You are on page 1of 5

3.

2 ISU-ISU KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA YANG TIMBUL DI DALAM BILIK DARJAH


DAN LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIANNYA.
Dalam menguruskan sebuah kelas yang mempunyai pelbagai etnik murid adalah
amat mencabar kewibawaan seorang guru. Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira
dengan teliti supaya sensitiviti etnik atau budaya tidak disentuh dan supaya pegajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar. Pelbagai isu kepelbagaian sosio
budaya timbul di dalam bilik darjah.
Antaranya ialah, persediaan murid untuk menerima perbezaan dan kepelbagaian
budaya kaum lain. Setiap kaum mempunyai budaya sendiri iaitu merangkumi bahasa, adat,
kepercayaan dan amalan. Di dalam bilik darjah, sesetengah murid kurang diberi pendedahan
mengenai amalan budaya bangsa lain. Hal ini menyebabkan timbul masalah perkauman di
dalam bilik darjah. Murid-murid yang baru menjejaki langkah ke dalam alam persekolah tidak
tahu mengenai adat dan budaya kaum lain. Sebagai contohnya, murid-murid Melayu dan
Cina tidak mempunyai pendedahan mengenai adat kaum India. Masyarakat India akan
membuat tanda putih di atas dahi selepas sembahyang dan orang perempuan akan
memakai pottu dalam dahi. Perkara itu adalah amalan di kalangan kaum India. Murid-murid
kaum lain yang tidak diberi pendedahan mengenai adat tersebut, kemungkinan akan
mengejek murid-murid India atas tanda-tanda di atas dahi mereka. Hal ini seterusnya akan
membawa kepada pendiskriminasian dalam kalangan murid-murid.
Dalam mengatasi isu ini, guru merupakan agen terpenting yang mampu membina
serta membentuk kefahaman dan penghayatan dalam diri sendiri, bangsa dan agama. Guru
bertanggungjawab dalam memberikan pendedahan awal kepada pelajar untuk memahami
budaya sendiri dan orang lain. Jadi salah satu cabaran mengenai tanggungjawab inilah yang
harus dipikul dan dilaksanakan dengan amanah oleh seorang guru terutamanya saya sendiri
bagi melahirkan modal insan yang bertamadun, tahu menghargai dan menghormati budaya
orang lain dan secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada proses mencapai
perpaduan.
Isu yang kedua timbul dalam bilik darjah ialah, perbezaan kelas sosial dalam
kalangan murid. Di dalam sebuah bilik darjah murid terdiri daripada tiga tahap kelas sosial
iaitu, rendah, sederhana dan tinggi.

Kelas sosial dapat dibahagikan mengikut taraf

pendidikan dan taraf sosioekonomi keluarga. Murid-murid yang tergolong dalam kelas sosial
yang rendah mungkin menghadapi masalah berkaitan dengan pembiayaan, kemudahan
belajar yang rendah, kurang mempunyai kelengkapan untuk belajar dan sebagainya. Muridmurid dari keluarga seperti ini, kurang mendapat perhatian daripada ibubapa sebab mereka
sibuk mencari rezeki. Selain itu, segelintir murid dari keluarga miskin terpaksa membuat

kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan pelajaran mereka. Murid-murid
seperti ini akan menghadapi masalah keciciran dalam pelajaran. Sebaliknya, murid-murid
yang dari kelas sosial yang sederhana dan tinggi kurang menghadapi masalah seperi murid
kelas sosial rendah. Murid-murid ini mendapat semua kemudahan dari segi pembiayaan,
kelengkapan untuk belajar dan sebagainya. Selain itu, ibu bapa mereka juga telah
mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan mereka akan memberi tunjuk ajar yang lebih
baik kepada anak-anak mereka. Di samping ibu bapa mereka juga mampu berbelanja duit
bagi anak-anak mereka untuk menghadiri kelas tambahan. Hasilnya adalah, peluang
mendapatkan pendidikan lebih luas kepada murid-murid dari keluarga sederhana dan tinggi
berbanding dengan murid-murid daripada keluarga yang miskin. Hal ini menyebabkan
berlaku isu jurang perbezaan antara murid-murid dan murid-murid dari keluarga miskin akan
terpinggir dalam kelas.
Langkah yang boleh diambil dalam hal ini ialah, guru perlu bijak bagi menangani
murid yang berasal daripada kelas sosial yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, perbezaan kelas sosial ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan
dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial mereka. Guru juga perlu peka terhadap
pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial. Ini
kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial akan menggalakan
interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang
berbeza akan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada
perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan
kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid.
Isu ketiga yang berlaku di dalam bilik darjah ialah, perbezaan tahap kecerdasan
individu murid. Di dalam bilik darjah, murid terdiri daripada pelbagai etnik. Setia etnik
mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza di mana ini bergantung kepada baka dan cara
pemakanan. Hal ini kerana, setiap manusia berbeza dari segi perkembangan fizikal, mental,
emosi, kognitif, dan juga sosial di mana perkembangan ini dipengaruhi oleh faktor baka iaitu
daripada ibu bapa seperti penampilan, pertuturan, dan juga tingkah laku. Kepelbagaian
murid terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, budaya, kelas sosial,
bahasa, jantina, bakat dan minat. Sebagai contohnya, murid-murid cina lebih senang untuk
menguasai subjek matematik berbanding dengan murid-murid berbangsa Melayu dan India.
Hal ini kerana, kaum Cina adalah sangat terkenal dalam bidang perniagaan maka, anakanak mereka juga mempunyai kemahiran mengira yang lebih tinggi daripada kaum lain. Hal
ini kerana kurang pendedahan mengenai kepentingan subjek matematik dalam kalangan
murid berbangsa Melayu dan India. Pendedahan yang kurang juga membuatkan perbezaan
dari segi tahap kogntif murid-murid di mana ini dapat di lihat dalam situasi bilik darjah murid

berbangsa apa yang cepat memahami sesuatu matapelajaran dan murid manakah yang
lemah dalam memahami sesuatu mataelajaran yang diambil. Kepelbagaian etnik dan kaum
juga menyumbang kepada pembentukan keperibadian individu yang berbeza.
Bagi menangani masalah ini, guru perlu menyediakan pengajaran dan pembelajaran
yang berasaskan aktiviti, bahan bantu mengajar serta strategi yang sesuai mengikut budaya
murid-murid. Hal ini adalah amat penting bagi guru-guru memperlihatkan kesan-kesan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Aktiviti yang disediakan
hendaklah dirancang secara holistik dan menyeluruh dan bahan bantu mengajar yang
hendak disediakan perlu menepati keperluan isi pelajaran bagi semua murid pelbagai
bangsa ini. Contohnya, seorang guru matematik perlu merancang pengajaran dan
menyediakan bahan bantu mengajar dan strategi yang boleh digunakan oleh semua murid
supaya murid-murid yang lemah juga dapat mengikuti, dan memahami pembelajarannya.
Seterusnya, cara berkomunikasi yang berbeza juga satu isu kepelbagaian
sosiobudaya yang wujud di dalam bilik darjah. Di dalam bilik darjah, sesetengah murid hanya
menguasai bahasa ibunda sahaja. Mereka akan mengalami masalah dalam bahasa lain
seperti Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan. Hal ini menyebabkan mereka kurang
memahami apa yang mereka baca dan penerangan guru. Kesannya mereka akan
ketinggalan dalam pelajaran. Sebagai contohnya, kebanyakkan

murid-murid berbangsa

Cina dan India hanya menguasai bahasa ibunda sahaja dan mereka mengalami kesukaran
dalam bertutur dan memahami Bahasa Melayu. Sebaliknya, murid-murid Melayu tidak
mempunyai masalah tersebut sebab Bahasa Melayu adalah bahasa ibunda mereka.
Disamping itu, selain daripada subjek Bahasa Melayu, subjek-subjek lain seperti matematik,
sains, moral juga diajar dalam Bahasa Melayu. Dalam hal ini, murid-murid bukan berbangsa
Melayu akan mengalami kesukaran dan ketinggalan subjek-subjek tersebut, malah muridmurid berbangsa Melayu lebih menguasai subjek-subjek tersebut. Selain itu, kegagalan
menguasai bahasa menyebabkan hubungan erat antara guru dengan murid dan murid
dengan murid juga tidak dapat dipupukkan. Hal ini menyebabkan berlaku perselisihan faham
dalam kalangan murid yang terdiri daripada pelbagai budaya.
Di sini peranan guru menjadi lebih penting demi menggelakkan perkara seumpama
itu tidak berlaku atau berulang. Dalam hal ini, guru perlu menggalakkan murid untuk
menggunakan Bahasa Kebangsaan di dalam bilik darjah. Guru perlu mengelakkan muridmurid berbual dalam bahasa ibunda di dalam kelas. Hal ini membantu murid-murid bukan
berbangsa Melayu dapat menguasai Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa dialek di dalam
kelas seharusnya dikawal bagi memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
Penggunaan laras bahasa yang betul juga perlu ditekankan dalam kalangan murid bagi

mengelakkan pergaduhan dan salah faham antara satu sama lain. Perbendaharan kata yang
tepat dan betul turut membantu murid mencapai kematangan sosial. Selain itu, ia juga dapat
mewujudkan komunikasi di antara muri-murid yang berlainan bangsa dan ia akan
merapatkan hubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid. Tambahan pula,
apabila mereka dapat menguasai Bahasa Malaysia, sekali gus mereka boleh memahami dan
menguasai subjek-subjek lain yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa
pengantar.
Isu seterusnya ialah dari segi kewujudan murid pelbagai kaum dan sosiobudaya di
dalam kelas menjadikan mereka prejudis terhadap murid yang berbeza daripada gaya hidup
mereka polarisasi dalam kalangan murid. Prejudis ialah perbezaan yang dilihat berdasarkan
warna kulit, kedudukan, pencapaian, dan sebagainya. Shamsul Amri Baharuddin (2008),
prejudis berlaku dalam bentuk pandangan negatif yang tersemat dalam hati seseorang yang
berbeza kelompok etnik terhadap kelompok etnik lain. Sebagai contohnya, murid
mengelompokkan diri mengikut kaum dan etnik di dalam bilik darjah di mana ini telah
menimbulkan polarisai dalam kalangan murid. Selain daripada itu, murid yang berkawan
mengikut etnik ataupun mengikut pencapaian dalam bilik darjah merupakan salah satu
bentuk polarisasi dalam konteks bilik darjah. Guru dapat melihat isu polarisasi ini timbul
apabila murid mula membuat kumpulan sendiri mengikut kaum, mengasingkan kawan yang
berasal dari kaum yang berbeza dan minoriti dalam kelas berkenaan dan kurangnya
kerjasama dalam bilik darjah.
Dalam mengatasi masalah ini, guru boleh menggunakan strategi pembelajaran
koperatif dalam bilik darjah. Strategi ini berfokus pada proses yang membantu murid untuk
berinteraksi antara satu dengan yang lain bagi mencapai satu matlamat khusus dalam suatu
pembelajaran. Guru harus sedar bahawa dalam bilik darjahnya bukan sekadar perbezaan
berkenaan aspek budaya sahaja, malahan anak-anak muridnya juga akan ada perbezaan
dari segi gaya dan tahap pembelajaran. Oleh itu, cara ini sesuai bagi murid-murid yang
mempunyai tahap pencapaian berbeza bagi bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan,
memastikan pencapaian kumpulan, saling membantu dan berinteraksi. Dalam strategi ini,
murid-murid harus dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dan kumpulan tersebut harus
terdiri daripada murid-murid pelbagai aras kemahiran, dalam konteks ini, murid-murid yang
berbagai latar, khususnya dari pelbagai etnik dan taraf sosial. Dalam kumpulan tersebut,
setiap ahli

perlu mengambil peranan penting untuk menjayakan tugasan yang diberi.

Kejayaan dalam melaksanakan aktiviti tersebut akan membentuk rapport yang positif dalam
kumpulan mereka. Dengan adanya aktiviti yang dirangka dengan baik, guru dapat
mengelakkan prejudis antara murid yang berbeza budaya.

Sebagai kesimpulan keseluruhan, cabaran yang dihadapi oleh guru yang mengajar
dalam kelas murid pelbagai etnik adalah setiap murid mempunyai latar belakang yang
berbeza di mana setiap satu individu itu tersendiri membesar dalam suasana budaya yang
berbeza walaupun berasal dari etnik yang sama. Budaya bukan sahaja merangkumi budaya
kemasyarakatan malahan budaya kehidupan sesebuah keluarga itu sendiri yang
mencorakkan setiap individu. Ini adalah menjadi satu tugas yang perlu digalas oleh warga
pendidik dengan jayanya dalam memahami perbezaan corak budaya, etnik atau bangsa
seseorang murid itu di dalam bilik darjah. Ini adalah penting dalam memastikan
kesinambungan pengajaran yang berkesan dapat dikekalkan dengan baik dan saksama
demi melahirkan seorang individu yang seimbang, selaras dengan matlamat dasar
Pendidikan Kebangsaan.

You might also like