You are on page 1of 4

SEKOLAH SENI MALAYSIA KUALA LUMPUR

SEJARAH SENI KRAF MALAYSIA

NAMA: NUR IZZATI BINTI SALEM KELAS: 4 SIMFONI


IC: 070314040464 TARIKH: 26 JUN
PENGENALAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Kajian Projek ini memilih pengkarya seni kraf, Puan Hajah Habibah binti Zikri sebagai
subjek kajian berdasarkan karya seni kraf Songket yang dihasilkan sepanjang tahun 2007.
Matlamat kajian ini bagi projek ini adalah untuk mempertingkatkan pengetahuan tentang
pengkarya seni kraf Malaysia yang semakin berkembang di negara ini. Objektif utama kajian
bertujuan untuk memahami aspek formalistik dalam karya yang dihasilkan oleh Puan Hajah
Habibah binti Zikri secara terperinci.

LATAR BELAKANG
Perkembangan sejarah seni kraf Malaysia bermula dari zaman animism hingga zaman
Kesultanan Melayu Melaka dengan datangnya Islam. Kesenian ini juga tulah mengalami
perubahan dari konteks kegunaan sebagai fungsi kepada seni. Perkembangan seni kraf
semasa kedatangan penjajah dan juga perkembangan kini perlu diambil kira. Seni kraf
kemudiannya didokong oleh badan-badan kerajaan seperti Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia telah memangkinkan lagi perkembangan seni kraf. Puan Hajah Habibah binti Zikri
telah diberi bantuan oleh pihak-pihak ini bagi mengembangkan hasil karya songket beliau.

TARIKH, MASA DAN LOKASI


Kajian ini telah dijalankan pada hari Isnin, 26 Jun 2023, jam 2 petang di Sekolah Seni
Malaysia Kuala Lumpur.

LATAR BELAKANG PENGLIBATAN


Hajah Habibah binti Zikri, mewarnai industri songket negara. Beliau dilahirkan pada 5
Februari 1948 di Sungai Petani. Beliau merupakan anak ketiga daripada Sembilan adik
beradik. Jiwa seni Puan Hajah Habibah diwarisi daripada bapanya yang gemar mengumpul
koleksi-koleksi barangan kraf. Sejak kecil lagi Hajah Habibah gemar melukis dan melihat
kepada keindahan.
Selepas tamat sekolah menengah, beliau memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang
seni. Semasa menuntut di Institut Teknologi MARA, Hajah Habibah di antara pelajar
cemerlang. Beliau sentiasa mencari kelainan dan memberi nilai tambah pada setiap karya
yang dihasilkan kerana mencipta sesuatu yang cantik merupakan kepuasan kepada beliau.
Beliau menerima anugerah pelajar cemerlang dalam biadng tekstil di akhir pengajian.
Beliau ditawarkan bekerja di Kraftangan Malaysia sebagai pereka selepas menamatkan
pengajian pada tahun 1974 dan diberi tanggungjawab menghasilkan rekaan baru kraf tekstil
tempatan. Belia terus mendalami bidang tenunan khususnya songket dan sering bertemu
dengan penenun-penenun songket dan mendalami proses dan kerja menyongket dari awal
sehingga akhir.
Beliau telah mempunyai rumah tangga dan berkongsi minat dan cita-cita Bersama suami dan
keluarga. Setelah Sembilan tahun berkhidmat sebagai pereka, beliau meletakkan jawatan dan
memulakan perusahaan tenunan songketnya sendiri berbekalkan cita-cita dan sokongan
keluarga. Puan Habibah memulakan kerjaya sebagai pengusaha songket.

DAPATAN DAN RUMUSAN


Songket ialah kain tenun yang memiliki sejarah yang terkait dengan Palembang dan budaya
Minangkabau di Pulau Sumatera. Asal-usul songket adalah daripada kerajaan Sriwijaya pada
abad ke-7. Songket menggunakan Teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara
benang sutera pada kain dasar. Kain mewah dan mahal ini mencerminkan struktur sosial
bangsawan Melayu. Penggunaan bahan seperti emas juga menggambarkan status sosial para
pembuat songket yang berada di lingkungan kerajaan.
Kraf songket ini boleh digunakan sebagai pelbagai fungsi, antaranya ialah baju songket,
selendang songket dan aksesori songket. Setiap tersebut memiliki corak, motif dan warna
yang unik, mencerminkan warisan budaya dan seni tenun yang kaya.
Terdapat pelbagai Teknik yang boleh digunakan untuk membuat kraf tangan songket ini,
Antara Teknik yang digunakan adalah teknik cukit, sulam, tepuk, tampok dan tenun.
Antara tokoh tokoh kraf songket di Malaysia ialah Puan rubangki dan Hajah Zainab dan hala
tuju bagi penghasilan songket ini adalah untuk mempertahankan dan mempromosikan
warisan seni tenun songket serta mendorong perkembangan kraf tangan ini. Selain itu ia juga
dapat melestarikan budaya dan pengembangan inovasi songket.

Berikut merupakan antara penghasilan kraf songket oleh Puan Hajah Habibah bin Zikri.

You might also like