You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

MINI KONVENSYEN KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK)


HORIZON BAHARU JKDM SARAWAK 2021

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera dan Salam Semarakkan Kastam Di Mata Dunia

Yang Berusaha Tuan Haji Roslen bin Haji Pauzi, selaku wakil Pengerusi
Pengelola (memandangkan Tuan Muhammad Tinin Abdullah sedang
dikuarantin), Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua Kastam Stesen,
pegawai-pegawai kanan, pegawai-pegawai kastam dan hadirin yang
dihormati sekalian.

1. Segala puji hanya kepada Allah S.W.T. Selawat dan Salam ke


atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdullilah,
marilah kita merafak rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T, kerana
dengan nikmat, rahmat dan izinnya dapat kita berada di Mini
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu
Tahun 2021.

2. Pertama sekali, saya ingin menzahirkan ucapan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih kepada pihak Jawatankuasa
Pengelola di atas usaha dan komitmen dalam menganjurkan mini
konvensyen KIK yang buat julung kalinya diadakan secara dalam
talian (online) di Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sarawak. Kita
telah melakar sejarah dengan menganjurkan Mini Konvensyen
Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Horizon Baharu Tahun 2021
secara dalam talian di saat kita sedang berdepan dengan
pandemik COVID-19. JKDM Sarawak adalah antara agensi yang
disegani dalam Konvensyen KIK sejak sekian lama
memperlihatkan kemuncaknya tahun 2020 dimana Kumpulan Dua
Taruh-Dua Taruh Semong telah memenangi Piala Ketua Menteri
Sarawak dalam Konvensyen Sarawak Civil Service Innovative And
Creative Circle (SCSICA) dengan mendapat 6 bintang. Saya juga
berharap mini konvensyen yang berlangsung mulai hari ini hingga 12
Ogos 2021 nanti akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta
mencapai matlamat yang telah ditetapkan serta dapat mengetengahkan
kumpulan mampu memberi cabaran dalam konvensyen KIK Horizon
Baharu peringkat kebangsaan pada penghujung tahun ini.

3. Sepertimana kita sedia maklum, usaha membudayakan inovasi


dan kreativiti perlu diterap dengan lebih pantas dan menyeluruh
menerusi penjanaan lebih banyak idea-idea baharu. Pelaksanaan
KIK ini dapat mewujudkan budaya kerja yang mantap, berinovasi,
kreatif dan berpandangan jauh bagi meningkatkan kualiti kerja dan
keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan.

4. Bagi memastikan inovasi yang telah dihasilkan kekal lestari,


penganjuran Konvensyen KIK tidak harus dilihat sebagai satu
acara tahunan semata-mata. KIK seharusnya dijadikan satu
mekanisme yang melibatkan penyelesaian masalah atau
penambahbaikan proses kerja dan memperkenalkan sesuatu yang
baharu. Justeru menghasilkan inovasi yang dapat memberi nilai
tambah kepada perkhidmatan jabatan kita haruslah menjadi fokus
setiap pasukan yang bertanding.

5. Dengan itu, impak dan sumbangan KIK terhadap pertumbuhan


dan pengukuhan ekonomi negara khususnya kutipan hasil oleh
jabatan kita akan lebih berkesan dan meningkat dari masa ke
semasa.

Tuan-tuan dan puan-puan, akhir kata...

6. Saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada


kumpulan-kumpulan KIK yang akan bertanding pada 11 dan 12
Ogos nanti. .Syabas dan tahniah juga kepada semua ahli-ahli
kumpulan KIK kerana telah bertungkus lumus mencurahkan masa
dan mengembleng tenaga dalam mengetengahkan idea-idea
kreatif dan inovasi di samping menjalankan tugas-tugas hakiki
untuk menyertai mini konvensyen.

7. Saya dengan lafaz Bismillahirahmanirahim dengan sukacitanya


merasmikan Mini Konvensyen KIK Horizon Baharu JKDM Sarawak
Tahun 2021.

Sekian, terima kasih.

You might also like