera Siam menyerang dari
darat. Kekebalan benteng Kota Kuala Kedah menyebabkan pihak Siam terpaksa membina
menara tinggi untuk menembak orang melayu di dalam kota tersebut. Setelah bertahan
selama 3 bulan dan bertempur menentang 7500 askar dan 3000 gajah dari Siam, Kota Kuala
Kedah akhirnya jatuh ke tangan Siam. Tengku Kudin sendiri terbunuh dalam pertempuran
tersebut dan kepalanya telah dihantar ke Bangkok.

TAHUN 1838

Pada tahun 1838, sekali lagi angkatan perang Kedah diketuai oleh seorang lagi anak saudara
sultan, Tunku Muhammad Saad yang berkekuatan 10,000 askar dan 50 perahu perang
dilengkapi meriam ringan telah mengusir Siam keluar dari Kedah melepasi Singora
(Songkhla). Mereka juga berjaya membebaskan Patani dari naungan Siam buat seketika.
Mereka bertahan di Songkhla sementara menunggu musim monsun tiba di mana bantuan
askar melayu dari negeri-negeri sekitar dijangka tiba. Orang Eropah yang berkedudukan
tinggi (gentry) di Pulau Pinang menolong baginda dengan menyediakan senjata dan bekalan.
Tetapi tidak lama kemudian Kerajaan Negeri Selat memberi bantuan kepada Siam.
Angkatan Tunku Muhammad sekali lagi terpaksa berundur dan bertahan di Kota Kuala Kedah
buat kali terakhir.

Bantuan dari Bangkok tiba bersama 15000 tentera dilengkapi senjata yang lebih
moden, meriam dan gajah menyerang kota dari arah darat. Dari sebelah laut, kapal perang
British HMS Hyacinth yang berkekuatan 18 laras meriam mengepung dari laut. Kapal
tersebut terpaksa berlabuh jauh dari pantai untuk mengelakkan bedilan meriam dari dalam
kota kuala kedah. Kapal tersebut turut diiringi oleh 3 buah lagi kapal perang yang lebih kecil
iaitu HMS Emerald, HMS Pearl dan HMS Diamond.
19 MAC 1839

Pada 19 Mac 1839 pekan Kuala Kedah dikuasai sepenuhnya oleh askar Siam dan penembak
hendap mereka ditempatkan di setiap sudut pekan tersebut. Orang Melayu yang ada ketika
itu semuanya dibunuh dengan kejam. Menyedari harapan untuk menang adalah tipis dan kota
akan jatuh ke tangan Siam pada bila-bila masa saja, pada malam tersebut orang Melayu
dibantu oleh askar upahan Sepoi membuat serangan berani mati ke atas kedudukan Siam di
pekan tersebut. 15 askar Sepoi melepaskan tembakan bantuan ke arah askar Siam.
Sementara itu saki-baki orang Melayu yang tinggal diarahkan menyelamatkan diri dengan
berenang ke arah kapal-kapal Inggeris. Kapten dan para kelasi kapal-kapal tersebut yang
terdiri kebanyakannya dari kalangan orang Melayu Negeri-negeri Selat turut merasa
simpati di atas apa yang terjadi dan terpaksa menyelamatkan orang Melayu yang berenang
ke kapal-kapal tersebut.

Angkatan Tunku Muhammad yang bertahan di dalam kota hanya tinggal 200 orang.
Menyedari mereka dikepung dari setiap sudut dan kemungkinan untuk menang adalah tipis,
orang Melayu ketika itu terpaksa berjuang habis-habisan.

20 MAC 1839

Pada Subuh 20 Mac 1839, Kota Kuala Kedah berjaya ditawan sepenuhnya oleh Siam dan
kesemua mereka yang mempertahankan kota tersebut turut terkorban. Mulai dari tarikh
tersebut, bedilan dari meriam-meriam dari kota tersebut tidak lagi kedengaran sehinggalah
ke hari ini.

Sultan Ahmad Tajuddin yang semakin tua masih tidak berputus asa untuk
mendapatkan kembali negerinya. Setelah cara ketenteraan gagal, baginda mencuba pula
cara berdiplomasi. Baginda telah menghantar putera bongsunya, Tunku Dai (Tunku Zainal
Rashid, kemudian Sultan) untuk mengadap King Rama III. Dalam pertemuan tersebut, Tunku
Dai berjanji akan mengakui kedaulatan Siam dengan syarat Sultan Kedah dikembalikan
takhtanya.
PENUTUP

Setelah berperang selama hampir 21 tahun, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II
dipulihkan takhtanya pada Jun 1842. Baginda telah kehilangan Perlis (diperintah rajanya
sendiri) dan Setul/Satun (dimasukkan ke dalam jajahan Siam) tetapi telah berjaya
menyelamatkan negeri Kedah dari diperintah terus oleh Siam seperti yang terjadi ke atas
Patani dan berjaya mengekalkan institusi raja Melayu sehinggalah ke hari ini. Baginda
mangkat pada 1 Januari 1845.

Bagi pihak British pula, inilah pengalaman pertama yang mereka rasai berperang
dengan orang Melayu sehinggakan Kapten Sherard Osborn, Pegawai Tentera laut British
ketika perang Kedah-Siam 1838 telah membuat kenyataan berikut:

“Seperti anjing… pribumi (yakni org India) di sepanjang persisir pantai semenanjung India
menjilat tangan yg mendera mereka;
Tetapi tidak bagi orang Kedah! dan kita orang Inggeris seharusnya menjadi yang pertama
memuliakan bangsa yang tidak tunduk kepada kekejaman”
GAMBAR BERSEJARAH

KOTA KUALA KEDAH, KEDAH

PINTU DI SEKELILING KOTA KUALA, KEDAH


SULTAN AHMAD TAJUDDIN HALIM SHAH II

TENGKU KUDIN BERSAMA BEBERAPA ORANG PEMBESAR KANAN BAGINDA


RUJUKAN

 http://ismaalorsetar.net/sejarah-peperangan-kedah-siam-1821-1842/

 Jurnal Arkeologi Malaysia -September 2019, Vol. 32, No.2, hlm. 59-75

ISSN 0128-0732 e-ISSN 2590-4302

(Diterbitkan oleh Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia )

 https://www.sinarharian.com.my/article/45718/KHAS/Cerita-Merdeka/Erti-kemerdekaan-
Hayatilah-Perang-Musuh-Bisik-1821

You might also like