You are on page 1of 9

1.

0 PENGENALAN

Menurut Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Rukun Negara


adalah ideologi kebangsaan Malaysia. Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip
hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma
sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara. Rukun Negara juga adalah
satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran
negara Malaysia. (Abdul Rahman Abdul Aziz, 2012)

Ideologi negara ini menggariskan lima prinsip yang lahir daripada aspirasi
masyarakat dan negara Malaysia, dibentuk mengikut acuan Malaysia dan dimiliki
bersama oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Rukun Negara
yang menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia jelas merupakan kunci
kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini untuk membentuk warga
berintegriti.

Sebenarnya kelima-lima prinsip Rukun Negara ini berkait rapat dengan


kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia. Dalamnya terangkum kesemua nilai hidup
yang menjadi pegangan kitamemegang serta mengamalkannya tanpa rasa
berbelah bagi untuk memastikan bukan sahaja rakyat negara ini hidup aman damai
tetapi juga memastikan keamanan dan kestabilan negara terjamin. (Zulzaidi
Mohamad , 2008)

1
2.0 MATLAMAT RUKUN NEGARA KE ARAH PEMBENTUKAN RAKYAT
MALAYSIA YANG BERMORAL.

Rukun Negara merupakan satu manifestasi kecintaan kepada negara yang


telah berjaya memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.Ia adalah
sesuatu yang sentiasa relevan dalam konteks negara kita. Rajah 1 menunjukkan
matlamat utama Prinsip Rukun Negara.

mengukuhkan
perpaduan

membina masyarakat
progresif yang akan memelihara corak
menggunakan sains hidup demokratik
dan teknologi. MATLAMAT
RUKUN
NEGARA

menjamin sikap liberal


mencipta sebuah
terhadap tradisi
masyarakat yang
kebudayaan yang
adil
pelbagai

Rajah 1 : Matlamat Rukun Negara

Prinsip pertama Rukun Negara ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Bangsa


dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini
sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan
kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di
mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan
terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Prinsip pertama Rukun Negara ini sangat penting kerana manusia yang
berpegang kepada agama mudah untuk diuruskan. Mana-mana agama sekalipun
menggalakkan kebaikan dan menegah melakukan perkara yang terlarang.
Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu
bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota

2
masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai
prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan seharusnya dapat membantu dalam


mencapai matlamat Rukun Negara iaitu mengukuhkan perpaduan. Melalui ajaran
agama,manusia bertindak sebagai seorang yang bertanggungjawab, dan sentiasa
menjaga keamanan dan keharmonian Negara Malaysia ini. Mereka juga berasa
bertimbang rasa,bersyukur dalam kehidupannya tanpa sebarang pergaduhan dan
pertelingkahan antara satu sama lain. Prinsip ini juga menitikberatkan sikap
kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan agama dengan ajaran
agama yang merangkumi beberapa nilai-nilai murni yang bermutu tinggi mengarah
kepada pembentukan kehidupan yang harmoni sejahtera.

Prinsip kedua adalah Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Kesetiaan kepada
Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan
sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dan setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka. Malaysia
mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras
dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan,
sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi
negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-
Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Prinsip kedua ini adalah kunci kepada memelihara corak hidup demokratik.
Sikap kesetiaan seperti ini adalah suatu nilai yang baik dan boleh menjadi
kebanggaan kepada negara serta dapat dijadikan ikatan bagi memupuk kecintaan
rakyat kepada negara, Kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja dan negara
juga adalah salah satu faktor yang boleh menyatukan rakyat Malaysia. Dengan
memahami prinsip ini rakyat akan menjadi insan yang bertanggungjawab,patriotik
dan sanggup berkorban untuk negara demi mejaga keamanan dan kesejahteraan
negara .

Prinsip ketiga Rukun Negara adalah Keluhuran Perlembagaan.


Perlembagaan Malaysia dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. Prinsip
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang
atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagaan Malaysia terletak kepada
kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca
kepada semua undang-undang seperti yang disebut dalam Perkara 4(1)

3
Perlembagaan Persekutuan. Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima,
mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

Prinsip ini dapat mencipta sebuah masyarakat yang adil. Prinsip ini yang
menekankan tanggungjawab insan masyarakat sebagai warganegara demokrasi
berperlembagaan. Penekanan prinsip ini adalah supaya rakyat dapat menerima,
mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Negara kerana
perlembagaan berfungsi memberi perlindungan dan hak kepada setiap anggota
masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama. Prinsip ini juga dapat memberi
perlindungan kepada setiap rakyat negara ini terhadap hak dan keistimewaan
mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki
menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar
belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Selain itu, perlembagaan
juga menjadi asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan
kepentingan bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap
rakyat mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru,
perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan
keadilan sosial untuk semua kaum di negara. Badan yang dipertanggungjawabkan
memelihara keluhuran dan ketinggian perlembagaan ialah badan kehakiman. Badan
ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang.

Prinsip keempat Rukun Negara adalah Kedaulatan Undang-Undang. Setiap


negara mempunyai undang-undang untuk mengawal dan mewujudkan satu
masyarakat yang aman, tenteram, stabil dan makmur. Keadilan diasaskan atas
kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-
undang negara. Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya
perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan
bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh
institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa.

Prinsip ini juga dapat menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan
yang pelbagai. Keadilan merupakan elemen penting dalam menegakkan
kedaulatan undang-undang. Kuasa kedaulatan dalam konteks undang-undang
adalah merujuk kepada autoriti perundagan yang paling tinggi iaitu Perlembagaan
Negara. Badan untuk menegakkan kedaulatan undang-undang pula dijamin pula
oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Ini penting bagi menjamin
kebebasan asasi semua warganegara Malaysia. Keadilan berasaskan kedaulatan

4
undang-undang memberi taraf yang sama kepada rakyatnya di sisi undang-undang
negara. Setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi undang-undang dan tertakluk
kepadanya. Setiap negara memerlukan undang-undang untuk mengawal dan
mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur dalam kehidupan.
Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat
bergerak lancar dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota
masyarakat akan berasa selamat. (Abdul Rahman Abdul Aziz & Muhamed Nor
Azman Nordin, 2008).

Prinsip ke lima rukun negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan, menekankan


perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Prinsip ini
mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan dan pembangunan personaliti
individu yang seharusnya dibina sejak kecil lagi. Prinsip ini juga berkait rapat
dengan nilai-nilai moral dan akhlak masyarakat. Prinsip ini mesti menjadi panduan
seluruh masyarakat supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan kemajuan dan pembangunan tamadun negara yang
berasaskan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Perpaduan kaum adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua
negara termasuklah negara Malaysia. Ia penting kerana tanpa perpaduan,sesebuah
negara itu akan menjadi lemah dan sukar untuk dibangunkan dari segi ekonomi,
politik dan sosial serta mudah diancam sama ada oleh kuasa luar mahupun dalam
negara itu sendiri.

Kesimpulannya, Rukun Negara telah menggariskan lima prinsip yang amat


berguna sebagai panduan hidup bernegara. Hal tentunya akan membawa impak
yang besar kepada perpaduan negara. Prinsip-prinsip Rukun Negara ini dapat
membentuk masyarakat yang bermoral dalam mencapai matlamat Rukun Negara.
Melalui perpaduan yang mampan akan dapat membantu negara mempertingkatkan
dan mempergiatkan pertumbuhan ekonomi, mengekalkan kestabilan politik dan
sistem pemerintahan negara yang demokratik.

5
3.0 PERANAN SAYA SEBAGAI GURU PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
RENDAH DALAM MEREALISASIKAN HASRAT RUKUN NEGARA KEPADA
MURID-MURID

Guru disifatkan sebagai ejen utama dalam pembentukan generasi sesebuah


negara. Pendidikan formal yang dimulakan oleh guru adalah sebagai tunjang utama
kepada sebuah negara untuk membina sebuah negara bangsa yang maju dan
berjaya. Dalam merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun
Negara, saya sebagai guru Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan
yang amat penting kerana saya akan mengajar secara langsung tentang amalan
murni dan nilai patriotik di sekolah. Ini kerana subjek teras yang lain hanya
melibatkan penggabung jalinan nilai moral manakala subjek pendidikan moral pula
melibatkan nilai moral secara terus dan langsung.

Prinsip rukun negara yang pertama ialah Kepercayaan kepada Tuhan.


Faktor kepercayaan kepada tuhan dan agama adalah yang paling utama perlu
diterapkan kerana setiap ajaran agama mengajak ke arah kebaikan. Individu yang
berpegang teguh dan percaya kepada agama dan Tuhannya akan sentiasa
berusaha untuk hidup dalam suasana aman dan harmoni dan sentiasa
mengamalkan cara hidup yang baik penuh dengan nilai-nilai murni.

Dalam hal ini, sebagai guru Pendidikan Moral, saya akan membina kekuatan
dalaman iaitu kerohanian melalui pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang
mantap dan suci akan melahirkan akal yang sihat, jasmani yang cergas dan sahsiah
yang terpuji dalam kalangan murid. Pembinaan kekuatan dalaman ini akan lebih
mudah dilaksanakan jika saya melaksanakan tugasnya sebagai ibadah dengan
matlamat membangunkan modal insan.

Prinsip kedua ialah Kesetiaan kepada raja dan negara. Selepas


kepercayaan kepada Tuhan, prinsip kedua ini juga amat penting untuk melahirkan
warganegara yang cintakan negara. Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan
mempunyai pemerintah, adalah penting untuk melahirkan warganegara yang
menghormati raja dan pemerintah. Prinsip kedua ini perlu ditekankan dan dihayati
bersama untuk membentuk warganegara yang patriotic dan bersatupadu di bawah
pemerintahan yang aman dan makmur.

Dalam merealisasikan prinsip kedua ini, saya akan mendedahkan


kepentingan mengenali dan hormati institusi raja dengan memberi pendedahan

6
tentang Sejarah Kesultanan Melayu, sistem Raja Berpelembagaan dan Majlis Raja-
Raja. Saya juga perlu memberikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni
tersebut dengan menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan
tanpa mengabaikan nilai-nilai murni Contohnya, menimbulkan perasaan kasih
sayang terhadap pemimpin, raja dan negara dan kesan-kesan negatif sekiranya
perasaan tersebut diabaikan seperti berlakunya rusuhan dan negara tidak akan
aman sekiranya perasaan sayang pada negara tidak wujud. Murid-murid juga perlu
memikirkan kesan terhadap dunia ini sekiranya mereka tidak menyayangi dan taat
kepada negara, raja dan pemimpin. Saya sentiasa memberi galakan kepada murid
untuk sentiasa memikirkan kesan-kesan buruk yang berkemungkinan akan berlaku
sekiranya rakyat tidak bersatupadu mempertahankan institusi raja dan
pemerintahan.

Demi mendapat satu gambaran yang baik, saya akan merancang lawatan
sambil belajar ke Muzium Negara dan Perpustakaan Negara bagi mencari
maklumat tentang negara. Lawatan ini dapat memberi satu pandangan yang visual
kepada murid-murid dan mereka akan mula menghargai dan menunjukkan setia
kepada Raja dan Negara. Di samping itu murid-murid juga dapat menyaksikan
barang-barang bersejarah agar dapat menimbulkan perasaan bangga dengan
sistem pemerintahan yang terdapat di Malaysia. Dengan demikian, murid-murid
akan mengenali dan menghormati institusi raja yang terdapat di Malaysia. Selain itu,
saya juga akan menggunakan tayangan video berunsurkan patriotik yang
memaparkan perjuangan tokoh terdahulu dalam usaha menuntut kemerdekaan.
Kaedah ini menjadikan murid supaya menghargai dan bersyukur dengan
kemudahan yang mereka kecapi pada hari ini hasil perjuangan tokoh terdahulu.

Prinsip ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan menjadi


asas penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Saya perlu
menekankan kepentingan perpaduan antara kaum di Malaysia yang telah sekian
lama menjadi tonggak keamanan dan kesejahteraan negara. Saya juga akan
menerapkan pemahaman kepada murid bahawa Malaysia adalah sebuah negara
yang unik kerana mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan ia menjadi
kebanggaan dunia kerana semua kaum hidup aman dan bersatupadu tanpa ada
perselisihan faham. Tambahan pula, saya akan memastikan murid-murid
menggunakan Bahasa Malaysia dalam pertuturan seharian. Hal ini kerana, menurut
Mardiana (2014), Bahasa Malaysia merupakan, bahasa kebangsaan Negara

7
Malaysia yang telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu.

Kedaulatan Undang-undang yang merupakan prinsip keempat memberi


maksud bahawasanya semua rakyat tidak mengira kaum dan pangkat adalah
tertakluk kepada peruntukan undang-undang. Sebagai seorang guru Pendidikan
Moral, saya menekankan bahawa undang-undang perlu dipatuhi untuk menjaga
keamanan Negara demi merealisasikan prinsip ini. Saya akan menggunakan
perkara yang kecil dan mudah diamalkan dalam kehidupan seharian untuk mendidik
murid untuk sentiasa menjadi warganegara yang sentiasa mengamalkan peraturan
dalam kehidupan seharian. Sebagai contohnya, sentiasa menggalakkan murid-
murid untuk mengikuti peraturan sekolah seperti hadir ke sekolah tepat pada
masanya dan tidak membuang sampah merata-rata. Selain itu, saya juga membuat
perbandingan kesan-kesan yang mungkin berlaku sekiranya menurut peraturan dan
tidak menurut peraturan tang ditetapkan. Saya akan menggunakan contoh yang
paling hamper iaitu tingkah laku dalam kehidupan seharian sebab ia akan
memudahkan murid untuk memahami situasi dan seterusnya mengamalkan disiplin
yang baik. Melalui kaedah ini, dapat menerapkan asas yang kukuh dalam kalangan
murid tentang undang-undang, maka tidak mustahil jika ia berkembang ke arah
yang lebih baik pada masa hadapan.

Prinsip yang kelima dan terakhir rukun negara ialah Kesopanan dan
kesusilaan. Kesopanan dan kesusilaan ini merangkumi semua aspek termasuk
tingkah laku mahupun berpakaian. Dalam merealisasikan prinsip ini, sebagai guru
pendidikan Moral saya perlu menjadi role model dan teladan yang baik kepada
murid-murid. Dalam hal ini, saya terlebih dahulu perlu mengamalkan kesopanan dan
kesusilaan ini dari aspek kekemasan berpakaian dan kesopanan dalam pertuturan
kerana ia akan kenjadi contoh dan ikutan kepada semua murid. Saya juga
memastikan adab dan budi pekertinya adalah ditahap yang cemerlang.

Pada kesimpulannya, sebagai guru Pendidikan Moral, saya mempunyai


tanggungjawab yang sangat tinggi dalam merealisasikan hasrat Rukun Negara
dalam kalangan murid melalui pengajaran dan pembelajaran saya. Sebagai guru,
saya bukan saja mengajar dan menerapkan unsur-unsur rukun negara kepada
murid-murid, maka saya juga perlu mengamalkannya sejajar dengan prinsip
rukunegara itu sendiri.

8
4.0 RUMUSAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada


rakyat berbilang kaum yang mempunyai nilai hidup sosial, kebudayaan dan
kepercayaan yang berbeza.Ini menyebabkan perpaduan agak sukar dicapai kerana
setiap orang mempunyai kepercayaan dan pandangan hidup yang berbeza. Oleh
itu, kita memerlukan sesuatu yang dapat mengeratkan perhubungan sesama rakyat
yang membolehkan kita hidup bersama dengan aman dan harmoni di bawah
bumbung yang sama tidak kira sama ada dari kaum atau status yang berbeza.

Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13
Mei 1969. Tragedi ini telah menyedarkan kita semua, yakni rakyat Malaysia akan
betapa pentingnya bersatu padu dan hidup dengan aman dan damai serta
menghindari sifat curiga-mencurigai antara satu sama lain.

Guru Pendidikan Moral adalah ejen utama dalam merealisasikan hasrat


Rukun Negara dalam kalangan murid dan masyarakat Malaysia. Hal ini kerana,
pengamalan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu,
bermuhibah tanpa mengira kaum serta bersikap saling hormat menghormati di
antara satu sama lain. Melalui perpaduan akan dapat membantu negara kita
mempertingkatkan dan mempergiatkan lagi pertumbuhan ekonomi, mengekalkan
kestabilan politik dan sistem pemerintahan negara yang bersifat liberal dan
demokratik.

You might also like