You are on page 1of 21

LAPORAN

ANUGERAH INOVASI NEGERI SELANGOR TAHUN 2021

T A J U K INOVASI :

COLOURS AND CAREERS KIT -


( KIT UJIAN PERSONALITI WARNA DAN KAMUS RIASEC )

NAMA JABATAN:
SMK SERI BEDENA , 45300 SUNGAI BESAR , SELANGOR
1.0 PENGENALAN
Kaunseling adalah merupakan proses perhubungan menolong yang
sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor professional
bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan
menyeluruh. Perhubungan ini dikaitkan dengan proses interaksi, menolong dan
pertemuan bersemuka antara kaunselor dan kliennya. Begitu juga dengan inovasi
yang dibina oleh SMK Seri Bedena dalam menolong murid-murid berkaitan
pemilihan bidang kerjaya.

Bagi memudahkan murid dapat menentukan kerjaya dengan mudah yang


bersesuaian dengan personaliti murid-murid kami telah membina KIT UJIAN
PERSONALITI WARNA DAN KAMUS RIASEK yang diberi nama COLOURS AND
CAREERS KIT. Inovasi dan kreativiti Kit ini adalah berkaitan dengan skop kerjaya
yang ada di dunia ketika ini.

Idea asas hasilan inovasi ini adalah hasil kajian dijalankan oleh Ahmad
Jazimin Jusoh yang bertajuk Hubungan Personaliti Warna Dengan Minat Kerjaya Di
Kalangan Pelajar Universiti Putra Malaysia (2000). Keputusan kajian juga
menunjukkan bahawa alat ukuran IPW yang telah dibentuk oleh Sidek Mohd Noah
et al. (1997) mempunyai kesahan gagasan yang tinggi berbanding dengan alat
ukuran SDS yang dibentuk oleh John L Holland tentang tret-tret personaliti individu
mempengaruhi pemilihan kerjaya oleh seseorang individu melalui Ujian personaliti
warna yang dijalankan . Hasil Inovasi dan kreativiti di persembahkan dalam bentuk
Kad Kamus Kerjaya (bahan bercetak) dan Kit yang mudahalih boleh dibawa ke
mana-mana terutamanya ke bilik darjah.

2.0 RINGKASAN HASIL INOVASI

Inovasi yang dihasilkan ini adalah hasil bacaan daripada tesis-tesis yang
dihasilkan oleh penuntut universiti tempatan di mana terdapat kajian yang
signifikan ke atas dua pembolehubah yang digunakan di dalam inovasi iaitu ujian
personaliti warna (Sidek Mohd Noh) dan kerjaya Sidek. Setiap kategori dalam
Kerjaya Holland iaitu Realisitik, Investigatif, Artistik, Sosial,Enterprising dan
Konvensional . Manakala untuk Ujian personaliti Warna terbahagi kepada 4 warna
iaitu Emas, Jingga, biru dan Hijau.

Setiap kategori ini telah dipermudahkan oleh Muhamad Tajudin bin


Mustafa dan Noraimi Aainaa bt Omar kerana telah menjadikan sebuah Kamus
Kerjaya . Tujuan dijadikan kamus kerjaya mengikut warna adalah memberi laluan
yang betul kepada murid untuk memilih kerjaya. Bagi warna Emas
Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan
antara personaliti Emas dengan minat kerjaya dalam bidang Konvensional .
Personaliti Hijau pula dengan minat kerjaya Investigatif . Personaliti Biru dalam
kategori minat kerjaya Artistik dan Sosial . Manakala personaliti Jingga dalam
kategori minat kerjaya Enterprising dan seterusnya Personaliti Jingga dalam
kategori minat kerjaya dalam bidang Realistik dan Enterprising.

3.0 TARIKH PENGHASILAN INOVASI


6 HINGGA 8 MAC 2020
4.0 TUJUAN PROJEK INOVASI
Tujuan inovasi yang dihasilkan ini diharap dapat menarik minat murid-
murid untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerjaya berdasarkan personaliti
warna diri mereka. Kit mudahalih ini dibina bukan berdasarkan ICT .

5.0 PROSES PELAKSANAAN INOVASI


Proses pelaksanaan inovasi ini tercetus apabila Unit Bimbingan dan
Kaunseling (GBK) ingin menyertai pertandingan inovasi di peringkat antarabangsa.
Untuk itu Guru Bimbingan dan Kaunseling telah mencetuskan idea untuk
menghasilkan Kit mudahalih bagi membina inovasi berasaskan permainan dan
tidak memerlukan kertas yang banyak untuk murid-murid menjawab soalan
personaliti warna. Pembinaan kit mudahalih ini amat mudah dibina kerana tidak
memerlukan peralatan yang susah walaupun bahan buangan boleh digunakan.
Untuk sesi pembentangan inovasi ini GBK meminta Kerjasama daripada ahli
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sebagai pelengkap kepada projek inovasi ini.
Semua hasil video yang di tunjukkan ini adalah 95 peratus adalah daripada ahli PRS.

4.0 REFLEKSI - SEBELUM INOVASI


4.1  Murid cepat berasa bosan untuk menjawab secara manual ketika melaksanakan
ujian personaliti Warna .
4.2 GBK tidak mempunyai bahan bantu yang boleh membimbing murid untuk
mengenalpasti kerjaya berdasarkan personaliti dengan mudah dan cepat.
4.3 Masa yang diambil untuk mendapatkan keputusan adalah lambat berbanding
Kit yang dibina.
5.0 PROSES PELAKSANAAN INOVASI - SEMASA INOVASI
Penghasilan sebuah kit kerjaya yang mengandungi alatan spesifik bagi menentukan
warna personaliti dengan menggunakan padanan kerjaya RIASEK. Kit mudahalih
ini dibina bukan berdasarkan ICT . Kit ini mengandungi 2 item iaitu kad personaliti
warna dan kamus kerjaya yang telah disusun mengikut 6 bidang kerjaya RIASEK .

6.0 IMPAK - SELEPAS INOVASI


6.1.Menjadikan murid lebih memahami personaliti diri terhadap kerjaya yang
dipilih dengan lebih yakin.
6.2.Meningkatkan kredibiliti dan keyakinan GBK untuk membimbing murid memilih
kerjaya.
6.3.Menjimatkan wang kerana tidak memerlukan kertas yang banyak.
6.4.Menghasilkan sebuah kit untuk membantu GBK dalam mengendalikan Bimbingan
Kelompok kerjaya mengikut personaliti warna.
6.5.Peningkatan tahap kepuasan klien bila mereka jelas personaliti dan kerjaya

7.0 KUMPULAN SASARAN


Penggunaan kit ini adalah sesuai digunakan untuk murid sekolah rendah
tahap 2 dan murid sekolah menengah. Penggunaan kit ini masih relevan untuk
orang dewasa kerana kit ini tidak membosankan dan terdapat unsur-unsur
permainan dalam kit ini.

8.0 IMPAK INOVASI


Kit mudahalih ini adalah simple dan tidak rumit untuk menggunakan dan
terus mendapat jawapan . Ciri-ciri kit ini adalah telah dipermudahkan daripada
penggunaan kertas yang banyak dan responden akan cepat bosan kerana menjawab
atas kertas. Dengan menggunakan kit ini mereka tidak perlu menyediakan pen atau
sebagainya untuk menjawab soalan kerana soalan telah diubah kepada bentuk kad-
kad warna.

Keberkesanan daripada kit ini ialah responden boleh membuat atau


menjawab dengan arahan yang jelas . Apabila selesai menjawab responden boleh
terus mengira kad-kad warna yang diperolehi. Selepas itu responden akan terus
diberi penjelasan berkaitan laluan kerjaya oleh GBK atau ahli PRS atau responden
sendiri membaca kamus laluan kerjaya mereka. Responden akan mendapat
kepuasan kerana melihat dengan jelas personaliti dan kerjaya mereka.
Dari segi kit mudahalih ini dengan perkhidmatan kerjaya yang terdapat
dalam 4 bidang fokus perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah bertepatan
kerana murid-murid masih tiada maklumat atau kekurangan maklumat berkaitan
kerjaya apabila GBK mengadakan sesi perbincangan. Dengan penghasilan inovasi
kit ini menjadikan kit ini mesra kepada murid-murid. Di samping itu juga banyak
kos dapat dikurangkan dan jika kit ini digunakan sepenuhnya di dalam kelas maka
maklumat berkaitan kerjaya dapat disebarluaskan dengan baik.
Justeru, kit ini boleh digunapakai untuk guru-guru Bimbingan dan
Kaunseling khasnya semasa kelas ganti kerana dapat mengenalpasti warna
personaliti murid dengan laluan kerjaya mereka dengan cepat. Namun begitu
terdapat perubahan dalam teknologi dalam sistem pendidikan kemungkinan akan
menyebabkan kit ini akan digunakan secara dalam talian.
 
9.0 PENGIKTIRAFAN
Pertama kali menyertai pertandingan inovasi yang diadakan di peringkat
kebangsaan yang diadakan di UiTM Dengkil , SMK Seri Bedena mendapat pingat
Bronze sahaja. Namun penyertaan kali kedua juga peringkat kebangsaan SMK Seri
Bedena mendapat pingat Emas.

9.1 Gambar sepanjang penyertaan Inovasi


GAMBAR PENYERTAAN
DI UiTM DENGKIL
(PINGAT BRONZE )
SIJIL PENYERTAAN
GAMBAR PENYERTAAN
DI UiTM DENGKIL
PINGAT EMAS
SABAK BERNAM INOVATION COMPETITION

SIJIL PENYERTAAN
GAMBAR PENYERTAAN
SABAK BERNAM INOVATION COMPETITION
GAMBAR PELAKSANAAN
COLOURS AND CAREERS KIT
KAMUS KERJAYA
KAD PERSONALITI WARNA

Colour Personality Inventory


IPW

Oleh:
Sidek Mohd Noah (2004)

Arahan:

A         Inventori  ini  mengandungi 100 item atau pernyataan.  Bermula dengan  nombor


satu, rekodkan jawapan anda pada borang jawapan yang disediakan.

B.         Jika pernyataan itu menerangkan diri anda, tandakan [ ü ] pada ruangan (Y) dan jika
tidak menerangkan diri anda,  dandakan [ ü ] pada ruangan (T) pada borang jawapan yang
disediakan. 

C.        Jika anda menghadapi kesukaran untuk menentukan sama ada sesuatu pernyataan
itu menerangkan diri anda ataupun tidak, pilih jawapan yang anda rasa paling
selesa. JAWAB SEMUA SOALAN.

1.           Saya sentiasa mematuhi peraturan.


2.           Saya mematuhi arahan pihak berkuasa.
3.           Saya seorang yang bertanggungjawab.
4.           Saya seorang yang boleh diharap.
5.           Saya tahu apa yang baik untuk diri sendiri.
6.           Saya berminat dalam pelbagai bidang keilmuan.
7.           Saya berminat mencipta sesuatu yang baru.
8.           Saya rasakan daya ingin tahu saya sangat tinggi.
9.           Saya suka melibatkan diri dalam perbincangan yang kritikal.
10.         Saya tidak mudah menerima begitu sahaja sesuatu cerita.
11.         Saya seorang yang mudah bersimpati .
12.         Saya inginkan perhubungan yang mesra.
13.         Saya ada kebolehan untuk menyelami perasaan orang lain.
14.         Saya seorang yang baik hati.
15.         Saya seorang yang suka berkarya.
16.         Saya suka suasana yang girang.
17.         Saya boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.      
18.         Saya suka menimbulkan kontroversi.
19.         Saya tidak mudah merasa kecewa apabila menghadapi kegagalan.
20.         Saya lebih bangga dilabel sebagai seorang yang hebat.
21.          Saya mementingkan ketelitian.
22.          Saya bersifat rasional dalam setiap tindakan.
23.          Saya tidak suka membazir masa.
24.          Saya suka kerja yang terancang.
25.          Saya berkebolehan untuk mengendalikan urusan secara terperinci.
26.          Saya mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu teori.
27.          Saya seorang yang panjang akal.
28.          Saya mempunyai sikap sabar.
29.          Saya dianggap oleh kawan sebagai seorang yang berfalsafah.
30.       Saya mahukan jawapan kepada setiap persoalan
31.              Saya suka menghayati lagu sentimental.
32.              Saya seorang yang romantik.
33.              Saya suka menghayati keindahan alam.
34.              Saya tidak suka persaingan.
35.              Saya menyayangi kanak-kanak.
36.              Saya gemar berpakaian ringkas.
37.              Saya suka kepada aktiviti yang bercorak persaingan.
38.              Saya gemar kepada pengalaman yang pelik.
39.              Saya suka berkomunikasi dengan orang ramai.
40.              Saya  sering tergopoh gapah  di dalam setiap tindakan.
41.              Saya sanggup bekerja keras untuk organisasi.
42.              Saya selesa menjadi orang penting dalam organisasi.
43.              Saya mementingkan kerjaya.
44.              Saya sentiasa memastikan kerja-kerja selesai.
45.              Saya seorang yang setia pada janji.
46.              Saya seorang yang analitikal.
47.              Saya suka menyelidik.
48.              Saya menyumbangkan idea-idea yang menyeluruh.
49.              Saya menganggap pekerjaan itu mudah.
50.              Saya membina sistem bagi memenuhi keinginan untuk menonjolkan pembaharuan.
51.              Perasaan saya mudah tersentuh.
52.              Suka orang lain mengambil berat tentang diri saya.
53.              Saya seorang yang pemaaf.
54.              Saya mudah bersedih apabila gagal.
55.              Saya mudah merasa cemburu.
56.              Saya boleh bertindak secara spontan.
57.              Saya seorang yang artistik.
58.              Saya bijak menggunakan peluang yang ada.
59.              Saya boleh menyelesaikan masalah dengan jayanya.
60.              Saya gemar berbahas mengenai sesuatu isu yang dikemukakan.
61.              Saya seorang yang stabil dari segi emosi.
62.              Saya sentiasa meluangkan masa untuk keluarga.
63.              Saya sentiasa mematuhi tradisi keluarga
64.              Saya menghormati adat resam dalam masyarakat.
65.              Memastikan peranan saya dalam keluarga dilaksanakan.
66.              Saya akan beralih ke tugas lain selepas menyelesaikan sesuatu tugas.
67.              Saya percaya kecerdasan saya tinggi.
68.              Pemikiran saya lebih matang berbanding usia saya.
69.              Saya suka aktiviti yang merangsang minda saya.
70.              Saya suka menyoal guru.
71.              Saya akan merasa sedih melihat orang lain di dalam kesusahan.
72.              Saya menghargai nilai-nilai estetika.
73.              Saya cepat menyesuaikan diri dengan kerja-kerja yang melibatkan kesenian.
74.              Saya lebih ceria apabila diberi semangat oleh rakan-rakan.
75.              Saya mudah berinteraksi dengan rakan di tempat kerja.
76.              Saya tidak suka bergantung kepada orang lain.
77.              Saya hanya percaya kepada diri sendiri.
78.              Saya suka bekerja mengikut kehendak saya sendiri.
79.              Saya suka berterus terang.
80.              Saya tidak suka kepada sebarang teori.
81.              Saya sentiasa memberi perhatian semasa perbincangan.
82.              Saya seorang pendengar yang setia.
83.              Saya sentiasa bercakap berdasarkan bukti.
84.              Saya sensitif  pada persekitaran.
85.              Saya membenci orang yang tidak menepati masa.
86.              Saya berfikir berasaskan logik.
87.              Saya melakukan kajian tentang perkara-perkara yang kompleks.
88.              Saya suka menyelesaikan masalah yang dihadapi melalui kajian.
89.              Saya mencuba bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu yang mencabar
minda.
90.              Saya tidak mudah berputus asa apabila menghadapi sesuatu cabaran.
91.              Saya menjadi tempat rujukan rakan-rakan di tempat kerja.
92.              Saya suka berangan-angan.
93.              Saya mudah merajuk.
94.              Saya tidak suka bergaduh.
95.              Saya selalu mengingati hari-hari istimewa.
96.              Saya suka melakukan apa yang orang lain tidak dapat melakukannya.
97.              Saya tidak suka dikongkong.
98.              Saya suka bekerja tanpa tekanan.
99.              Saya bosan dengan kerja-kerja yang rutin.
100.           Saya gemarkan aktiviti yang lasak.
Borang Jawapan
Bil EMAS Bil. HIJAU Bil. BIRU Bil. JINGGA
1. Y       T 6. Y       T 11. Y       T 16. Y       T
2. Y       T 7. Y       T 12. Y       T 17. Y       T
3. Y       T 8. Y       T 13. Y       T 18. Y       T
4. Y       T 9. Y       T 14. Y       T 19. Y       T
5. Y       T 10. Y       T 15. Y       T 20. Y       T

Bil EMAS Bil. HIJAU Bil. BIRU Bil. JINGGA


21. Y       T 26. Y       T 31. Y       T 36. Y       T
22. Y       T 27. Y       T 32. Y       T 37. Y       T
23. Y       T 28. Y       T 33. Y       T 38. Y       T
24. Y       T 29. Y       T 34. Y       T 39. Y       T
25. Y       T 30. Y       T 35. Y       T 40. Y       T

Bil EMAS Bil. HIJAU Bil. BIRU Bil. JINGGA


41. Y       T 46. Y       T 51. Y       T 56. Y       T
42. Y       T 47. Y       T 52. Y       T 57. Y       T
43. Y       T 48. Y       T 53. Y       T 58. Y       T
44. Y       T 49. Y       T 54. Y       T 59. Y       T
45. Y       T 50. Y       T 55. Y       T 60. Y       T

Bil EMAS Bil. HIJAU Bil. BIRU Bil. JINGGA


61. Y       T 66. Y       T 71. Y       T 76. Y       T
62. Y       T 67. Y       T 72. Y       T 77. Y       T
63. Y       T 68. Y       T 73. Y       T 78. Y       T
64. Y       T 69. Y       T 74. Y       T 79. Y       T
65. Y       T 70. Y       T 75. Y       T 80. Y       T

Bil EMAS Bil. HIJAU Bil. BIRU Bil. JINGGA


81. Y       T 86. Y       T 91. Y       T 96. Y       T
82. Y       T 87. Y       T 92. Y       T 97. Y       T
83. Y       T 88. Y       T 93. Y       T 98. Y       T
84. Y       T 89. Y       T 94. Y       T 99. Y       T
85. Y       T 90. Y       T 95. Y       T 100. Y       T

EMAS HIJAU BIRU JINGGA


10.0 KESIMPULAN

Projek Inovasi KIT COLOURS AND CAREERS ini merupakan satu alat yang
dapat membantu guru kaunseling dalam menjadikan murid lebih memahami
personaliti diri terhadap kerjaya yang dipilih dengan lebih yakin. Meningkatkan
kredibiliti dan keyakinan GBK untuk membimbing murid memilih kerjaya.

Kit ini membolehkan murid bermain dengan cara yang seronok dan menarik.
Alat ini mudah dibawa dan mudah difahami. Guru boleh menjadikan alat ini sebagai
BBB dalam PdPc. Alat ini juga boleh digunakan oleh murid dalam pembelajaran
kendiri. Kit ini juga diharap dapat membantu murid-murid mengenalpasti kerjaya
mereka dengan jelas.

Disediakan oleh:

Nama : LILA BINTI ISA


Telefon : 013 982 6447
Email :lilanizam68@gmail.com

You might also like