You are on page 1of 56

GARIS PANDUAN

ANUGERAH
HARI INOVASI
JPS MALAYSIA
TAHUN 2020
GARIS PANDUAN
ANUGERAH
HARI INOVASI JPS
TAHUN 2020

ISI KANDUNGAN

BIL. NAMA ANUGERAH MUKA SURAT

1 Garis Panduan Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi 2–3

Garis Panduan Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif


2 4 – 11
(KIK) - Horizon Baharu

3 Garis Panduan Anugerah Khas Inovatif & Kreatif 12 – 15

4 Garis Panduan Cetusan Idea Inovatif 16 – 17

5 Garis Panduan Anugerah Peningkatan Inovasi 18 – 19

6 Garis Panduan Pertandingan Tema Sambutan Hari Inovasi 20 – 21

7 Garis Panduan Pertandingan Ruang Pameran Terbaik 22 – 23

8 Garis Panduan JPS Goes Green 24 – 42

Garis Panduan Pertandingan Amalan Ekosistem Kondusif


9 43 – 46
Sektor Awam (EKSA)

Garis Panduan Anugerah Pengurusan Projek Pembinaan


10 47 - 51
Terbaik 2020

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 1


GARIS PANDUAN
ANUGERAH
HARI INOVASI
JPS MALAYSIA
TAHUN 2020

Anugerah Peneraju
Pembudayaan Inovasi

Pertandingan Kumpulan Inovatif & Kreatif


(KIK) Horizon Baharu

Anugerah Khas Inovatif dan Kreatif

Cetusan Idea Inovatif

Pertandingan Tema Sambutan Hari Inovasi

Pertandingan Ruang Pameran Terbaik


GARIS PANDUAN ANUGERAH PENERAJU PEMBUDAYAAN INOVASI

1. LATAR BELAKANG

Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi telah mula diperkenalkan pada tahun 2012
dan terus dilaksanakan setiap tahun bagi mengiktiraf pencapaian cemerlang pejabat
Bahagian dan Negeri yang telah membudayakan inovasi melalui Pelan Tindakan Inovasi
(PTI) JPS pada tahun 2020. Pejabat Bahagian atau Negeri perlu melaksanakan PTI dari
Inisiatif 1 hingga Inisiatif 7 dan anugerah akan diberi kepada pejabat yang mencapai
markah tertinggi penilaian PTI sepanjang tahun.

2. OBJEKTIF

Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi diwujudkan untuk membentuk satu budaya


kerja yang berteraskan kecemerlangan dan inovasi di kalangan semua warga JPS.

3. TERMA DAN SYARAT

3.1. Terbuka kepada semua Bahagian dan Negeri. Penyertaan JPS Daerah adalah
melalui JPS Negeri manakala penyertaan Pejabat Projek adalah melalui Bahagian
Projek Khas.

3.2. Penilaian pelaksanaan bagi Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi 2020 akan
ditutup pada 15 September 2020 dan pemenang akan diumumkan pada Hari
Inovasi JPS 2020.

3.3. Pelaksanaan dan penilaian adalah tertakluk kepada Pelan Tindakan Inovasi JPS
pada tahun semasa. Pihak urus setia berhak meminda Pelan Tindakan Inovasi dari
semasa ke semasa berdasarkan keputusan pihak Pengurusan Atasan.

4. KATEGORI PERTANDINGAN

Anugerah terdiri daripada dua (2) kategori iaitu :-

i. Bahagian
ii. Negeri

5. KAEDAH PENILAIAN

Kaedah penilaian adalah berdasarkan pelaporan pelaksanaan Pelan Tindakan Inovasi di


peringkat Bahagian dan Negeri melalui Sistem Inovasi kepada Urusetia dalam Infoportal
JPS. Pelaksanaan dipantau setiap bulan dan dibentangkan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Penyelaras Inovasi dan Jawatankuasa Pemandu Inovasi.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 2


Kriteria penilaian adalah seperti berikut :-

Pejabat Bahagian

Bil. Kriteria / Inisiatif Markah

1. Komitmen Pengurusan Atasan 22


2. Pusat Sumber Inovasi 16
3. Penandaarasan atau Perekayasaan 14
4. Pengurusan Idea 16
5. Perkongsian & Penyebaran Maklumat 16
6. Kumpulan Inovatif & Kreatif 16

JUMLAH KESELURUHAN 100

Pejabat Negeri

Bil. Kriteria / Inisiatif Markah

1. Komitmen Pengurusan Atasan 18


2. Pusat Sumber Inovasi 13
3. Penandaarasan atau Perekayasaan 12
4. Pengurusan Idea 14
5. Perkongsian & Penyebaran Maklumat 13
6. Kumpulan Inovatif & Kreatif 15
7. Hari Inovasi Negeri 15

JUMLAH KESELURUHAN 100

6. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

En. Normi Shahrizal bin Miswan Pn. Nathlah binti Sharuddin


Bahagian Audit Prestasi Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2959 No. Tel: 03-2697 2955
E-mel: normi@water.gov.my E-mel: nathlah@water.gov.my

En. Daeng Hussin bin Kerneni


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03- 2697 3167
E-mel: daenghussin@water.gov.my

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 3


GARIS PANDUAN PERTANDINGAN HORIZON BARU
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)

1. LATAR BELAKANG

Seperti tahun sebelum ini, JPS Malaysia akan mengadakan Pertandingan KIK pada
tahun ganjil (wajib disertai oleh Bahagian) dan pada tahun genap (wajib disertai oleh
Negeri). Bahagian dan Negeri diwajibkan memasuki Pertandingan KIK di peringkat luar
JPS pada tahun-tahun yang tidak diwajibkan.

Sekiranya dalam tahun yang sama, Bahagian / Negeri memasuki beberapa


Pertandingan KIK di pelbagai peringkat dalam mahupun luar JPS maka markah akan
diberi mengikut pencapaian terbaik. Namun tiada markah diberi sekiranya Bahagian
/Negeri tidak menyertai pertandingan yang diwajibkan anjuran JPS Malaysia
mengikut tahun ditetapkan.

Pada tahun 2020 Pertandingan KIK ini diwajibkan kepada Negeri dan digalakkan
penyertaan kepada Bahagian di Ibu Pejabat. Penyertaan akan menyumbang markah
dalam Pelan Tindakan Inovasi di bawah Inisiatif No. 6 iaitu Kumpulan Inovatif dan
Kreatif. Pertandingan KIK pada kali ini adalah berdasarkan kepada Panduan
Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu
Kumpulan Inovatif dan Kreatif seperti yang terkandung dalam Pekeliling Transformasi
Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2016.

2. OBJEKTIF

Objektif Pertandingan KIK adalah untuk memupuk dan menyemarakkan budaya kreatif
dan inovatif cara bekerja dalam diri seluruh kakitangan JPS di samping dapat
mencungkil dan memberi pengiktirafan kepada idea inovasi yang dapat membantu
Jabatan dari segi penjimatan masa, kos dan tenaga kerja seterusnya mengharumkan
nama Jabatan dan negara sehingga peringkat antarabangsa.

3. TERMA DAN SYARAT

3.1 Penyertaan adalah diwajibkan kepada semua JPS Negeri dan digalakkan kepada
Bahagian di Ibu Pejabat. Penyertaan JPS Daerah hendaklah melalui JPS Negeri
manakala penyertaan Pejabat Projek hendaklah melalui Bahagian Projek Khas.
Kombinasi kumpulan dari Ibu Pejabat dan Negeri atau agensi lain (Hibrid) adalah
digalakkan.

3.2 Projek KIK hendaklah tidak pernah dipersembahkan oleh kumpulan dalam mana-
mana pertandingan inovasi peringkat JPS / Kebangsaan / Antarabangsa pada tahun
semasa atau tahun-tahun sebelumnya.

3.3 Tarikh tutup penyertaan adalah pada pada 30 April 2020. Borang Penyertaan
hendaklah dikemukakan oleh pejabat masing-masing kepada Urusetia Pertandingan
KIK selewat-lewatnya pada pada 30 April 2020 (Khamis) sebelum jam 4:00
petang.

3.4 Pihak penganjur berhak menerima atau menolak penyertaan dari mana-mana
kumpulan berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Keputusan pemilihan
kumpulan-kumpulan untuk menyertai pertandingan oleh Urusetia adalah muktamad.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 4


3.5 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan
intelektual atau hak cipta dan penyertaan akan dibatalkan serta-merta jika perkara
tersebut diketahui.

3.6 Pasukan yang menyertai pertandingan akan dinilai oleh Jawatankuasa Panel Penilai
yang dilantik oleh Jawatankuasa Pertandingan. Keputusan Panel Penilai
Pertandingan KIK adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

3.7 Pihak Urusetia berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu
dan berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat
persetujuan para peserta.

4. BIDANG INOVASI

a. Inovasi Sosial

Bidang Inovasi Sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea, model dan
perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan sosial dengan lebih berkesan dan
mengutamakan penglibatan rakyat. Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya
kepada pencapaian impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada
proses penglibatan rakyat dalam membangunkan sesuatu inovasi.

Ciri-ciri utama Inovasi Sosial :-

i. Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan hasil penemuan


daripada rakyat serta pembangunan prototaip secara berulang untuk
mendapatkan hasil yang terbaik.
ii. Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan kolaborasi merentasi
pelbagai sektor termasuk agensi awam, pihak swasta dan individu dalam
masyarakat.
iii. Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama-sama rakyat
bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang menepati keperluan
sebenar mereka.

b. Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

Inovasi Penyampaian Perkhidmatan merupakan terjemahan idea baharu yang kreatif


dan inovatif untuk mentransformasikan penyampaian perkhidmatan Kerajaan. Inovasi
Penyampaian Perkhidmatan bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian perkhidmatan yang
bersepadu dan lancar serta meningkatkan kepuasan hati pelanggan. Inovasi yang
dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta berupaya menyediakan perkhidmatan
yang lebih inovatif, memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat. Idea-
idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem dan prosedur, kaedah dan
cara bekerja mahupun pengenalan teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya
termasuklah :-

• Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi;


• Budaya Kerja;
• Kewangan dan Aset;
• Pengurusan Perhubungan Pelanggan;
• Pengurusan Sumber Manusia;
• Pengurusan Projek Pembangunan; dan
• Pembangunan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 5


Ciri-ciri utama Inovasi Penyampaian Perkhidmatan :-

i. Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan.


ii. Melibatkan kecekapan dan mengoptimumkan kos dalam menangani
kekangan sumber kewangan dan sumber manusia.
iii. Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini.
iv. Memperkenalkan pendekatan penyampaian perkhidmatan baharu atau
memantapkan kaedah semasa yang kurang berkesan.

Nota:

 Setiap projek yang dihasilkan hendaklah memenuhi salah satu daripada bidang
inovasi, iaitu Inovasi Sosial atau / dan Inovasi Penyampaian Perkhidmatan; dan
 Setiap pilihan bidang inovasi tersebut haruslah memenuhi ciri-ciri yang
ditetapkan.

5. KATEGORI INOVASI

Setelah pemilihan bidang inovasi dibuat, inovasi boleh mengelaskan projek tersebut
kepada dua (2) kategori inovasi, iaitu seperti yang berikut:

a. Inovasi Penciptaan

Penciptaan suatu produk, perkhidmatan atau proses yang baharu dan belum pernah
dilaksanakan di Malaysia.

b. Inovasi Penambahbaikan

Penambahbaikan sesuatu produk, perkhidmatan atau proses sedia ada melalui kaedah
yang inovatif agar menjadi lebih berkualiti serta berdaya saing.

6. KRITERIA PROJEK KIK

Lima (5) kriteria yang perlu diambil kira oleh KIK di peringkat awal penghasilan projek
bagi memastikan projek yang dipilih berjaya dilaksanakan dan seterusnya berpotensi
untuk dikembangkan :-

i. Kreatif dan Inovatif

 Idea baharu yang kreatif diterjemahkan melalui penghasilan projek berinovatif


yang memberi manfaat kepada organisasi dan pelanggan.

ii. Impak Positif yang Tinggi dan Menyeluruh

 Organisasi – Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian


perkhidmatan.
 Pelanggan – Menepati standard perkhidmatan dan memenuhi harapan
pelanggan.
 Rakyat – Memastikan keperluan sosial rakyat dipenuhi.
 Projek boleh dilaksana dalam tempoh singkat.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 6


iii. Pulangan Nilai Terbaik

 Penjimatan kos melalui pengoptimuman penggunaan sumber.


 Penjanaan atau peningkatan pendapatan.

iv. Replikasi

 Projek berpotensi diadaptasi secara terus atau diubah suai mengikut keperluan
agensi.
 Agenda replikasi perlu diambil kira pada peringkat penghasilan projek sebagai
langkah awal pengembangan potensi projek.

v. Pengkomersialan

 Penciptaan dan penyampaian nilai baharu kepada pelanggan di pasaran.


 Projek berupaya bersaing di pasaran serta mampu menjana pendapatan.
 Agenda pengkomersialan perlu diambil kira pada peringkat penghasilan projek
sebagai langkah awal pengembangan potensi projek.

7. PEMBENTUKAN KUMPULAN KIK

KIK terdiri daripada dua bentuk kumpulan iaitu;

i. KIK Primer

Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua (2) orang


tetapi tidak melebihi sepuluh orang daripada agensi sama yang bekerjasama untuk
melaksanakan projek KIK.

ii. KIK Hibrid

Sekumpulan kakitangan yang terdiri daripada dua (2) atau lebih agensi yang
bersilang fungsi yang bekerjasama untuk melaksanakan projek KIK Hibrid. Bilangan
ahli tertakluk pada skala, kos, kategori projek dan dipersetujui oleh pihak yang
melaksanakan projek.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 7


8. KOMPONEN KIK

KIK mengandungi komponen-komponen berikut :-

i. Ketua Kumpulan

Ketua kumpulan merupakan salah seorang ahli KIK. Persetujuan bersama hendaklah
dicapai ketika proses pemilihan ketua kumpulan agar tidak timbul sebarang isu yang
boleh menjejaskan perkembangan kumpulan.

ii. Ahli-ahli

Keahlian KIK terbuka kepada semua anggota dalam organisasi. Bagi KIK Hibrid,
keanggotaan kumpulan yang mewakili Jabatan / Agensi masing-masing hendaklah
seimbang atau pada bilangan yang munasabah.

* Agensi yang terlibat dalam KIK Hibrid digalakkan untuk menyediakan suatu
memorandum bersama secara bertulis bagi memastikan kepentingan semua pihak
terpelihara.

iii. Fasilitator

Pelantikan fasilitator bergantung pada keperluan KIK. Unit Inovasi agensi masing-
masing boleh memberi khidmat sebagai fasilitator.

* Pelantikan fasilitator bukan suatu kemestian.

* KIK digalakkan untuk mewujudkan identiti kumpulan tersendiri seperti nama, logo,
visi dan misi kumpulan atau lain-lain yang difikirkan bersesuaian.

iv. Pembentang

Pembentangan KIK tidak digalakkan dilakukan oleh pegawai yang menjawat jawatan
Pengarah Bahagian/Negeri.

9. DOKUMEN RUJUKAN

Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2016 - Panduan


Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu
Kumpulan Inovatif dan Kreatif.

10. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

En. Normi Shahrizal bin Miswan Pn. Nathlah binti Sharuddin


Bahagian Audit Prestasi Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2959 No. Tel: 03-2697 2955
E-mel: normi@water.gov.my E-mel: nathlah@water.gov.my

En. Daeng Hussin bin Kerneni


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03- 2697 3167
E-mel: daenghussin@water.gov.my

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 8


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

A. PROFAIL KUMPULAN

1. Nama Kumpulan :

2. Pejabat & Alamat :

3. No. Faks

4. Nama Ketua Kumpulan :

No. Telefon Bimbit :

E-mel : 1.

5. Senarai Nama Ahli : 2.


(selain dari Ketua 3.
Kumpulan) : 4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

(Isikan nama serta no. telefon bimbit)

* Perhatian :

Sebarang maklumat / hebahan berkaitan pertandingan akan dimaklumkan melalui Ketua


Kumpulan dan Pegawai Penyelaras Inovasi pejabat masing-masing. Sekiranya terdapat
pertukaran Ketua Kumpulan, mohon maklumkan kepada Urusetia pertandingan secepat
mungkin.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 9


B. KETERANGAN PROJEK

Tajuk Inovasi :

Ringkasan Eksekutif Inovasi : (Pencapaian sebelum dan selepas inovasi)


(tidak melebihi 250 perkataan)

Penglibatan Kerjasama :
Swasta (Sekiranya ada)

Bidang inovasi : Kategori inovasi :

Sosial Penciptaan

Penyampaian Perkhidmatan Penambahbaikan

Sila tandakan √ pada salah satu petak

Nota : Mengikut Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), projek inovasi yang
berpotensi untuk dikomersial pada masa akan datang adalah digalakkan untuk mendapat
perlindungan Harta Intelek.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 10


C. PERAKUAN IDEA ASAL

Kami mengaku bahawa projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif ini adalah idea asal hasil usaha ahli
kumpulan dan tidak diciplak dari mana-mana sumber. Projek ini juga belum pernah memenangi apa-
apa hadiah di mana-mana pertandingan inovasi peringkat kebangsaan atau antarabangsa.

................................................................ ..............................................................
Tandatangan & Cop Ketua Kumpulan Tarikh

Pengesahan Ketua Jabatan :

............................................................... ............................................................
Tandatangan & Cop Ketua Jabatan Tarikh

(Untuk kegunaan Bahagian Audit Prestasi Sahaja)

Tarikh Penerimaan

Memenuhi syarat-syarat
Ya :

Tidak :
(Ulasan)

Borang penyertaan ini hendaklah sampai ke alamat berikut selewat-lewatnya pada 30 April 2020
(Khamis) sebelum jam 4.00 petang.

Urusetia Pertandingan KIK,


Bahagian Audit Prestasi,
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50626 Kuala Lumpur.
(No. Faks : 03-2697 2971)

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi En. Normi (normi@water.gov.my) di talian 03 - 2697 2959, Pn.
Nathlah (nathlah@water.gov.my) di talian 03 - 2697 2955 atau En. Daeng Hussin
(daenghussin@water.gov.my) di talian 03-2697 3167

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 11


GARIS PANDUAN ANUGERAH KHAS INOVATIF DAN KREATIF

1. OBJEKTIF

Objektif anugerah adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada indvidu
dan kumpulan yang telah menghasilkan produk inovasi yang bermanfaat kepada
Jabatan atau idea kreatif luar biasa di luar bidang tugas yang disumbangkan oleh
individu.

2. TERMA DAN SYARAT

2.1 Anugerah Khas Inovatif dan Kreatif ini terbuka kepada semua individu dan kumpulan
inovasi JPS sahaja.

2.2 Setiap pejabat boleh mengemukakan lebih daripada satu pencalonan.

2.3 Individu / Kumpulan yang pernah menerima pengiktirafan Anugerah Khas Inovatif
pada tahun-tahun sebelum ini tidak akan dipertimbangkan.

2.4 Borang pencalonan yang lengkap sahaja akan diproses. Dokumen sokongan perlu
disertakan sebagai pembuktian.

2.5 Jawatankuasa Penilaian berhak memutuskan untuk tidak menganugerahkan kepada


mana-mana pencalonan. Keputusan oleh Jawatankuasa Penilaian adalah
muktamad.

2.6 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 28 Ogos 2020 (Jumaat) sebelum jam 4.00
petang.

3. KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan terdiri daripada dua (2) kategori iaitu Inovatif dan Kreatif.

3.1 Kategori Inovatif

Terbuka kepada kumpulan yang telah berjaya melaksana projek-projek inovasi


yang memberi manfaat kepada Jabatan.

3.2 Kategori Kreatif

Terbuka kepada individu yang telah menghasilkan idea kreatif yang luar biasa di
luar bidang tugas.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 12


4. KAEDAH PENILAIAN

Berdasarkan keterangan dan dokumen pembuktian yang dilampirkan.

5. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

En. Normi Shahrizal bin Miswan


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2959
E-mel: normi@water.gov.my

Pn. Nathlah binti Sharuddin


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2955
E-mel: nathlah@water.gov.my

En. Daeng Hussin bin Kerneni


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03- 2697 3167
E-mel: daenghussin@water.gov.my

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 13


ANUGERAH KHAS INOVATIF DAN KREATIF 2020

BORANG PENCALONAN

Borang ini hendaklah dikembalikan selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2020 (Jumaat) jam
4.00 petang.

Pengarah Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi:


Bahagian Audit Prestasi 1. En. Normi - 03 2697 2959
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (normi@water.gov.my)
Jalan Sultan Salahuddin 2. Pn. Nathlah - 03 2697 2955
(nathlah@water.gov.my)
50626 Kuala Lumpur. 3. En. Daeng Hussin – 03 2697 3167
(No. Faks : 03-2697 2971) (daenghussin@water.gov.my)

PENCALONAN PENERIMA ANUGERAH KHAS INOVATIF DAN KREATIF

Tuan,

Berikut adalah pencalonan bagi penerima Anugerah Khas Inovatif dan Kreatif JPS bagi
tahun 2020:

1. Kategori : *INOVATIF / KREATIF (*Potong yang tidak berkenaan)

2. Nama Individu / Kumpulan: ________________________________________

3. Senarai Nama Ahli Kumpulan (Jika berkaitan):

a. ________________________________________________________

b. ________________________________________________________

c. ________________________________________________________

d. ________________________________________________________

e. ________________________________________________________

f. ________________________________________________________

g. ________________________________________________________

h. ________________________________________________________

i. ________________________________________________________

4. Pejabat Bertugas : ___________________________________________

5. No. Telefon (Pej) : __________________ No. Faks: ________________

6. No. Tel. (Bimbit) : __________________ E-mel: __________________

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 14


7. Karangan sumbangan individu / kumpulan yang dicalonkan dalam bidang inovasi
ATAU kreativiti (tidak melebihi 1 muka surat)

Karangan hendaklah mengandungi tidak kurang daripada kriteria berikut:-

Kategori Inovatif :-

1. Latar belakang calon sepanjang tempoh perkhidmatan dari segi inovatif.


2. Bilangan inovasi yang dihasilkan.
3. Pengiktirafan di peringkat antarabangsa yang diperolehi (Perlu disertakan
dokumen sokongan seperti sijil penyertaan / sijil pengiktirafan).
4. Produk inovasi yang telah diguna di peringkat JPS / luar JPS (perlu disertakan
dokumen sokongan seperti gambar aplikasi produk inovasi).
5. Pendaftaran paten ke atas produk inovasi (Perlu disertakan dokumen
sokongan seperti sijil penyertaan / sijil pengiktirafan).

Kategori Kreatif :-

1. Latar belakang calon sepanjang tempoh perkhidmatan dari segi kreativiti.


2. Penghasilan kreativiti luar biasa di luar bidang tugas.
3. Pengiktirafan dan peringkat yang diterima (Perlu disertakan dokumen
sokongan seperti sijil penyertaan / sijil pengiktirafan).
4. Peringkat sebaran hasil kreativiti (contoh seluruh rakyat Malaysia. Perlu
sertakan dokumen sokongan seperti keratan akhbar atau artikel).

Pengesahan Ketua Jabatan

Saya dengan ini mengesah dan memperakui penyataan di atas adalah benar dan
pencalonan yang dikemukakan ini adalah untuk menyertai Anugerah Khas Inovatif dan
Kreatif JPS 2020.

Tandatangan :

(Nama :.................................................................................)
Cop pejabat:

Tarikh :

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 15


GARIS PANDUAN CETUSAN IDEA INOVATIF

1. LATAR BELAKANG

Cetusan Idea Inovatif merupakan anugerah kepada salah satu inisiatif di bawah Pelan
Tindakan Inovasi JPS iaitu Inisiatif No.4: Pengurusan Idea.

2. OBJEKTIF

Anugerah ini diwujudkan untuk mengiktiraf idea dari warga JPS samada di peringkat Ibu
Pejabat, Negeri, Daerah dan Pejabat Projek. Augerah ini juga diwujudkan untuk
menggalakkan pemikiran kreatif di kalangan warga JPS di semua peringkat di samping
berupaya menyumbangkan idea melalui saluran yang betul bagi meningkatkan mutu
perkhidmatan JPS.

3. TERMA DAN SYARAT

3.1 Terbuka kepada semua pejabat Bahagian dan Negeri.

3.2 Semua idea hendaklah disumbangkan dan dilaporkan kepada Urus Setia melalui
Penyelaras atau Wakil Penyelaras Inovasi Bahagian / Negeri.

3.3 Anugerah akan diberi kepada individu dan akan menyumbangkan markah PTI
kepada pejabat Bahagian atau Negeri.

3.4 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September 2020 (Selasa) sebelum jam
4.00 petang.

3.5 Idea yang disumbangkan mestilah jelas dan mudah difahami.

3.6 Jawatankuasa Penilaian berhak memutuskan tidak menganugerahkan kepada


mana-mana pencalonan. Keputusan oleh Jawatankuasa Penilaian adalah
muktamad.

4 KATEGORI PERTANDINGAN

Anugerah terdiri daripada dua (2) kategori iaitu Bahagian dan Negeri.

Bil. Kategori Pengiktirafan


1 Bahagian Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga
2 Negeri Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 16


5 KAEDAH PENILAIAN

Kriteria penilaian adalah seperti berikut :-


Kriteria Markah Keterangan
Kos 1 Melibatkan peruntukkan Jabatan (Pembangunan /
3 Mengurus)
5 Tidak melibatkan peruntukan Jabatan (melibatkan kos
sendiri)
Tidak melibatkan sebarang kos untuk pelaksanaan idea
Penjimatan sumber 1 Tidak melibatkan penjimatan
(kos, masa, 3 Melibatkan penjimatan
manusia) 5 Melibatkan >1 penjimatan
Keaslian 1 Adaptasi dalaman (sertakan pembuktian idea yang
dilaksanakan / diperoleh daripada Bahagian / Negeri
yang diaplikasikan di tempat sendiri mengikut
3 kesesuaian)
Adaptasi luaran (sertakan pembuktian adaptasi idea
5 dari sumber luar JPS atau telah dilaksanakan di tempat
lain)
Idea baru. Sekiranya didapati idea merupakan idea
sediada / telah dilaksanakan, idea dikira adaptasi luaran
/ dalaman)
Kebolehkaksanaan 1 Pelaksanaan melibatkan agensi luar dan menggunakan
keperluan tambahan
3 Pelaksanaan melibatkan warga JPS sahaja dan
menggunakan keperluan tambahan
5 Pelaksanaan melibatkan warga JPS sahaja dan
menggunakan keperluan sedia ada
Impak 1 Sebahagian warga (Unit / Bahagian / Negeri)
3 Seluruh warga (JPS Malaysia / JPS Negeri)
5 Agensi Luar / Orang Awam
Markah lulus = 11

Hanya idea yang diluluskan sahaja akan dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian untuk
Cetusan Idea Inovatif.

6 PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

En. Normi Shahrizal bin Miswan


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2959
E-mel: normi@water.gov.my

Pn. Nathlah binti Sharuddin


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2955
E-mel: nathlah@water.gov.my

En. Daeng Hussin bin Kerneni


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03- 2697 3167
E-mel: daenghussin@water.gov.my

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 17


GARIS PANDUAN ANUGERAH PENINGKATAN INOVASI

1. LATAR BELAKANG

Anugerah Peningkatan Inovasi merupakan cadangan yang telah dikemukakan semasa


Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Inovasi Bil. 2/2018 yang bertarikh 14 Ogos 2019 di
Bilik Gerakan, Ibu Pejabat JPS Malaysia dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pemandu Bil.2/2019 pada 13 Januari 2020.

2. OBJEKTIF

Anugerah Peningkatan Inovasi diwujudkan untuk mengiktiraf Bahagian / Negeri yang


telah menunjukkan peningkatan prestasi pencapaian Pelan Tindakan Inovasi (PTI) yang
mengagumkan sepanjang tiga (3) tahun ke belakang sehingga tahun semasa.

3. TERMA DAN SYARAT

3.1 Anugerah Peningkatan Inovasi ini terbuka kepada semua pejabat Bahagian dan
Negeri.

3.2 Anugerah akan diberi kepada Bahagian atau Negeri yang telah menunjukkan
peningkatan prestasi inovasi yang mengagumkan sepanjang tahun 2017, 2018 dan
2019 serta 2020.

3.3 Jawatankuasa Penilaian berhak memutuskan untuk tidak menganugerahkan kepada


mana-mana Bahagian atau Negeri. Keputusan oleh Jawatankuasa Penilaian adalah
muktamad.

3.4 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 September 2020 sebelum jam 4.00
petang.

4. KATEGORI PERTANDINGAN

Hanya satu pemenang sahaja dipilih iaitu samada Bahagian atau Negeri.

5. KAEDAH PENILAIAN

Penilaian adalah berdasarkan markah akhir Pelan Tindakan Inovasi (PTI) tahun 2017,
2018 dan 2019 serta 2020.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 18


6. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

En. Normi Shahrizal bin Miswan


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2959
E-mel: normi@water.gov.my

Pn. Nathlah binti Sharuddin


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2955
E-mel: nathlah@water.gov.my

En. Daeng Hussin bin Kerneni


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03- 2697 3167
E-mel: daenghussin@water.gov.my

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 19


GARIS PANDUAN PERTANDINGAN TEMA SAMBUTAN HARI INOVASI

1. LATAR BELAKANG

Pertandingan Tema Sambutan Hari Inovasi merupakan cadangan yang telah


dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras Inovasi Bil. 2/2018 bertarikh
28 Februari 2019 di JPS Ampang dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa
Pemandu Bil.2/2019 pada 13 Januari 2020.

2. OBJEKTIF

Anugerah ini diwujudkan untuk mengiktiraf idea terbaik serta paling kreatif dan asli bagi
menetapkan tema Hari Inovasi tahun semasa di samping menyemarakkan sambutan
Hari Inovasi.

3. TERMA DAN SYARAT

3.1 Terbuka kepada semua pegawai JPS KECUALI urus setia pertandingan.

3.2 Idea penciptaan tema adalah yang asli tanpa menciplak dari mana-mana tema.

3.3 Hanya satu (1) penyertaan sahaja bagi setiap pegawai.

3.4 Tema hendaklah tidak melebihi 10 patah perkataan.

3.5 Tema hendaklah menggunakan Bahasa Melayu.

3.6 Tema hendaklah berkaitan dengan Inovasi dan Jabatan.

3.7 Notis pemakluman tentang pertandingan akan dikeluarkan pada 2 Mei 2020 melalui
emel, surat dan Buletin Infoportal JPS.

3.8 Tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Jun 2020 (Jumaat) sebelum jam 4.00
petang.

3.9 Pemenang adalah tertakluk kepada keputusan Ketua Pengarah JPS Malaysia.

3.10 Hanya satu (1) pemenang yang akan dipilih.

3.11 Keputusan adalah muktamad.

4. KATEGORI PERTANDINGAN

Tiada.

5. KAEDAH PENILAIAN

Tema terbaik akan dipilih oleh Panel Penilai dan keputusan muktamad akan diputuskan
oleh Ketua Pengarah JPS Malaysia.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 20


6. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

En. Normi Shahrizal bin Miswan


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2959
E-mel: normi@water.gov.my

Pn. Nathlah binti Sharuddin


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2955
E-mel: nathlah@water.gov.my

En. Daeng Hussin bin Kerneni


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03- 2697 3167
E-mel: daenghussin@water.gov.my

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 21


GARIS PANDUAN PERTANDINGAN RUANG PAMERAN TERBAIK

1. LATAR BELAKANG

Pertandingan Ruang Pameran Terbaik diadakan untuk memberi peluang kepada


Bahagian / Negeri mempamerkan inovasi yang telah dihasilkan.

2. OBJEKTIF

Anugerah ini diwujudkan untuk memberi galakkan serta insentif kepada Bahagian /
Negeri yang telah menghasilkan inovasi yang bermutu tinggi.

3. TERMA DAN SYARAT

3.1 Terbuka kepada semua pejabat Bahagian / Negeri yang menduduki 10 tempat
teratas dalam Pertandingan KIK peringkat JPS Malaysia.

3.2 Pameran hendaklah terdiri dari hasil inovasi yang telah dipertandingkan di peringkat
Jabatan.

3.3 Hanya satu (1) pemenang yang akan dipilih.

3.4 Keputusan adalah muktamad.

4. KATEGORI PERTANDINGAN

4.1 Terbuka kepada pejabat Bahagian / Negeri menduduki 10 tempat teratas dalam
Pertandingan KIK.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 22


5. KAEDAH PENILAIAN

Kriteria Penilaian adalah seperti berikut :-

Bil. Kriteria Markah

Kreativiti
1. a) Pusat Sumber Inovasi 10
b) Bahan / media pameran 10

Penyampaian Maklumat Projek


15
a) Penerangan ringkas mengenai projek dan cara
2. 15
penyampaian
b) Penyampaian maklumat menggunakan bahan / media

Penggunaan Ruang
10
a) Kekemasan ruang pameran
10
3. b) Susun atur bahan / media pameran
5
c) Laluan untuk meihat bahan / media pameran
10
d) Kebersihan

Alat Sokongan Ruang


4. 5
a) Hiasan ruang pameran

5. Hospitaliti 10

JUMLAH KESELURUHAN 100

7. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

En. Normi Shahrizal bin Miswan


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2959
E-mel: normi@water.gov.my

Pn. Nathlah binti Sharuddin


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03-2697 2955
E-mel: nathlah@water.gov.my

En. Daeng Hussin bin Kerneni


Bahagian Audit Prestasi
No. Tel: 03- 2697 3167
E-mel: daenghussin@water.gov.my

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 23


GARIS PANDUAN
ANUGERAH
HARI INOVASI
JPS MALAYSIA
TAHUN 2020

JPS Goes Green


GARIS PANDUAN PERTANDINGAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS)
GOES GREEN BAGI TAHUN 2019- 2020

1. LATAR BELAKANG

Pertandingan JPS Goes Green telah diperkenalkan semenjak tahun 2009 melalui
pertandingan NRE Goes Green di peringkat kementerian yang mempertandingkan aktiviti
amalan goes green di JPS Ibu Pejabat dan juga JPS Negeri. Dari tahun ke tahun, kriteria
penilaian ditambah baik dalam mencapai objektif pertandingan yang berkualiti dan menepati
dasar kerajaan semasa. Pada tahun 2013, pertandingan ini menilai bagi kategori pejabat di
negeri. Manakala bagi tahun 2014 dan 2015 pelaksanaan goes green dinilai untuk kategori
rumah pam dan pintu air. Pada tahun 2016 dan 2017, pertandingan JPS Goes Green
diteruskan dengan menilai amalan goes green di pejabat dan persekitaran JPS Daerah.
Pada tahun 2018, terdapat tambahan kriteria penilaian iaitu penambahan penilaian kepada
infrastruktur rumah pam atau pintu air di JPS Daerah. Selepas sembilan (9) tahun berturut-
turut pertandingan ini dilaksanakan, BPME merasakan adalah perlu melihat kepada impak
dan signifikan pelaksanaan elemen-elemen bagi memenuhi kriteria pertandingan seperti
penjimatan tenaga, kesedaran warga JPS dan kelestarian lanskap. Oleh demikian, mulai
tahun 2019, pertandingan JPS Goes Green dilaksanakan secara dwi-tahunan.

2. OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Kearah memperkasakan pelaksanaan perolehan hijau kerajaan/ Government


Green Procurement (GGP) dalam mencapai KPI perolehan sebanyak 20%
perolehan hijau kerajaan menjelang tahun 2020 di peringkat JPS Negeri dan
secara tidak langsung bersedia kearah penilaian Sistem Penarafan Bintang
MAMPU.
2.2 Menyokong dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 kerajaan ke arah
menyumbang kepada aktiviti Ekonomi Hijau negara.
2.3 Membentuk kakitangan JPS agar bertanggungjawab, berdisplin dan
menghargai sumber semula jadi bagi mengurangkan kesan rumah hijau ke
atas bumi serta membudayakan amalan goes green dikalangan kakitangan
JPS bukan sahaja di pejabat tetapi juga luar pejabat tentang kepentingan
untuk memelihara kelestarian alam sekitar yang merupakan amanah dan
warisan kepada generasi akan datang,
2.4 Sebagai tools penilaian Pelan Transformasi JPS untuk yang mewajibkan
pelaksanaan Goes Green di peringkat JPS Daerah.
2.5 Sebagai medium untuk mendidik secara langsung kepada warga JPS dan
secara tidak langsung institusi masyarakat setempat kepada pembudayaan
kelestarian alam dan penjagaan alam sekitar.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 24


3. SYARAT DAN TERMA PENYERTAAN

3.1. Penyertaan adalah di WAJIBkan kepada JPS Negeri dengan mencalonkan


sekurang-kurangnya satu (1) penyertaan daripada JPS Daerah/ Pejabat Negeri/
Pejabat Mekanikal di negeri. Setiap JPS Negeri dibenarkan untuk menghantar lebih
daripada 1 penyertaan. Pencalonan penyertaan hendaklah memenuhi kriteria
berikut :-
a) Pejabat mempunyai kawasan berpagar (dalam satu compound).
b) Pejabat tidak berkongsi dengan jabatan/agensi lain.
c) Pejabat tidak pernah menerima pengiktirafan sebarang anugerah Hijau
daripada JPS atau jabatan/agensi luar (Tempat Pertama/Kedua/Ketiga) pada
tahun 2018.
d) Pejabat mempunyai stesen rumah pam/pintu air yang aktif (beroperasi) di
daerah tersebut
e) Pejabat PERNAH menyertai pertandingan JPS Goes Green daripada tahun
2015 sehingga 2018.
* bagi penyertaan daripada pejabat negeri/pejabat mekanikal di negeri
perlu memilih 1 stesen rumah pam/stesen pintu air di JPS Negeri (mana-
mana daerah).

3.2. Urusetia berhak menerima atau menolak penyertaan dari mana-mana pejabat
berdasarkan syaratsyarat yang telah ditetapkan. Keputusan pemilihan pejabat untuk
menyertai pertandingan oleh urusetia adalah muktamad.

3.3. Urusetia tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang pencerobohan intelektual


atau hak cipta.

3.4. Pejabat yang menyertai pertandingan akan dinilai oleh Panel Penilai yang dilantik
oleh Urusetia pertandingan. Keputusan Panel Penilai Pertandingan JPS Goes
Green adalah muktamad dan sebarang bantahan tidak akan dilayan.

3.5. Urusetia berhak meminda mana-mana syarat dan peraturan sekiranya perlu dan
berhak meminda hadiah kepada nilai yang setara tanpa perlu mendapat persetujuan
para peserta.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 25


4. KATEGORI

Kategori Pertandingan JPS Goes Green untuk tahun 2020 adalah kombinasi penilaian
Pejabat Dan Stesen Rumah Pam/Pintu Air .

5. ELEMEN PERTANDINGAN

Mulai tahun 2019, pertandingan JPS Goes Green dilaksanakan secara dwi tahunan.
Walaubagaimanapun, pada tahun pertama (2019), peserta hendaklah merancang,
memulakan aktiviti yang dirancang dan akan dinilai melalui pelaporan pelaksanaan pada
Disember 2019. Pra- penilaian ini akan membawa markah 10% daripada markah
keseluruhan. Baki markah 90% akan dinilai pada bulan September 2020.

Secara ringkasnya pemarkahan pertandingan adalah seperti berikut:-

Tahun Elemen Penilaian Pemarkahan


(%)
2019 i) Pelaporan pelaksanaan aktiviti penggal 2019 10%
2020 i) Pelaporan pelaksanaan aktiviviti penggal 2020 90%
ii) Pelaporan impak pelaksanaan aktiviti 2019 – 2020
berbanding aktiviti yang telah dilaksanakan semasa
pertandinganJPS Goes Green yang disertai

Elemen pertandingan adalah seperti berikut:-


a) Komitmen Organisasi
b) Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan/ Government Green Procurement (GGP)
c) Pelaksanaan Pengurusan Pembuangan Sifar/ Zero Waste Management (ZWM)
d) Penjimatan Utiliti
e) Keceriaan Dan Kelestarian
f) Kesedaran

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 26


5.1 Penerangan Elemen Pertandingan

A: Komitmen Organisasi
PENERANGAN
Komitmen organisasi adalah merujuk kepada penglibatan ketua pejabat dan kakitangan
JPS dalam perancangan dan pelaksanaan program amalan goes green di pejabat masing-
masing yang ditunjukkan melalui pembentukan jawatankuasa dan pelaksanaan mesyuarat.
Mesyuarat hendaklah di pengerusikan oleh Ketua Pejabat/Jurutera Daerah

DOKUMEN SEMAKAN
Carta Jawatankuasa Goes Green dan Minit Mesyuarat

PEMARKAHAN
Pemarkahan diberikan kepada pembentukan jawatankuasa Goes Green dan kekerapan
mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pejabat/Jurutera Daerah dan penglibatan
kakitangan semasa mesyaurat tersebut.
Penilaian Tahun 2019

i. Pembentukan Jawatankuasa
Tahap Markah
Tiada jawatankuasa 0
Ada jawatankuasa 2

Penilaian Tahun 2019

ii. Kekerapan Mesyuarat Bagi Tahun 2019


Tahap Markah
Tiada mesyuarat dilaksanakan 0
1 kali mesyuarat dilaksanakan 1
≥ 2 kali mesyuarat dilaksanakan 3

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 27


Penilaian Tahun 2019

iii. Perancangan Aktiviti Goes Green


Tahap Markah
Tiada mesyuarat dilaksanakan 0
≤ 3 kali mesyuarat dilaksanakan 1
≤ 3 kali mesyuarat dilaksanakan 3

Penilaian Tahun 2020

iv. Kekerapan Mesyuarat Bagi Tahun 2020

Tahap Markah
Tiada perancangan aktiviti 0
≤ 20 aktiviti dirancang 1
21 – 40 aktiviti dirancang 3
≥ 41 aktiviti dirancang 5

PERHATIAN:
*Mesyuarat yang tidak dipengerusikan oleh Ketua Pejabat/Jurutera Daerah tidak akan dinilai
*Pelaporan mesyuarat hendaklah dihantar pada tahun 2019 dan 2020

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 28


B: Pelaksanaan Perolehan Hijau Kerajaan/ Government Green Procurement
(GGP) – 50% markah
PENERANGAN
Perolehan Hijau Kerajaan (GGP) ialah perolehan barangan, perkhidmatan dan kerja
dalam sektor awam yang mengambilkira kriteria persekitaran bertujuan memulihara sumber
alam semulajadi dan mengurangkan kesan negatif aktiviti manusia kepada alam sekitar.
Pelaksanaan GGP juga merupakan inisiatif Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMKe 11)
dalam usaha Kerajaan untuk mencapai Pengurangan Intensiti Pelepasan Gas Rumah Kaca
per KDNK sebanyak 40% pada tahun
2020 berbanding baseline 2005 dengan mensasarkan 20% perolehan hijau kerajaan
sehingga tahun
2020. Peratusan yang diambil kira adalah seperti di Jadual Perolehan seperti ditunjukkan di
bawah. Sehingga 2020, terdapat dua puluh (20) produk/perkhidmatan yang telah
disenaraikan dalam perolehan hijau kerajaan seperti jadual di bawah. Namun begitu, dari
semasa ke semasa produk/perkhidmatan ini akan bertambah. Justeru itu, perolehan hijau
kerajaan adalah tidak terhad kepada senarai di bawah sahaja.

Pelaksanaan Di JPS
Pelaksanaan program GGP akan menyumbang pemarkahan utama pertandingan JPS Goes
Green bagi tahun 2020. Hanya pelaksanaan tahun 2019 - 2020 sahaja akan dinilai.
Pelaksanaan GGP hendaklah dilaksanakan oleh PTJ pejabat yang menyertai sahaja. Bagi
produk yang melibatkan perolehan pusat di PTJ Negeri seperti kertas A4 perlu
dimaklumkan jenis spesifikasi dan kos yang hanya melibatkan pejabat tersebut. Perolehan
produk GGP secara RUNCIT tidak akan dinilai.

Pelaksanaan GGP PERLU merujuk dan menggunakan Spesifik Kriteria bagi


produk/perkhidmatan di atas seperti di Lampiran 1. Spesifikasi produk GGP hendaklah
dimasukkan ke dalam dokumen perolehan (yang mana berkaitan).

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 29


Senarai Produk/Perkhidmatan Perolehan Hijau Kerajaan

1. Perkhidmatan Pembersihan 11. Perabot


2. Peralatan ICT 12. Tekstil
3. Cat 13. Perkhidmatan Pusat Data Hijau
4. Lampu Dalaman Cekap 14. Pengurusan Fasiliti Bangunan
Tenaga
5. Kertas 15. Produk Berasaskan Getah
6. Penghawa Dingin 16. Sistem Penuaian Air Hujan
7. Pencetak Serbaguna 17. Pencetakan Berasaskan
Kertas
8. Simen Gentian 18. Peralatan Cekap Air
9. Perkhidmatan Bengkel 19. Alat Tulis (Produk Berasaskan
Automotif Kertas)
10. Produk Pembungkusan 20. Perkhidmatan Hotel,
Polimer Penginapan dan Pusat Latihan
Terbiodegrasi

DOKUMEN SEMAKAN
Dokumen sebutharga / tender / spesifikasi teknikal / baucer bayaran dan Laporan
bergambar Nota:
i. Tahun perolehan hendaklah tahun 2019 - 2020 sahaja
ii. Dalam Dokumen sebutharga/ tender/ spesifikasi teknikal hendaklah mengandungi
maklumat spesifik kriteria yang bersesuaian sebagaimana Lampiran 1.
iii. Baucer pembayaran
iv. Bekas pembungkusan produk GGP seperti tong cat, kotak bungkusan lampu, kotak
kertas yang telah habis digunakan dinasihatkan tidak dibuang terlebih dahulu
sehingga penilaian verifikasi selesai dilaksanakan.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 30


PEMARKAHAN
Perolehan produk/perkhidmatan berdasarkan kriteria GGP:

Penilaian Tahun 2020

i. Bilangan Perolehan Kumpulan Produk/ Perkhidmatan


Tahap Markah
Tiada pelaksanaan perolehan hijau kerajaan 0

≤ 3 kumpulan produk/ Perkhidmatan GGP dilaksanakan dan memenuhi 10


spesifik kriteria produk

4 - 9 kumpulan produk/ perkhidmatan GGP dilaksanakan dan memenuhi 20


spesifik kriteria produk

≥ 10 kumpulan produk/ perkhidmatan GGP dilaksanakan dan memenuhi 30


spesifik kriteria produk

Penilaian Tahun 2020

ii. Kos Perolehan Hijau


Tahap Markah
Tiada pelaksanaan perolehan hijau kerajaan 0

1 kumpulan produk/ perkhidmatan sahaja mencapai 5


20% perolehan hijau
2 – 4 kumpulan produk/ perkhidmatan sahaja mencapai 20% perolehan hijau 10

≥ 5 kumpulan produk/ perkhidmatan mencapai 20% perolehan hijau 20

Kaedah Pengiraan Peratus Perolehan:


1. Kenalpasti kumpulan produk/ perkhidmatan untuk projek-projek dilaksanakan pada
tahun 2019 - 2020
2. Kirakan jumlah kos keseluruhan bagi kumpulan produk/ perkhidmatan tersebut
3. Kirakan kos yang telah dibelanjakan untuk perolehan hijau daripada kumpulan
produk/ perkhidmatan yang telah dikenalpasti di item no. 1
4. Dapatkan peratusan kos perolehan dengan:- (Item no. 3/ item no. 2) x 100= x%

Jadual Perolehan Hijau Kerajaan Tahun 2020 (Contoh)

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 31


Bil Nama Jenis Jenis Senarai Kos Kos Kos Peratusan
Kumpulan Perolehan Peruntukan Nama Projek Keseluruhan Kumpulan Produk Perolehan
Produk GGP (RM) Projek Produk GGP dalam Produk GGP
(RM) (RM) Kumpulan
Produk
Perkhidmatan
(RM)
Bekalan

Kerja

OE

DE
(a) (b) (c) (c)/(b) X100

1. Air cond √ √ Projek 10,000,000 1,000,000 200,000 200,000 /


Berasingan Pembinaan 1,000,000 x
2.5HP Bangunan 1 100 = 20%
kebawah
√ √ Projek 5,000,000 1,000,000 100,000 100,000 /
Pembinaan 1,000,000 x
Bangunan 2 100 = 10%

√ √ Projek 3,000,000 1,000,000 10,000 10,000 /


Pembinaan 1,000,000 x
Bangunan 3 100 = 1%

JUMLAH 18,000,000 3,000,000 310,000 11%


(PURATA)

2. Kertas √ √ Bekalan 20,000 20,000 20,000 20,000 /


Kertas 20,000 x 100
= 100%

JUMLAH 20,000 20,000 20,000 100%


(PURATA)

3. Alat Tulis √ √ Bekalan Alat 50,000 30,000 15,000 15,000 /


Tulis 30,000 x 100
=50%

JUMLAH 50,000 30,000 15,000 50%


(PURATA)

4. Perkhidmatan √ √ Perkhidmatan 100,000 80,000 80,000 80,000 /


Pembersihan Membersih 80,000 x 100
Kawasan = 100%

JUMLAH 100,000 80,000 80,000 100%


(PURATA)

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 32


C: Pelaksanaan Program Pembuangan Sifar/ Zero Waste Program
PENERANGAN

Program Zero Waste merupakan salah satu pelaksanaan kesinambungan kearah mencapai
deklarasi UN Climate Summit 2014 pengurangan 40 % pelepasan carbon ke udara
menjelang tahun 2020. Zero waste ialah matlamat yang beretika, ekonomik dan berkesan
dalam mengubah gaya hidup dan amalan ke arah kitaran semula jadi yang mampan, di
mana semua bahan terbuang direka untuk menjadi bahan untuk kegunaan lain secara tidak
langsung akan mengurangkan intensity karbon yang terlepas ke udara. Penerangan
terperinci seperti di Lampiran 2.

Pelaksanaan
Peserta akan dinilai daripada segi proses zero waste yang telah dilaksanakan sepanjang
tempoh penilaian di stesen rumah pam/pintu air yang dinamakan sahaja. (Tidak
melibatkan pejabat)

DOKUMEN SEMAKAN
Laporan aktiviti, gambar

PEMARKAHAN
Proses zero waste yang telah dilaksanakan

Penilaian Tahun 2019

i. Kenalpasti Stesen Rumah Pam/ Pintu Air


Tahap Markah
Tiada laporan sebelum pelaksanaan program zero waste di stesen rumah pam/ 0
pintu air

Ada laporan sebelum pelaksanaan program zero waste di stesen rumah pam/ 5
pintu air

Penilaian Tahun 2020

ii. Proses
Tahap Markah
Melaksanakan proses incinerate dan dump (land fill) 0

Melaksanakan proses recycle, reuse dan reduce sahaja 3

Melaksanakan proses recycle, reuse, reduce dan prevent 5

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 33


PEMARKAHAN

Penilaian Tahun 2020

iii. Bilangan Kreativiti Daripada Bahan Terpakai

Tahap Markah
Tiada kreativiti daripada bahan terpakai 0
1 – 5 kreativiti daripada bahan terpakai 5
6 -10 kreativiti daripada bahan terpakai 7
≥ kreativiti daripada bahan terpakai 10

D : Penjimatan Utiliti

PENERANGAN
Penjimatan utiliti adalah merujuk kepada pelaksanaan aktiviti dan penggunaan peralatan
jimat tenaga yang dikenalpasti boleh menyumbang kepada penjimatan utiliti di pejabat.
Analisis penjimatan tenaga perlu dilaksanakan dalam tempoh penilaian dengan membuat
perbandingan sebelum pelaksanaan dan selepas pelaksanaan amalan goes green.

Aktiviti/peralatan yang boleh menyumbang kepada penjimatan tenaga:-


i. Menetapkan suhu penyaman udara pada suhu optimum 24°C
ii. Switch off lampu dan sistem penghawa dingin semasa waktu rehat
iii. Mencabut soket elektrik selepas waktu pejabat (kecuali mesin faks dan peralatan
yang memerlukan bekalan elektrik 24jam)
iv. Menggunakan peralatan elektrik bagi perolehan baru yang diklasifikasi di dalam
kelas 5 energy star
v. Menggunakan pili air jenis tap with automatic stopper
vi. Menggunakan timer plug untuk mema
vii. Menggunakan cistern jenis dual flush
viii. Menggunakan air hujan sebagai sumber air alternatif
ix. Menampal ‘signage’ penjimatan tenaga
x. Menggunakan ‘motion sensor/ day light sensor’
xi. Penggunaan cahaya semula jadi sebagai sumber cahaya
xii. Penggunaan cat dinding berwarna cerah

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 34


DOKUMEN SEMAKAN
Laporan Aktiviti Penjimatan Tenaga dan Salinan Bil Utiliti (air dan elektrik) bagi tempoh
yang telah ditetapkan. Analisis penjimatan tenaga hendaklah disahkan oleh Jurutera
Mekanikal/Wakil Mekanikal JPS di Negeri.

PEMARKAHAN
Pemarkahan diberikan kepada dua (2) kriteria iaitu bilangan aktiviti/ Peralatan penjimatan
utiliti dan analisis penjimatan tenaga

Penilaian Tahun 2020

i. Bilangan Aktiviti/Peralatan penjimatan utiliti


Tahap Markah
Tiada aktiviti/Peralatan penjimatan tenaga 0
≤ 4 aktiviti/Peralatan penjimatan tenaga 2
5 – 10 aktiviti/Peralatan penjimatan tenaga 4
≥ 11 aktiviti/Peralatan penjimatan tenaga 7

Penilaian Tahun 2020

ii. Analisis Penjimatan utiliti


Tahap Markah

Tiada analisis dilaksanakan 0

Analisis bil utiliti air dibuat atau 3


Analisis bil utiliti elektrik dibuat

Penilaian Tahun 2020

iii. Amalan Yang Konsisten


Tahap Markah
Tiada konsistensi amalan penjimatan utiliti air dan elektrik daripada tarikh 0
penyertaan tahun 2015/2016/2017/2018 sehingga tahun 2020 (Perbezaan
penggunaan utiliti > +50% purata )
Perbezaan penggunaan utiliti tahun penyertaan 2015/2016/2017/2018 7
sehingga tahun 2020 adalah dalam 30% ≤ x < 50% purata
Perbezaan penggunaan utiliti tahun penyertaan 2015/2016/2017/2018 13
sehingga tahun 2020 adalah dalam 10% ≤ x < 30% purata
Perbezaan penggunaan utiliti tahun penyertaan 2015/2016/2017/2018 20
sehingga tahun 2020 adalah dalam x < 10% purata

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 35


PERHATIAN:
i) Perbandingan hendaklah dibuat (jumlah bil bulan Ogos 2018 hingga Ogos 2019) vs
(jumlah bil bulan Sept 2019 hingga September 2020)

E : Keceriaan Dan Kelestarian

PENERANGAN
Penilaian ke atas inisiatif Pejabat melaksanakan aktiviti amalan goes green bagi
menceriakan kawasan dan melestarikan alam sekitar di kawasan pejabat dan stesen
rumah pam/pintu air.

Aktiviti Keceriaan dan kelestarian alam sekitar


i. Penanaman pokok
ii. Penggunaan semula barang terpakai
iii. Mewujudkan tong kitar semula
iv. Penjimatan kertas
v. Mengamalkan 1 hari tanpa penggunaan beg plastik
vi. Mengadakan gotong royong
vii. Mendirikan wakaf
viii. Aplikasi konsep MSMA
ix. Mengecat semula bangunan/ kawasan
x. Kolam hiasan

DOKUMEN SEMAKAN
Laporan Aktiviti Keceriaan dan Kelestarian

PEMARKAHAN
Pemarkahan diberikan kepada kriteria bilangan aktiviti keceriaan dan kelestarian yang
dilaksanakan

Penilaian Tahun 2020


Bilangan Aktiviti Keceriaan Dan Kelestarian
Tahap Markah
Tiada aktiviti keceriaan dan kelestarian 0
≤ 4 aktiviti keceriaan dan kelestarian 3
5 – 9 aktiviti keceriaan dan kelestarian 7
≥ 10 aktiviti keceriaan dan kelestarian 10

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 36


F : Kesedaran

PENERANGAN
Penilaian ke atas program kesedaran yang dilaksanakan oleh pejabat JPS Daerah/ negeri/
mekanikal. Program kesedaran merupakan program yang boleh mendidik kakitangan dan
juga penduduk setempat akan kepentingan dan tangunggjawab individu dalam menghargai
alam sekitar.
Penilaian terbahagi kepada bilangan aktiviti dan kumpulan sasaran yang mendapat
kesedaran.

Aktiviti kesedaran:
i. Melaksanakan taklimat/ latihan
ii. Melancarkan kempen Goes Green
iii. Menyebarkan program goes green di dalam artikel buletin dalaman/ JPS Negeri
iv. Melaksanakan program penandaarasan program goes green
v. Mengedar brocur
vi. Menunjukkan tayangan video/slaid
vii. Mewujudkan sudut goes green viii. Menyertai pameran

DOKUMEN SEMAKAN
Laporan Aktiviti Kesedaran

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 37


PEMARKAHAN
Pemarkahan diberikan kepada dua kriteria iaitu bilangan aktiviti kesedaran dan kumpulan
sasaran yang mendapat kesedaran.

Penilaian Tahun 2020

i. Bilangan aktiviti kesedaran


Tahap Markah

Tiada aktiviti kesedaran 0

≤ 4 aktiviti kesedaran 2

5 – 7 aktiviti kesedaran 4

≥ 8 aktiviti kesedaran 6

Penilaian Tahun 2020

ii. Kumpulan sasaran yang mendapat kesedaran.


Tahap Markah
Tiada aktiviti kesedaran 0
Warga JPS Daerah/ Negeri/Mekanikal setempat 2
Warga JPS Daerah /Negeri/Mekanikal & penduduk tempatan 4

Penilaian Tahun 2020

iii. Amalan yang Konsistensi


Tahap Markah
Tiada kakitangan yang mempunyai pengetahuan tentang amalan Goes 0
Green
<80 % daripada jumlah kakitangan yang mempunyai pengetahuan tentang 4
Goes Green

> 80 % daripada jumlah kakitangan yang mempunyai pengetahuan tentang 10


goes green

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 38


6.0 BORANG PENYERTAAN
6.1 Borang Penyertaan (Lampiran A) hendaklah dilengkapkan dan dikemukakan
kepada Urusetia Pertandingan JPS Goes Green sebelum/ pada 15
November 2019
6.2 JPS Negeri wajib menghantar 1 penyertaan mewakili 1 JPS daerah atau
pejabat bahagian / negeri. Sekiranya JPS negeri ingin menyertai lebih
daripada satu penyertaan, sila kemukakan borang yang berlainan. Borang
penyertaan hendaklah ditandatangan oleh Pengarah JPS Negeri.

7.0 KAEDAH PENILAIAN 7.1 Peringkat 1 – Penilaian Dokumentasi


i. Panel penilai akan menilai dokumen berdasarkan kriteria pertandingan
di dalam perkara 5. Dokumen penilaian hendaklah dikemukakan
kepada Urusetia Pertandingan JPS Goes Green sebelum/pada 27
Ogos 2020. Peserta yang lewat (selepas 7 hari daripada tarikh tutup)
mengemukakan dokumen penilaian akan dikurangkan sebanyak 3
markah.
ii. Pejabat yang menyertai hendaklah menyediakan 1 salinan softcopy
dalam format slaid power point.(.ppt) dan 5 salinan hardcopy.
Kandungan dokumen hendaklah mengandungi elemen pertandingan
beserta dokumen-dokumen bagi menyokong maklumat yang
diberikan. iii. 5 pejabat yang mendapat markah tertinggi akan disenarai
pendek oleh ahli panel untuk ke Peringkat 2.

7.2 Peringkat 2 – Penilaian Lawatan Verifikasi


i. Panel penilai akan mengadakan lawatan verifikasi ke pejabat-pejabat
yang telah disenarai pendek bagi memastikan program-program di
dalam dokumen pertandingan telah dilaksanakan dan diamalkan.
ii. Panel penilai akan menentukan pemenang pada peringkat ini dan
keputusan akan dihantar kepada BAP.
iii. Keputusan panel adalah muktamad
iv. Skor Pemarkahan adalah seperti di Lampiran 3 sebagai rujukan.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 39


8.0 Urusetia Pertandingan

Borang Pencalonan dan Dokumen Pertandingan hendaklah dikemukakan


kepada alamat dibawah:-

Urusetia Pertandingan JPS Goes Green,


Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal
Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia,
Kolam Takungan Batu,
Batu 4 ½, Off Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
(u/p : En Zahrunajmi bin Mohd Salleh )

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal,


JPS Malaysia dan berurusan

1. Pn. Hanum binti Abu Hassan di talian 0176997571/03-61793929 ; Faks : 03-


61794062 ; email : hanum@water.gov.my.
2. En Zahrunajmi bin Mohd Salleh ditalian 0195566512/03-61793929 ; Faks : 03-
61794062 ; email : zahrunajmi@water.gov.my.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 40


CARTA ALIR PROSES PERTANDINGAN JPS GOES GREEN 2020

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 41


BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN JPS GOES GREEN BAGI TAHUN 2020
(SILA KEMUKAKAN BORANG INI KEPADA URUSETIA PERTANDINGAN
SEBELUM/ PADA: 28 OKTOBER 2019)

KEPADA :

Pengarah
Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal
JPS Malaysia
Kolam Takungan Batu,
Batu 4 ½, Off Jalan Ipoh
51200 Kuala Lumpur
(U.P: Urusetia Pertandingan JPS Goes Green)

PERKARA: PENYERTAAN PERTANDINGAN JPS GOES GREEN BAGI TAHUN 2020


A. MAKLUMAT PEJABAT
JPS NEGERI :

NAMA TAHUN
2015 / 2016 / 2017 /
PEJABAT : PENYERTAAN :
2018
MENYERTAI JGG*
NAMA KETUA
:
PEJABAT
ALAMAT
:
PEJABAT
NO. TELEFON : NO TELEFON :
(P) BIMBIT
EMEL :
Nota Penting: Penyaluran maklumat pertandingan oleh urusetia adalah melalui emel.
Disyorkan alamat emel dinyatakan lebih daripada 1 alamat bagi melancarkan
penyampaian maklumat.
*Potong yang tidak berkenaan

B. MAKLUMAT STESEN RUMAH PAM/ PINTU AIR

TANDAKAN:

: STESEN RUMAH PAM : STESEN PINTU AIR

NAMA STESEN :

LOKASI : DAERAH :
Adalah disahkan penyertaan pejabat di atas adalah mematuhi syarat penyertaan yang telah
ditetapkan.

…………………………….……….. Tarikh:
Tandatangan & Cop Pengarah Pengairan & Saliran Negeri

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 42


GARIS PANDUAN
ANUGERAH
HARI INOVASI
JPS MALAYSIA
TAHUN 2020

Pertandingan Amalan
Ekosistem Kondusif
Sektor Awam (EKSA)
GARIS PANDUAN PERTANDINGAN AMALAN EKOSISTEM KONDUSIF
SEKTOR AWAM (EKSA)

1. LATAR BELAKANG

Ekosistem Kondusif Sektor Awam atau juga dikenali sebagai EKSA, merupakan
kesinambungan dan penjenamaan semula bagi program Amalan 5S dengan
matlamat untuk mewujudkan persekitaran ruang kerja yang bersistematik, praktikal
dan selamat. Pelaksanaan EKSA yang berkesan dapat meningkatkan kualiti
perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja. Selaras dengan
perkembangan tersebut, Ibu Pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah
mengambil inisiatif untuk beralih daripada Amalan 5S kepada EKSA kerana konsep
penjenamaan semula yang bertepatan dengan hala tuju Jabatan iaitu :-

 meningkatkan imej korporat.


 menyemarakkan aktiviti kreativiti dan inovasi.
 menggalakkan pembudayaan Go Green.
 mewujudkan persekitaran yang kondusif.

Seiring dengan langkah-langkah transformasi perkhidmatan awam bagi


meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan, terdapat usaha-usaha untuk
memantapkan pengurusan pejabat melalui Amalan EKSA yang merujuk kepada
pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik. Ia juga
dapat membantu warga JPS untuk bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang
lebih kondusif dan selesa.

EKSA perlu diamalkan di Jabatan ini untuk mengekalkan persekitaran tempat kerja
yang kondusif dan berimej korporat. Persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik
dan praktikal, dapat dijadikan sebagai satu budaya amalan. Kos operasi juga dapat
dijimatkan apabila pembaziran masa dan ruang dikurangkan. Antara faktor yang
berpotensi menyumbang kepada kemantapan budaya amalan EKSA di JPS adalah
:-

i. sokongan dan komitmen yang diberikan oleh pihak Pengurusan.


ii. struktur pengurusan EKSA yang efektif dan efisien.
iii. pendidikan dan latihan kepada warga Jabatan.
iv. komunikasi yang efektif di kalangan warga Jabatan.
v. pelan pelaksanaan EKSA yang mantap.
vi. perkongsian amalan baik EKSA.

Manual EKSA JPS Malaysia merupakan bahan rujukan bagi tindakan piawai untuk
mengekalkan kebersihan, kekemasan dan keselamatan hospital. Garis panduan ini
penting bagi menyelaraskan semula serta membuat penambahbaikan terhadap
aktiviti amalan EKSA yang sedia ada di kalangan warga Ibu Pejabat JPS agar
persekitaran kerja yang kondusif dapat dikekalkan. Umumnya, pelaksanaan EKSA
masih tertakluk kepada kesesuaian ruang di sesebuah Bahagian dalam Jabatan
tersebut.

Oleh yang demikian, pertandingan EKSA akan diadakan pada setiap tahun bagi
memastikan pelaksanaan EKSA adalah konsisten dan berterusan untuk
mengiktiraf Bahagian-Bahagian terbaik dalam mengamalkan EKSA.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 43


2. OBJEKTIF

Objektif pertandingan adalah seperti berikut :-

a) Pengiktirafan kepada pejabat JPS Bahagian yang mengamalkan EKSA secara


konsisten.
b) Kaedah untuk mengekalkan dan mempertingkatkan pelaksanaan amalan EKSA
melalui program pengauditan dalaman;

Meningkatkan tahap sistem penyampaian perkhidmatan dan kualiti perkhidmatan dengan


memantapkan pengurusan pejabat, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

3. TERMA DAN SYARAT

a) Penyertaan adalah diwajibkan kepada semua Bahagian di Ibu Pejabat JPS


Malaysia yang terdiri daripada 18 Bahagian termasuk Pejabat SMART.
b) Katergori Pertandingan terbahagi kepada dua (2) iaitu Pejabat Dengan
Persekitaran dan Pejabat Tanpa Persekitaran.

Bil. Pejabat Dengan Persekitaran Pejabat Tanpa Persekitaran

1. Bahagian Khidmat Pengurusan Bahagian Korporat

2. Bahagian Audit Prestasi Bahagian Pengurusan Banjir

3. Bahagian Pengurusan Zon Pantai Bahagian Ukur Bahan dan


Pengurusan Kontrak
4. Bahagian Pengurusan Lembangan Bahagian Pengurusan Maklumat
Sungai
5. Bahagian Rekabentuk Empangan Bahagian Saliran Mesra Alam

6. Bahagian Projek Khas Bahagian Pengurusan Fasiliti dan


GIS
7. Humid Tropic Centre Bahagian Bangunan dan Infrastruktur

8. Bahagian Pembangunan Modal Insan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal


dan Elektrikal Kuala Lumpur
9. Bahagian Pengurusan Sumber Air
dan Hidrologi
10. Pusat Kawalan SMART

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 44


4. KRITERIA PERTANDINGAN

Bil. Kriteria Aspek Penilaian Pemarkahan

1. Keperluan Utama Pengemaskinian Sudut EKSA


Pelaksanaan EKSA Dan Fail EKSA

2. Ruang Pejabat Kekemasan ruang pejabat, ruang kerja


kakitangan dan bilik pegawai.
Lampu, lampu arah KELUAR, penyaman
udara dan peralatan pejabat yang lain
berfungsi dengan baik

3. Ruang Simpanan / Kekemasan bilik / ruang simpanan, stor


Penyenggaraan alat tulis, ruang penyenggaraan dan
sebagainya.
Tidak dilabel bilik atau kabinet yang
disimpan maklumat / dokumen sulit
seperti Bilik Fail, Bilik Komputer, Kabinet
Fail Sulit, Ruang Penyimpanan Kunci dan
sebagainya

4. Tempat Umum & Asrama Bilik mesyuarat, ruang tamu, surau, bilik
rehat, dewan makan/pantri,
perpustakaan/pusat sumber, asrama, stor
pekerja dan tandas

5. Kawasan Persekitaran Kebersihan dan kekemasan kawasan


persekitaran bangunan pejabat termasuk
landskap, petak parkir, pondok
keselamatan, gelanggang sukan dan
sebagainya

5. KAEDAH PENILAIAN

a) Berdasarkan markah Audit Dalaman oleh Juruaudit EKSA JPS Malaysia dan
Audit Persijilan Semula oleh pihak MAMPU.
b) Markah penuh bagi setiap kali pengauditan adalah sebanyak 100%.
c) Mendapat markah purata tertinggi bagi 2 kali Audit.

Bil. Audit Cadangan Tarikh Catatan

No. 1 Minggu 1 April 2020 Audit Dalaman EKSA

No. 2 Minggu 2 Ogos 2020 Audit Dalaman EKSA

Penilaian pemarkahan ini juga tertakluk kepada keputusan Jawatankuasa Induk EKSA
JPS Malaysia.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 45


6. PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Cik Norazizah binti Abdul Kadir


Setiausaha Jawatankuasa Induk EKSA JPS
Bahagian Korporat
No. Tel: 03-2615 1771
E-mel: norazizah@water.gov.my

Pn. Nur Iryani binti Mohd Nor


Penolong Setiausaha Jawatankuasa Induk EKSA JPS
Bahagian Korporat
No. Tel: 03- 2616 1452
E-mel: iryani@water.gov.my

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 46


GARIS PANDUAN
ANUGERAH
HARI INOVASI
JPS MALAYSIA
TAHUN 2020

Anugerah Pengurusan Projek


Pembinaan Terbaik 2020
GARIS PANDUAN ANUGERAH PENGURUSAN PROJEK
PEMBINAAN TERBAIK 2020

PENDAHULUAN
Garis Panduan ini bertujuan untuk menggariskan tatacara permohonan pencalonan bagi
Anugerah Pengurusan Projek Pembinaan Terbaik. Anugerah ini memberikan pengiktirafan
ke atas perkhidmatan cemerlang kakitangan JPS yang terlibat secara berpasukan dalam
pengurusan pembinaan bagi sesebuah projek.

OBJEKTIF
Objektif Anugerah Pengurusan Projek Pembinaan Terbaik adalah untuk :
a) Memberi pengiktirafan kepada pasukan yang terlibat secara langsung dalam
pengurusan pembinaan projek yang cemerlang, berelemen inovasi dan sentiasa
berusaha ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan;
b) Menggalakkan persaingan yang sihat antara pasukan projek yang terlibat dalam
pelaksanaan projek-projek JPS di seluruh negara;
c) Memastikan proses kerja mematuhi Standard Operating Procedure (SOP),
spesifikasi, syarat-syarat kontrak, tatacara perolehan kerajaan serta lain-lain
peraturan yang berkaitan dan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan; dan
d) Menjadikan pasukan projek yang berjaya sebagai model rujukan dan penanda aras
kepada pasukan projek yang lain.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Berikut adalah syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh setiap penyertaan :
a) Anugerah ini akan dinilai mengikut kategori berikut :

KATEGORI ANUGERAH PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN TERBAIK

I Nilai Projek RM 500 ribu – RM 10 juta

II Nilai Projek RM 10 juta – RM 50 juta

III Nilai Projek RM 50 juta ke atas

b) Penyertaan adalah TERBUKA kepada projek pembinaan yang diselia oleh JPS
Bahagian/ Negeri.
c) Projek-projek yang layak dicalonkan adalah :
i. Projek-Projek Pembangunan Persekutuan atau Negeri.
ii. Perakuan siap kerja (CPC) di antara tarikh 01 Januari 2016 sehingga 30
Jun 2020.
iii. Bagi projek tender semula,kemajuan kerja keseluruhan semasa penamatan
kontrak asal hendaklah tidak melebihi lima puluh peratus (50%).
iv. Hanya projek-projek pembinaan sahaja yang layak dipertandingkan.
d) Semua penyertaan hendaklah disertakan dengan dua (2) salinan Laporan
Anugerah yang menerangkan secara ringkas kriteria penilaian utama seperti
Lampiran A3PT 2.
e) Tarikh tutup penyertaan adalah pada 01 Julai 2020. Penyertaan yang diterima
selepas tarikh tutup penyertaan tidak akan dipertimbangkan untuk anugerah ini.
f) Keputusan Panel Penilai Anugerah Pengurusan Projek Pembinaan Terbaik JPS
Malaysia adalah muktamad.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 47


KRITERIA PENILAIAN DAN PEMBAHAGIAN MARKAH
Kriteria penilaian mengikut keutamaan dan pemberian markah oleh pihak panel penilai
adalah seperti di Lampiran A3PT 2.

PROSES PENILAIAN
Proses penilaian dan pemilihan penerima anugerah adalah seperti di Lampiran A3PT 1.

TATACARA PENYERTAAN
Setiap penyertaan mestilah menyempurnakan tindakan-tindakan berikut :
a) Semua permohonan penyertaan hendaklah melalui pejabat JPS Bahagian/Negeri
dan melengkapkan borang penyertaan beserta dengan laporan maklumat projek
Lampiran A3PT 1(a).
b) Setiap pejabat JPS Bahagian/Negeri boleh mengemukakan lebih daripada satu (1)
penyertaan dan dialamatkan kepada Urus Setia Anugerah Pengurusan Projek
Pembinaan Terbaik. Borang permohonan hendaklah dihantar ke alamat berikut :

URUS SETIA ANUGERAH PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN


TERBAIK JPS MALAYSIA
Bahagian Projek Khas,
Ibu Pejabat Jps Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin,
50626 Kuala Lumpur
No.Tel. : 03-26912560
Email : bpk@water.gov.my

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 48


LAMPIRAN A3PT 1

ANUGERAH PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN TERBAIK JPS 2020


TATACARA PROSES PENILIAAN DAN PEMILIHAN
TATACARA PENILAIAN DAN PEMILIHAN PENERIMA ANUGERAH

PERINGKAT PERTAMA
Penerima Penyertaan dan Laporan Anugerah
 Semua penyertaan yang diterima melalui borang yang dikemukakan (Lampiran
A3PT 1 (a)) dan Laporan Anugerah oleh pihak Urus Setia Anugerah.

PERINGKAT KEDUA
Tapisan Awal
 Penyertaan akan dibuat penyaringan untuk memastikan ianya mengikut garis
panduan penyertaan yang telah ditetapkan oleh pihak Urus Setia Anugerah.

PERINGKAT KETIGA
Penilaian di Tapak
 Penyertaan yang berjaya disenarai pendek akan melalui proses penilaian oleh
Panel Penilai di tapak/pejabat.
 Aturcara program penilaian adalah seperti berikut :
i. Pembukaan oleh Ketua Panel Penilai
ii. Taklimat projek oleh Pasukan Projek
iii. Lawatan ke tapak projek
iv. Maklumbalas pelanggan/pengguna akhir dan kontraktor
v. Pemeriksaan rekod, fail dan dokumen
vi. Sesi soal jawab dengan pasukan projek
vii. Penilaian oleh Panel Penilai (Sesi Tertutup)
viii. Ulasan oleh Ketua Panel Penilai
 Keputusan Panel Penilai Anugerah Pengurusan Projek Pembinaan Terbaik JPS
adalah muktamad.

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 49


LAMPIRAN A3PT 1(a)

BORANG PENYERTAAN ANUGERAH


ANUGERAH PENGURUSAN PROJEK PEMBINAAN TERBAIK 2020
KATEGORI PROJEK (sila tandakan √ yang berkenaan)

I : RM500 ribu - RM10 juta

II : RM10 juta – RM50 juta

III : RM50 juta dan ke atas

MAKLUMAT PENGESAHAN PENYERTAAN

1. a) i. Nama Pegawai Penguasa (S.O) :_____________________________________


ii. Jawatan :_____________________________________

b) i. Nama Wakil Pegawai Penguasa :_____________________________________


ii. Jawatan :_____________________________________

2. Nama & Alamat Pejabat :__________________________________________________


__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

3. No.Telefon :__________________________________________________
4. No.Fax :__________________________________________________
5. Emel :__________________________________________________
6. Nama Pegawai yang boleh dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut :
__________________________________________________________________________
7. No.Telefon (Pejabat) :___________________ (Bimbit) : ______________________
8. No.Fax :__________________________________________________
9. Emel :__________________________________________________

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 50


LAMPIRAN A3PT 1(a)

MAKLUMAT PROJEK YANG DICALONKAN

1. Nama Projek : ________________________________________________________


__________________________________________________________________________
2. Nama Pejabat JPS : ________________________________________________________
3. Nama Kontraktor : ________________________________________________________
4. Projek : *Persekutuan / Negeri (*potong yang mana tidak berkenaan)
5. No. Kontrak : ________________________________________________________
6. Tarikh Mula : ________________________________________________________
7. Tarikh Siap Asal :________________________________________________________
8. Tarikh Siap Sebenar :________________________________________________________
9. Tempoh Kontrak :________________________________________________________
10. Harga Kontrak :________________________________________________________
11. Jenis Kontrak :________________________________________________________
12. Kaedah Perolehan :________________________________________________________

PERAKUAN

Kami bersetuju untuk menyelaras lawatan, menyediakan kemudahan dan memberi


akses kepada meklumat-maklumat yang diperlukan oleh panel penilai semasa sesi
penilaian.

……………………………………. ……………………………………
Tandatangan PP/WPP Tarikh

PENGESAHAN

………………………………………….… ………………………………………
Tandatangan & Cop Rasmi Pengarah Tarikh

Borang penyertaan ini hendaklah dihantar ke alamat berikut :


Bahagian Projek Khas,
Ibu Pejabat Jps Malaysia,
Jalan Sultan Salahuddin, No.Tel. : 03-26912560
50626 Kuala Lumpur Emel : bpk@water.gov.my

GARIS PANDUAN HARI INOVASI JPS MALAYSIA TAHUN 2020 51

You might also like