You are on page 1of 50

EKONOMI MALAYSIA

BELANJAWAN NEGARA
Definisi Belanjawan (Bajet) Negara

“Suatu penyata anggaran


kewangan tentang perbelanjaan
dan hasil kerajaan untuk satu
tahun kewangan yang akan
datang”
• Kerajaan akan mengumumkan tentang
perubahan kadar cukai, memperkenalkan
cukai baru dan memansuhkan sesetengah
cukai sedia ada.
• Kerajaan turut mengumumkan tentang
perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan
pembangunan.
Sumber Hasil Kerajaan
• Ialah pendapatan baginya untuk melakukan
perbelanjaan.
• Datang daripada hasil cukai (langsung dan
tidak langsung) dan hasil bukan cukai.
Hasil Cukai
• Cukai Langsung
– Merupakan sejenis cukai yang beban cukainya
tidak boleh diagihkan @ dipindahkan oleh
pembayar cukai kepada orang lain.
– Beban cukai – jumlah cukai yang ditanggung oleh
pembayar cukai itu.
– Cukai langsung terdiri daripada;
– Cukai Pendapatan Syarikat
• Dikenakan terhadap keuntungan yang diperoleh oleh
syarikat berhad sama ada syarikat sendirian berhad @
syarikat awam berhad.
• Kadar cukainya di Malaysia ialah 28% daripada
keuntungan syarikat.
– Cukai Pendapatan Perseorangan
• Dikenakan terhadap individu yang memperoleh
pendapatan melebihi jumlah tertentu selepas ditolak
potongan wajib dalam tempoh setahun.
• Sumber pendapatan dari pekerjaan @ perniagaan,
elaun, bonus, dividen, faedah dan sewa.
• Bersifat progresif iaitu semakin tinggi pendapatan,
semakin tinggi kadar cukai yang dikenakan.
– Cukai Pendapatan Petroleum
• Dikenakan kepada semua syarikat petroleum yang
beroperasi di Malaysia.
• 38% daripada jumlah pendapatan petroleum.

– Cukai Pendapatan Koperasi


• Dikenakan terhadap keuntungan koperasi yang
beroperasi di Malaysia.

– Cukai Keuntungan Harta Tanah


• Dikenakan apabila sesuatu harta dijual pada harga yang
lebih tinggi berbanding dengan harga beliannya.
• Perbezaan dua tingkat harga tersebut disebut sebagai
keuntungan harta.

– Duti Setem
• Dikenakan apabila dokumen harta yang dipindah hak
milik desetemkan.
• Nilai duti bergantung kepada nilai sesuatu harta itu.

– Cukai Tanah
• Dikenakan kepada pemilik tanah.
• Kadar cukai berbeza mengikut lokasi dan jenis tanah.
– Cukai Pintu
• Dikenakan kepada pemilik rumah setiap tahun.
• Digunakan untuk membiayai infrastruktur dan
perkhidmatan awam.
• Cukai Tidak Langsung
– Sejenis cukai yang beban cukainya boleh diagih @
dipindahkan sepenuhnya @ sebahagian kepada
orang lain.
– Cukai langsung terdiri daripada;

– Duti Import
• Dikenakan terhadap barang-barang yang diimport dari
luar negara. (buah-buahan, minyak wangi, kereta dll.)

– Duti Eksport
• Dikenakan terhadap barang yang dieksport ke luar
negara. (petroleum, kayu balak, kelapa sawit dan getah)
– Duti Eksais
• Dikenakan terhadap barang-barang seperti rokok,
tembakau, minuman keras dan barang mewah seperti
kereta dan minyak wangi yang dikeluarkan oleh firma
tempatan dan digunakan dalam negeri.
• Dikenakan untuk menyekat penggunaannya oleh
sesetengah golongan masyarakat kerana menjejaskan
kesihatan (rokok dan minuman keras).

– Cukai Jualan
• Dikenakan terhadap barang akhir yang dijual oleh firma
dalam negeri dan barangan import.
– Cukai Perkhidmatan
• Dikenakan terhadap perkhidmatan seperti hotel,
restoran, pengiklanan, insurans dan pusat servis kereta.
Kadar cukai ialah 5%.

– Cukai Perjudian
• Dikenakan terhadap syarikat perjudian berlesen seperti
kasino, lumba kuda, nombor ekor dll.
Persamaan Cukai Langsung Dengan
Cukai Tidak Langsung.
• Kedua-duanya merupakan sumber hasil kerajaan.
• Kedua-duanya digunakan untuk perbelanjaan
kerajaan.
• Kedua-duanya digunakan untuk menstabilkan
ekonomi melalui dasar belanjawan negara.
• Beban cukai ditanggung sepenuhnya oleh
pembayar cukai. Contohnya cukai perkhidmatan
dan cukai pendapatan perseorangan.
Perbezaan Cukai Langsung Dengan
Cukai Tidak Langsing
Aspek
Cukai Langsung Cukai Tidak Langsung
perbezaan
Merupakan sejenis cukai yang beban
Merupakan sejenis cukai yang beban
cukainya boleh diagih @ dipindahkan
cukainya tidak bole diagih @ dipindahkan Definisi sepenuhnya @ sebahagian kepada orang
oleh pembayar cukai kepada orang lain.
lain.
Kebanyakan cukai dikenakan mengikut
Cukai dikenakan terhadap setiap urus niaga
jumlah pendapatan dan tingkat Bentuk cukai yang langsung.
keuntungan.
Dikenakan pada bila-bila masa dalam satu
Cukai ini dikenakan setahun sekali kecuali
duti setem.
Kekerapan tahun tertentu apabila urus niaga
dijalankan.
Tidak memberi kesan secara langsung
Memberi kesan secara langsung kepada Kebajikan
kepada kebajikan individu yang dikenakan
kebajikan individu tersebut individu cukai.

Cukai pendapatan syarikat, perseorangan, Duti import, duti eksport, cukai jualan dan
petroleum dan duti setem
Contoh cukai perkhidmatan.
Ulangkaji
• Yang berikut merupakan jenis-jenis cukai
langsung, kecuali…
A. Cukai pendapatan individu
B. Cukai perkhidmatan
C. Duti setem
D. Cukai keuntungan syarikat
• “Beban cukai ini boleh dipindahkan
sebahagian atau sepenuhnya kepada orang
lain”
Penyataan ini merujuk kepada…
A. Cukai pusaka
B. Cukai pembangunan
C. Cukai perkhidmatan
D. Cukai pendapatan syarikat
• Apakah maksud belanjawan negara?

• Nyatakan dua jenis cukai pendapatan?

• Nyatakan dua jenis cukai langsung?


Hasil Bukan Cukai
• Hasil bukan cukai seperti hasil sewa rumah-
rumah kerajaan, royalti daripada syarikat
petroleum, pendapatan daripada pelaburan,
selain hasil pengeluaran lesen dan permit
termasuk bayaran denda.
Perbelanjaan Kerajaan
• Perbelanjaan Mengurus
• Perbelanjaan Pembangunan
Perbelanjaan Mengurus
• merupakan perbelanjaan semasa yang
ditanggung oleh kerajaan pada setiap tahun bagi
memastikan pengurusan & dan pentadbiran
kerajaan berjalan lancar.
• Perbelanjaan mengurus terbahagi kepada 7
komponen iaitu:-
– Emolumen - perbelanjaan bagi pembayaran gaji &
elaun kakitangan kerajaan.
– Bayaran Khidmat Hutang - bayaran balik pinjaman
sama ada hutang dalam negeri ataupun luar negeri.
– Bekalan & Perkhidmatan - membeli segala bekalan
keperluan dan bahan yang digunakan oleh
pentadbiran kerajaan.
– Pencen & Ganjaran - bayaran kepada kakitangan
awam yang bersara.
– Pemberian & Serahan Kepada Kerajaan Negeri -
peruntukan di bawah sektor bayaran pindahan
kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri.
– Perbelanjaan lain - pemberian subsidi, pemberian
kepada badan berkanun dll.
Perbelanjaan Pembangunan
• perbelanjaan yang melibatkan perbelanjaan
terhadap projek sosial ekonomi yang akan
meningkatkan tingkat sosio ekonomi dan
menggalakkan pertumbuhan ekonomi.
• Perbelanjaan pembangunan terbahagi kepada 4
sektor iaitu:-
– Keselamatan - pertahanan & keselamatan dalam
negeri
– Perkhidmatan Sosial - bina sekolah, hospital, poliklinik
dsbgnya
– Perkhidmatan Ekonomi - kemudahan awam,
pengangkutan dsbgnya.
– Pentadbiran Am
PERBEZAAN ANTARA PERBELANJAAN MENGURUS
DENGAN PERBELANJAAN PEMBANGUNAN.
PERBELANJAAN MENGURUS PERBELANJAAN PEMBANGUNAN

Merupakan perbelanjaan semasa dan Merupakan perbelanjaan pelaburan


bersifat ulangan kerajaan persekutuan. kerajaan persekutuan.

Membayar kos pentadbiran dan Menambahkan modal fizikal negara.


pengurusan kerajaan persekutuan.

Contoh:- Contoh:-
Emolumen, bayaran khidmat hutang, Pembangunan pertanian dan
bekalan dan perkhidmatan pembangunan luar bandar serta
pembinaan infrastruktur.
Ulangkaji
• Antara yang berikut, manakah yang
merupakan perbelanjaan mengurus?
I. Perbelanjaan pelaburan kerajaan
II. Perbelanjaan semasa kerajaan
III. Perbelanjaan yang bersifat ulangan
IV. Perbelanjaan untuk menambahkan
keupayaan pengeluaran
• Antara yang berikut, manakah yang
merupakan perbelanjaan mengurus kerajaan?
I. Membina sekolah dan jambatan
II. Membaik pulih jalan dan makmal sekolah
III. Bayaran khidmat hutang
IV. Bayaran elaun kakitangan awam
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
• Huraikan maksud dan jenis-jenis perbelanjaan
mengurus dan pembangunan kerajaan
persekutuan.

SELAMAT MENJAWAB
Jenis-Jenis Belanjawan Negara
• Belanjawan Seimbang
– Jum. Hasil Kerajaan = Jum. Perbelanjaan kerajaan

• Belanjawan Lebihan
– Jum. Hasil Kerajaan > Jum. Perbelanjaan kerajaan

• Belanjawan Kurangan
– Jum. Hasil Kerajaan < Jum. Perbelanjaan kerajaan
Tujuan Belanjawan Negara
• Menganggarkan sumber hasil dan
perbelanjaan kerajaan
• Mencapai kestabilan ekonomi
• Membangunkan ekonomi
• Memperbaiki imbangan pembayaran
kurangan negara
• Merapatkan jurang perbezaan pendapatan
• Menggalakkan tabungan
Belanjawan Negara Sebagai Alat…
• Mengawal Inflasi
• Mengawal Kemelesetan Ekonomi
• Inflasi
– Keadaan ekonomi yang mengalami kenaikan tingkat
harga umum secara berterusan dan tidak terhad.
• Guna Tenaga Penuh
– Keadaan ekonomi yang telah menggunakan semua
sumber-sumber ekonomi yang sedia ada untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
• Kemelesetan Ekonomi
– Keadaan ekonomi yang keluaran negara menurun
secara berterusan dan pengangguran semakin
meningkat untuk satu jangka masa yang panjang.
Konsep Inflasi
Cara Belanjawan Mengatasi
Inflasi
Konsep Kemelesetan Ekonomi
Cara Belanjawan Negara Mengatasi
Kemelesetan Ekonomi
HUTANG NEGARA
• Pinjaman kerajaan dari sumber dalam negeri
dan luar negara.
• Kerajaan memperoleh pinjaman dalam negeri
melalui:-
– Penerbitan sekuriti kerajaan
• Janji bertulis antara kerajaan dengan peminjam.
Kerajaan akan membayar kadar faedah kepada pemilik
sekuriti.
– Bil Perbendaharaan
• Alat hutang jangka pendek bagi sektor awam iaitu
mempunyai tempoh matang kurang daripada setahun.
– Sijil Pelaburan
• Diterbitkan khusus untuk institusi kewangan Islam da
tidak mengandungi faedah.
– Pinjaman-Pinjaman Lain
• Pinjaman bersindiker (berkumpulan).
• Daripada Kumpulan Pinjaman Perumahan
Perbendaharaan
• Bank Perdagangan
• KWSP
• Kerajaan memperoleh pinjaman luar negara
melalui tiga cara iaitu:-
– Pinjaman Pasaran
• Kerajaan persekutuan menerbitkan bon-bon dan nota
kadar terapung untuk dijual di pasaran modal
antarabangsa di London, Tokyo dan New York.
• Kerajaan meminjam daripada pasaran antarabangsa
melalui pinjaman bersindiket.
– Pinjaman Projek
• Diperolehi daripada institusi kewangan antarabangsa
untuk membiayai projek pembangunan negara.
– Kredit Pembekal
• Pinjaman berbentuk barangan yang bayarannya
ditangguhkan untuk suatu masa tertentu.
Tujuan Pinjaman Kerajaan
• Menampung kekurangan hasil kerajaan
• Membiayai pembangunan ekonomi
• Mengagihkan pendapatan melalui projek
tertentu
• Membiayai kelewatan kutipan hasil cukai
Kelebihan Pinjaman Negeri Berbanding
Dengan Pinjaman Luar Negara
• Tidak dipengaruhi oleh perubahan kadar
pertukaran asing.
• Tidak melibatkan pengaliran keluar wang
• Lebih mudah dan fleksibel
• Kadar faedah yang lebih rendah
Ulangkaji
• Antara yang berikut, yang manakah
merupakan kelebihan pinjaman dalam negeri?
A. Kadar faedah lebih tinggi
B. Pengaliran keluar pertukaran asing
C. Pasaran modal yang lebih sempit
D. Syarikat pinjaman yang lebih fleksibel
• Yang berikut adalah tujuan kerajaan
persekutuan membuat pinjaman, kecuali…
A. Menutupi belanjawan kurangan
B. Membiayai pembangunan ekonomi
C. Mengagihkan pendapatan melalui projek
tertentu
D. Mengimbangi pembayaran kurangan
• Apakah maksud hutang negara?

• Jelaskan tujuan hutang negara kepada


Malaysia?
TAMAT

You might also like