You are on page 1of 1

Refleksi M7 Pada minggu ini, kami telah mempelajari pengukuran iaitu Unit Pengukuran.

Kami lebih memahami proses pengukuran secara mendalam melalui taksiran daripada pensyarah. Kami telah mengenal pasti sifat-sifat yang sering diukur adalah masa, perimeter, luas, jarak, isipadu dan lain-lain. Panjang ialah jarak antara 2 titik yang diukur sepanjang garis lurus. 2 ukuran panjang boleh dibandingkan secara terus dengan meletakkannya sebelahmenyebelah. Panjang boleh dibandingkan secara tidak langsung dengan membandingkannya dengan panjang ketiga. Perbandingan ukuran ini boleh dibuat melalui alat pengukur. Mengikut catatan sejarah, peringkat awal unit ukuran adalah bahagian anggota badan. Dalam sains, terminologi untuk jisim dan berat adalah 2 pengertian yang berbeza. Jisim ialah ukuran jumlah jirim dalam suatu objek manakala berat ialah tindakan graviti ke atas jisim. Walaubagaimanapun, penggunaan kedua-dua terminologi ini agak longgar tetapi pada bahasa maksudnya adalah sama. kelazimannya proses mengukur berat objek merujuk kepada menentukan jisimnya. Isipadu cecair ialah jumlah ruang yang diisi dalam sebuah bekas. Satu ciri cecair yang penting ialah isipadunya tetap tidak berubah walaupun bentuk bekasnya berubah. Unit bukan piawai isipadu cecair ialah sebarang ukuran isipadu arbitrari yang digunakan sebagai satu unit. Contoh bekas yang lazim digunakan untukmengukur isipadu cecair ialah sudu, cawan, mangkuk, dan baldi.

Kesimpulannya, unit pengukuran memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian.Oleh itu, guru haruslah mengajar konsep dan kemahrian ini kepada murid-murid supaya mereka dapat mengaplikasikannya dalam pelbagai situasi kehidupan seharian kelak.

You might also like