You are on page 1of 27

TUNKU ABDUL RAHMAN UNIVERSITY COLLEGE

Faculty of Social Science and Humanities


Department of Mata Pelajaran Pengajian Umum

MPU-3123 TAMADUN ISLAM DAN ASIA


BORANG PEMARKAHAN PENILAIAN 1
(Semester 2, Year 2021/2022)

TAJUK LAPORAN : KOMPANG SEBAGAI ALAT MUZIK TRADISIONAL MELAYU.

PROG. / KUMP. TUTORIAL : 8


NAMA PENSYARAH : SELVAKUMARAN A/L NADARAJAN

Nama Pelajar No. I.D


CHAN WAI SHENG 20WBR06743
CHOO QING QING 20WBR08050
TAM LUH YIM 20WBR08162
TAN TECK HONG 20WBR08163
TANG WAN TENG 20WBR08165

SKOR:
1 – Sangat Lemah 2 – Lemah 3 – Memuaskan 4 – Baik 5 – Sangat Baik

PENILAIAN 1 :
LAPORAN KAJIAN LAPANGAN (30 %)
SUB-ATRIBUT SKOR
Kemahiran kerja
Tanggungjawab dan akauntabiliti

Kemahiran interpersonal
Rasional terhadap masyarakat pelbagai budaya
Sumbangan kepada masyarakat

Jumlah (100 markah)


____ / 25 x 100 =
Komen umum:

*For Reviewer use only:


Name of Examiner
Name of Reviewer
Signature of
Reviewer
Date
Tajuk
Kompang sebagai alat muzik tradisional Melayu.

Pengenalan

Salah satu daripada alat muzik tradisional Melayu yang popular masa kini ialah kompang.
Kompang dikatakan berasal daripada Parsi dan digunakan untuk menyambut kedatangan
Rasulullah S.A.W. Selain itu, kompang juga digunakan untuk menaikkan semangat tentera Islam
ketika berperang. Alat muzik ini dibawa ke Nusantara oleh pedagang Arab yang datang
berdagang. Mereka memperkenalkan alat muzik ini dan mendapat sambutan yang hebat di
kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang-orang Jawa.

Objektif Kajian

1. Mengkaji asal usul kompang.


2. Mengkaji fungsi dan kepentingan Kompang.
3. Mengkaji cabaran yang dihadapi untuk mewariskan tradisional alat muzik kompang kepada
generasi yang akan datang.

Kaedah Kajian

- Kaedah bertemu ramah (secara google meet atau google form.)


- Guru muzik tradisional di sekolah menengah
- Pemilik kedai alat muzik tradisional.
- Kawan yang pernah bermain Kompang.

- Kaedah Kajian Kepustakaan


Soalan

- Pernahkah anda bermain Kompang atau menikmati persembahan kompang?


- Apakah anda tahu tentang asal usul Kompang?
- Pada pendapat anda, apakah fungsi kompang dan kepentingannya?
- Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi untuk mewariskan tradisional alat
muzik kompang kepada generasi yang akan datang?
Penghargaan

Pertama sekali, kami amat bersyukur kerana diberi peluang untuk menyiapkan kerja kursus ini
secara lancar walaupun kini menghadapi pandemi Covid-19. Kami ingin mengucapkan terima
kasih kepada pensyarah kami, Encik Selvakumaran A/L Nadarajan kerana beliau telah memberi
nasihat dan cadangan kepada kami apabila kami menghadapi masalah untuk menyiapkan kerja
kursus ini.

Selain itu, kami juga amat bersyukur kerana dapat menjalankan temu ramah dengan responden-
responden kami melalui Google Meet. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
mereka yang sudi meluangkan masa untuk menemu bual dan menjawab soalan yang disediakan
iaitu Encik Mohammad Amizi, Encik Fakhrul Fauzan dan Encik Muhammad Fahmi Firdaus.
Akhir sekali, kami juga bersyukur kerana mempunyai ahli kumpulan yang berkelakuan baik dan
bekerjasama untuk menyiapkan kerja kursus dalam masa yang ditetapkan.
Isi Kandungan

Penghargaan
Isi Kandungan
1.0 Pengenalan
2.0 Objektif Kajian
3.0 Kaedah Kajian
3.1 Kaedah Kajian Kepustakaan
3.2 Kaedah Kajian Temu ramah
4.0 Hasil Kajian
4.1 Mengkaji asal usul kompang.
4.2 Mengkaji fungsi dan kepentingan Kompang.
4.3 Mengkaji cabaran yang dihadapi untuk mewariskan tradisional alat muzik kompang kepada
generasi yang akan datang.
5.0 Kesimpulan
6.0 Bibliografi
7.0 Lampiran
7.1 Responden 1
7.2 Responden 2
7.3 Responden 3
7.4 Gambar Responden
7.5 Borang Pengakuan
7.6 Laporan Turnitin
7.7 Borang Draf Tugasan
1.0 Pengenalan

Kompang diklasifikasikan sebagai alat-alat membranofon dalam kategori drum kecil dengan
permukaan kulit tunggal dan badan yang berbingkai. Selain itu, kompang merupakan salah satu
alat muzik tradisional Melayu yang popular pada masa kini iaitu alat perkusi yang serupa dengan
gendang. Kompang biasanya digunakan dalam persembahan tarian dan nyanyian bersama alat-
alat muzik lain. Alat muzik tradisional ini sangat terkenal dalam masyarakat Melayu.

Kompang menyerupai sebuah kuali dan terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan
belulang seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1(a). Baluh diperbuat daripada kayu yang kuat
dan berkualiti seperti kayu cengal, halban, nangka atau palau. Penggunaan kayu yang kuat akan
memastikan badan kompang tidak pecah atau retak apabila terjatuh. Manakala, belulang
biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina kerana kulitnya nipis dan dapat mengeluarkan
bunyi yang nyaring serta bergema.

Permukaan kompang diselaraskan ketegangannya dengan menggunakan sedak yang berupa rotan
bersaiz kecil atau wayar. Sedak diselitkan antara permukaan belulang dan baluh kompang di
sebelah dalam dengan menggunakan penyedak yang diperbuat daripada kayu atau rotan bersaiz
besar yang berbentuk tirus tetapi tidak tajam. Sedak ini diletakkan bertujuan untuk menegangkan
bahagian belulang dan menyedapkan bunyi kompang apabila dipalu.

Alat muzik kompang boleh dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya
kompang dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang. Kompang juga boleh dimainkan sama
ada secara duduk, berdiri atau berarak.

Penghasilan kompang terbahagi kepada dua kaedah iaitu kaedah tradisional menggunakan kerja
tangan dan kaedah moden menggunakan mesin. Kebanyakkan kompang di pasaran dibuat
dengan mesin. Keaslian bunyi kompang yang dihasilkan secara moden amat berbeza dengan
keaslian bunyi kompang yang dihasilkan secara tradisional. Hal ini demikian kerana kompang
buatan tangan akan mengeluarkan bunyi yang lebih nyaring, bergantung kepada kemahiran
pembuat kompang.
Rajah 1(a): Alat perkusi kompang

Permainan kompang terbahagi kepada beberapa jenis. Antara jenis-jenis kompang ialah:
● Kompang Hadrah ( Negeri Perak )
● Kompang Johor / Jawa
● Kompang Eizhar ( Negeri Selangor )
● Kompang Kelalang ( Negeri Melaka )

Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz
kompang yang mengikut peringkat umur adalah seperti berikut:

Saiz (cm) Umur (Tahun)

30 cm bawah 12 tahun dan ke bawah

32.5 cm 13 dan 14

35 cm 15 dan 16

37.5 cm dan 40 cm Orang dewasa


2.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mencapai tiga objektif kajian yang telah ditetapkan seperti
berikut:

2.1. Mengkaji asal usul kompang.

2.2. Mengkaji fungsi dan kepentingan Kompang.

2.3. Mengkaji cabaran yang dihadapi untuk mewariskan tradisional alat muzik kompang kepada
generasi yang akan datang.
3.0 Kaedah Kajian

Kaedah kajian dalam penyelidikan ini adalah berdasarkan dua kaedah seperti berikut: -

3.1 Kaedah Kajian Perpustakaan

Dokumen yang menggambarkan masa lampau dalam bentuk buku, artikel, akhbar atau majalah
ialah sumber sekunder untuk maklumat kajian ini. Maklumat yang didapati melalui kaedah ini
telah ditafsirkan, dianalisis oleh pakar dan ahli akademik dan disebarkan kepada masyarakat
umum. Buku-buku dan laman sesawang internet adalah sumber maklumat yang digunakan untuk
menjalankan kajian terhadap alat muzik tradisional Melayu (Kompang) dalam masyarakat
Malaysia kini. Maklumat dari kajian kepustakaan ini telah memberi rujukan yang terperinci
kepada penyelidikan kami. Sumber-sumber yang digunakan dan dikutip telah direkodkan dalam
seksyen Bibliografi.

3.2 Kaedah Kajian Temu ramah


Kumpulan kami telah menemubual 3 orang responden iaitu:
i. Encik Mohammad Amizi, berumur 27, pekerjaan sebagai peniaga kedai alat muzik tradisional
ii. Encik Fakhrul Fauzan, berumur 21, pekerjaan sebagai pelajar Institusi Tinggi.
iii. Encik Muhammad Fahmi Firdaus , berumur 45, pekerjaan sebagai guru muzik.
4.0 Hasil Kajian

4.1 Mengkaji asal usul kompang

Kompang yang tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang adalah sejenis alat muzik
tradisional masyarakat Melayu. Menurut temubual kami dengan Mohammad Amizi dan
Fakhrul Fauzan, kompang dikatakan berasal dari dunia Arab dan dibawa masuk ke Tanah
Melayu oleh pedagang India Muslim pada zaman Kesultanan Melaka. Pedagang India Muslim
menjadikan kompang sebagai isyarat pelabuhan kapal mereka di perairan Melaka. Para
pedagang juga menjadikan kompang sebagai hadiah kepada sultan untuk memaklumkan ketibaan
mereka ke negeri Melaka. Kompang ini kemudiannya diajar dan dimainkan oleh warga istana
dan diturunkan kepada rakyat.

Selain itu, menurut temubual kami dengan Mohammad Amizi dan Fakhrul Fauzan,
kompang juga dipercayai dibawa oleh pedagang Arab melalui Jawa bertujuan untuk menarik
perhatian pelanggan membeli barang dagangan mereka pada abad ke-13. Amin dan Baharul
(2015) juga bersetuju kompang berasal dari negara Arab memandangkan bentuknya yang mirip
dengan alat muzik arab iaitu duffuf. Kompang juga dimainkan untuk mengiringi lagu-lagu puisi
Islam, dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Pada tahun 1293
hingga 1470, kompang telah menjadi satu alat muzik rasmi semasa pemerintahan kerajaan
Majapahit di Jawa (Namri sidek 2019).

Di samping itu, menurut temubual kami dengan Mohammad Amizi, beliau memberitahu
bahawa kompang juga dikatakan berasal dari Parsi dan digunakan untuk menyambut kedatangan
Rasulullah S.A.W. Selain itu, kompang juga dikenali sebagai rebana atau terbang di Indonesia
dan Dufuf, Daff, Duff, Tar atau Bendirdan di Asia Barat (D-Run n.d.).

Dalam masyarakat Melayu khususnya orang jawa, kompang paling dihargai. Hal ini kerana
kompang telah menjadi ikutan masyarakat Jawa dan seterusnya berkembang sehingga kini.
Migrasi masyarakat Jawa ke Tanah Melayu telah menyebabkan kompang terus berkembang dan
meluas ke seluruh Tanah Melayu (Pdfslide n.d.).
4.2 Mengkaji fungsi dan kepentingan Kompang.

Menurut temubual kami dengan Mohammad Amizi, beliau memberitahu bahawa


persembahan kompang bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara pada asasnya dan turut
berkembang dari masa ke masa. Misalnya persembahan kompang dimainkan dalam majlis-majlis
bercorak keagamaan seperti menyambut hari keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. Contohnya,
peserta perarakan bermain kompang semasa majlis perarakan bertujuan untuk berselawat kepada
Nabi Muhammad S.A.W. dengan paluan kompang. Selain daripada majlis keagamaan,
persembahan kompang juga dimainkan dalam majlis perkahwinan, acara berkhatan, and acara
rasmi yang melibatkan pembesar.

Menurut temubual kami dengan Muhammad Fahmi Firdaus, beliau memberitahu bahawa
kompang dimainkan untuk mengiringi persembahan nyanyian solo atau kumpulan secara
ensemble dan persembahan tarian. Sebagai contoh, kompang dimainkan dengan persembahan
tarian hadrah. Tambahan pula, kompang juga menjadi elemen permainan ensembel lain seperti
orkestra, lagu etnik kreatif, caklempong pacik dan gamelan. Persembahan kombinasi alat-alat
muzik tradisional tidak pelik, sebaliknya keharmonian antara alat-alat muzik tradisional jadikan
suaranya merdu sekali.

Menurut temubual kami dengan Fakhrul Fauzan, beliau memberitahu bahawa fungsi
permainan kompang telah diperluaskan pada zaman sekarang. Kompang juga dimainkan untuk
merangsang semangat kepada pasukan dalam perlawanan atau permainan sukan. Kompang ini
boleh mengawal tempo permainan and memberi semangat kepada pemain. Sebagai contoh,
apabila paluan kompang semakin laju, suasana akan terdorong ke kemuncak, pemain akan lebih
ghairah, bertenaga dan bersemangat.

Menurut temubual kami dengan Mohammad Amizi, salah satu kepentingan alat muzik
tradisional kompang adalah mewakili budaya dan tradisi sebuah bangsa. Kompang digunakan
dalam pelbagai perayaan. Kompang telah digunakan untuk persembahan tarian dan nyanyian
dalam masyarakat Melayu terutamanya majlis perkahwinan atau perarakan. Kompang juga
digunakan untuk memeriahkan majlis berkhatan dan majlis marhaban. Kelab penyokong seperti
kumpulan orchestra, kelab bola sepak, dan kumpulan-kumpulan muzik melayu yang lain juga
menggunakan kompang untuk memeriahkan acara sukan. Kompang digunakan dalam pelbagai
perayaan dapat mengekalkan warisan dan adat budaya masyarakat Melayu turun-temurun.

Menurut temubual kami dengan Fakhrul Fauzan, kompang memainkan peranan yang
penting dalam memperkenalkan seni muzik negara Malaysia. Warga asing dapat memahami
tradisi dan sejarah negara Malaysia melalui pembelajaran alat muzik tradisional kompang. Selain
daripada tradisi dan sejarah negara, warga asing juga dapat mengenali warisan negara lain seperti
tarian zapin yang adakalanya dipersembahkan dengan paluan kompang. Kompang juga dijadikan
produk pelancongan supaya pelancong asing boleh membeli dan memperkenalkan alat muzik
tradisional ini kepada kawan-kawannya. Di samping itu, pelancong suka mengambil gambar atau
video tentang persembahan kompang dan memuat naiknya ke perisian social. Oleh sebab itu, ia
akan meningkatkan pendedahan keunikan permainan kompang kerana maklumat boleh tersebar
dengan cepat di internet.

Menurut temubual kami dengan Muhammad Fahmi Firdaus, beliau memberitahu bahawa
kompang juga dijadikan sebagai medium penyatuan kaum. Kompang dapat mengeratkan
silaturahim antara satu sama lain dalam permainan kompang. Hal ini demikian kerana seni muzik
merupakan sesuatu yang istimewa kerana rakyat dapat mempelajari, memahami dan
mengukuhkan keakraban antara kaum. Misalnya, semua orang digalakkan untuk bermain
kompang tanpa melihat warna kulit mahupun agama. Dengan itu, kaum-kaum lain dapat
mengenali latar belakang kaum Melayu dan asal usul kompang jika mereka mempelajari seni
muzik tradisional kompang. Apabila bermain kompang, kecintaan dalam permainan kompang
dapat ditanam dalam diri pemain seterusnya menghargai warisan turun-temurun ini supaya
warisan Melayu tidak akan dilupakan. Ini juga boleh menunjukkan masyarakat Malaysia sentiasa
berpegang kepada semangat kecintaan warisan negara melalui permainan kompang. Selain itu,
melalui pandangan ilmu dari sudut kebudayaan, azam dan wawasan negara juga dapat dipenuhi.
4.3 Mengkaji cabaran yang dihadapi untuk mewariskan tradisional alat muzik kompang
kepada generasi yang akan datang.

Menurut temubual kami dengan Fakhrul Fauzan, beliau menjelaskan bahawa cabaran yang
dihadapi adalah generasi muda sekarang kurang berminat dengan alat muzik tradisional. Mereka
lebih gemar muzik moden berbanding dengan muzik tradisional. Hal ini demikian kerana
generasi muda ini dipengaruhi oleh muzik moden terutama dari barat dan mereka kurang
terdedah kepada muzik tradisional. Generasi muda juga menganggap memainkan alat muzik
tradisional kerana mereka berasa tidak mengikuti trend. Video muzik dalam media sosial atau
laman web kebanyakannya adalah muzik moden seperti R&B, hip hop dan K-pop. Sebaliknya,
kompang biasanya dimainkan semasa hari perayaan, majlis atau upacara tradisi lain. Jika mereka
tidak menyertai majlis-majlis ini, mereka tidak akan melihat persembahan kompang. Oleh sebab
itu, mereka tidak atau jarang didedahkan dengan keistimewaan dan kelebihan muzik tradisi,
generasi muda gagal mengenali dan tidak berminat dengan alat muzik tradisional.

Menurut temubual kami dengan Mohammad Amizi, beliau menjelaskan bahawa salah satu
cabaran yang dihadapi untuk mewariskan tradisional alat muzik kompang adalah risiko
kehilangan kemahiran tradisi. Hasil pembuatan kompang bergantung kepada kemahiran
pembuatnya. Pembuat perlu mengukurkan kenyaringan bunyi dalam proses pembuatan kompang
untuk memastikan bunyi paluan kompang yang dihasilkan tidak sumbang. Selain itu, pembuatan
kompang juga perlu penuh perhatian dan sabar. Pembuat kompang perlu menjemur kulit
kambing yang dikikir selama tiga hingga empat jam sebelum memaku pada balo kompang.
Tambahan pula, pembuat kompang perlu berhati-hati semasa memaku kulit kambing pada balo
untuk mengelakkan koyak. Proses membulatkan dan melarik kayu berbentuk bulat yang tepat
juga memerlukan kemahiran supaya tidak menghasilkan balo yang senget. Oleh itu, kemahiran
adalah faktor penting dalam pembuatan kompang. Namun demikian, pembuat kompang amat
susah untuk mencari pewaris sehingga kemahirannya tidak dapat diwariskan.

Menurut temubual kami dengan Muhammad Fahmi Firdaus, beliau menjelaskan bahawa
kekurangan pengajar adalah salah satu cabaran yang dihadapi untuk mewariskan alat muzik
tradisional kompang. Kekurangan pengajar kompang menyebabkan remaja yang berminat dan
ingin belajar kompang berputus asa. Hal ini dikatakan demikian kerana, guru muzik kurang
mengajar alat muzik tradisional khususnya di bandar besar seperti Kuala Lumpur bukan sahaja
kurang pelajar yang berminat tetapi juga susah untuk mendapat alat muzik tradisional.
Pendapatan guru muzik juga terjejas jika membuka kelas muzik tradisional yang kurang pelajar.
Minat remaja jadi pudar apabila mereka tidak dapat belajar muzik kompang.
5.0 Kesimpulan (summary, pandangan kumpulan)

Kompang merupakan satu alat muzik tradisi Melayu yang mempunyai keunikan dan amat
bernilai. Selepas membuat penyelidikan dan temubual, kita dapat memahami fungsi dan
kepentingan kompang daripada masa ke masa. Kompang memainkan peranan penting dalam
persembahan tarian dan nyanyian dalam kalangan masyarakat Melayu terutamanya majlis
perkahwinan atau perarakan. Dalam aktiviti sukan dan Majlis perasmian, kompang digunakan
untuk memberikan sokongan. Selain itu, kompang juga dijadikan sebagai medium penyatuan
kaum. Sebagai contohnya, semasa mempelajari seni muzik tradisional kompang, kaum Cina dan
kaum India dapat mengenal tentang latar belakang kaum lain. Kita memahami bahawa kompang
ini boleh dimainkan selain daripada perayaan atau majlis besar kaum melayu tetapi juga boleh
dimainkan semasa perayaan tahun baru cina ataupun perayaan-perayaan yang lain.

Selain itu, kami telah mengkaji cabaran-cabaran yang dihadapi untuk mewariskan tradisional alat
muzik kompang kepada generasi yang akan datang. Antaranya termasuk masyarakat kini
terutamanya generasi muda kurang berminat bermain dengan alat muzik tradisional. Seperti yang
kita tahu, anak muda sekarang lebih berminat bermain gitar, piano, violin kerana mereka
merasakan alat muzik itu lebih menarik di mata mereka berbanding dengan alat muzik
tradisional. Pada masa kini, kebanyakan muzik pop moden diiringi oleh alat muzik elektronik
dan beberapa alat muzik tradisional juga ditransformasi kepada alat elektronik. Hal ini akan
meningkatkan risiko kehilangan kemahiran tradisi kerana permintaan alat muzik tradisi tidak
banyak. Di samping itu, kekurangan pengajar dan kesusahan untuk dapat alat muzik tradisional
merupakan salah satu cabaran tersebut. Bagi golongan yang muda berminat untuk belajar tetapi
tidak ada guru yang sudi mengajar alat muzik tradisional. Akibatnya, minat mereka semakin
pudar dan pada masa yang sama berkemungkinan hilang.

Terdapat beberapa langkah untuk mempromosikan tradisi kompang kepada generasi muda. Pihak
sekolah boleh mewujudkan kelab muzik tradisional seperti kelab cak lempong dan kelab
kompang untuk meningkatkan pengetahuan dan minat mereka terhadap alat muzik tradisional
melayu. Selain itu, pihak berkuasa seperti Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara harus
mengadakan pelbagai kempen kesedaran tentang kepentingan alat muzik tradisional kepada
masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda supaya warisan alat muzik tradisional
seperti kompang dapat dikekalkan dan dimartabatkan di Malaysia hingga ke akhir zaman.
Tambahan pula, pihak media massa boleh menyiarkan rencana atau dokumentari untuk
memperkenalkan cara permainan kompang untuk menambah pendedahan kompang kepada
masyarakat dan meningkatkan keinginan masyarakat untuk bermain kompang.

Kesimpulannya, kami berharap agar alat muzik tradisional kompang ini dapat diwarisi dan
dipelihara dengan baik oleh generasi muda supaya tidak ditelan zaman. Rakyat Malaysia juga
perlu bekerjasama untuk memartabatkan muzik tradisional kompang ini ke taraf antarabangsa
supaya keistimewaan dan kelebihan kompang dapat dikenali oleh orang ramai bukan sahaja
rakyat Malaysia tetapi juga warga asing.
6.0 Bibliografi

Alkhudhri, 2020, ‘Sejarah Kompang di Malaysia: berasal dari Tanah Arab?’, Viewed on 15
November 2021, <https://alkhudhri.com/2020/11/sejarah-kompang-di-malaysia-berasal-dari-
tanah-arab/>.

Anonymous, 2018, ‘Perkembangan Alat Muzik Tradisional Kompang di Kampung Sungai’,


Viewed on 15 November 2021, <https://edoc.tips/download/perkembangan-alat-muzik-
tradisional-kompang-di-kampung-sungai_pdf>.

D-Run, n.d., ‘Seni Kompang’, Viewed on 15 December 2021,


<https://www.scribd.com/doc/215373662/Seni-Kompang>.

Namri Sidek, 2019, ‘5 Jenis Alat Muzik Tradisional Orang Melayu’, Viewed on 15 December
2021, <https://iluminasi.com/bm/5-jenis-alat-muzik-tradisional-orang-melayu.html>.

Pdfslide, n.d. ‘Sejarah Kompang dan Asal Usulnya’, Viewed on 15 December 2021,
<https://pdfslide.net/documents/sejarah-kompang-dan-asal-usulnya.html>.

Riau Magazine, 2020, ‘Cara Memukul Kompang Melayu, Sejarah, Jenis dan Fungsinya’,
Viewed on 15 November 2021, <https://www.riaumagz.com/2020/10/cara-memukul-kompang-
melayu-sejarah.html>.

7.0 Lampiran
7.1 Responden 1

Name : Mohammad Amizi


Umur : 27 Tahun
Jawatan : Peniaga alat tradisional muzik

Soalan 1 : Apakah nama encik?

Jawapan 1 : Nama saya Mohammad Amizi.

Soalan 2 : Pernahkah encik bermain Kompang atau menikmati persembahan Kompang?

Jawapan 2 : Ya. Saya bermain kompang sejak berumur 8 tahun kerana ayah saya seorang
peniaga yang menjual alat tradisional muzik. Saya sering pergi ke kedai untuk membantu ayah
saya dalam perniagaannya. Kini zaman sudah berubah, persembahan kompang hanya boleh
dilihat pada perayaan atau pertandingan yang tertentu sahaja.

Soalan 3 : Apakah anda tahu tentang asal usul alat muzik tradisional Kompang?

Jawapan 3 : Kecuali dibawa oleh pedagang India-Muslim atau pedagang Arab ke Tanah
Melayu, saya juga tahu kompang dikatakan berasal daripada Parsi atau kini dikenali sebagai Iran
untuk menyambut kedatangan Rasulullah S.A.W. Kompang mempunyai beberapa nama seperti
rebana, dufuf and lain-lain. Saya pernah dengar tentang orang jawa sangat menghargai kompang.
Oleh itu, orang jawa membawa kompang ke Tanah Melayu dan meluas kompang ke seluruh
Tanah Melayu.
Soalan 4 : Dalam apa situasi kompang akan dimainkan?

Jawapan 4 : Berdasarkan saya tahu, kompang ini boleh dimainkan banyak situasi.
Contohnya, kompang ini boleh dimainkan di majlis perkahwinan, adat-adat melayu and
sebagainya. Majlis perkahwinan ada two ritual. Pertama, persembahan secara duduk akan
dilakukan di rumah pengantin iaitu di malam bernilai. Selain itu, persembahan kompang secara
berdiri apabila mengarak pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan.

Soalan 5 : Pada pendapat anda, apakah kepentingan kompang?

Jawapan 5 : Saya rasa kompang boleh mewakili budaya dan tradisi sebuah bangsa kerana
kompang akan diguna dalam banyak perayaan. Sebagai contoh, kompang boleh digunakan dalam
majlis perkahwinan, perarakan, majlis berkhatan, majlis marhaban dan lain-lain. Oleh itu,
kompang boleh mengekalkan warisan masyarakat Melayu apabila mereka bermain kompang
dalam setiap perayaan.

Soalan 6 : Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi untuk mewariskan
tradisional alat muzik kompang kepada generasi yang akan datang?

Jawapan 6 : Saya rasa cabaran yang paling penting ialah risiko kehilangan kemahiran tradisi.
Saya tahu pembuatan kompang ini sangat memerlukan kemahiran seseorang. Jika kemahiran
pembuat itu tidak begitu baik, kompang yang dihasilkan mungkin bunyinya tidak nyaring, balo
tidak begitu bulat, kulit ada calar atau boleh tembus cahaya. Inilah semua merendahkan kualiti
kompang. Jadi, saya rasa kemahiran sangat penting untuk mewariskan kompang kepada generasi
muda supaya mereka pun ada peluang untuk bermain kompang yang berkualiti baik.

7.2 Responden 2
Name : Fakhrul Fauzan
Umur : 21 Tahun
Jawatan : Pelajar Kolej

Soalan 1 : Apakah nama encik?

Jawapan 1 : Nama saya Fakhrul Fauzan.

Soalan 2 : Pernahkah anda bermain kompang atau menikmati persembahan kompang?

Jawapan 2 : Ya. Saya pernah bermain kompang semasa sekolah menengah. Saya ialah salah
satu ahli daripada pasukan kompang sekolah menengah saya.

Soalan 3 : Apakah anda tahu tentang asal usul alat muzik tradisional kompang?

Jawapan 3 : Guru saya pernah memberitahu saya tentang asal usul kompang. Kompang ialah
dibawa oleh pedagang Arab untuk menarik perhatian pelanggan. Mereka ingin menjual barang
kepada pelanggan. Mereka bermain kompang untuk mengiringi lagu-lagu puisi Islam. Guru juga
mengajar kami lagu-lagu puisi Islam dengan menggunakan kompang.

Soalan 4 : Dalam apa situasi kompang akan dimainkan?

Jawapan 4 : Saya masih ingat pasukan kompang sekolah menengah saya akan memainkan
kompang apabila sekolah kami mengadakan majlis-majlis seperti majlis anugerah cemerlang dan
majlis perayaa. Selain itu, saya pernah melihat persembahan kompang semasa majlis
perkahwinan abang saya. Sekarang fungsi permainan kompang telah diperluaskan, saya pernah
lihat ada orang bermain kompang semasa pertandingan sukan. Itu juga satu cara untuk memberi
sokongan kepada peserta-peserta, semakin laju paluannya, peserta lebih ghairah.

Soalan 5 : Pada pendapat anda, apakah kepentingan kompang?


Jawapan 5 : Kompang ialah salah satu seni muzik negara. Oleh itu, saya rasa kompang boleh
memperkenalkan seni muzik negara kepada semua orang di Malaysia. Kaum lain boleh
mengetahui tradisi dan sejarah negara Malaysia apabila mereka bermain kompang. Selain itu,
kompang adalah salah satu produk pelancongan. Pelancong akan memperkenalkan kompang di
negara mereka, ini dapat meningkatkan pendedahan permainan kompang.

Soalan 6 : Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi untuk mewariskan alat
muzik tradisional kompang kepada generasi yang akan datang?

Jawapan 6 : Saya rasa generasi muda zaman sekarang tidak begitu berminat dengan alat
muzik tradisional, bukan sahaja kompang tetapi juga alat muzik lain, seperti cak lempong dan
serunai. Saya rasa mereka lebih suka muzik modern dan mereka menganggap muzik tradisional
sebagai ‘ketinggalan zaman’ atau tidak mengikut trend. Saya rasa mereka kurang terdedah
kepada muzik tradisional, jadi mereka tidak berminat dengan alat muzik tradisional.

7.3 Responden 3
Name : Muhammad Fahmi Firdaus
Umur : 45 Tahun
Jawatan : Guru pengajar alat muzik.

Soalan 1 : Apakah nama encik?

Jawapan 1 : Nama saya Muhammad Fahmi Firdaus.

Soalan 2 : Pernahkah anda bermain Kompang atau menikmati persembahan Kompang?

Jawapan 2 : Ya. Saya bermain kompang sejak kecil lagi dan sekarang saya sebagai guru
pengajar alat-alat muzik di sekolah menengah, kompang adalah salah satunya.

Soalan 3 : Apakah anda tahu tentang asal usul alat muzik tradisional Kompang?

Jawapan 3 : Setahu saya, kompang sebenarnya berasal dari negara Arab. Ia dibawa masuk ke
Tanah Melayu oleh pedagang India Muslim sama ketika zaman Kesultanan Melaka. Pedagang
India Muslim menjadikan kompang sebagai isyarat pelabuhan kapal di perairan Melaka dan juga
sebagai hadiah kepada sultan untuk memaklumkan ketibaan mereka ke negeri Melaka.
Kemudiannya, kompang diajar dan dimain oleh warga istana dan diturunkan kepada rakyat.

Soalan 4 : Dalam apa situasi kompang akan dimainkan?

Jawapan 4 : Kompang boleh dimainkan dalam banyak situasi. Salah satu situasi ialah
kompang dimainkan untuk mengiringi persembahan nyanyian solo atau kumpulan secara
ensemble dan persembahan tarian. Sebagai contoh, kompang dimainkan dengan persembahan
tarian hadrah.

Soalan 5 : Pada pendapat anda, apakah kepentingan kompang?


Jawapan 5 : Saya rasa kompang boleh memupuk perpaduan antara kaum. Kompang juga
boleh mengeratkan hubungan antara permain. Apabila pemain bermain kompang, mereka akan
menanam kecintaan dan seterusnya menghargai warisan melayu. Ini boleh menunjukkan
masyarakat Malaysia sentiasa berpegang kepada semangat kecintaan warisan negara melalui
permainan kompang.

Soalan 6 : Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi untuk mewariskan
tradisional alat muzik kompang kepada generasi yang akan datang?

Jawapan 6 :Saya rasa pengajar alat muzik tradisional zaman sekarang semakin kurang. Saya
lihat kelas tuisyen alat muzik tradisional tidak banyak, kebanyakkan piano, gitar, biola yang
semua alat muzik barat. Saya pun pernah mengajar murid bermain alat muzik tradisional seperti
kompang dan cak lempong, tapi saya rasa mereka tidak begitu berminat dan hanya beberapa
orang beri perhatian semasa mengajar. Biasanya, guru tidak akan buka kelas jika hanya sedikit
pelajar, kerana pendapatan mereka juga akan berkurang.
Menurut temubual kami dengan xxx, beliau menjelaskan bahawa penghasil kompang semakin
kurang merupakan satu cabaran yang dihadapi untuk mengelakkan alat muzik tradisional
kompang ditelan zaman. Pembuatan kompang adalah satu proses memerlukan masa yang
panjang, pengalaman dan kemahiran. Selepas melicinkan bahagian balo, balo perlu disapukan
dengan varnis atau lilin dan kemudiannya dijemur dalam jangka masa tiga hingga lima bulan.
Kulit lembu atau kambing juga mengambil masa untuk diproses sebagai belulang. Di samping
itu, pendapatan pembuat kompang tidak tetap. Permintaan pelanggan bergantung mengikut
musim, biasanya tempahan meningkat semasa musim majlis perkahwinan dan cuti sekolah.
Untuk menjaga kualiti kompang yang dihasilkan, pembuat kompang masih memilih kaedah
tradisional dalam proses memaku kulit kompang. Harga kompang bergantung pada bunyi yang
dihasilkan dan kualiti kulit, kompang yang menghasilkan bunyi sederhana nyaring dan kulitnya
boleh tembus cahaya akan dijual dengan harga yang lebih murah. Pemilihan kulit dan proses
pemasangan kulit agak penting kerana ia akan menjejaskan pendapatan pembuat kompang.
Generasi muda zaman sekarang tidak rela meluangkan masa untuk belajar cara membuat
kompang yang memerlukan masa yang panjang dan tenaga yang banyak menyebabkan pembuat
kompang semakin kurang.

Menurut Dinas Kebudayaan Kesenian dan Pariwisata Provinsi Riau, Kompang melayu Bengkalis
Riau berasal dari daerah Kampung Jawa, Muar Johor dibawa oleh Pak Maun. Sejak tahun 1940-
an, kompang telah berkembang di daerah Bengkalis yang dulunya digabungkan dengan Siak.
Sepulangnya di Meskom, sebuah kampung di Bengkalis, Pak Maun mengajarkan kompang ini
kepada abangnya bernama Muhammad Ali. Selanjutnya Pak Maun pindah ke daerah Bantan Tua
pada suatu kampung yang dikenal dengan sebutan Resam. Lalu sejak itulah berkembang
permainan kompang di tanah Melayu Bengkalis (RiauMagazine 2020).

Pada Kesultanan Melayu Melaka, kompang merupakan salah satu cara untuk meningkatkan
semangat tentera Islam semasa peperangan. Kompang juga digunakan untuk menarik perhatian
pelanggan terhadap perniagaan (Alkhudhri 2020). Selain itu, kompang digunakan untuk
menyambut tetamu besar diraja. Kompang juga digunakan dalam aktiviti adat melayu seperti
acara pernikahan, khitan, aqiqah dan selamatan .

Pada waktu kini, alat muzik kompang ini dimainkan dalam adat-adat melayu, perkahwinan,
pertandingan, sebagai alat sorakan dalam sukan dan sebagainya. Lagu-lagu yang dimainkan juga
telah diimprovisasi kepada muzik moden yang lebih rancak dan sebagainya. Jenis-jenis muzik
yang dimainkan adalah jenis Hadrah iaitu lagu-lagu yang memuji kebesaran Allah dan rasul-
Nya, dan juga lagu-lagu yang berunsur nasihat (Anonymous 2018).

https://www.academia.edu/29830661/Asal_Usul_Kompang

http://psasir.upm.edu.my/id/eprint/84204/1/FEM%202019%2024%20UPM%20IR.pdf

Sebaliknya, sesuatu elemen yang berkaitan dengan bangsa dan budaya kita akan hilang jika tidak
dipelihara.

Dengan itu, kita yakin bahawa kompang ini membawa faedah seperti sikap berdisiplin terhadap
kehidupan dan lebih bermotivasi kerana kompang juga boleh dimainkan sebagai simbol
keharmonian dan kerjasama terhadap rakyat masyarakat Malaysia. Tanpa melihat warna kulit
mahupun agama, kompang menjadi alat muzik tradisional yang dapat menghidupkan kesuburan
norma kehidupan murni.

Selain itu, kompang perlu didedahkan kepada masyarakat melalui pelbagai jenis aktiviti seperti
pertandingan, persembahan dan kempen ciptai permainan kompang supaya agar adat resam ini
dapat dikekalkan dan mengekalkan kesenian alat muzik tradisional kompang. Ini telah
membahawa kompang bukan sahaja alat muzik tetapi memainkan simbol penting sebagai
keeratan hubungan antara masyarakat Malaysia.

http://dacserdang.blogspot.com/ (blogspot)

You might also like