You are on page 1of 4

Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan 2016

SMK (P) Bandaraya, Kuala Lumpur


Oleh: Noor Fariza binti Md Sah

Ucapan Catatan

Yang Berusaha
Pn. Norbani binti Baba,
Pengetua SMK (P) Bandaraya

Yang Dihormati
Pn. Siti Mashitah binti Hj. Ismail
(PK Tadbir & Kurikulum)

Pn. Haslina binti Kamari


(PK Hal Ehwal Murid)

Pn. Noor Aini binti Ibrahim,


(PK Kokurikulum)

Barisan ketua bidang,


Rakan-rakan guru,
dan anak-anak yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t….

Kita mulakan majlis kita ada hari ini dengan Ummul Kitab- Al-Fatihah

Irama beralun gendang dipalu


Langkah diayun berpasang-pasangan
59 tahun telah berlalu
Malaysia megah menyambut kemerdekaan

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Ilahi di atas izin-Nya, sekali lagi kita dapat
berhimpun bersama di dewan pada hari ini bagi meraikan Majlis Perasmian
Sambutan Bulan Kemerdekaan tahun 2016, Peringkat SMK (P) Bandaraya.

Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru dan
anak-anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring menggenggam
iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

Dengan tema yang masih dikekalkan "SEHATI SEJIWA" , sekaligus menjadi


lambang perlunya memupuk semangat bersatu-padu di antara satu sama lain
yang telah lama menjadi amalan dalam kalangan rakyat Malaysia
Hadirin-hadirat yang dihormati,

Sepanjang bulan kemerdekaan ini, pihak sekolah telah merencana variasi


program khas untuk menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kemerdekaan negara
yang ke-59. Seterusnya, saya akan menerangkan serba sedikit aktiviti-aktiviti
yang telah direncanakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan ini buat
panduan semua warga SMK (P) Bandaraya.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan ialah:


1/8 – 19/9 : Pertandingan Menghias Bilik Darjah/Keceriaan Kelas
1/8 – 19/9 : Kenali Tokoh (Murid-murid disarankan untuk membaca kisah-kisah
berkenaan tokoh-tokoh negara Malaysia kerana aktiviti kuiz mengenali tokoh-
tokoh negara akan dilaksanakan sepanjang tarikh berkenaan)
10/8 : Pertandingan Melukis Poster (Murid-murid dikehendaki membawa
peralatan mewarna sendiri. Terpulang kepada murid-murid untuk menggunakan
pensel warna kayu atau warna air. Pastikan membawa surat khabar bagi
digunakan sebagai alas semasa aktiviti berkenaan)
17/8 : Tayangan Video (Pengalaman Orang Lama), ASWARA
(Pengalaman orang lama- menjemput seorang individu yang berpengalaman
merasai perjuangan mendaulatkan negara Malaysia)
24/8 : Pertandingan Lagu Patriotik / Pertandingan Busana (Setiap kelas perlu
menghantar wakil bagi nyanyian lagu patriotik. Pilihan lagu yang dibuat perlu
dimaklumkan kepada Pn.Noor Fariza selewat-lewatnya pada 19 Ogos) (Setiap
kelas dikehendaki menghantar 2 orang wakil bagi memperagakan 2 busana
tradisional Malaysia. Selewat-lewatnya 19 Ogos dan diberikan kepada
Pn.Fariza)

Jangan tertawan alpa duniawi,


Hanya indah serupa mimpi;
Duhai pahlawan ksatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.

Meneruskan aturcara pada hari ini, dengan segala sukacitanya dipersilakan


Yang Berusaha Pn. Norbani binti Baba bagi menyampaikan ucapan, seterusnya
merasmikan sambutan bulan kemerdekaan tahun 2016.

---------------------------------------Ucapan Perasmian----------------------------------
------------------------------Larian Simbolik Kemerdekaan-----------------------------
----------------------------------------Gimik Perasmian-----------------------------------

Seterusnya majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pn.Norbani binti Baba


melaksanakan upacara simbolik perasmian sambutan bulan kemerdekaan 2016
SMK (P) Bandaraya. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada
Pn.Norbani binti Baba di atas kesudian merasmikan sambutan bulan
kemerdekaan 2016 ini.
Hadirin yang dimuliakan sekalian,

Tanpa melengahkan masa, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan


Pengetua bersama-sama Guru-guru Penolong Kanan dan Guru-guru Kanan
Mata Pelajaran untuk ke belakang dewan bagi menulis Tinta Merdeka

------------------------------------------Tinta Merdeka------------------------------------

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Pn Pengetua, Guru-guru


Penolong Kanan dan Guru-guru Kanan Mata Pelajaran kerana sudi
menyempurnakan acara penulisan Tinta Merdeka itu tadi.

Hadirin-hadirat yang dihormati,

Majlis akan diteruskan lagi dengan acara nyanyian lagu tema bulan
kemerdekaan 2016 selari dengan tema hari kebangsaan kita iaitu Sehati Sejiwa
bersama kibaran Jalur Gemilang. Oleh itu, semua guru dan murid-murid
dikehendaki berdiri bagi menyanyikan lagu tema ini dengan penuh
bersemangat. Seterusnya, menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Sekolah juga
dengan bersemangat. Selaras dengan matlamat bulan kemerdekaan ini ingin
melahirkan individu yang mencintai tanahairnya serta sekolahnya.

--------------------------------------Nyanyian----------------------------------------------

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas nyanyian yang penuh


bersemangat tadi.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara,
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Merdu bertingkah alunan suara,


Kadang tak sedar tersilap kata
Andai terlanjur patah bicara,
Serendah hati kemaafan dipinta

Dengan nyanyian lagu tema hari kebangsaan dan negaraku itu tadi, maka majlis
jua telah sampai ke penghujungnya. Akhir kata, yang baik itu adalah datangnya
dari Allah jua dan segala kekurangan adalah dari kelemahan saya jua.

Sebelum kita bersurai, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Puan


Pengetua, Pn.Norbani binti Baba, diiringi oleh guru-guru dan murid-murid
untuk bergerak ke kawasan taman di belakang dewan bagi acara menanam
pokok tin sebagai simbolik sambutan bulan kemerdekaan. Sekian.

WABILLAHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.RT.

You might also like