You are on page 1of 11

EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

TAJUK TUTORIAL 3:
LANGKAH-LANGKAH BAGAIMANA GURU
BIASA BOLEH MENGENAL PASTI MURID
YANG BERMASALAH

NAMA PENSYARAH : EN.AHMAD RIDZWAN BASRI


DISEDIAKAN OLEH : KEMALATHA A/P ILANGOVAN
JAMUNAH A/P BALAKRISHNAN
LOGANANTHINI A/P DHANABALAN
SEMESTER : 6
AMBILAN : JUN 2014
Murid Yang Bermasalah

Tingkahlaku Emosi Kognitif


Carta Aliran Mengenalpasti
Murid Bermasalah
Pentafsiran
Pentafsiran
Pemerhatian rekod
rekod profil
prestasi

Temu bual
dengan ibu Temu bual
bapa / dengan guru Ujian
penjaga darjah
murid
PENTAFSIRAN REKOD
PEMERHATIAN
PRESTASI REKOD PROFIL
. Melalui cara ini, guru akan
Rekod prestasi merupakan Rekod yang memberi
mengetahui perubahan yang
rekod yang menyimpan maklumat tentang
mungkin jelas kelihatan
maklumat tentang pencapaian murid dalam
misalnya dari aspek emosi,
pencapaian akademik murid semua mata pelajaran yang
ketegangan murid,
dan keterangan yang tepat diikuti disekolah dan
kedudukan tubuh badan
dan lengkap tentang ditunjukkan menggunakan
yang tidak semula jadi dan
pencapaian murid dalam markah dan gred.
perubahan tingkah laku.
kelas.

TEMU BUAL DENGAN IBU


BAPA UJIAN KERTAS DAN
Banyak maklumat yang PENSEL
boleh diperolehi daripada ibu Ujian bentuk ini melibatkan
bapa berkaitan murid : latar penggunaan perkataan dan
sosio-ekonomi keluarga, secara tidak langsung
faktor baka, kesihatan, menguji penguasaan bahasa
penceraian, faktor kelahiran murid.
dan sebagainya.
Cara Mengesan Murid Yang
Bermasalah
Pemerhatian
 Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung
dalam bilik darjah.

 Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada


berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya.

 Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang


bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka lebih
teliti dengan
• membuat pemerhatian secara berterusan
• memerhatikan setiap perubahan yang berlaku.
Penafsiran rekod prestasi
Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat
tentang pencapaian akademik murid, khususnya dari segi
• kemahiran-kemahiran,
• sikap dan
• sukan pada sesuatu peringkat yang secara berterusan.

 Guru boleh menggunakan rekod prestasi yang


membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan
lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam kelas.
 Guru boleh membuat tafsiran pencapaian murid dari segi
akademik, sikap, sukan dan sebagainya melalui rekod
prestasi murid.
 Rekod profil
Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat
tentang pencapaian murid-murid
Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan
markah dan gred yang dibuat pada awal tahun,
pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut
semester.
Pencapaian dalam rekod ini berdasarkan satu ujian
sumatif pada akhir setiap semester.
Rekod profil adalah berbentuk senarai kemahiran, minat
, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya.
Segala maklumat tentang murid-murid haruslah
didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk
• pemerhatian(tidak formal)
• ujian kertas dan pensel (formal)
Ujian kertas dan pensel
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara
tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid.
Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian
subjektif.
Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu
memerlukan murid
• membaca,
• meneliti,
• mengkaji
• menulis jawapan.
• Temu bual dengan guru darjah
Perbincangan dengan guru darjah dapat memberi
maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal
pasti.
Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata
pelajaranm kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat
seperti
• rekod kedatangan,
• ketepatan masa,
• pencapaian kerja akademik,
• ciri-ciri tingkah laku yang khusus
• perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-
murid yang lain.
 Maklumat-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan
dapat membantu guru mengesan masalah pembelajaran
murid.
Temu bual dengan ibu bapa
 Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk
memberi maklumat tentang masalah murid
 Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat
mengetahui banyak maklumat contohnya tentang
• latar belakang keluarga,
• aspek kesihatan,
• pemakanan,
• kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang
lain di rumah,
 Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal
pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dpat
merangka suatu perancangan yang berkesan untuk
membantu murid-murid bermasalah
SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like