You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN BESOUT 5,

FELDA GUNUNG BESOUT 5, 35600 SUNGKAI, PERAK.

KERTAS KERJA
PROGRAM
MINGGU MUZIK DAN
SENI VISUAL 2017

TEMA : “SAYA BERBAKAT”

TARIKH : 30 OKTOBER – 3 NOVEMBER 2017

ANJURAN : PANITIA MUZIK DAN SENI VISUAL

SEKOLAH SK BESOUT 5
KERTAS KERJA MINGGU MUZIK DAN SENI VISUAL

SK BESOUT 5 TAHUN 2017

1.0 PENDAHULUAN

Panitia Pendidikan Muzik dengan kerjasama Panitia Seni Visual akan mengadakan aktiviti
bagi mengisi penutupan takwim sekolah 2017. Justeru, pihak panitia akan
mengambil inisiatif mengadakan aktiviti sempena berakhirnya peperiksaan akhir tahun
sekolah. Program-program yang dirancang sepanjang Minggu Muzik dan Seni Visual ini
diyakini mampu menarik lagi minat pelajar Sekolah Kebangsaan Besout 5 terhadap mata
pelajaran Pendidikan Muzik dan Seni Visual.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama penganjuran aktiviti adalah bagi memupuk semangat bersaing secara sihat
serta menghiburkan diri selepas minggu peperiksaan di samping mencungkil
bakat terpendam murid-murid SK Besout 5 secara menyeluruh. Selain itu, para guru dapat
mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik SK Besout 5 pada
peringkat yang lebih tinggi seperti pertandingan yang dianjurkan antara sekolah dan daerah.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM

 Mencungkil bakat murid dalam bidang nyanyian.


 Mencipta secara kreatif seni kraftangan daripada bahan-bahan yang disediakan.
 Memupuk semangat bekerjasama di dalam satu pasukan.
 Melibatkan diri dalam kegiatan seni muzik dan visual sebagai aktiviti kesenggangan
yang berfaedah.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran bagi program ini adalah semua pelajar dan warga pendidik Sekolah
Kebangsaan Besout 5.
5.0 TARIKH DAN MASA PELAKSANAAN
Tarikh : 30 September hingga 3 Oktober 2017.
Hari : Isnin hingga Jumaat.
Masa : Waktu perhimpunan pagi dan waktu persekolahan.

6.0 JADUAL PELAKSANAAN

Tarikh Aktiviti Masa Guru Tempat


Bertanggungjawab

30/9/2017 Majlis Perasmian 7.35 – 8.05  Khairunnisa binti Tapak


( Isnin ) Pembukaan pagi Derani Perhimpunan
 Siti Salbiah binti Sekolah
Mohd Sani

Pertandingan Nyanyian 8.10 – 9.40  Khairunnisa binti Bilik


(Tahap 1) pagi Derani Tayangan
 Guru-guru Tahap
1 (mengikut
jadual)
31/9/2017
(Selasa) Pertandingan Nyanyian 10.00 –  Siti Salbiah binti Bilik
(Tahap 2) 11.30 pagi Mohd Sani Tayangan
 Guru-guru Tahap
2 (mengikut
jadual)

1/10/2017 Pertandingan Kraftangan 10.00 – 12.00  Norul Huda binti PakSal


(Rabu) (Tahap 1) tengah hari Alias @ Ruslan
 Guru-guru Tahap
1 (mengikut
jadual)

2/10/2017 Pertandingan Kraftangan 10.00 – 12.00  Siti Salbiah binti PakSal


(Khamis) (Tahap 2) tengah hari Mohd Sani
 Guru-guru Tahap
2 (mengikut
jadual)

3/10/2017 Pameran Hasil Kerja Murid 8.00– 8.30 pagi  Noor Izzati binti PakSal
(Jumaat) Abdul Hanid
Majlis Penyampaian Hadiah  Norul Huda binti
Alias @ Ruslan
6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PANITIA MUZIK PERBELANJAAN / HADIAH


1. Pertandingan Nyanyian Tahap 1 Tempat pertama
RM6.00 x 3 = RM18.00
Tempat Kedua
RM5.00 x 3 = RM15.00
Tempat Ketiga
RM4.00 x 3 = RM12.00
JUMLAH = RM45.00
2. Pertandingan Nyanyian Tahap 2 Tempat pertama
RM6.00 x 3 = RM18.00
Tempat Kedua
RM5.00 x 3 = RM15.00
Tempat Ketiga
RM4.00 x 3 = RM12.00
JUMLAH = RM45.00

JUMLAH PERBELANJAAN : RM90.00

BIL. PANITIA SENI VISUAL PERBELANJAAN / HADIAH


1. Bahan Kraftangan :
- Pelbagai jenis kacang : kacang merah,
kacang dal, kacang tanah, kacang hijau. RM50.00

- Bubur caca.
2. Hadiah Kraftangan Tahap 1 dan 2 Tempat pertama
RM3.50 x 2 = RM7.00
Tempat Kedua
RM3.00 x 2 = RM6.00
Tempat Ketiga
RM2.50 x 2 = RM5.00

JUMLAH PERBELANJAAN : RM68.00


7.0 SUMBER KEWANGAN

Sumber kewangan : PCG Panitia Muzik : RM90.00


PCG Panitia Seni Visual : RM68.00
Jumlah : RM158.00

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Pn. Naseha binti Ahmad (Guru Besar)

Pengerusi : En. Fuad bin Ramli (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 1 : En. Fadrussham bin Ajmain (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Mohd Khairul Zaman bin Miswan (GPK Kokurikulum)

Penyelaras : Pn. Khairun Nisa binti Derani (Ketua Panitia Seni Visual)

: Cik Noor Izzati binti Abdul Hanid (Ketua Panitia Muzik)

Setiausaha : Cik Noor Izzati binti Abdul Hanid

Bendahari : Pn. Siti Salbiah binti Mohd Sani

Perasmian Pelancaran : Pn. Khairun Nisa binti Derani

: Pn. Siti Salbiah binti Mohd Sani

Majlis Penutup : Pn. Norul Huda binti Alias @ Ruslan

: Cik Noor Izzati binti Abdul Hanid

Ahli Jawatankuasa Pelaksana : Semua guru (rujuk jadual perlaksanaan).

9.0 Penutup

Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
dikemukakan.Sesungguhnya kejayaan Minggu Muzik dan Seni Visual Tahun 2017 peringkat
sekolah yang dirancang ini bergantung kepada sikap serta komitmen yang positif daripada
semua pihak yang terlibat. Diharapkan juga semoga program ini dapat membantu
mencungkil bakat dan menarik minat semua murid dalam bidang seni muzik dan visual.
Disediakan oleh,
Disemak oleh,

..................................................
( NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID ) …………………………….

Setiausaha Minggu Muzik dan Seni Visual ( FUAD BIN RAMLI )

Sekolah Kebangsaan Besout 5 Guru Penolong Pentadbiran


Sekolah Kebangsaan Besout 5

Diluluskan oleh,

…………………………….
( NASEHA BINTI AHMAD )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Besout 5

You might also like