You are on page 1of 1

Manakala Mariam Omar (1995), (dalam Rozaidah, 2005) telah menganalisis masalah yang dihadapi

oleh pelajar Asrama Bakti, Kuala Lumpur. Beliau menggunakan alat kajian Mooney Problem Check
List berdasarkan enam kategori masalah iaitu kewangan, masalah pergaulan muda mudi, masalah
penyesuaian terhadap kerja sekolah, masalah sosial-psikologi dan masalah keluarga. Seramai 200 orang
pelajar daripada tingkatan 1 hingga 5 telah dipilih sebagai responden. Sebanyak 180 item telah
digunakan dan hasil kajian mendapati masalah yang paling kerap adalah masalah penyesuaian
dalam kerja-kerja akademik. Selain daripada itu, tiada perbezaan yang signifikan diantara masalah
yang dihadapi berdasarkan perubahan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Namun ada hubungan yang
signifikan berdasarkan pembolehubah umur.

Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan sistem persekolahan yang menyediakan suasana
persekolahan danpembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna. Hasrat SBP adalah untuk
memupuk dan memperkembangkankebolehan dan potensi pelajar ke arah kecemerlangan, sebagai
insan dan warganegara yang seimbang danbertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan
negara

You might also like