You are on page 1of 11

SKEMA JAWAPAN

SULIT Nama :…………………………………….………………… Tingkatan :……………………


SEJARAH
MAC
2 jam

SMK BIDOR

UJIAN RASMI 1
TINGKATAN 5
MAC 2020

PERNIAGAAN
dua jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 2 Bahagian. Jawab BAHAGIAN


MARKAH MARKAH
PENUH DAPAT
semua soalan.
Bahagian A 30
Bahagian A : 30 soalan.
Bahagian B 30
(Jawab di kertas Objektif)
Bahagian B : 3 soalan JUMLAH 60

(Jawab di kertas jawapan)

2. Gunakan masa menjawab yang diberikan dengan


sebaik mungkin.

Disediakan oleh, Disemak oleh,


,

……………………………… ………………………………
(NURUL WAHIDAYAH BINTI RAMLEE)
GURU M/P

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak termasuk muka hadapan


Arahan : Tiap-tiap soalan di bawah ini diikuti oleh empat pilihan jawapan.. Bagi setiap
soalan, pilih satu jawapan yang tepat atau yang paling sesuai.

1 Tujuan perniagaan adalah untuk


A meningkatkan taraf hidup
B menawarkan barang dan perkhidmatan
C memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
D memastikan perniagaan dapat beroperasi lebih lama

2 Perniagaan manakah yang merupakan milikan tunggal?


A Kedai Runcit Ali
B Restoran Syed dan Sheikh
C Koperasi Kg Rebana Berhad
D Syarikat JAZZ Sendirian Berhad

3 Maklumat berikut menunjukkan bentuk pemilikan perniagaan.

MEGA BULAN
HAD
SENDIRIAN BER

Antara berikut, yang manakah benar tentang bentuk pemilikan perniagaan tersebut?
I Kadar bayaran cukai syarikat adalah rendah
II Semua pemegang saham menanggung liabiliti yang tidak terhad
III Bilangan ahli yang dibenarkan adalah antara dua orang hingga 50 orang.
IV Milik saham hanya boleh dipindah selepas mendapat kebenaran ahli
lembaga pengarah
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

4 Manakah yang boleh digolongkan sebagai perniagaan bersaiz kecil?


A Kilang pakaian C Loji penapisan minyak

B Kedai kek dan biskut D Pengeluaran ubat-ubatan

5 Apakah tujuan penubuhan organisasi bermotifkan untung ditubuhkan?

2
A Membantu golongan berkemampuan mendapatkan perkhidmatan percuma
B Mementingkan kebajikan ahli dan masyarakat setempat
C Menyediakan premis perniagaan kepada usahawan
D Menawarkan barang dan perkhidmatan

6 Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan.

 Hal ehwal syarikat dirahsiakan


 Tidak bebas pindah milik syer
 Liabiliti terhad

Apakah bentuk pemilikan tersebut?

A Syarikat sendirian berhad


B Syarikat awam berhad
C Milikan tunggal
D Koperasi

7 Rajah berikut berkaitan dengan sektor perniagaan

Sektor Primer

Sektor
Sektor X
Perniagaan

Sektor Tertier

Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?


A Guru
B Buruh binaan
C Penternak ayam
D Pemilik Salon Rambut

8 Rajah yang berikut menunjukkan suatu skala perniagaan

Domestik

3
P Negeri
Kebangsaan

Pilih pernyataan yang benar tentang P


A Melibatkan penjualan suatu produk hanya dalam negara
B Membekalkan barang dan perkhidmatan di kawasan tertentu sahaja
C Penjualan suatu produk pada peringkat daerah dalam sesebuah negeri
D Melibatkan penjualan produk di pasaran dalam negeri dan di luar negara

9 Rajah yang berikut berkaitan dengan sejenis perniagaan

Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan di atas?

I. Berskala global
II. Perniagaaan bersaiz besar
III. Terlibat dalam sektor kedua
IV. Menyediakan perkhidmatan langsung
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

10 Maklumat berikut berkaitan dengan Puan Murni

Puan Murni merupakan pemilik Kedai Kek Murni di Kluang . Beliau dibantu oleh 15
orang pekerja
Apakah saiz perniagaan Kedai Kek Murni?

A Kecil
B Besar
C Global
D Sederhana

11 Soalan 3 berdasarkan maklumat di bawah.

KOPERASI KONTRAKTOR BUMIPUTERA BERHAD


CAWANGAN BATU PAHAT
4
Apakah kelebihan menjadi anggota perniagaan tersebut?
I Liabiliti tidak terhad
II Terima komisen
III Terima dividen
IV Terlibat dalam proses membuat keputusan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. Gambar 1 mewakili sektor perniagaan.

Gambar 1
Gambar 1 menunjukkan satu aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah sektor
tersebut?
A Sektor Primer
B Sektor Tertier
C Sektor Sekunder
D Sektor Domestik

13. Maklumat berikut berkaitan Syarikat Batik Indah.

Pengilangan
Jualan Tahunan Bilangan Pekerja Tetap
5 juta 70 orang
Saiz perniagaan Syarikat Batik Indah ialah
A kecil
B sederhana
C besar
D mega

14 Apakah sektor yang banyak diceburi oleh penduduk Malaysia selepas merdeka ?
A Sektor pembinaan
B Sektor perindustrian
C Sektor pertanian
D Sektor perkhidmatan

5
15 Situasi berikut berkaitan pengambilan sumber manusia.

Encik Masnawi menggaji Noraini yang baru sahaja menamatkan


pelajarannya di salah sebuah universiti tanahair dalam bidang
perakaunan sebagai seorang kerani.

Apakah kekurangan pengambilan sumber manusia tersebut?


A Kos merekrut yang tinggi
B Tidak membawa idea baharu
C Tidak perlu program induksi
D Pengetahuan stereotaip

16 Apakah maksud bahagian fungsian?


A Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk seluruh organisasi
B Bahagian yang mempunyai tanggungjawab khusus untuk seluruh
organisasi
C Bahagian yang mempunyai fungsi umum untuk bahagian tersebut
D Sebahagian dalam organisasi perniagaan yang mempunyai tanggungjawab
khusus untuk bahagian tersebut

17 Pernyataan yang manakah menunjukkan maksud sebenar pengurusan sumber


manusia?
A Satu usaha mengenal pasti dan mengambil pekerja baharu dalam organisasi
B Merujuk kepada pendekatan dan cara mengurus pekerja organisasi secara
cekap
C Aktiviti melatih pekerja baru untuk mencapai matlamat jangka pendek organisasi
D Satu usaha pembangunan tenaga kerja strategik untuk mencapai matlamat
organisasi

18 Mengapakah pemberian insentif yang munasabah kepada pekerja penting bagi


sesebuah organisasi?
I Menjamin kesetiaan pekerja
II Dapat meningkatkan imej syarikat
III Dapat meningkatkan motivasi pekerja
IV Dapat meningkatkan kreativiti pekerja
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

19 Mengapakah jenis kemahiran kebolehkerjaan amat penting bagi seorang bakal


graduan?

6
A Majikan berminat menawarkan kerja
B Dapat merancang dan mengurus diri
C Dapat berkomunikasi dengan berkesan
D Mampu untuk menyelesaikan masalah

20 Antara yang berikut, yang manakah merupakan jenis sumber teknologi?


I Lesen perisian
II Peralatan kilang
III Kemahiran dan pengalaman
IV Pendidikan dan latihan
A I dan II C II dan III
B I dan III D II dan IV

21 Rajah berikut merupakan prosedur mengurus sumber teknologi.

Antara berikut, yang manakah merupakan prosedur yang betul bagi T?


A Hak cipta Terpelihara
B Penyelenggaraan
C Keselamatan
D Insurans

22 Maklumat berikut berkaitan dengan aktiviti yang dijalankan di sebuah organisasi.

 Reka cipta yang belum dicipta oleh pihak lain


 Prosedur yang belum dicipta oleh mana-mana pihak
 Berpotensi untuk dimanfaatkan oleh semua pihak

Apakah yang berkaitan dengan aktiviti tersebut?


A Paten
B Hak cipta terpelihara
C Perlindungan insurans dan keselamatan
D Penyelenggaraan dan baik pulih secara terancang

23 Gambar menunjukkan kemudahan aplikasi teknologi dalam perniagaan.

7
Apakah kesan aplikasi tersebut kepada perniagaan?
A Meningkatkan hasil perniagaan
B Meningkatkan kepuasan pelanggan
C Meningkatkan pengambilan pekerja
D Meningkatkan perbelanjaan pengurusan

24. Maklumat berkaitan dengan konsep pengurusan yang diamalkan dalam sebuah
organisasi
 Total Quality Management
 Zero Defect

Apakah peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia organisasi tersebut?
A. Membina persekitaran kerja yang harmoni
B. Menggalakan kreativiti dan inovasi
C. Pemberian insentif yang munasabah
D. Pemantapan budaya professional

25. Mengapakah mesin perlu diselenggara secara berkala?


A. Meningkatkan keuntungan syarikat
B. Memastikan operasi perniagaan berjalan lancar
C. Menjimatkan masa pemprosesan output
D. Mengurangkan tenaga sumber manusia

26. Apakah tujuan mengurus harta intelek?


A. Mengelakkan ancaman cetak rompak
B. Mencapai keuntungan jangka masa pendek
C. Menjimatkan kos penyelenggaraan harta intelek
D. Memudahkan sumber fizikal dan sumber teknologi

27. Apakah tindakan Syarikat Kereta Jenama XYZ untuk memastikan reka bentuk kereta
tidak ditiru oleh
pesaing?
A. Memiliki lessen perisian
B. Memiliki kemahiran dan pengalaman
C. Memiliki hak cipta terpelihara
D. Memiliki paten

8
28 . Apakah jenis sumber pembiayaan yang membolehkan peniaga mencagarkan barangan
berharga untuk
medapat pinjaman?
A. Sewa beli
B. Pajakan
C. Overdraf
D. Ar-Rahnu

29. Sumber fizikal manakah yang berkaitan dengan sebuah kilang perabot?

A Stok
B Lesen perisian
C Kemahiran pekerja
D Penyelenggaraan dan pembaikan

30. Keuntungan yang tidak diagihkan kepada pemegang saham tetapi diguna untuk
mengembangkan perniagaan dikenali sebagai

A rizab
B hasil diterima
C perolehan bersih
D keuntungan kasar

BAHAGIAN B

1. (a) Berikan tiga kelebihan dan tiga kekurangan sumber manusia dalaman.
[6 markah]
(b) Gambar berikut berkaitan dengan dua jenis organisasi perniagaan.

Organisasi A Organisasi B

Nyatakan perbezaan di antara Organisasi A dengan Organisasi B dari aspek


tujuan penubuhan dan sumber kewangan. [4 markah]

9
2. (a) Gambar 1 berkaitan dengan suatu bentuk perniagaan.

Gambar 1
Jelaskan bentuk pemilikan perniagaan bagi gambar 1. [6 Markah]

(b) Pernyataan berikut berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh Perniagaan

Mercu Jaya.

Perniagaan Mercu Jaya telah menghadapi masalah bilangan pekerja yang


semakin menurun. Keadaan ini telah menjejaskan prestasi, produktiviti dan
pencapaian keseluruhan perniagaan.

Bagaimanakah pengurusan sumber manusia Perniagaan Mercu Jaya menangani


masalah tersebut. [4 markah]

3. Dalam menjalankan sesebuah perniagaan, pengurusan sumber memainkan peranan


yang sangat penting dalam memastikan reputasi perniagaan dalam keadaan baik.

Gambar 3

Gambar 3 merupakan salah sebuah syarikat mengeluarkan produk kereta yang


terkemuka. Berdasarkan Gambar 3:

10
a) Nyatakan empat kepentingan pengurusan sumber manusia bagi perniagaan di
atas. [4markah]

b) (i) Huraikan prosedur mengurus sumber teknologi bagi situasi di atas.


[6markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

11

You might also like