You are on page 1of 13

Traditional Parang & Metal Arms Craftmanship in Kota Belud Sabah: An Overview

Pembuatan Parang dan Senjata Besi di Kota Belud Sabah: Satu Tinjauan

Noorajamsha Nasrin & Azizan H Morshidi


FKSW Universiti Malaysia Sabah
Email: azizanm@ums.edu.my

Pendahuluan
Galakkan yang diberikan oleh pihak kerajaan terhadap pengekalan dan perkembangan
kraftangan di Malaysia telah memberi satu suntikan kepada pengusaha-pengusaha tradisional
bergiat aktif dalam perusahaannya. Bermula dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru
dalam usaha kerajaan untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang ekonomi
menyebabkan kepada perhatian kepada pengusaha tradisional kraftangan yang kebanyakkan
dari suku kaum Bumiputera.
Kenyataan ini dapat dibuktikan melalui penulisan mantan Perdana Menteri iaitu Tun
Dr Mahathir Mohammad, dalam buku beliau bertajuk Living Craft Of Malaysia. Di antara
yang ditulis oleh beliau dalam bukunya ialah memastikan agar satu strategi baru perlu
diadakan untuk memajukan seni pembuatan tangan pengusaha-pengusaha tradisional
Malaysia dari segi ekonomi dan tanpa merosakkan nilai estatikanya di dalam menempuh
perkembangan hasil seni pertukangan tangan tradisional. Perhatian kerajaan terhadap nasib
masa depan pengusaha Bumiputera merupakan sasaran utama kerajaan untuk memberi
bantuan.
Selain itu kajian yang lebih dalam berkenaan dengan kegiatan kraftangan juga perlu
dipertingkatkan untuk menjamin perkembangan ekonomi. Dengan mengukuhkan lagi objektif
perindustrian Malaysia dan mewujudkan identiti kebudayaan negara. Kraftangan tradisional
yang telah lama diusahakan sejak turun-temurun merupakan seni dalam pertukangan sebagai
salah satu sumber ekonomi.

Masyarakat yang berbilang bangsa di Malaysia adalah faktor utama yang penting
yang berjaya mengeluarkan pelbagai jenis kraftangan tradisional di samping kaya dengan
sumber bahan mentahnya. Bagi mencipta keindahan kerja penghasilan kraftangan yang
dipelopori oleh suku kaum Bumiputera.
Seni tangan ciptaan tetap sama tetapi cara implementasi, pengelolaan dan
perekonomian hasil dari kraftangan ini telah banyak mengalami perubahan. Sejak Malaysia
mencapai kemerdekaan kraftangan mempunyai nilai seni yang tinggi serta member
keuntungan kepada pengusahanya. Perusahaan ini telah berkembang semula dengan karya-
karya yang lebih moden juga membantu membangunkan kesenian dan kebudayaan serta
ekonomi negara.

Kraftangan di Sabah
Sabah merupakan negeri kedua terbesar di dalam Malaysia. Di mana Sabah terletak di
Utara Boneo, selain gelaran negeri di bawah bayu, Sabah juga memiliki kelebihan dari
pelbagai aspek berkaitan dengan kehidupan masyarakatnya. Sabah bukan sahaja kaya dengan
keindahan semulajadi malah kaya dengan kebudayaan dan kesenian masyarakatnya.

1
Masyarakat majmuk di Sabah membolehkan masyarakatnya menikmati kesenian dan
kebudayaan yang unik dan indah yang memiliki perbezaan yang ketara di antara satu sama
lain.
Kraftangan mempunyai fungsi yang dimiliki oleh masyarakat asli di Sabah yang
asalnya hanyalah bertujuan untuk melindungi/berteduh, menutup tubuh dan mencari makanan
dengan cara terbaik sekali. Mereka menghasilkan pelbagai jenis barangan tetapi lebih
menumpukan kepada fngsi barangan tersebut berbanding perhiasannya. Benda-benda yang
dihasilkan meliputi kelengkapan rumah, alat buruan, alat pertanian dan upacara ritual atau
keagamaan. Penghasilan kraftangan mereka bergantung kepada sumber alam semulajadi dan
keperluan dari budaya mereka.
Bagi kraftangan yang dihasilkan oleh masyarakat dari berbagai-bagai budaya
mempunyai jenis-jenis yang luas. Sebagai contoh, penduduk pesisir pantai yang
kehidupannya bergantung kepada laut telah menghasilkan alat yang berbeza dari penduduk
dalaman yang masih mengamalkan penanaman padi huma atau padi sawah dan memburu
juga menangkap ikan sungai. Perbezaan juga wujud di antara kebudayaan dan kebendaan
penduduk yang mengusahakan padi sawah dan padi huma. Perbezaan bukan sahaja pada alat
utilitarian tetapi juga benda-benda ritual, alat-alat muzik dan cirri-ciri kebudayaan
kebendaan yang lain.
Keadaan bahan-bahan tempatan juga mempengaruhi jenis kraftangan yang dihasilkan.
Di daerah Tambunan, sebagai contoh penggunaan buluh untuk membuat perkakasan rumah,
bakul, rumah (termasuk atap) dan pagar sangan luas di kalangan masyarakat kadazan/dusun
Tambunan. Labu pahit yang terdapat di Tambunan telah menjadikan daerah ini sebagai pusat
pengeluaran sompoton, sejenis organ mulut yang diperdagangkan di kalangan kumpulan
dusun serta ianya juga dihasilkan di tempat-tempat lain di Sabah. Rotan yang merupakan satu
lagi bahan yang tahan digunakan dengan luasnya untuk membuat terendak, bakul, hiasan
dinding dan juga pengikat kayu atau buluh. Bahan untuk menghasilkan pakaian tradisional
juga diperolehi daripada tumbuhan tempatan, termasuklah kulit kayu, kapas atau gentian
tumbuhan daripada nanas, pisang atau kelapa.

Perusahaan Tradisional Pembuatan Parang di Kota Belud, Sabah


Perusahaan tradisional merupakan perusahaan turun-temurun yang dijalankan secara
kecil-kecilan atau sambilan di rumah atau di kawasan yang berhampiran dengan pengusaha
yang menjalankannya. Selain dari penggunaan perkataan perusahaan tradisional juga disebut
dengan nama lain iaitu perusahaan perumahan. Perusahaan perumahan ini termasuklah semua
jenis perusahaan yang dilakukan di dalam atau berhampiran dengan tempat kediaman.
Kebanyakkan pekerja-pekerjanya adalah terdiri daripada golongan wanita, ahli keluarganya
atau masyarakat yang tinggal berhampiran dengan kawasan perusahaan.
Perusahaan tradisional ini terdapat di merata-rata tempat mengikut sumber semula
jadi dan bahan mentah yang terdapat di negeri yang mengusahakannya. Perusahaan ini
memainkan peranan yang penting di kawasan-kawasan yang kurang maju dan dipinggir kota.
Ia secara tidak langsung menyumbang peluang-peluang pekerjaan dan sebagai set faktor
untuk menghalang berlaku penghijrahan keluar.
Perusahaan tradisional ini mula berkembang akibat daripada perusahaan pelancongan
bermula di Malaysia. Hasil pengeluaran kraftangan yang dipasarkan di pasaran tempatan

2
telah dibeli sebagai cenderamata oleh para pelancong-pelancong yang datang ke Malaysia.
Ukiran parang masyrakat Bajau Sama di Kota Belud merupakan salah satu warisan
peninggalan nenek moyang mereka yang merupakan suatu peninggalan yang bernilai.
Estetika pada motif dan ukiran yang dipaparkan pada hasil buatan tangan mereka pada sarung
dan hulu parang betapa suku kaum Bajau Kota Belud mempunyai nilai hidup yang penuh
dengan kesenian dan estetika peradaban pada masa lalu. Namun kini nilai dan seni ini kurang
mendapat menarik minat golongan muda untuk meneruskan usaha meningkatkan dan
mengembangkan pembuatan parang yang tinggi nilai kualiti dan keseniannya.

Produk kraftangan Parang Bajau Sama merupakan produk kraf warisan yang
sememangnya mendapat sambutan yang amat baik bukan sahaja di dalam pasaran tempatan
malah sehingga di peringkat antarabangsa. Setiap produk parang yang dihasilkan mempunyai
cirri-ciri dan ukiran yang tersendiri. Di mana setiap ukiran yang dihasilkan akan
melambangkan budaya dan corak kehidupan suku kaum Bajau Sama contohnya motif
Setimpak pada hujung sarung parang dan pada hulu parang.
Apa yang di maksudkan dengan Setimpak ialah merupakan suatu alat perhiasan
kepada yang dipakai oleh pengantin wanita semasa majlis bersanding diadakan dalam setiap
majlis perkahwinan suku kaum Bajau. Selain itu juga, terdapat banyak motif dan cirri-ciri
ukiran Parang Bajau Sama yang melambangkan kepelbagaian dan keunikan suku kaum Bajau
Sama ini. Motif alam yang diterapkan dalam pembuatan parang dan sarungnya ialah seperti
buah cili bagi produk Parang Bajau Lada-Lada. Selain itu terdapat juga unsur-unsur alam
yang lain digunakan.
Terdapat pelbagai jenis Parang Bajau Sama yang dihasilkan oleh pewaris-pewaris
pembuat parang tersebut seperti pembuatan Parang Bajau Barung, Pidah, Lada-Lada, Pedang
Bajau, Gayang, Kegayaan, Sabit Bajau, Beladau, Pais dan Keris yang motifnya berasaskan
Bajau Sama. Penghasilan sarung dan hulu menggunakan kayu-kayu yang dari jenis yang
terpilih sahaja. Ini kerana ianya bergantung kepada jenis kayu yang menjadi permintaan di
pasaran seperti penggunaan Kayu Malam dan Rengas. Di mana jenis kayu-kayu ini
merupakan kayu yang sering mendapat permintaan tinggi dan mempunyai hasil keunikan
pada urat kayu atau warna serta corak isi kayu yang menarik. Namun terdapat juga
penggunaan jenis kayu lain seperti kayu Nangka, Akasia, Nyire (kayu Tambu-Tambu) dan
beberapa jenis kayu lain. Manakala pembuatan parang adalah dihasilkan daripada besi-besi
yang digunakan semula seperti besi spring kereta dan besi bar chainsaw yang digunakan
oleh suku kaum Bajau.
Setiap Parang Bajau yang dihasilkan mempunyai kegunaan dan fungsinya masing-
masing. Di mana Parang Bajau jenis Lada-Lada, Beladau dan Pidah atau Barung digunakan
sebagai untuk aktiviti penyembelihan haiwan korban. Manakala bagi parang jenis Badi
Rumput pula digunakan bagi kerja-kerja bahagian memotong tulang haiwan sembelihan,
kayu yang keras dan ikan. Parang Bajau lain seperti Beladau, Gayang Padang dan Kegayaan
digunakan pada zaman dahulu sebagai alat untuk mempertahankan diri dan berperang yang
juga menjadi lambing kepada kekuatan si pemakainya. Keris pula digunakan hanya pada
majlis-majlis rasmi seperti majlis persandingan, majlis berkhatan dan untuk tujuan alat yang
dugunakan semasa peruses merawat pesakit yang terkena sihir dan gangguan jin.
Taburan pengusaha yang mengusahakan Parang Bajau yang berada di Kota Belud
tertmpu di kawasan-kawasan pinggir Bandar seperti di Kampung Siasai Jaya, Siasai Tamu,
Siasai Kompang dan Siasai Dundau. Dianggarkan terdapat seramai 50 sehingga 80 orang
yang mengusahakan pembuatan produk Parang Bajau sepenuh masa di kawasan tersebut.

3
Seperti mana Tuan Haji Ebin Bin Adim (69 tahun) dari Kampung Siasai Kompang yang
berkecimpung dalam perusahaan pembuatan Parang Bajau sejak beliau berumur 16 tahun
lagi. Beliau juga telah menjalankan perusahaan membuat Parang Bajau ini lebih daripada 53
tahun. Selain itu beliau juga merupakan salah seorang tokoh kraftangan Parang Bajau yang
mewarisi ilmu pembuatan parang tersebut daripada bapanya.

Peralatan Membuat Parang atau Senjata Besi di Kota Belud Sabah


i. Musang

Merupakan alat yang penting dalam pertukangan besi. Musang atau dikenali juga
sebagai kelubung dan hembusan yang diperbuat daripada kayu dan berbentuk
seperti tong panjang berfungsi untuk mengepam dan menghembuskan angin yang
terperangkap masuk ke dalam saluran dapur. Musang ini juga akan menentukan
bekalan angin yang cukup diperolehi ketika kerja-kerja menempah besi.

ii. Andas

Andas merupakan landasan yang diperbuat daripada sekeping besi tebal berbentuk
jonkong timah dan dilekatkan di atas seketul kayu yang tinggi. Ianya digunakan
sebagai tempat mengetuk, menitik dan menempa besi yang panas.

iii. Lepa

Lepa pula adalah sejenis alat pemotong besi yang bentuknya seperti pahat disepitkan
di antara dua keeping buluh dan diikat kemas. Tukul besi akan digunakan untuk
mengetuk lepa pada besi panas.

iv. Tukul

Ia digunakan untuk menempa alat-alat besi yang nipis matanya. Manakala tukul
putting berbentuk empat persegi digunakan untuk memasukkan puting parang ke
dalam hulunya.

v. Kikir

Kikir ini mempunyai pelbagai saiz dan berfungsi melicinkan serta menghaluskan mata
senjata yang telah dibentuk.

vi. Penyepit

Penyepit pula digunakan untuk memegang besi panas semasa kerja-kerja menempa
dijalankan.

vii. Penyepuh

4
Tong kayu yang berukuran 91.44sm panjang, 30.48sm lebar dan tinggi serta diisi
dengan air. Iany digunakan untuk menyepuh alat-alat besi yang telah ditempa, diketuk
dan dikikir supaya menjadi sejuk, tajam, kukuh dan tahan lama.

viii. Penangi

Kegunaan alat ini adalah untuk membentuk temin supaya menjadi bulat dan sesuai
dengan bentuk hulu.

ix. Jara Sila

Ianya digunakan untuk membuat lubang pada hulu parang.

x. Temin

Temin ini diperlukan untuk mengukuhkan kedudukan alat-alat besi di pangkal hulu.
Temin diperolehi daripada pembelit pada tong kayu.

Perubahan dan Transisi dalam Perusahaan Pembuatan Parang Bajau


Latar Belakang Perusahaan Egos Sword Enterprise
Kajian di lakukan di Perusahaan Egos Sword Enterprise yang merupakan sebuah perusahaan
yang membekalkan hasil Parang Bajau. Perusahaan ini terletak di Kampung Siasa Jaya, Kota
Belud. Perusahaan ini juga memberikan perkhidmatan membeli, menjual dan memborong
kraftangan parang. Perusahaan ini dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Aswadie
Ramlan dan isteri beliau Sabtiah Mastan. Mereka telah lama berkecimpung dalam perusahaan
ini bermula dengan keterlibatan Encik Aswadie Ramlan secara serius dalam pembuatan
Parang Bajau selepas menamatkan persekolahannya di peringat menengah. Pada mulanya
beliau bersama dengan bapa beliau mengusaha dan membuat Parang Bajau, bapa beliau
merupakan individu yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai cara membuat Parang Bajau.
Selepas berkecimpung dalam perusahaan Parang Bajau, Encik Aswadie Ramlan selama lebih
30 tahun telah banyak berlaku perubahan didalam perusahaannya. Kini beliau telah dibantu
oleh isteri dan anak-anaknya untuk menguruskan perusahaan Parang Bajau.

Perubahan dan Transisi dalam Perusahaan Egos Sword Enterprise


Perubahan yang berlaku di dalam perusahaan Parang Bajau yang diusahakan oleh Encik
Aswadie Ramlan kita boleh bahagikannya kepada dua iaitu;
i. Faktor luaran

Faktor luaran iaitu akibat daripada pengaruh luaran telah memaksa Encik Aswadie
Ramlan melakukan perubahan di dalam perusahaan yang diusahkannya.

a) Peralatan

5
Semasa di awal Encik Aswadie Ramlan menceburi bidang pembuatan Parang
Bajau beliau bersama bapanya hanya menggunakan peralatan yang lama untuk
melakukan kerja-kerja seperti mengilat parang. Di mana, menurut Encik
Aswadie Ramlan proses mengilat parang merupakan proses yang mengambil
masa yang lama sehingga menyebabkan kepada jumlah parang yang dapat
dihasilkan adlah rendah.

Ini kerana pada awalnya beliau hanya menggunakan kertas pengikir


besi yang digunakan untuk menghaluskan permukaan parang yang telah
dihasilkan bagi mencantikkan lagi permukaan parang tersebut. Ini merupakan
salah satu kekemasan yang perlu ada bagi membezakan hasil pembuatan
Parang Bajau Encik Aswadie Ramlan daripada pembuat Parang Bajau yang
lain. Dengan menggunakan kertas pengikir besi tersebut menyebabkan Encik
Aswadie Ramlan hanya mampu menghasilkan dua bilah Parang Bajau dalam
masa seminggu.

Kini dengan adanya peralatan baru seperti mesin grinder, telah banyak
membantu Encik Aswadie Ramlan dalam proses mengilat permukaan parang.
Ini kerana, proses sahaja yang mengambil masa yang lama untuk dilakukan
jika hanya menggunakan cara yang lama. Dengan adanya penggunaan mesin
yang baru ini Encik Aswadie Ramlan mampu menghasilkan 10 bilah parang
dalam masa seminggu berbanding dengan jumlah yang diperolehi sebelum ini
iaitu hanya dua bilah dalam seminggu. Mesin ini yang mudah digunakan tidak
menyukarkan untuk Encik Aswadie Ramlan menyesuaikan diri dengan
penggunaan mesin grinder tersebut dan mudah untuk dipelajari cara
menggunakannya. Selain itu mesin ini mudah didapati di pasaran dengan
harga yang berpatutan tidak terlalu mahal bagi Encik Aswadie Ramlan untuk
membelinya.

b) Promosi

Perubahan akibat daripada pengaruh arus pemodenan menyebabkan kepada


perkembangan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) telah
memberi manfaat kepada pengusaha seperti Encik Aswadie Ramlan. Ini
kerana jika pada awal penglibatan beliau teknik mempromosi barangan hanya
berdasarkan kepada penjualan di tamu-tamu di daerah orang dan juga melalui
rakan-rakan yang mengenali beliau serta mereka yang pernah membeli parang
daripada Encik Aswadie Ramlan yang membantu beliau untuk
mempromosikan Parang Bajau di perusahaanya.

Kini dengan adanya perkembangan ICT dan ketercapaian sistem


telekomunikasi dengan adanya penggunaan internet, komputer dan telefon
telah membantu menambah baik proses mempromosi barangannya. Ini kerana
Encik Aswadie Ramlan telah membina blognya sendiri untuk mempromosikan
barangan miliknya di internet. Ini memberikan beliau kelebihan dalam proses
memperkenalkan hasil Parang Bajau miliknya kepada penduduk luar daripada
kawasan tempat tinggal beliau.

c) Pemasaran

6
Tempahan akan dilakukan dengan hanya menghubungi melalui nombor
telefon yang diberikan bersama dengan kad perniagaan yang diberikan kepada
pelanggan. Bukan itu sahaja tertera juga alamat dan peta untuk ke tempat
perusahaan milik Encik Aswadie Ramlan serta disertakan juga dengan nama
blog yang dimiliki oleh Encik Aswadie Ramlan bagi proses melihat jenis
Parang Bajau yang dijual. Ini merupakan salah satu strategi pemasaran yang
dilaksanakan oleh Encik Aswadie Ramlan.

Dengan adanya kemajuan ICT sememangnya memberi banyak faedah


kepada pengusaha seperti Encik Aswadie Ramlan untuk memperluaskan lagi
pasaran Parang Bajau miliknya kepada orang ramai. Ini penting bagi
memudahkan Encik Aswadie Ramlan sendiri dan pembeli untuk berhubung
serta melancarkan proses penjual barangannya. Berbanding dengan dahulu
tanpa ada bantu teknologi moden terutama telekomunikasi menyukarkan untuk
Encik Aswadie Ramlan melakukan pemasaran dan tempahan juga kurang.

ii. Faktor Dalaman

Perubahan juga berlaku disebabkan oleh pengaruh yang datang dari dalam organisasi
milik Encik Aswadie Ramlan itu sendiri yang menyebabkan kepada perubahan secara
dalaman berlaku seperti;

a) Kewangan

Selepas daripada menceburi bidang pembuatan Parang Bajau ini selama lebih
dari 30 tahun telah memberikan pulangan yang memuaskan mengakibatkan
kepada perubahan saiz organisasi. Ini kerana dengan keuntungan dan
kestabilan kewangan yang dimiliki telah menyebabkan kepada perubahan
kepada saiz organisasi. Jika dibandingkan dulu mereka tidak lagi memliki
perusahaan sendiri seperti sekarang yang berfungsi dalam membeli, menjual
dan memborong parang kraftangan.

Ini sedikit sebanyak dapat mempelbagaikan lagi fungsi perusahaannya


kerana faktor kewangan yang dimiliki. Disebabkan pada awalnya
perusahaannya Encik Aswadie Ramlan hanya menjual Parang Bajau yang
dihasilkan olehnya sendiri berbanding sekarang. Ini akan menambahkan lagi
pendapatan yang dimiliki serta mempelbagai jenis parang yang dijual selain
membantu memperkembangankan lagi perusahaan miliknya.

b) Struktur Perusahaan

Disebabkan oleh perkembangan saiz perusahaan Encik Aswadie Ramlan telah


menambah baik dari segi struktur perusahaannya di mana beliau yang dibantu
oleh anak-anaknya dalam mengusahkan perusahaan Parang Bajaunya. Kini
Encik Aswadie Ramlan bertindak sebagai pengurus serta dibantu oleh isteri
beliau sendiri serta anak telah membahagi-bahagikan tugas-tugas yang ada
seperti bahagian pengurusan, kewangan dan pemasaran. Berbanding
sebelumnya beliau bersama bapanya sahaja yang mengusahakan Parang Bajau

7
tersebut yang menjadi rumah sebagai tempat perusahaannya struktur
perusahaan yang tidak teratur.

Kesimpulan
Perubahan yang berlaku di dalam sesebuah organisasi berlaku sama ada pengaruh daripada
luar atau dalaman yang memaksa majikan untuk melakukan perubahan. Dengan tidak
mempunyai strategi yang betul dan tepat yang dilakukan oleh majikan akan menjejaskan
matlamat organisasi. Namun berdasarkan kepada kebijakan dipihak pengurus dalam
mengatur strategi permulaan sesebuah perubahan atau transisi yang akan dilakukan dalam
organisasi. Penetapan matlamat merupakan perkara yang penting sekali agar pekerja sudah
sedia maklum tentang langkah yang perlu diambil bagi mencapai matlamat tersebut.
Komunikasi perlu bagi memberikan respon berkaitan dengan perubahan atau transisi yang
ingin dilakukan agar penambaikan dapat dilakukan.

8
Rujukan

Azizan, Fauzie , Marja. 2013. Implikasi Penghantaran Pulang PATI ke atas Situasi
Gunatenaga Tempatan dan Isu Hak Asasi Manusia: Satu Prolog. Paper presented at
7th International Conference on Indonesia-Malaysia Relations. Universiti Malaya
Kuala Lumpur.

Cheng, Yin Cheong. 1996. School Effectiveness & School-based Management: A Mechanism
for Development. London: The Falmer Press.

Fauzie, Marja , Azizan (2011).Pengampuan & Penghantaran Pulang Pekerja Asing: Implikasi
ke Atas Pasaran Buruh Tempatan dan Isu Hak Asasi Manusia. BUMANTARA
Journal of Social and Political Development. Volume 1, Issue 1, Universitas Nasional
Indonesia & Universiti Malaysia Sabah (ISSN 2088-6837), pp.99-112

Kraf Tangan Di Sabah. Dalam: http://warna-warnisabah.blogspot.com/2010/08/kraf-tangan-


di-sabah.html, diakses pada 24 Mei 2013.

Manajemen Perubahan: Tips untuk Memastikan Transisi Organisasi Halus. Dalam:


http://WEB-INF.prmob.net/views/ltr/article.jspx, diakses pada 23 Mei 2013.

Muhyadi, 2010. Manajemen Perubahan. Disampaikan dalam Workshop Strategi


Pengembangan Mutu Sekolah tanggal 7 Agustus 2010, di Program Pascasarjana,
UNY.

Nadler D.A. & Thusman M.L., 1983. A General Diagnostic Model for Organizational
Behavior. New York: MacGraw Hill.

Ukiran Halus Parang Bajau Sama. Dalam: http://rahmanomar.blogspot.com/2009/09/ukiran-


halus-parang-bajau-sama.htm diakses pada 24 Mei 2012.

Wallace Jr. M.J. & A.D. Szilagy Jr., 1982. Managing Behavior in Organization. Glenview:
Scott, Foresman and Company.

Wigrantoro Roes Setiyadi, 2007. Kepemimpinan Dalam Masa Transisi. Program Studi Ilmu
Manajemen Program Pascasarjana Fakultas Ilmu Ekonomi Universitas Indonesia.

9
LAMPIRAN

Rajah 1: Gambar Parang Bajau Yang Dijual Milik Encik Aswadie Ramlan.

10
Rajah 2: Encik Aswadie Ramlan Bersama Parang Bajau Yang Dihasilkannya.

11
Rajah 3:Ukiran Yang Menarik Pada Parang Bajau Yang Dihasilkan Encik Aswadie Ramlan.

12
Rajah 4: Kreativiti Dalam Pembuatan Parang Bajau Encik Aswadie Ramlan

13

The author has requested enhancement of the downloaded file. All in-text references underlined in blue are linked to publications on ResearchGate.

You might also like