You are on page 1of 4

7.

2 WARISAN KESULTANAN MELAYU MELAKA DI PAHANG, PERAK,


TERENGGANU DAN SELANGOR

Sistem Pemerintahan

- Sultan sebagai tonggak utama kerajaan dan penggantian pemerintah yang berasaskan Adat
Temenggung

Pahang

- Sistem perwarisan takhta, waris ganti digelar Tengku Mahkota. Perlantikan atas persetujuan
Jumaah Pangkuan Biraja Negeri

- Sistem pembesar empat, lapan, enam belas: (a) Orang Kaya Indera Syahbandar (b) OK
Indera Segera (c) OK Pahlawan (d) OK Indera Perba Jelai

- pemerintahan dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan

Perak

- sistem penggiliran. Dewan Negara Perak memilih dan melantik sultan. Sultan -> Raja Muda
-> Raja Di Hilir -> Raja Kecil Besar -> Raja Kecil Sulang -> Raja Kecil Tengah -> Raja
Kecil Bongsu

- sistem pembesar empat, lapan, enam belas, tiga puluh dua: (a) Orang Kaya Bendahara Seri
Maharaja (b) OK Besar Maharaja Di-Raja (c) OK Temenggung Paduka Raja (d) OK Menteri
Paduka Tuan/

- pemerintahan dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan

Terengganu

- sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Yang di-Pertuan Muda


- Dewan Pangkuan Diraja berhak memilih dan melantik sultan. Jumaah ini turut dikenali Ahli
Al-Hal waal-Aqad (ahli yang memilih dan menjadikan raja)

- pemerintahan dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Selangor

- sistem perwarisan takhta. Waris ganti digelar Raja Muda. Pelantikan Sultan atas nasihat dan
pengesahan Dewan di-raja (bertanggungjawab membantu dan menasihati sultan dalam
menjalankan fungsi baginda) Anggota termasuk Raja Muda, Tengku Laksamana, Tengku
Bendahara

- pemerintahan dijalankan bersama-sama Majlis Mesyuarat Kerajaan

Agama Islam dalam Pemerintahan

- Sultan merupakan ketua agama bagi setiap negerinya. Kedudukan ini diperihalkan dengan
jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri

- Institusi agama berperanan penting di setiap peringkat negeri dan bidang kuasa mereka
mestilah dihormati: peranan mufti, kadi, mahkamah syariah, Jabatan Agama Islam

- Sultan bertanggungjawab mendaulatkan syair Islam. Tauliah penceramah agama


dikeluarkan oleh pejabat istana setelah ditandatangani Sultan. Agama menjadi panduan
bersahsiah, berakhlak mulia.

Perundangan

- Undang-undang digubal bagi mengawal kehidupan masyarakat

- Hukum Kanun Melaka asas kepada kelahiran undang-undang bertulis negeri-negeri Melayu:
Hukum Kanun Pahang, Undang-undang 99 Perak
- Hukum Kanun Melaka terbukti dalam fasal-fasal berhubung peraturan dan larangan istana,
kekeluargaan Islam, jenayah, hutang-putang, hukum jual beli

- Perkembangan politik, sosioekonomi menyebabkan perubahan perundangan

- Kempat-empat Kesultanan menggubal Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri bagi


menyesuaikan perubahan, melengkapkan sistem pemerintahan, sistem kesultanan.

Adat Istiadat

- aturan dan perbuatan yang telah lazim dilakukan sejak sekian lama merupakan identiti dan
keunikan warisan

- adat keputeraan: melenggeng perut (kandungan 7 bulan membetulkan kedudukan bayi),


bayi diperdengarkan azan sebaik dilahirkan, bercukur (apabila berusia 7 hari), berendoi (letak
di buaian dan diperdengarkan alunan marhaban)

- adat perkahwinan: merisik, meminang, bertunang, berinai besar (malam sebelum


perkahwinan), Khatam Al-Quran, pernikahan, persandingan dan bertepung tawar, santap
beradab, bersiran di atas panca persada

- istiadat pemakaman: tempoh berkabung bergantung pihak istana, pihak istana memberi
sedekah kepada rakyat, usungan disediakan untuk mengangkut jenazah ke perkaman dikenali
Seraja Diraja, nobat tidak akan dimainkan

Persuratan

- Karya sejarah: Hikayat Pahang (Haji Muhammad Nor, sejarah Pahang abad 19). Misa
Melayu Raja Chulan, sejarah Perak abad 18). Syair Tawarikh Sultan Zainal Abidin ketiga
(Tengku Dalan Kalthum, sejarah Terengganu abad 19,20). Kenang-kenangan Selangor (Wan
Muhammad Min, sejarah Selangor abad 19,20)

- Karya perubatan: Kitab Tib, Haji Mahmud al-Jawi, Terengganu, tahun 1819
- Sastera rakyat: Hikayat Sang Kancil, cerita teladan dan jenaka yang berasaskan manuskrip
Hikayat Pelandok Jenaka dibukukan oleh Daeng Abdul Hamid dan Perak 20 buah cerita.

Ekonomi

- Pelabuhan: Perak, Selangor memiliki kedudukan strategik di Selat Melaka, Pelabuhan


K.Selanor dan Pangkalan Batu, K.Sg.Perak menjadi pusat perdagangan yang aktif pada abad
17-19. Hasil utama bijih timah. K.Terengganu merupakan pelabuhan entrepot abad 18.
Barangan dagang emas, bijih timah, kain sutera, senjata, gula, hasil hutan. Pelabuhan
diuruskan oleh syahbandar dan pegawai pelabuhan lain. Sistem cukai cekap dilaksanakan
bagi memastikan pelancaran pedagangan.

- Mata wang: Perak terkenal dengan mata wang bongkah timah (bidor) abad 17. Mata wang
pitis yang diperbuat daripada timah digunakan di Pahang mulai pemerintahan Sultan
Muhammad Shah. Mata wang tampang abad 19. Terengganu, Sultan Zainal Abidin I
memperkenalkan mata wang berupa kupang emas. Terdapat mata wang pitis Selangor, turut
ditemukan mata wang syiling semasa pemerintahan Sultan Ibrahim Shah

Ekonomi Sara Diri dan Jual Beli

- Ekonomi Sara Diri: pertanian, penternakan, perlombongan, mengutip hasil hutan, perikanan
bagi menampung keperluan harian dan lebihnya untuk dijual. Perlombongan bijih timah
kegiatan utama Selangor, Perak. Selangor mengusahakan tanaman padi dan tanaman
sampingan: buah-buahan, sayur-sayuran. Manakala masyarakat Perak pengusaha utama hasil
hutan: rotan, sumbu badak, kayu kayan abad 17,18. Abad 18, Terengganu mengusahakan
tanaman lada hitam dan perlombongan emas.

You might also like