You are on page 1of 4

Set 1 Modul Halus Pengenalan Kepada Perakaunan

SOALAN MODUL 1

BAHAGIAN A.

1 Berikut adalah merupakan ciri perakaunan

I Proses menyediakan Penyata Kewangan


II Melaporkan aktiviti kewangan
III Merekod urusniaga
IV Menganalisis maklumat Penyata Kewangan

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I dan IV

2 _____________ menunjukkan proses perakaunan secara sistematik sehingga


penyediaan Penyata Kewangan.

A Sistem Catatan Bergu


B Prinsip Perakaunan
C Kitaran Perakaunan
D Konsep Perakaunan

3 _______________ menyediakan maklumat perakaunan untuk pengguna dalaman.

A Perakaunan Pengurusan
B Pengauditan
C Pencukaian
D Perakaunan Kewangan

4 X adalah peringkat yang seterusnya di mana dokumen perniagaan akan direkodkan.


Apakah X?

A Lejar
B Sistem Catatan Bergu
C Buku Catatan Pertama
D Pelarasan

5 Peringkat ke 6 dalam Kitaran Perakaunan adalah _________________

A Lejar
B Pelarasan
C Imbangan Duga
D Imbangan Duga Terselaras

Disediakan oleh Jurulatih Utama Tingkatan Prinsip Perakaunan Negeri Perak 1


Set 1 Modul Halus Pengenalan Kepada Perakaunan

6
Akauntan harus professional ,berkemahiran dan berkeupayaan untuk memberi
perkhidmatan perakaunan yang terbaik kepada pelanggannya.

Penyataan di atas adalah merujuk kod etika akauntan profesional iaitu

A Integriti
B Akauntabiliti
C Kerahsiaan
D Kompetensi

7
Keupayaan akauntan untuk menyampaikan maklumat perakaunan secara adil.

Penyataan di atas adalah merujuk kepada ciri akauntan sebagai pemimpin iaitu

A Kredibiliti
B Akauntabiliti
C Kerahsiaan
D Integriti

8 Apakah peranan utama Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)?

A Merancang dan melaksanakan program latihan.


B Menentukan skop dan penggunaan standard perakaunan.
C Melaksanakan tugas sebagai pendaftaran akauntan.
D Melatih akauntan menyediakan Penyata Kewangan mengikut piawai yang telah
ditetapkan.

9
Memberi khidmat sokongan kepada ahli dan pelajarnya sepanjang kerjaya dalam
bidang perakaunan mereka.

Pernyataan di atas merujuk kepada fungsi

A Institut Akauntan Awam Bertauliah Malysia (MICPA)


B Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB)
C Chartered Institute Of Management Accountants (CIMA)
D Association Of Chartered Certified Accountants (ACCA)

Disediakan oleh Jurulatih Utama Tingkatan Prinsip Perakaunan Negeri Perak 2


Set 1 Modul Halus Pengenalan Kepada Perakaunan

10 Rekod perakaunan yang paling awal di dapati di _____________

A Babylonia
B Itali
C England
D Mesir

11 Pengguna dalaman penyata kewangan adalah

I Pemilik perniagaan
II Pekerja
III Pengurus bank
IV Pelabur

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I dan IV

12
Maklumat ini dapat mempengaruhi keputusan ekonomi yang dibuat oleh pengguna.

Berdasarkan pernyataan di atas , apakah ciri kualitatif asas Penyata Kewangan yang
dimaksudkan ?

A Kebolehsahan
B Relevan
C Perwakilan benar
D Kebolehfahaman

13
Maklumat dalam Penyata Kewangan mesti bebas daripada kesilapan material.

Berdasarkan pernyataan di atas , apakah ciri kualitatif asas yang dimaksudkan ?

A Kebolehsahan
B Relevan
C Perwakilan benar
D Kebolehfahaman

14 Berikut adalah komponen Kos Jualan dalam Akaun Perdagangan

A Jualan
B Jualan bersih
C Pulangan masuk
D Pulangan keluar
Disediakan oleh Jurulatih Utama Tingkatan Prinsip Perakaunan Negeri Perak 3
Set 1 Modul Halus Pengenalan Kepada Perakaunan

15 Berikut adalah butir yang akan direkodkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan

A Komisen diterima
B Perabot
C Kadar bayaran
D Faedah atas simpanan tetap

16
En.Bala telah merekodkan tunai perniagaan yang telah digunakannya untuk
pembayaran sewa kediamannya.

Apakah andaian perakaunan yang telah dipatuhi oleh En. Bala?

A Wang sebagai ukuran


B Entiti berasingan
C Usaha berterusan
D Sistem Catatan Bergu

17 Apakah batasan perakaunan ?

A Prinsip Kos
B Pengiktirafan hasil dan belanja
C Kos manfaat
D Wang sebagai ukuran

18 Nyatakan Prinsip Perakaunan bagi situasi berikut :

Perniagaan Maju Bersatu merekodkan nilai sebenar kenderaan yang telah dibeli 5
tahun yang lalu dalam Penyata Kedudukan Kewangan yang terkini walaupun
harga pasaran telah menunjukkan nllai yang berbeza.

A Prinsip kos
B Tempoh perakaunan
C Wang sebagai ukuran
D Usaha berterusan

19 Tanggungan liabiliti ______________ dan ____________ adalah tidak terhad.

I milikan tunggal
II koperasi
III syarikat awam berhad
IV perkongsian

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I dan IV
Disediakan oleh Jurulatih Utama Tingkatan Prinsip Perakaunan Negeri Perak 4

You might also like