You are on page 1of 2

NAMA : NOOR IZZATI BINTI ABDUL HANID

FORUM :4

TAJUK : KEKUATAN DAN KELEMAHAN TEORI ANALISIS WACANA KRITIS (FAIRCLOUGH)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Menurut Sanat Md. Nasir (2002), runtutan merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga
menjadi satu teks yang bermakna. Konsep runtutan merujuk kepada perspesi sesebuah teks secara relatif sehingga dapat difahami.
Runtutan juga merupakan kesinambungan idea atau topik yang terdapat dalam sesuatu wacana sehingga menjadikan teks itu
bermakna.

Menurut Wong Khek Seng (1995), terdapat tiga aspek utama dalam kesinambungan wacana iaitu kesinambungan tematik,
kesinambungan perlakuan dan kesinambungan topik atau peserta. Kesinambungan tematik merujuk kepada tema utama dalam
sesuatu perenggan wacana. Sebagai contoh perenggan berikut dikatakan mempunyai tema alam sekitar kerana sedutan wacana ini
menceritakan tentang pencemaran alam:

‘Salah satu langkah yang perlu diambil unutk menangani masalah kebersihan alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan
kimia kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan impak dalam jangka masa yang
panjang kepada alam sekitar. Perkara yang dimaksudkan ialah penggunaan racun serangga dan penghawa dingin merupakan
salah satu kesan yang paling ketara dan serius. Akibatnya, penipisan lapisan ozon dan air bawah tanah oleh kluoroflurokarbon
(CFC) amat bahaya kepada masyarakat di Malaysia. Oleh itu, penggunaan bahan ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta
supaya dapat menjaga alam sekitar yang dicipta oleh Tuhan.’

Berdasarkan contoh di atas, melalui teori tautan pindaan, iaitu jenis tautan perulangan kata dan frasa nama dapat dilihat
dalam contoh di atas. Pengulangan yang frasa yang sama, iaitu alam sekitar. Kedua, jenis tautan penghubung ayat juga dapat
dikenal pasti dalam contoh di atas. Penghubung ayat sebab musabab ialah penghubung yang menghubungkan dua unsur yang
saling bertalian. Dalam hubungan ayat ini dapat dilihat melalui penggunaan perkataan ‘Akibatnya’ pada permulaan ayat keempat
yang menunjukkan penghubungan sebab penipisan lapisan ozon berlaku. Ketiga, jenis runtutan dapat dilihat dalam aspek
penghubung ayat terusan. Penghubung ayat terusan ialah penghubung yang tidak termasuk dalam mana-mana empat jenis
penghubung ayat yang dibincangkan sebelum ini. Contoh penggunaan perkataan ‘Oleh itu’ dalam ayat kelima yang merujuk
kepada kesimpulan dalam perenggan tersebut.

Konsep kedua dalam runtutan ialah kesinambungan perlakuan yang merujuk kepada sesuatu urutan kejadian dalam
sesuatu perenggan wacana yang ditandai dengan kata karyaan. Sebagai contoh dalam penggunaan kata sendi dalam bahasa
Inggeris seperti and, then, so, when, dan sebagainya yang membantu menggambarkan konsep perlakuan yang wujud secara
urutan.

Konsep ketiga runtutan ialah kesinambungan topik. Menurut Idris Aman (2010), ciri kesinambungan topik berkaitan dengan
aliran idea utama yang terdapat dalam wacana atau teks. Setiap wacana perlu mempunyai idea utama yang menjadi inti dalam
penulisan. Idea utama tersebut akan disokong oleh idea-idea baru yang berkaitan sahaja. Berdasarkan contoh di atas, ayat pertama
menunjukkan topik utama, iaitu cara menangani masalah kebersihan alam sekitar. Kemudian disokong oleh idea pertama, iaitu
mengurangkan penggunaan bahan kimia. Pernyataan tersebut disokong pula oleh fakta atau huraian seperti mendatangkan
pencermaran, penipisan lapisan ozon, racun serangga, dan penghawa dingin.

Sekian, terima kasih.

You might also like