You are on page 1of 2

Adiguru Kraf Tenunan Rungus

Puan Rubangki binti Mabok

Nama : Puan Rubangki binti Mabok


Bidang Kraf : Tekstil
Negeri : Sabah
Tarikh Lahir : 30 Disember 1942

KETOKOHAN DAN KEPIMPINAN

Puan Rubangki dilahirkan dalam keluarga yang mahir


menghasilkan Tenunan Rungus. Ibunya merupakan seorang
penenun kain tradisi masyarakat Rungus yang terkenal dan telah
mendidik beliau sejak kecil lagi dalam bidang kemahiran ini.

Walaupun tidak pernah mendapat pendidikan formal, kreativiti


dan kesungguhan beliau dalam mengusahakan Tenunan Rungus
telah meletakkan beliau di antara penenun kain tradisi Sabah
yang disegani.

Beliau berkemahiran membuat rekaan motif sendiri untuk kain-


kain yang ditenun. Setiap motif dan reka corak Puan Rubangki
berdasarkan alam semulajadi terutamanya tumbuh-tumbuhan
dan binatang.

Proses menghasilkan rekaan bermula apabila beliau duduk


menenun. Beliau melakar reka corak dan motif melalui imaginasi
yang kemudian digambarkan terus melalui benang-benang yang
ditenun.
Keistimewaan tenunan beliau terletak pada aspek kehalusan dan
kepelbagaian reka corak. Reka corak ini diwarisi daripada ibunya
secara turun temurun dan ia tersimpan dalam pemikiran beliau
(tidak dicatat atau dilakar di dalam buku).

Antara motif-motif yang memperlihatkan identiti kain tenunan


Puan Rubangki seperti motif kinodut-kodut (motif kena cubit),
binugang (burung), inugarang (biawak kecil), kinulit (kulit kayu)
linapung (ular sawa) dan mansimong (hantu).
Tenun rungus biasanya dijadikan sebagai pakaian lelaki dan
wanita rungus terutama semasa ketika menyambut acara
keagamaan, perayaan, dan majlis perkahwinan. Beliau juga
mahir menghasilkan Tenunan Mugah yang terkenal dari suku
kaum Irranun di Sabah.
Beliau turut menyertai program promosi anjuran beberapa agensi
kerajaan, swasta termasuk Kraftangan Malaysia seperti Pameran
dan demonstrasi sempena Pesta Keamatan di Kota Kinabalu,
Pameran dan Promosi sempena Fiesta Muzium Sabah serta
Pameran di Universiti Sabah Malaysia.

Beliau turut menyumbang jasa dalam mengekal seni tenunan ini.


Beliau memberi tunjuk ajar kepada penduduk setempat dan juga
individu yang berminat

You might also like