You are on page 1of 5

TEMA 3 : SEJARAH SENI DAN KEBUDAYAAN

TAJUK : PERKEMBANGAN KRAF TANGAN MANIK [E’NO] BAGI KAUM KENYAH

DI KAMPUNG LONG SELAAN DARI TAHUN 2016 HINGGA TAHUN 2018.

PENGENALAN:

Kraf tangan manik dalam Bahasa kenyahnya ialah e’no merupakan sesuatu aktiviti

yang sering dilakukan oleh masyarakat kaum kenyah di kampung Long Selaan Ulu

Baram.E’no juga merupakan barangan pusaka sejak turun-temurun bagi kaum kenyah .

Masyarakat kaum kenyah di kampung Long Selaan Ulu Baram pernah menggunakan manik

sebagai mata wang,hantaran perkhawinan,dan lain-lain. Antara ahli kraftangan manik yang

akan ditemuduga oleh pengkaji ialah puan Grace Mbang dan encik Gerald Belare.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif kajian pengkaji yang pertama ialah untuk meneroka sejarah latar

belakang masyarakat kaum kenyah dari segi pembuatan dan penghasilannya.Hal ini supaya

pengkaji dapat mengetahui perkembangan kraf tangan manik dari masa ke semasa.

Selain itu,objektif kajian pengkaji yang kedua ialah meneroka cabaran yang telah

dihadapi oleh masyarakat kaum kenyah dalam menhasilkan pembuatan kraf tangan

manik.Hal ini dapat menyimpulkan perwatakan masyarakat kaum kenyah di kampung Long

Selaan Ulu Baram dalam mengharungi cabaran yang telah dihadapi oleh mereka sama ada

mereka kuat dari segi mental dan fizikal.

Disamping itu,objektif kajian pengkaji yang ketiga ialah meneliti tugas-tugas khas

yang pernah dilakukan oleh masyarakat kaum kenyah selain daripada menjalankan aktiviti
kraftangan manik.Aspek ini penting bagi membangkitkan semangat pengkaji dalam mengkaji

masyarakat kaum kenyah dalam menjalankan aktiviti kraf tangan manik.

Objektif pengkaji yang seterusnya ialah untuk meneroka harapan dan nasihat

masyarakat kampung kaum kenyah kepada generasi yang akan datang supaya sentiasa

menjaga warisan kraftangan maik ini.hal ini dapat dikaji oleh penkaji di masa akan datang.

PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian yang pertama ialah pengkaji ingin mengetahui apakah latar

belakang yang mendorong masyarakat kaum kenyah di kampung Long Selaan semasa

menjalankan aktiviti kraftangan manik?.Hal ini kerana pengkaji ingin mengetahui latar

belakang Yang mempengaruhi masyarakat kaum kenyah dalam pembuatan kraftangan manik.

Permasalahan yang kedua ialah bagaimanakah cabaran yang dihadapi oleh

masyarakat kaum kenyah memanipulasikan cabaran yang mereka dihadapi.?Hal ini kerana

penkaji ingin mengetahui sama ada masyarakat kaum kenyah kuat ataupun tidak dalam

menjalani dugaan dan tekanan yang dihadapi dan bagaimana mereka berfikir di luar kota

dalam menyelesaikan madalah.

Permasalahan kajian yang ketiga ialah apakah tugas-tugas khas yang pernah

dilakukan oleh masyarakat kaum kenyah dalam menjalankan Amanah yang

dipertanggungjawabkan .

Permasalahan kajian yang keempat ialah apakah harapan dan nasihat pengkaji

kepada generasi pada masa akan datang dalam pelbagai pembuatan kraf tangan .Hal ini

supaya masyarakat kaum kenyah di kampung Long Selaan menjadi insan yang berguna pada

masa akan datang.

SKOP KAJIAN
Pengkaji telah memilih puan Grace Mbang dan encik Gerald Belare sebagai kajian

disebabkan pengkaji merupakan saudara terdekat yang mahir dalam pembuatan kraf tangan

serta Kawasan perumahannya yang sangat dekat di kampung Long Selaan.Keteguhan dan

kecekalan beliau dalam menempuhi cabaran semasa menjalankn aktiviti pembuatan

kraftangan manikmenarik minat pengkaji untuk mengetahui lebih banyak tentang kraftangan

manik.Selain itu,pengkaji sangat berminat untuk mengetahui sejarah perkembangan kraf

tangan manik ini dengan lebih mendalam lagi.

Kampung Long Selaan telah dipilih sebagai Kawasan kajian adalah berdasarkan

tempat tinggal pengkaji dan masyarakat kaum kenyah berkhidmat dan menabur jasa dalam

pembuatan kraftangan manik.Selain itu,penkaji,juga mudah untuk mendapatkan sumber

maklumat .Jarak antara pengkaji dengan beliau sangat dekat .Oleh itu,ini memudahkan untuk

terus berhubung untuk memperoleh sumber daripada masyarakat kaum kenyah di kampung

Long Selaan Ulu Baram.

Tempoh masa yang dikaji oleh pengkaji ialah dari tahun 2016 hingga tahun 2018

iaitu selama 3 tahun . Hal ini demikian kerana sepanjang tempoh ini banyak perkara yang

sudah berlaku .Contohnya,peningkatan jumlah manik yang ingin dibeli oleh penggemar

manik,cabaran atau halangan yang dihadapi oleh masyarakat kaum kenyah dalam menabur

jasa kepada generasi pada masa akan datang.

SOROTAN KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini,pengkaji mendapati bahawa tiada penulisan dalam

bentuk ilmiah mengenai sejarah kraftangan manik sepanjang dari tahun 2016 hingga tahun

2018.Walaupun begitu,pengkaji dapat mencari maklumat tentang manik dalam media sosial

sebagai bahan rujukan.


Menurut editor Zuliskandar Bin Ramli menceritakan tentang ciri-ciri tradisional

manik,keistimewaan dan keunikan serta fungsi manik. Pada pendapat pengkaji ,bahan

rujukan ini dapat dijadikan panduan kajian kepada generasi pada masa akan datang .

Menurut Ipoi Datan ,57,Pengarah Jabatan Muzium,Sarawak menceritakan

mayarakat kaum kenyah yang menggunakan manik . Manik dipercayai mempunyai kuasa

yang luar biasa dan dianggap istimewa sebagai perantara yang penting untuk upacara

keagamaan.

KAEDAH KAJIAN

Bagi menyiapkan kajian ini,pengkaji telah menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah

lawatan dan pemerhatian , temubual , dan pembacaan .

Kaedah lawatan dan pemerhatian merupakan kaedah yang dilakukan oleh pengkaji

untuk mengetahui latar belakang manik kaum kenyah.

Kaedah pembacaan dilakukan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang

kraftangan manik kaum kenyah .

Kaedah temubual merupakan kajian yang digunakan untuk menghimpunkan

maklumat yang tetap dan mudah serta releven daripada Puan Grace Mbang yanag berkaitan

dengan kraftangan manik.

PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI

Dalam bahagian pengenalan , pengkaji akan menjelaskan tentang sedikit gambaran

mengenai kraftangan manik kaum kenyah di kampung Long Selaan Ulu Baram.

Bahagian isi pula,pengkaji akan memfokuskan kajian kepada beberapa aspek utama

yang merangkumi latar belakang,pembuatan dan penghasilan manik dan cabaran yang

dihadapi oleh masyarakat kaum kenyah serta harapan dan nasihat .


Sebagai kesimpulannya dalam bahagian ini , rumusan bagi keseluruhan kajian

ini , rumusan bagi keseluruhan kajian ini akan dilakukan dengan menyimpulkan pandangan

pengkaji terhadap masyarakat kaum kenyah . Pengkaji juga akan bertanya sedikit harapan

daripada ahli kraftangan manik Puan Grace Mbang dan encik Gerald Belare melalui temu

bual yang dijalankan.

PENUTUP

Kesimpulannya,pengkaji akan dapat mengkaji tentang kraftangan manik .Selain

itu , melalui kajian ini , pengkaji dapat mengetahui tentang kraftangan manik ini dengan

lebih meluas serta mendalam .Seterusnya ,pengkaji berharap agar esei penulisan ilmiah

tentang kraftangan manik ini akan menjadi rujukan dan panduan kepada generasi muda pada

masa akan datang .

You might also like