You are on page 1of 12

JABATAN SEJARAH

FAKULTI SASTERA DAN SAINS SOSIAL

AIL2022: SEJARAH CHINA MODEN

BINCANGKAN IMPLIKASI SERANGAN JEPUN KE ATAS CHINA


ANTARA TAHUN 1937 DAN 1945 TERHADAP KERAJAAN NASIONALIS
DI CHINA.

NAMA : MUHAMMAD HARIZ BIN ARIZAN

NO. MATRIK: 17072488/1

SEM / SESI : SEM 2, SESI 2019/2020

TUTORIAL : RABU, 9.00-10.00 a.m.

PENSYARAH : DR. TAN MIAU ING

PROF. DR. DANNY WONG TZE KEN

1
PENGENALAN

Tamadun China merupakan sebuah tamadun awal yang agung dan terletak di Lembah

Sungai Kuning. Pelbagai kejayaan yang ditempa oleh tamadun China dan kemegahan ini telah

menyebabkan negara China memilih untuk tidak menjalinkan sebarang bentuk hubungan dengan

negara luar sehinggalah abad ke-19.1 Namun begitu, muncul sebuah lagi tamadun yang wujud di

Asia Timur dilihat setanding kehebatannya dengan China iaitu, negara Jepun. Kedua-dua buah

negara tersebut mempunyai persamaannya dalam bidang politik kerana mereka mengamalkan

sistem dasar tutup pintu. Dasar tutup pintu di Jepun telah dipraktikkan sejak dahulu lagi dan

dasar isolasinya ditamatkan pada 31 Mac 1854 melalui Perjanjian Kanagawa dengan Amerika

Syarikat.2

Hubungan diplomatik kedua-dua negara ini dilihat sudahpun terjalin sejak dari abad

keempat sebelum masihi lagi melalui perutusan dan ahli perniagaan. Namun begitu, hubungan

tersebut tidak bertahan lama kerana masing-masing berlumba untuk membentuk sebuah negara

yang kuat di rantau Asia. Kemudian, berlakulah siri penaklukan Jepun ke atas Manchuria

disebabkan oleh masalah ekonomi di Jepun. Kemelesetan ekonomi Jepun menjadi pemangkin

Manchuria dilihat sebagai jalan untuk meluaskan pengaruhnya di Asia untuk mengeksploitasi

bahan mentah dan sumber tenaga kerja yang ramai. Manchuria juga akan dijadikan sebagai

negara penampan bagi menghalang pengaruh Rusia.

Disebabkan itu, telah tercetusnya serangan Jepun terhadap China antara tahun 1937

hingga 1945. Peperangan yang berlaku ini sebenarnya merupakan lanjutan daripada perang

sebelum ini. Hal ini demikian kerana kedua-dua buah negara tersebut pernah berbalah antara satu

1
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2009, hlm. 18.
2
http://studentsrepo.um.edu.my/432/3/BAB2.pdf (diakses pada 16.6.2020).

2
sama lain sejak dahulu lagi pada tahun 1894. Perang antara China dan Jepun kedua ini turut

dikenali dengan nama Sino-Japanese War. Oleh itu, kedua-dua belah pihak semestinya menerima

kesan hasil daripada pertempuran tersebut. Implikasi daripada pencerobohan ini telah

memberikan tamparan yang hebat terhadap kerajaan nasionalis di China kerana mereka

merupakan golongan pentadbir China pada masa itu.

BINCANGKAN IMPLIKASI SERANGAN JEPUN KE ATAS CHINA ANTARA TAHUN

1937 DAN 1945 TERHADAP KERAJAAN NASIONALIS DI CHINA.

CHINA KEHILANGAN WILAYAH PEMERINTAHAN

Perang antara pihak China dengan Jepun telah tercetus di Shanghai dan membawa kepada

kejatuhan wilayah Nanking pada 15 Disember 1937. Jepun kemudiannya bertindak meneruskan

misi mereka untuk menawan wilayah Canton. Maka, pihak Jepun telah menghantar armada

perangnya pergi ke wilayah Canton. Canton adalah sebuah wilayah yang mempunyai pelabuhan

penting bagi negara China. Pelabuhan ini berfungsi sebagai tempat untuk mendapatkan senjata

peperangan, namun tentera China dikatakan tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk

berhadapan dengan tentera Jepun pada masa itu. Keadaan ini telah membuka peluang kepada

pihak Jepun untuk menguasai Canton pada 21 Oktober 1938. Sebelum itu, Jepun dikatakan telah

berjaya untuk mendapatkan beberapa bandar lain seperti Mukden, Yingkow, Antung dan

Manchuria.3 Penawanan ibu negara China iaitu Nanking dan Canton oleh pihak Jepun telah

menyebabkan pemerintah China mengambil langkah yang seterusnya. Chiang Kai Shek

bertindak memindahkan pusat kerajaan ke tempat baru iaitu Hankow.

3
Immanuel Hsu, The Rise of Modern China, New York: Oxford University Press, 1995, hlm. 4.

3
China telah bangkit dengan strateginya dengan cara memecahkan empangan dan

mengakibatkan ramai tentera Jepun terbunuh serta kerosakan pada kelengkapan peperangan.

Strategi ini terpaksa digunakan demi untuk menghalang kemaraan pihak Jepun. Manakala,

tentera Jepun pula terpaksa berhadapan dengan pelbagai kesukaran kerana terpaksa melalui jalan

air, mengharungi sawah padi, penyakit berjangkit dan iklim yang tidak menentu. Walaupun

begitu, perkara sedemikian tidak sesekali mematahkan semangat juang tentera Jepun. Tentera

Jepun dikatakan meneruskan misinya untuk menawan wilayah tersebut dan mengambil masa

selama lebih kurang tiga minggu. Akhirnya, Jepun berjaya menawan Hankow pada tanggal 25

Oktober 1938.4 Hal ini membuatkan Chiang Kai Shek perlu memikirkan strategi yang baru untuk

mempertahankan wilayah di China.

Desakan yang berterusan membuatkan Chiang Kai Shek terpaksa berundur dan

melepaskan wilayah Hankow.5 Pusat pemerintahan kerajaan nasionalis telah dipindahkan ke

kawasan yang lain iaitu di Chongqing. Namun begitu, pusat pemerintahan yang baru ini tidak

kekal lama kerana hanya mampu bertahan sehingga tahun 1945. Penamat bagi peristiwa

rampasan wilayah oleh tentera Jepun dapatlah dilihat menerusi peristiwa pengeboman di negara

Jepun. Amerika telah bertindak untuk mengugurkan bom atom ke atas dua buah bandar utama di

negara Jepun iaitu Hiroshima dan Nagasaki. Peristiwa hitam ini berlaku pada bulan Ogos 1945

dan mengakibatkan kelumpuhan dalam semua aspek di Jepun.6 Maka, semua wilayah yang

ditawan oleh tentera Jepun telah dikembalikan semula kepada pihak China dan mengaku kalah.

4
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 172.
5
Ibid.
6
Shakila Yacob, “Hiroshima/Nagasaki: Mangsa Propaganda Perang?”, file:///C:/Users/User/Downloads/9072-1201-
18528-1-10-20171115.pdf (diakses pada 16.6.2020).

4
KEKUASAAN KOMUNIS SEMAKIN KUKUH

Sejak dari awal lagi terdapat keretakan dalam hubungan antara pihak Komunis dengan

Kuomintang. Perkara ini terjadi disebabkan oleh kedua-dua belah pihak saling bersaing untuk

mengukuhkan kedudukan masing-masing dan mahu berkuasa di China. Situasi dingin ini

menjadi lebih parah lagi apabila pihak komunis telah bertindak melanggar arahan daripada

pemerintah nasionalis. Hal ini mengakibatkan arahan kepada pengharaman tentera komunis

dikuatkuasakan dan telah mengakibatkan peperangan sesama mereka. Peperangan yang berlaku

ini telah mengorbankan banyak nyawa dan dikenali juga sebagai peristiwa Long March.7

Kemudian, sewaktu pihak nasionalis sedang sibuk menangani ancaman daripada tentera Jepun,

pihak komunis dikatakan telah berjaya untuk membina sebuah kubu di belakang barisan

pertempuran dan mempunyai sistem pemerintahan sendiri, anggota tentera sendiri dan

sebagainya.

Disebabkan itu, pihak komunis telah giat mengatur langkahnya dalam memenangi hati

rakyat, terutamanya golongan bawahan seperti petani.8 Pihak komunis juga sangat prihatin dalam

menjaga hak mereka dan golongan ini dianggap sebagai penggerak utama kepada revolusi

tersebut. Pihak komunis turut memupuk sentimen perpaduan, mementingkan kebajikan rakyat

dan melindungi kaum wanita. Hasilnya, komunis semakin mendapat tempat kerana berjaya

menyatukan rakyat dalam menentang Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Kebijaksanaan

pemimpin parti komunis juga terserlah apabila berjaya menyusun pentadbiran yang mantap di

kawasan luar bandar. Rakyat tempatan juga sangat dialu-alukan untuk terlibat secara bersama

7
Mao bersama-sama pengikutnya telah berjalan sejauh 7 000 batu ke Yunan dan mengambil masa selama dua
tahun. Hal ini disebabkan oleh ancaman daripada kerajaan nasionalis di Kiangsi dan kemaraan tentera Jepun ke
Manchuria.
8
Harold M. Vinacke, Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1967, hlm. 869.

5
dalam pentadbiran tempatan menerusi koperasi ataupun persatuan petani.9 Jelaslah bahawa

dengan sikap kepimpinan, moral dan disiplin yang tinggi membolehkan pihak komunis

melebarkan sayapnya di negara China.

Dalam pada itu, pihak nasionalis juga sebenarnya menghadapi masalah dalaman yang

melibatkan perpecahan. Chiang Kai-Shek terpaksa berhadapan dengan tentangan daripada pihak-

pihak tertentu dalam partinya. Pada tahun 1948, beliau telah mengambil keputusan untuk

meletakkan jawatannya sebagai presiden. Peristiwa ini telah membawa kepada penguasaan pihak

komunis apabila mereka dibenarkan untuk menyeberangi Sungai Yangtze. Kekalahan demi

kekalahan terpaksa dihadapi oleh pihak nasionalis sehingga berjaya disingkirkan oleh komunis.

Hal ini membolehkan komunis untuk menawan wilayah Nanking, Shanghai dan Canton dengan

mudah.10 Sementara itu, Chiang Kai-Shek bersama-sama pengikutnya pula terpaksa ke Taiwan

untuk melarikan diri dan Mao Tse Tung secara rasminya telah mengumumkan pembentukan

sebuah Republik Rakyat China pada tahun 1949.11

Perang China-Jepun juga sebenarnya telah mempromosikan lagi kepopularan pimpinan

komunis dalam kalangan rakyat China.12 Hal ini disebabkan kerana tentera komunis telah

berjaya muncul sebagai pejuang kebangsaan yang mahukan penyatuan antara kerajaan nasionalis

dengan komunis dibuat. Cadangan yang dikemukakan oleh komunis ini bertujuan untuk

menghadapi serangan tentera Jepun ke atas negara China. Rakyat melihat perkara tersebut

sebagai satu idea yang bernas dan berharap kerjasama antara dua pihak ini sedikit sebanyak

mampu untuk melawan pihak Jepun. Selepas tahun 1943, komunis juga pernah melancarkan

9
Ibid., hlm. 877.
10
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 186.
11
https://pdfslide.tips/documents/perang-china-.html (diakses pada 14.6.2020).
12
Rupawan Ahmad, “Parti Komunis China dan Kedudukan Kaum Tani dalam Revolusi, 1922-1937: Satu
Perbincangan Ringkas”, Jebat Malaysia Journal of History, Politics and Strategic Studies, 13, 1984, hlm. 58.

6
serangan secara gerila untuk menumpaskan Jepun dan tindakan tersebut dilihat sebagai suatu

usaha yang berani.13 Secara tidak langsung, kaedah ini mampu memberi keyakinan kepada orang

ramai untuk menyokong pihak komunis dan kesannya terhadap kerajaan nasionalis adalah

kehilangan sokongan daripada rakyat tempatan.

KEADAAN NEGARA CHINA SELEPAS PERANG

Peperangan antara Jepun dan China kedua ini sebenarnya telah meninggalkan pelbagai

kesan yang negatif ke atas masyarakat China. Peperangan ini telah mengakibatkan kemerosotan

dan kerugian yang amat besar dalam aspek ekonomi terutamanya. Segala kelancaran dan

kepesatan ekonomi negara China telah terbantut. Pihak nasionalis terpaksa berhadapan dengan

situasi ini berpunca daripada kehilangan punca utama pendapatannya dalam sektor percukaian

perdagangan di pesisir pantai timur China.14 Selain itu, pihak nasionalis terpaksa menanggung

kos peperangan yang besar dalam melawan pihak Jepun. Keadaan ini juga mengakibatkan inflasi

dalam pentadbiran China kerana pebelanjaannya telah melebihi pendapatan yang diperolehi.

Untuk menangani krisis ini, kerajaan nasionalis bertindak mengeluarkan wang kertas

dengan banyak. Sebanyak CH$1.9 billion wang kertas telah dicetak pada tahun 1937 dan

meningkat kepada CH$15.81 billion pada tahun 1941.15 Situasi tersebut sebenarnya telah

menimbulkan kesan yang lebih buruk kepada masyarakat tempatan disebabkan oleh kenaikan

harga barangan runcit secara mendadak. Dikatakan juga bahawa harga barangan runcit dalam

tahun 1945 hingga 1948 telah meningkat pada setiap bulan. Hal ini menimbulkan keresahan

13
Immanuel Hsu, The Rise of Modern China, hlm. 589.
14
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 182.
15
https://pdfslide.tips/documents/perang-china-.html (diakses pada 14.6.2020).

7
terhadap rakyat China dan melumpuhkan ekonomi negara tersebut. Namun begitu, terdapat juga

usaha yang dimainkan oleh kerajaan dalam pengawalan harga barangan tetapi tidak berjaya.

Situasi menjadi semakin parah apabila gejala rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan dan

tentera semakin berleluasa. Pihak nasionalis sekali lagi dikatakan gagal untuk bertindak

menangani masalah tersebut dan membawa kepada kejatuhan negara China.

Lebih malang lagi apabila pimpinan nasionalis terpaksa berhadapan dengan masalah

kehilangan pengikut. Rakyat bawahan yang terjejas teruk akibat daripada situasi ekonomi yang

semakin membimbangkan ini mula berpaling daripada pentadbiran kerajaan nasionalis kerana

mereka beranggapan bahawa kerajaan ini sudah tidak mampu untuk menjamin kebajikan mereka.

Parti komunis pula dilihat sebagai penyelamat keadaan kerana mereka berjaya meraih sokongan

rakyat melalui rancangan pembaharuan pertanian.16 Tanah-tanah di wilayah Hunan yang

dirampas telah diagihkan kepada para petani China dan komunis turut menubuhkan koperasi bagi

golongan ini serta berusaha menurunkan kadar faedah yang dikenakan bagi meningkatkan lagi

pengeluaran sektor pertanian.17 Manakala kerajaan nasionalis yang masih lagi berusaha sedaya

upaya untuk membetulkan keadaan telah kehilangan sokongan yang padu daripada masyarakat

tempatan.

Jelaslah di sini bahawa sektor ekonomi menjadi semakin lumpuh apabila kerajaan

nasionalis terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang besar terhadap kelengkapan ketenteraan,

kemerosotan hasil cukai dan bebanan hutang yang banyak. Perkara ini sebenarnya telah

menjejaskan kemampuan pihak kerajaan dalam memantapkan sektor ekonomi negara China.

Peperangan tersebut turut mengorbankan banyak nyawa dan mencederakan tentera China serta

16
Rupawan Ahmad, “Parti Komunis China dan Kedudukan Kaum Tani Dalam Revolusi, 1922-1937: Satu
Perbincangan Ringkas”, hlm. 59.
17
Ibid.

8
orang awam.18 Didapati juga bahawa seramai 3 211 419 telah terkorban, 1 761 335 cedera dan

130 126 hilang. Pelbagai insfrastruktur yang dibina di China turut musnah dalam peperangan ini.

Oleh hal yang demikian, China terpaksa menanggung pelbagai kesan yang negatif daripada segi

ekonomi mahupun sosial menerusi serangan daripada pihak Jepun.

REAKSI AMERIKA TERHADAP KERAJAAN NASIONALIS CHINA

Peperangan yang belaku diantara Jepun dan China ini telah mendapat perhatian daripada

kuasa luar seperti Amerika Syarikat. Reaksi yang kurang jelas telah ditunjukkan oleh Amerika

Syarikat diawal kemelut ini. Didapati hanya Soviet Union sahaja yang membantu China dengan

memberi suntikan dana sebanyak US250 juta Dollar dan kelengkapan perang seperti kapal

terbang. Kemudian barulah Amerika Syarikat memberikan bantuan pada akhir tahun 1930-an

disebabkan bimbang dengan perluasan kuasa yang dilakukan oleh pihak Jepun. Insiden serangan

ke atas Pearl Harbour juga sedikit sebanyak menandakan bahawa Amerika Syarikat telah

menyebelahi kerajaan nasionalis China.19 Selepas daripada itu, pelbagai bantuan telah diperolehi

oleh negara China daripada Amerika Syarikat.

Tidak cukup dengan itu, pinjaman jangka panjang berbentuk kewangan turut diberikan ke

atas China pada tahun 1943 bagi mengatasi kemelut yang berlaku. 20 Amerika Syarikat telah

mengutuskan pasukan tenteranya kepada negara China bagi merancang strategi ketenteraan

dengan lebih rapi. Namun begitu, strategi yang digunakan oleh Chiang Kai Shek dikatakan

berbeza dengan perancangan pihak Amerika Syarikat. Hal ini menimbulkan perselisihan faham

18
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 180.
19
Shakila Yacob, “Hiroshima/Nagasaki: Mangsa Propaganda Perang?”, file:///C:/Users/User/Downloads/9072-
1201-18528-1-10-20171115.pdf (diakses pada 16.6.2020).
20
Suffian Mansor, Sejarah China Moden, hlm. 178.

9
antara dua pemimpin tersebut dan mengakibatkan campur tangan pihak komunis. Chiang Kai

Shek dikatakan merancang untuk lebih kepada menyerang atau melumpuhkan pihak komunis

berbanding ancaman tentera Jepun.21 Keadaan yang berlaku ini sebenarnya telah menimbulkan

keraguan Amerika Syarikat terhadap pihak kerajaan nasionalis.

Lantaran daripada itu, hal ini telah memberikan tanggapan yang negatif oleh kuasa luar

terhadap tampuk pemerintahan negara China. Walaupun sudah terdapat pelbagai jenis bantuan

yang diberikan kepada kerajaan nasionalis, namun dilihat belum mampu lagi untuk melawan

kemaraan pihak Jepun. Kreadibiliti kerajaan nasionalis turut merudum disebabkan oleh tindakan

yang dibuat ini.22 Pihak luar meraguinya dan tidak mengiktiraf pemerintahan yang dibawa oleh

kerajaan nasionalis di China. Jelaslah bahawa perang China-Jepun ini telah meninggalkan

implikasi besar terhadap pentadbir China pada masa itu kerana dipandang rendah oleh kuasa luar

yang datang membantu.

21
Ibid., hlm. 181.
22
Ibid.

10
KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa peperangan diantara China dengan Jepun yang

kedua ini adalah disebabkan oleh kepentingan diri untuk mengukuhkan kekuasaan dan

mendapatkan sumber kekayaan yang baru. Peperangan yang berlaku ini adalah lanjutan daripada

perang China-Jepun pertama yang berlaku pada tahun 1914. Jepun yang mahukan kekayaan

untuk memulihkan ekonominya telah menjadikan China sebagai tumpuannya untuk

mendapatkan bahan mentah. Peperangan yang tercetus ini semestinya meninggalkan pelbagai

kesan buruk terhadap kedua-dua belah pihak baik daripada segi politik, ekonomi mahupun sosial.

Kehancuran yang berlaku juga telah mengakibatkan kerugian besar dan mengorbankan banyak

nyawa.

Sokongan daripada pihak luar juga diperlukan bagi mengakhiri kemelut yang berlaku ini.

Peperangan ini turut menjadi penyumbang kepada kejatuhan tampuk pimpinan China iaitu

kerajaan nasionalis. Rakyat telah berpaling dan tidak memberikan sokongan yang sepenuhnya

terhadap kerajaan nasionalis disebabkan oleh kegagalannya dalam menangani serangan Jepun.

Nasib rakyat juga sudah tidak dapat dibela dan hanya meninggalkan kesengsaraan sahaja.

Kelicikan parti komunis dan ideologi yang dibawa oleh parti ini telah menyelamatkan penduduk

tempatan. Hasilnya, tampuk pemerintahan yang seterusnya di China telah diterajui oleh

pimpinan komunis dan disokong sepenuhnya oleh orang ramai.

11
BIBLIOGRAFI

Harold M. Vinacke, Sejarah Asia Timor Jauh Dalam Zaman Moden, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1967.

Immanuel Hsu, The Rise of Modern China, New York: Oxford University Press, 1995.

Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2009.

Rupawan Ahmad, “Parti Komunis China dan Kedudukan Kaum Tani dalam Revolusi, 1922-
1937: Satu Perbincangan Ringkas”, Jebat Malaysia Journal of History, Politics and Strategic
Studies, 13, 1984, hlm. 58.

Shakila Yacob, “Hiroshima/Nagasaki: Mangsa Propaganda Perang?”,

file:///C:/Users/User/Downloads/9072-1201-18528-1-10-20171115.pdf (diakses pada 16.6.2020).

http://journalarticle.ukm.my/492/1/1.pdf (diakses pada 18.6.2020).

https://pdfslide.tips/documents/perang-china-.html (diakses pada 14.6.2020).

http://studentsrepo.um.edu.my/432/3/BAB2.pdf (diakses pada 16.6.2020).

12

You might also like