You are on page 1of 7

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN……………………………………………………………………………….2
2.0 LATAR BELAKANG KLIEN…………………………………………………………………2
3.0 DAPATAN ANALISIS KAJIAN………………………………………………………………2-3
4.0 ISU KERJAYA YANG DIHADAPI OLEH KLIEN………………………………………….3-4
5.0 STRATEGI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAY…………..4-5
6.0 PENUTUP……………………………………………………………………………………..6
RUJUKAN……………………………………………………………………………………..7

1
1.0 PENGENALAN

Akhir-akhir ini, isu kerjaya menjadi topik hangat dibicarakan di media massa
tidak kira media elektronik mahupun media cetak. Hal ini kerana, ramai graduan
yang mempunyai masalah untuk menempatkan diri mereka dalam bidang kerjaya
yang diminati. Buktinya, menurut Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)
(2020) menyatakan hampir 50 peratus graduan yang bekerja dalam bidang yang
tidak diminati dan tidak mengikut pengkhususkan mereka. Implikasinya, ramai
graduan ini tidak bertahan lama dalam bidang yang diceburinya. Oleh itu, bimbingan
kerjaya ini menjadi salah satu aspek penting yang perlu diterapkan sejak dari
sekolah rendah bagi memastikan murid-murid tidak tersalah langkah dan terjerumus
dalam kerjaya yang kurang diminati oleh mereka.

2.0 LATAR BELAKANG KLIEN

Seorang klien telah dipilih untuk menjawab invetori kerjaya Holland iaitu Self-
Directed Search. Klien tersebut merupakan seorang murid lelaki berusia 12 tahun
ataupun darjah 6 dari Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior. Murid tersebut bernama
Muhammad Adam bin MD Hasnizam. Murid ini merupakan murid cemerlang di
sekolah tersebut. Beliau berada dalam kelas 6 Professor iaitu kelas teratas. Murid
tersebut aktif dalam pertandingan inovasi di sekolah dan pernah memenangi
pertandingan inovasi di peringkat negeri. Murid tersebut merupakan anak sulung
daripada 4 adik beradik. Bapanya memiliki sebuah perniagaan restoran di bandar
Jitra. Begitu juga ibunya yang memiliki perniagaan butik.

3.0 DAPATAN ANALISIS KAJIAN

Semasa melaksanakan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah


Kebangsaan Pulau Nyior, saya telah melakukan ujian minat kerjaya terhadap
seorang murid di sekolah tersebut menggunakan borang ujian inventori bagi
membantunya mengenalpasti minat dan personalitinya. Menurut Nowak (1986), ujian
minat kerjaya merupakan satu alat pengukuran untuk menentukan minat individu
mengenai sesuatu aktiviti dalam pekerjaan yang khusus berdasarkan persekitaran
kerja.

Berdasarkan hasil ujian invenori minat kerjaya yang telah diisi oleh seorang
murid atau pun responden, dapat dikenalpasti 3 kumpulan personaliti yang dominan

2
dalam dirinya iaitu Realistik (R), Sosial (S) dan Artistik (A). Bagi skor yang tertinggi
iaitu Realistik, murid tersebut telah mendapat sebanyak 18 mata. Bagi kumpulan
personaliti yang pertama iaitu persoanliti Realistik (R), kumpulan ini merujuk kepada
golongan yang mempunyai kemahiran mekanikal. Golongan ini sangat mahir bekerja
menggunakan mesin, peralatan serta tumbuhan. Golongan ini lebih cenderung untuk
melakukan kerja di lapangan berbanding dalam bangunan sahaja. Personaliti
golongan realistik adalah seperti kurang bersosial, berjiwa kental, berterus terang
dan berjimat cermat. Kerjaya yang sesuai bagi golongan relisitik adalah seperti
jurutera awam, mekanik dan operater mesin.

Seterusnya, mata kedua tertinggi yang diperolehi oleh responden ialah


sebanyak 17 mata iaitu Artistik (A). Individu dari golongan ini menunjukkan mereka
lebih suka untuk berimaginasi dan mempunyai kreativiti yang tinggi serta sukakan
kerjaya yang bersifat bebas bukannya yang bersifat berstruktur atau pun berjadual.
Jadi, kerjaya yang sesuai bagi individu ini ialah pekerjaan seperti arkitek, pelukis,
pelakon, penulis, pereka hiasan dalaman, pereka grafik, wartawan dan sebagainya

Seterusnya, mata ketiga tertinggi yang diperolehi oleh responden ialah


sebanyak 13 mata bagi kategori Sosial (S). Ini menunjukkan responden mempunyai
personaliti yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Hal ini bermaksud
mereka mempunyai kepakaran dalam berkomunikasi dengan orang lain. Personaliti
yang boleh dikaitkan dengan individu dari kumpulan ini ialah seorang yang mudah
bekerja, suka menolong orang, peramah, pemurah, baik hati, bersifat idealistik, suka
memujuk, mempunyai sifat yang bertanggungjawab, mudah memahami diri orang
lain dan merupakan seorang yang bijaksana. Kerjaya yang sesuai bagi golongan
kumpulan Artistik ialah guru, kaunselor, ahli sosiologi, pegawai perhubungan awam
dan kerja-kerja lain yang memerlukan interaksi dengan orang sekeliling mereka.

Jadi, dapat dirumuskan bahawa responden ini cenderung kearah Realistik (R)
kerana mata yang diperolehi adalah tinggi semasa melakukan ujian inventori minat
kerjaya.

4.0 ISU KERJAYA YANG DIHADAPI OLEH KLIEN

Hasil daripada penerokaan yang dilakukan terhadap murid tersebut, didapati


murid tersebut mengalami isu dalam pemilihan kerjaya. Hal ini kerana, murid
tersebut bercita-cita untuk menjadi seorang jurutera apabila dewasa kelak.
Manakala, ibu-bapanya kurang bersetuju dengan minat dan cita-cita murid tersebut.

3
Ibu-bapa murid tersebut cenderung untuk menyuruh anaknya itu untuk mewarisi
perniagaan mereka. Seperti yang diketahui, murid tersebut amat mahir dan aktif
dalam bidang inovasi serta pernah memenangi beberapa pertandingan inovasi,
murid tersebut juga amat meminati kerjaya sebagai jurutera. Hal ini bertepatan
dengan kenyataan (Mohd Faizal Mat Pesa et al., 2020) pemilihan kerjaya sepatutnya
bertepatan dengan minat dan kemahiran seseorang. Oleh itu, murid tersebut dalam
dilema kerana ibu-bapanya tidak menyokong cita-citanya sebaliknya meminta anak
mereka itu menjadi ahli perniagaan dan menguruskan perniagaan mereka.
Tambahan pula, responden juga tidak tahu laluan kerjaya yang harus ditempuhinya
untuk mencapai cita-citanya itu. Hal ini menyebabkan murid tersebut stress dan
mengadu malas untuk ke sekolah kerana tindakan yang dilakukan oleh ibu-bapanya
itu.

5.0 CADANGAN STRATEGI PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING


KERJAYA

Antara cadangan strategi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya


yang boleh dilakukan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) bagi membantu
responden mengatasi isu kerjaya yang dihadapi ialah mengadakan sesi kaunseling
kerjaya bersama ibu-bapa responden. Hal ini kerana, dengan penglibatan ibu-bapa
dalam sesi kaunseling kerjaya amatlah penting bagi menjadi pendukung terhadap
pencapaian cita-cita murid. Buktinya, menurut (Lawson, 2003; Hoover-Dempsey &
Sandler, 1995) anak-anak memerlukan penglibatan ibu bapa bagi meningkatkan
motivasi diri dan kesungguhan untuk memenuhi harapan mereka. Jadi, dengan
penglibatan ibu-bapa dalam sesi kaunseling kerjaya, mereka dapat memahami
kerjaya yang diidamkan oleh anak mereka. Bukan itu sahaja, GBK juga dapat
mendedahkan hasil ujian inventori minat kerjaya dan mendedahkan kerjaya yang
diminati oleh murid tersebut. Hasilnya, ibu-bapa akan celik akal dan akan
memahami minat kerjaya seseorang murid tersebut. Selain itu, ibu-bapa juga akan
diberi pendedahan maklumat mengenai potensi responden baik dari segi bakat,
minat, keperibadian dan kemahiran yang dimiliki oleh anak mereka. Dengan
maklumat yang diberikan ini, ibu-bapa akan memahami kerjaya yang diidamkan oleh
anak mereka. Disamping itu, ibu bapa juga dinasihati untuk memberi ruang dan
peluang kepada anak mereka dalam menentukan hala tuju kerjayanya dan bukannya
menyekat (Halsey 2005). Jadi, jelaslah bahawa dengan melibatkan ibu-bapa dalam

4
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya dapat mengatasi masalah yang
dihadapi oleh murid dalam isu kerjaya.

Selain itu, strategi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya yang


boleh dilakukan oleh GBK bagi membantu murid mengatasi isu kerjaya yang
dihadapi ialah mengadakan program forum kerjaya. Program forum kerjaya ini akan
mendedahkan laluan kerjaya yang harus ditempuhi oleh murid-murid untuk mencapai
cita-cita mereka serta memberi kesedaran kerjaya kepada murid-murid. Menurut
Tan Tai (2014), kesedaran kerjaya bermaksud mendapatkan maklumat berkenaan
aliran kerjaya dan peluang sesebuah pekerjaan itu. Bukan itu sahaja, dalam program
ini juga, GBK akan menjelaskan dengan terperinci skop tentang sesuatu pekerjaan
itu. Oleh itu, murid akan faham dengan lebih lanjut dengan sesuatu kerjaya itu dari
segi laluannya mahupun skop kerjanya. Menurut (Abdullah 2001), murid yang faham
tentang skop dan laluan sesuatu pekerjaan itu akan memudahkan mereka
mencapainya. Sebagai contoh, dalam isu yang dihadapi oleh responden, dimana
beliau berminat untuk menjadi jurutera, namun tidak tahu laluan kerjaya yang harus
dipilih. Jadi dengan adanya program forum kerjaya ini, GBK dapat mendedahkan
laluan kerjaya yang perlu dipilih oleh responden tersebut. Di samping itu, responden
tersebut juga dapat tahu skop kerja seorang jurutera. Jadi, jelaslah bahawa dengan
mengadakan forum kerjaya, GBK dapat membantu murid mengatasi isu kerjaya yang
dialami olehnya.

5
6.0 PENUTUP

Kesimpulannya, kerjaya merupakan sesuatu perkara yang penting dalam


hidup seseorang kerana dengan kerjaya itu seseorang itu dapat mencari nafkah dan
meneruskan kehidupan. Hal ini diperakui oleh Mohd Noah (1988) yang menekankan
kepentingan bekerjaya. Jadi, perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya
amatlah penting untuk diterapkan sejak dari sekolah rendah lagi supaya murid-murid
lebih terdedah dengan kerjaya yang diminati oleh mereka. Penggunaan Inventori
Minat Kerjaya juga dapat membantu GBK mengenalpasti minat dan kebolehan murid
dalam sesuatu kerjaya.

6
RUJUKAN

Abdullah, N. H. (2001). Kajian Terhadap Minat Kerjaya di Kalangan Pelajar di Sekolah


Menengah Teknik Pengkalan Chepa. Tesis pelajar Siswazah yang Tidak diterbitkan.
Universiti Tun Hussein Onn. Malaysia.
Halsey, P. A. (2005). Parent involvement in junior high schools: A failure to communicate.
American Secondary Education, 34, 57–69.

Holland, J.L. (1973). Making Vocatinal Choice: A Theory of Careers. Englewood Cliff, New
Jersey: Prentice Hall Inc.

Holland, J.L. (1978). Manual for The Vocational Preference Inventory. Palo Alto, California:
Consulting Psychologist Press

Mohd Faizal Mat Pesa, H. M. (2020). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dalam
Pemilihan Kerjaya. Kajian Di Jabatan Pelancongan Dan Hospitaliti.

Nowak, G.T. (1986). Western Michigan University Career Guidance Inventory Manual.
Kalamazoo, Michigan: Western Michigan University Testing And Evaluation
Services.
Sandler H. M. (1995). Parental involvement in children’s education: Why does it make a
difference? Teachers College Record. 97, 310 – 331.
Tan Tai(2014). Tahap Kesedaran Kerjaya Pelajar Tingkatan Enam Di Daerah Kluang Dalam
Pemilihan Kerjaya. Universiti Teknologi Malaysia.

You might also like