You are on page 1of 5

Definisi Pendekatan, Kaedah, Teknik dan Strategi

2.1.1 Pendekatan :
Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan
berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu
set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran
serta mempunyai unsur-unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa
memerlukan sebarang bukti atau alasan).
Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan
yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini
berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran;
- konkrit ke abstrak
- mudah ke kompleks
- keseluruhan ke sebahagian
- umum ke spesisifik (deduktif)
Pendekatan mengajar
Semasa pengajaran dan pembelajaran seseorang guru boleh menggunakan kaedahkaedah yang telah dipelajari. Kaedah yang dipilih haruslah bersesuaian dengan
tahap kognitif dan psikomotor pelajar. Bagi memudahkan pengajaran dan
pembelajaran dicadangkan guru mengaplikasikan strategi, kaedah, teknik dan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan murid.
Pendekatan pengajaran berpusatkan guru, pelajar dan berpusatkan bahan seperti
penggunaan ICT.
2.1.2
Kaedah
Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan
Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf
pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara
mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang
tersusun. Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam
satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan
yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).
Jenis kaedah
Kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sering digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran Pendididikan Jasmani adalah
1. Kaedah Tradisional
Ia meliputi
-

Tugasan membaca buku teks

Kuliah

Mengucap dengan kuat

Tumpuan kepada perbendaharaan

Laporan secara lisan oleh murid

Mengkaji semula(riview)

Ujian,kuiz dan peperiksaan

2. Kaedah Kaedah Inkuiri (Penemuan)


Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu :
P1- Kenal pasti masalah
P2- Rancang penyelesaian
P3- Kumpul maklumat
P4- Buat tafsiran
P5- Buat kesimpulan
3. Kaedah kumpulan
- perbincangan kumpulan
- kuliah perbincangan
- kerja jawatankuasa
- main peranan
- Sesi Buzz
- Sumbangsaran
- Wawancara
- Konferen

4. Kaedah penyelesaian masalah


Ia meliputi
-

Projek

Tinjauan

Penyelidikan atau penjelajahan

Tunjukcara atau demonstrasi

Kelab kesihatan

Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami
masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani
pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Menganalisis dan memahami masalah


Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.
Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.
Membentuk jawapan yang mungkin.
Pilih dan uji penyelesaian alternatif.
Pilih penyelesaian yang sesuai.
Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan
1.Menggalakkan interaksi antara pelajar
2.memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi
3.menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji.
Kelemahan
1.
Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru
2.
Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar
yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak
akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.
5. Kaedah Kolaboratif
Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak
ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang
berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan
murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran
dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat. Ahli
kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan
masalah tugasan yang diberikan oleh guru. Pembelajaran kolaboratif memerlukan
semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri
dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen,
berinteraksi dan kepimpinan.
6. Kaedah Koperatif
Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah
1.

murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi


diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan

2.

murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah.


Ahli kumpulan bergantung secara positif.
3.
murid belajar secara aktif danbukan hanya bergantung kepada guru. Ahli
kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.
4.
murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah.
Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan
masalah atau tugasan yang diberikan.
5.
Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut
giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan
untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.
6.
Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi
pencapaian matlamat.
2.1.3 Teknik
Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah
mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya
teknikbercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main
peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan
keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria
pencapaian objektif berikut ;
Umur
-

Kebolehan

Kecerdasan

Minat

Teknik simulasi
Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan
sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang
benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan
terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara
olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan
menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu
kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan
komputer.
Teknik main peranan
Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan
mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih. Melalui
aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan
ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip. Ia boleh dilakukan secara
berstruktur atau tidak berstruktur.
Teknik latih tubi
Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti
secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep
baru dengan lancar.Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan,amali dan bertulis.Latihan
seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani
yang dipelajari.

Teknik demonstrasi
Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang
menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam
sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk
melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat
melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan
berkesan.
Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta
segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan
menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh
mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.
Teknik sumbangsaran
Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian
masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam
kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang
dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan
berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu
1.
2.

A.
B.
C.
D.

topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.


kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan
pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk
memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar.
setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.
semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.
cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

You might also like